TRONG HOT SPRING PERAK

By | 1/19/2014 12:42:00 am 18 comments
Masa kami di Homestay Bukit Gantang tempoh hari, sempat jugaklah aku dan team rumah Pn Siti Hajar meronggeng ke KOLAM AYER PANAS TRONG PERAK

Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu sebab keadaan cuaca pada petang tu kejap hujan, kejap tak hujan.. Tapi "end up", kami sampai dengan selamatnya ke kolam ayer panas Trong ni. Actually, tak rancang pun ke sini. Dek kerana teruja tengok gambar salah seorang peserta Railway Tourism kat Instagram, kami pun minta kebenaran tuan rumah nak pinjam motor. Sanggup! Hahaha.

KOLAM AYER PANAS TRONG PERAK yang mempunyai telaga air panas yang berusia 100 tahun ini dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit berjangkit dan mempunyai tiga kolam yang berbeza suhunya.

Korang juga boleh membuat tempahan kolam di sini. Kolam-kolam yang ditempah akan dibersihkan dan dipenuhkan air yang baru beberapa minit sebelum korang sampai bagi memastikan ianya bersih dan segar.

redah dan redah 

erkk teringat pada ayah pin . hahaha


 
telaga lama yang berusia 100 tahun (yang dipagar tu)


yang untuk tempahan RM40 (sekolam/sejam)

 

pondok kecil untuk lepak dan berehat


 
harga untuk yang datang walk-in

kolam untuk kanak-kanak



Kolam akan dicuci dan dipenuhkan dengan air panas selepas 1 jam menerima tempahan
RM30/sejam (sekolam)

jika mahu privasi terutamanya wanita muslimah
RM10 (sejam/sekolam)



Dek kesuntukan masa, kami hanya sempat merendam kaki di dalam baldi. Untuk treatment rendam kaki ni, bayaran adalah seikhlas hati. Korang boleh bayar seberapa yang korang nak. Tapi jangan kedekut melampau bayar 10 sen. hahahaha




Dah puas berendam dalam kolam ayer panas, pekena pula kopi sedap di kedai makan yang terdapat dalam ni.. Perghhhh!!! Syok habis.

 kedai makan

ruang menunggu

Kat sini juga menawarkan perkhidmatan urut tradisional bagi lelaki dan wanita, rawatan resdung, mandi lulur dan juga mandi herba dengan harga yang sangat berpatutan.

Bertempat di :

Kolam Ayer Panas Trong 
Batu 9, Jalan Trong,
34350 Changkat Jering
Taiping Perak

No Tel :
05 8553990

Waktu Operasi:
8 pagi - 12 malam

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya
Visit Malaysia 2014
Newer Post Older Post Home

18 comments:

  1. Saya pergi waktu malam .. hoho .. lagi syok ... leh nampak asap asap ooo ....

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kolam privacy..senang duyung nak berendam.. :)

    ReplyDelete
  3. Menarik ni....bab kolam privacy tu mmg bagus...

    ReplyDelete
  4. memang bagus sangat idea kolam privacy, tak perlu lah nak risau atau malu orang nampak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tak payah risau orang lain nampak aurat

      Delete
  5. bagusnya management tau nak menjaga privasi cust

    ReplyDelete
  6. nanti datang boleh rebus telur ayam tak ?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane