Latest Posts

HOTEL CORUS KUALA LUMPUR

View dari bilik (nampak tak Avenue K?? dekat je kan??)

Lokasi hotel ini di Jalan Ampang dan dekat je dengan KLCC. Kalau rajin boleh jalan kaki, kalau malas naik teksi. Tapi hotel ni ada short cut ke Avenue K, so korang bolehlah lalu situ untuk ke KLCC kan? Tapi besar betul dugaan duduk sini. Memang memanggil-manggil untuk shopping. Hahahahahaha. =P
Hotel Corus Kuala Lumpur

Hotel ni memang dah lama dibina cumanya diorang ubah suai sedikit perhiasan dalaman mengikut citarasa terkini. Tapi sejujurnya, aku selesa stay kat sini cuma ......... urm! :(

Front Desk

Bab makan, korang tak perlu risau. Kat hotel ni ada 4 tempat makan seperti Dondang Sayang (buffet dinner terbaik!!), Restoran Ming Palace, Restoran Jepun Komura dan Kencana Lounge & Cellar. Tak cukup jugak?? Pergilah kedai mamak bertentangan dengan hotel ni. Hahaha.

Kafe & Bar
Restoran Ming Palace (chinese food)
Laluan ke tempat letak kereta

Selama 2 malam kat sini, sempatlah aku explore apa yang best kat hotel ni. Itupun sebenarnya tak cukup sebab terikat dengan jadual yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia.

Laluan ke tempat rekreasi
Danai Spa

Dalam bebanyak tempat kat hotel ni, aku TAK RECOMMEND korang untuk datang ke salun BANG BEAUTE CORUS KL ni .. Staff dia sangat kurang ajar!! Luckily ni adalah private property dan diorang hanya menyewa je kat sini. 

Please don't go here..!!!

Lupakan kejap pasal Bang Beaute yang tak semegah tu .. Jalan sedikit ke hadapan korang akan nampak gym, sauna dan swimming pool. Terdapat dua kolam, satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. The best thing ia menghadap KLCC. Alaaa, aku datang time jerebulah pulak!!

Gym
Swimming Pool
Ruang Membaca
Sauna

Bilik aku berada di tingkat 9 dan jenis twin sharing. I love my room !! Sama seperti hotel kat Dubai. Buka tingkap je nampak KLCC. Haaa, kau rasa tak betapa excitednya bila masuk bilik? Haha.

Lift di Tingkat 9
Hallway

BILIK DI HOTEL CORUS KUALA LUMPUR

 

Entah kenapa petang tu lapar. Maybe sebab skip lunch .. (terlewat sebenarnya). So nampak epal tu, terliurlah pulak. Kahkahkah. Tapi malang tak berbau bila epal tu busuk. 

Adoi ..!!

So, aku call Front Desk terus. Tak sampai beberapa minit, staff diorang hantar yang baru siap extra lagi. Siap cakap sorry and etc. Well, good service!! Sangat pantas. Tapi malang tak berbau sekali lagi bila epal yang baru tu pun busuk. Malaslah nak minta ganti yang baru. T_T

Plate baru ... Extra buah-buahan

Dah tau pros and cons? Aku suka lokasi hotel ni. Terbaik!! Kalau stay sini time new year mesti best. Mesti view cantik tambah-tambah lagi jam 12am bermulanya pertunjukan bunga api di KLCC.

Cuma aku tak puas hati dengan salun tu je. Biadap!! Berbeza sangat dengan staff-staff kat hotel ni yang friendly dan helpful. Oh ya, kat depan hotel ni ada perkhidmatan bas 2 tingkat ke Singapore. Kot-kot nak sambung perjalanan ke Kota Singa, bolehlah beli tiket dan naik dari sini. Hiks!

Time jerebu, KLCC pun kabur-kabur
Hi, Salam 1 Malaysia.

Tak perlu nak diperkenalkan lagi acara tahunan, CITRAWARNA KUALA LUMPUR. Cumanya, saban tahun terdapat kejutan baru diketengahkan buat rakyat Malaysia. Huuu, saspen saspen

Tahun ni aku berkesempatan turun padang sekali. Ini termasuk sekali dalam agenda Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2015 yang aku join baru-baru ni. Bertempat di Dataran Merdeka, actually event ni bermula dari petang dan kemuncaknya di belah malam. Tapi kitorang cover malam je.

Group kami - MEGA FAM Citrawarna 2015
Bangunan Sultan Abdul Samad

Bagi yang tak tahu, tahun ini Malaysia menyambut Year of Festival Malaysia 2015 dan sedar tak sedar lagi beberapa bulan dan dah nak sampai ke penghujung. Alamak, siyes masa begitu pantas sekali. Ini pun sebahagianlah dari agenda Year of Festival Malaysia 2015.

Tapi kitorang sampai around 8 pm macam tu. Sampai-sampai je tengah ada show teater The Mud KL. The Mud KL ni kisah pasal sejarah Kuala Lumpur dan diarahkan oleh pengarah teater terkenal, Tiara Jacquelina. Kalau nak tengok, silalah ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Siapa nak tahu lebih pasal teater ni, bolehlah baca kat link bawah ni :

Teater The Mud KL

Dan tepat 8.30 malam, tetamu VVIP sampai. Eh, abang sado Khairy Jamaluddin pun ada jugak. Selain tu, ada Ku Nan, Tiara Jacquelina dan lain-lain lagi yang hadir memeriahkan majlis. 

Menteri-menteri di Malaysia .. KJ, Chief & Ku Nan
Pengacara Majlis
Koir lagu Negaraku oleh adik-adik cilik
Pesembahan Kebudayaan
Ucapan Perasmian oleh Menteri Pelancongan

MAKA, BERMULALAH CITRAWARNA MALAYSIA ...


And, tahun ni siap ada fashion show dari pereka-pereka terkenal tanah air seperti Rizman Ruzaini, Melinda Looi, Zery Zamri, Rubaq dan Zang Toi. Cuma aku rasa kurang sesuai fesyen seksi gila ni sebab yang datang kebanyakan makcik pakcik bawa anak-anak kecil. Tak pasal-pasal boleh jadi kontroversi nanti ... Eh?!

Koleksi dari Melinda Looi
Koleksi dari Zery Zamry
Koleksi dari Rizman Ruzaini
Koleksi dari Rubaq Batik
Koleksi dari Zang Toi
Pereka-pereka terkenal tanahair
Persembahan dari generasi sekarang
Acara kemuncak
Pertunjukan bunga api
Handal juga bapak Bossned ni menari .. Hihi

Lepas VIP balik, kitorang pun balik. Tak larat nak tunggu konsert Wings, Ella dan lain-lain. Nanti tak terjaga untuk hari seterusnya. Hahaha. Apa-apapun, aku rasa Citrawarna this year a little bit hambar sikit compare dengan sebelum ni. Tak tahu tang mana .. keeee just aku je yang rasa macam tu?

Hahaha. Memasing tingtong
Beca
Foodtruck Festival pun ada...

JOM layan video kat bawah ni .. Hehe.

American Airliner Plane