Jalan-jalan di sekitar Angkor Wat, the famous temple in the world.
Takde makna percutian korang ke Siem Reap tanpa melawat Angkor Wat, the largest religion monument in the world. Tempat yang famous di kalangan pelancong mat salleh ni memang wajib pergi kalau bercuti di Siem Reap.
Dinobatkan sebagai salah satu tapak UNESCO World Heritage Site pada tahun 1992, tempat ni menjadi tumpuan utama pelancong di Siem Reap. Terutamanya ketika matahari terbit atau sunrise.
Harga Tiket Terkini ke Siem Reap adalah $37 seorang untuk satu hari.
Sesiapa nak pergi ke Angkor Wat untuk melihat sunrise, aku nasihatkan korang untuk beli tiket sehari sebelum pergi. Kalau tak termiss 'golden hour' macam aku. Eloknya jam 4.30 pagi bertolak dari hotel. Aku ni gara-gara percaya cakap driver tuk-tuk hari kedua yang konon sempat pergi jam 5 pagi, terus termiss tengok sunrise yang cantik tu. Haih. 😓
Tiket ke Siem Reap boleh dibeli mengikut hari. Kalau sehari $37/seorang. Kalau rasa tak cukup sehari, belilah untuk 3 hari which is $62. Angkor Wat ni sangat-sangat besar dan aku tak habis explore semua temple yang ada kat sana.
Please jaga tiket korang ni dengan baik. Ada gambar korang tu kan? So jagalah dengan baik. Sebab tiket ni akan diorang check kalau nak masuk semua tempat di Angkor Wat. Jangan hilangkan, jangan remukkan atau jangan koyakkan.
ANGKOR WAT
Ini je yang mampu aku tengok lepas terlepas golden hour kat sini
Angkor Wat ni memerlukan korang berjalan jauh sedikit. Sebab dia sangat-sangat besar. Kalau yang gila sejarah tu mungkin mengambil masa sehari nak menghabiskan satu pusingan Angkor Wat ni sahaja. Tapi kalau aku yang datang ambil gambar ni, kejap je la. Haha. Itu pun jalan dengan cepat, rushing dan skip banyak benda kat dalam ni. Kahkah.
Terdapat banyak spot-spot foto yang menarik kat Angkor Wat ni. Tapi awas ya, walaupun Angkor Wat ni dah berusia beribu tahun, ia masih digunakan sebagai temple sampai hari ni. Jadi hormatilah sensitiviti agama lain. Jangan langgar peraturan-peraturan yang ada kat sini. Tak pasal-pasal jadi viral nanti akibat salah sendiri.
Banyak ukiran-ukiran seni di dinding Angkor Wat
Ini paling mencabar .. kena naik tangga tinggi.
Alhamdulillah masa kitorang pergi tu cuaca tak panas sangat. Kalau korang pergi musim kering (pertengahan tahun), dengar cerita kepanasan dia mampu mengeringkan tasik Tonle Sap. So, before datang sini pastikan check weather dulu. Pakailah pakaian yang sesuai. Tapi ramai je tourist lain yang kemain pakai heels kat dalam ni. Nak ootd lah tewww!! Haha.
Kat kawasan luar ada gerai-gerai souvenir dan makanan (non-halal).
Kolam di pintu masuk Angkor Wat
Next kita ke Bayon Temple ...
BAYON TEMPLE
Selepas menghabiskan masa kira-kira 3 jam di Angkor Wat, aku memang keletihan yang teramat sangat. Ditambah dengan terlupa nak bawa air mineral. Adeh!! Haus yang melampau-lampau. Aku rasa kalau aku minum air sikit, mungkin hilang penat ni. Menyesal sungguh tak bawa air time tu. So korang, please bawa air siap-siap dari hotel ok? Don't be like me.
Masa kat sini, mula-mula aku rasa dah surrender tak nak naik. "Na, kau jelah naik sampai atas. Aku tunggu kat bawah ni. Kalau ada pape yang menarik, kau call lah. Nanti aku naik". - kataku kat Nana sebelum dia naik atas, tanpa sedar handphone dia ada kat dalam bag aku rupanya. Haha.
