QUAD ADVENTURE SIEM REAP TU ATV KE?

By | 10/14/2019 01:20:00 pm 14 comments
QUAD ADVENTURE SIEM REAP 

Percutian ke Siem Reap kali ni memang susah nak move on. Rilex sangat walaupun jadual hari kedua pack dari pagi sampai malam. Haha. Yang paling aku enjoy sekali adalah aktiviti Quad Adventure Cambodia. Sumpah best gila. Korang wajib buat aktiviti ni kalau pergi bercuti ke Siem Reap. Sebab sangat-sangat best!


Aktiviti ni pada mulanya tak terfikir pun nak buat. Tapi seminggu sebelum fly, Airasia hantar email "Are You Ready For Your Trip To Siem Reap?".  At first aku ignore dulu. Aku pun forward kat Nana. Tapi hasilnya 2x5. Sesama ignore email ni. Tapi entah camana, sehari sebelum pergi, tergerak hati nak baca balik email ni. Manalah tahu boleh tambah apa yang patut kat sana nanti. Aku memang suka buat research pasal trip last minute. Haha.


Macam-macam aktiviti lah diorang suggest dan ada 8% off extra lagi dengan code Airasia8. Haaa, menarik! Tapi aku fikir, nak tengok kalau-kalau first day tu boleh add on aktiviti. Sebab first day memang takde buat apa. Sampai sana pun around 2 pm camtu. Masih kosong lagi sampai ke malam. 


Dan selepas beberapa hari email tu aku ignore, akhirnya aku tertarik juga dengan aktiviti Quad Adventure Cambodia atau ATV Quad Bike. Haaa, menarikkan? Naik ATV kat Siem Reap. Nak cubalah! Main belasah je beli pakej ni kat website Airasia time tu. Dahlah kena book 24 jam sebelum aktiviti bermula. Kitorang pula booked less than 24 jam. Aiyoo.. matilah kalau kena reject.


Kat Siem Reap ni syarat nak main ATV dia sangat ketat. First kalau nak main berdua, jumlah berat badan dua-dua penumpang tak boleh melebihi 130kg. Kedua, kena pakai seluar dan solid shoes untuk keselamatan. Yang paling penting, driver kena ada pengalaman memandu ATV ni. Tapi jangan ingat boleh tipu ye. Sebab diorang buat driving test ATV ni dulu dengan instructor. Kalau lulus, bolehla start, kalau tak lulus ... hadaplah pemadangan sekitar tu je. Haha.

Safety briefing sebelum start
Antara jalan-jalan yang kami lalui semasa aktiviti ATV di Siem Reap

Memandangkan Nana takde pengalaman bawa ATV dan takut-takut nak try, maka akulah yang terpaksa bawa ATV ni sepanjang trip. Takpe lagi enjoy merempit ATV kat Siem Reap. Hahaha. Korang jangan bimbang, staff company ATV ni akan menemani korang sepanjang perjalanan. Memang takkan sesat. 


Sebelum aku terlupa, kami ambil pakej 1 hour sunset quad adventure ride. Tapi 1 hour tu pun tak puas weh. Patut ambil 2 jam terus dan lagi jauh diorang bawa nanti.  Lagi macam-macam korang nampak sepanjang perjalanan. Haih. 😪


Harga pakej aktiviti ni selepas diskaun semua jadi RM73 seorang. Ini termasuklah free hotel pickup dan drop off, rain coat, helmet dan mask dan training. Okaylah kan? Pengalaman berbeza di luar negara. Haha.


Dan selepas meyakinkan Nana, dia pun berani drive ATV ni. Tapi sekejap je lah .. 
Sebab dia tak buat test sebelum ride tadi.

I'm proud of you Nana .. Yeay!

Syarat umur untuk bawa ATV di Siem Reap
Minimum umur untuk buat aktiviti ini adalah 5 tahun (ditemani orang dewasa)
Minimum umur untuk drive solo adalah 18 tahun

Nana dengan staff company Quad Adventure Cambodia yang ikut kami
Cold towel to freshen up after ride

Hasil Aktiviti ATV di Siem Reap ???

Kotor .. kotor terpercik lumpur .. tapi seronok gila .. tak puas!! nak lagi. Hahaha

InshaAllah aku akan buat aktiviti ni lagi kalau ke Siem Reap in the future.
Highly Recommended! Berbaloi sangat.
Newer Post Older Post Home

14 comments:

  1. tk pernh merasa lg aktiviti berATV..slalu tgk kwn2 buat aktiviti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best .. kena try .. kat malaysia ni dekat dengan lamb kemensah tu ada..

      Delete
  2. Nampak seronok tu Tatie..gambar pun cantik2 semuanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok. enjoy buat kat negara orang and kat sana jalan tak sesak. so boleh bawa laju kalau jalan rata. hahaha.

      Delete
  3. I tak pernah try naik ATV ni. Mungkin tunggu pi negara orang baru naik kot cam u hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. trylah. kat malaysia pun ada. tapi rasanya mahal kalau nak naik kat malaysia and mostly mesti kat hutan.

      Delete
  4. Bestnya naik atv.. Tpi kita tak pernah bwak atv lagi.. Teringin gak nak bwak sekali.. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best... puas hati naik atv ni ... trylah sis.

      Delete
  5. Mama dgn Syafi silap2 X boleh Naik atv berdu ni hhaa terlebih berat

    ReplyDelete
  6. Wah, syarat nak main ATV tu macam nak masuk sukan lak. Tapi best main ATV ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. hahaha. tapi mmg strict pun. untuk safety pengguna

      Delete
  7. Apa nak pergi lagi? Nak ikutttt!!!

    ReplyDelete
  8. ALAHAI...kalu JM maca mtak lulus jek nak drive ATV ni...tp tgk pun dah tahu bEST..dpt pengalaman masuk kawasan kampung mcm tu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane