Jom melawat Perak | Hebatnya!! Itu yang mampu aku ucapkan sempena program 'Green Day : Victoria Bridge' baru-baru ini. Program ini adalah sebahagian dari Voluntourism. Apa tu Voluntourism ?? Klik sini : Voluntourism
Program ini diadakan di Victoria Bridge, Karai Perak.
Kalau korang nak tahu, jambatan Victoria Perak ini adalah antara jambatan yang paling tua di Malaysia dan dibina pada tahun 1897. Tapi ditutup pada tahun 2002 dan digantikan dengan jambatan baru di sebelahnya.
Kini, jambatan Victoria ni adalah antara tarikan pelancong yang datang ke Bandar Diraja Kuala Kangsar Perak kerana keunikan dan tarikan yang terdapat pada jambatan ini.
Kini, jambatan Victoria ni adalah antara tarikan pelancong yang datang ke Bandar Diraja Kuala Kangsar Perak kerana keunikan dan tarikan yang terdapat pada jambatan ini.
upacara penyampaian bendera .. gigihnya mereka panjat
peserta Railway Tourism merentasi jambatan Victoria
Rombongan Railway Tourism disambut dengan meriah oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz bersama Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Setiap seorang daripada kami dipakaikan selendang batik bagi mewujudkan suasana kampung. Ngeeee, best! Terima kasih Tourism Malaysia.
Bagi mereka nak buat Pre/post-wedding Photoshoot, ini adalah tempat menarik untuk anda. Bergambar ala-ala vintage ataupun suasana kampung. Terpulang pada anda.
Victoria Bridge Kuala Kangsar (pic courtesy of Khai)
Jambatan ini juga dikenali sebagai Jambatan Enggor dan merentasi Sungai Bidor. Pemandangan yang sangat menarik tatkala berdiri di atas jambatan. Subhanallah.
Perak Darul Ridzuan
upacara dimeriahkan dengan tembakan meriam
keunikan budaya masyarakat Malaysia (pic courtesy of Khai)
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik turut dilakukan sempena program ini seperti bola tampar pantai, permainan panjat tiang, persembahan rakit dan bermacam-macam lagi.
Bola Tampar Pantai
Permainan Panjat Tiang
Kumpulan Rakit dari Lang Buana
Pondok Rakit
Happy Me
dan paling meletop pada hari itu ...
Adalah ....... sesi makan-makan ala kampung. Lucunya melihat peserta dari negara luar duduk bersila sambil menikmati juadah kampung. Hahaha. Yang pasti meninggalkan 1001 kenangan buat mereka.
'makan beradek', bak kata orang Minang
mohon jangan terliur
uniform lama polis Malaysia
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia & Ketua Pengarah Tourism Malaysia
me, huzairie & secretariat Tahun Melawat Malaysia 2014
posing jangan tak posing
last sebelum balik
dan jangan lupa mendaftar sebagai ahli VOLUNTOURISM
Cuti-Cuti Satu Malaysia Bersama Saya
Tahun Melawat Malaysia 2014