Tetiba ada satu incident berlaku buat aku terus naik tanpa berfikir panjang.
Sleeping Buddha
Bila aku sampai je atas, aku terus terpukau. Dengan ukiran-ukiran di batu kat Bayon Temple ni. Benarlah orang kata, setiap temple di Siem Reap ni mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kalau aku tak naik sampai atas, mungkin aku termiss bergambar kat sini. Dari luar nampak seperti biasa-biasa aje.
"The Bayon Temple complex was built under the direction of the Mahayana Buddhist ruler Jayavarman VII, who ascended to the Khmer kingdom's throne at Angkor in 1181 A.D. He erected the site for Buddhist worship, although it later was renovated and used as a Hindu temple."
TA PROHM
Seterusnya kami ke tempat pengambaran Tomb Raider : Lara Croft yang dibintangi oleh Angelina Jolie. Korang tengok tak cerita tu? Dah lama dah cerita tu. Kalau tak silap aku tahun 2001, masa aku kat sekolah menengah. Tapi game Tomb Raider ni terkenal kat playstation sampai ke hari ni.
Pokok terkenal kat Ta Phrom. Nak ambil gambar kena beratur.
Ta Phrom ni berbeza dengan temple lain sebab ada pokok-pokok cantik dan unik yang melilit dinding-dinding di temple Ta Phrom ni. Dulunya temple ni dinamakan sebagai Rajavihara, kemudian ditukar kepada nama Ta Phrom.
Ta Phrom ni takdelah besar seperti Angkor Wat yang mula-mula aku pergi tu, tapi nak masuk ke dalam ni kena jalan kaki sedikit. Kawasan dia pun tak memerlukan korang mendaki tangga sangat. Jalan santai-santai je kat dalam ni.
ANGKOR GATE
Akhir sekali, jangan lupa bergambar dengan gate-gate di Angkor Wat ni. Terdapat 5 gate cantik di sepanjang Angkor ni. Tapi aku hanya sempat bergambar di dua gate sahaja.
Kat bawah ni antara patung-patung Buddha yang masih ada di sekitar Angkor.
And last but not least, ramai yang tanya .. aku pakai tudung kuning tu brand apa..
Tudung Sarra Satin by Ereka Jusoph. Selesa sangat dan tak melekap peluh sebab kain dia jenis matte satin. Pergi beli cepat!! Butik dia kat Bangi Sentral je. Boleh beli online juga.
Yellow Day
Cantik2 semua gambar...kena pakai baju yg warna attractive skit kan baru nampak cantik giler dalam gambar...teringin nak pi Siem Reap ni....
ReplyDeleteaah .. kena pakai baju striking baru menyerlah sikit
DeleteYa Allah cantik nya view... Macam lukisan 😍😍
ReplyDeletesangat cantik angkor wat ni .. port ootd haha
DeletePandai pilih baju nak ootd kat sana.. Menyerlah uolls
ReplyDeletehehe.. pening juga tu seminggu sebelum pergi
DeleteKalau pergi sini memang kena pakai baju kaler mcm nilah ya, baru naik. Dahlah akk suka pakai warna gelap2, kena remind ni kan
ReplyDeleteelakkan pakai baju gelap2 semasa melancong .. untuk menyerlahkan lagi gambar, pilih warna yang terang. be confident!
Deletetempat menarik..gambar lawa... sangat tertarik.. tak pernah lagi ke sini..one day maybe.
ReplyDeleteinshallah ... semoga anda ke sana one day .. amin.
DeleteCantik2 gambar
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteTeringin nak pergi Angkor Wat tu
ReplyDeleteinshallah one day .. pergilah .. bila airasia buat freeseat tiket dia mmg murah
DeleteAku paling suka tengok dan lihat temple camni, sebab tu teringinnya nak pergi Borobudur tu..eh betul ke ejaan aku hahahaha Jogja tu lerr..suka nengok senibina macam kat Egypt gituu...
ReplyDeleteCantik gileee gambar ko..
ni tempat yg paling wajib pergi kalai ke SR..kalau x pergi like lom sampai SR hihih
ReplyDelete