JALAN-JALAN DI SIEM REAP CAMBODIA

By | 10/12/2019 07:31:00 am 11 comments
Hi dan assalamualaikum buat pembaca Kisah Tatie. Sihat ke tak tu? 😊

Hari ni aku nak update entry pasal Siem Reap, Cambodia .. Kalau dalam bahasa melayu, Kemboja. (Bukan SIAM tau Sis Lin oi... Hahaha). Aku baru je balik dari sana 2 hari lepas. Alhamdulillah semuanya baik-baik je sepanjang trip 4 hari 3 malam di Siem Reap. Cuma ada few tempat aku tak sempat nak pergi. InshaAllah akan ke sana lagi in the future.

Siem Reap Yang Sangat Best

Aku pergi Siem Reap kali ni dengan bestfriend aku dan juga merangkap pengapit aku dulu, Jalina Radiha. Aku letakkan kepercayaan penuh kat dia untuk booked hotel dan tuktuk sementara aku handle pasal tiket dan lain-lain lagi. Itinerary ke Siem Reap juga berubah sedikit masa hari ketiga. Apa-apapun aku enjoy sangat dengan Siem Reap ni. For me, kat sini ada keunikannya yang tersendiri. 


Siem Reap juga selamat untuk solo backpackers atau wanita kat sana. So far bila aku melalui jalan-jalan gelap atau yang sunyi, tak terasa sangat takut berbanding kat Malaysia aku rasa macam ada yang nak merompak dan menyamun. Hahaha. Orang-orang kat sana sangat menghormati tourist. So takde masalah dari segi safety sepanjang kat sana. Memang rasa selamat. 


Makanan HALAL di Siem Reap senang je nak cari. Banyak restoran halal berdekatan dengan masjid. Boleh jalan kaki dari night market/pub street. Kalau malas naik je tuk-tuk, guna apps PassApp.  Tapi kan ... harga agak mahal sikit. Macam telur dadar around $2. Air kebanyakan dalam $1 .. (air kelapa pun $1). Senang cerita takyahlah convert USD tu kepada ringgit. Hahaha.


~bersambung.

Newer Post Older Post Home

11 comments:

  1. Hahahaha Kemboja ek bukan Siam ek hahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Ada cuba pisang goreng penyet tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cuba.. terlepas pandang pisang goreng penyet ni

      Delete
  3. Amazing juga kata selamat utk perempuan kalau ke sana.. so tak risau sangat lah kalau nak berjalan tanpa ada somi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat .. ramai je solo traveller perempuan datang bercuti ke siem reap

      Delete
  4. Bagus tatie update pasal makanan halal kt Siem Reap, kdg2 ini yang selalu bermain di fikiran sebab isu makanan halal. Wah kembara dengan teman baik ye, seronok me time ni tatie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah pergi siem reap tak susah nak cari makanan halal. ramai muslim kat sini :)

      Delete
  5. macam best je siem reap ni..boleh masuk dlm list vacay kitaorang...

    ReplyDelete
  6. SR mmg BEST..JM pergi 2 kali hahaha

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane