SEWA TUK-TUK MURAH DI SIEM REAP CAMBODIA

By | 10/12/2019 12:53:00 pm 7 comments
Hi .. assalamualaikum.

Nak mulakan dari mana eh? Hmmm..

Kat Siem Reap, pengangkutan utamanya adalah tuk-tuk. Tapi tuk-tuk dia, ada yang macam kat Bangkok/India dan ada yang seperti kereta kuda (cuma depan dia motor bukan kuda.. haha). Senang guna tuk-tuk kat Siem Reap .. sebab jalan kat sana ada yang tak rata, ada yang kecil, dan mostly aku tengok masih terdapat jalan tanah merah yang tak rata tu.


Memang berdebu jalan kat Siem Reap ni. Tapi kalau nak yang perfect cun cantik tu, korang duk rumah jela. Haha. Macam Nana, most of the time dia pakai mask yang dia beli kat Daiso. Macam aku yang spesis rimas nak pakai mask ni, hadap jela. Lagipun aku rasa debu-debu ni bagus untuk kulit muka dan melembabkan kulit. Jarang aku tengok muka orang kat Siem Reap ni bermasalah. Flawless je memanjang. Korang tak percaya pergilah sana. Hahaha. 

siem reap
Driver tuk-tuk kami, Sofian.

Sepanjang kami kat Siem Reap, acapkali jugalah tukar tuk-tuk. Bukannya saja-saja, tapi terpaksa. Haha. Patutnya hire dari first day. Tapi hari pertama tu aktiviti kami kat Siem Reap termasuk pakej penghantaran pergi dan balik ke hotel, maka kami decide untuk ambil tuk-tuk hari kedua dan ketiga sahaja. Hari keempat ke airport, minta hotel hantarkan (tapi cancel juga sebab Sofian nak tolong hantarkan kami ke airport.. baik sungguh driver kami ni).

Tapi lain pula jadi bila hari ketiga, tetibe driver tuk-tuk yang bawa kami hari kedua tu kata dia ada hal dan terpaksa pass kat kawan dia, which is Sofian. Aiseyman!! Tetibe je .. 😒 


Tapi aku percaya, setiap perkara berlaku pasti ada hikmah. Redha je lah ... Nak marah pun takde guna sebab at least dia cari pengganti. So, bermulalah hari kami bersama driver tuk-tuk bernama Sofian.

Sofian ni memula aku rasa dia ni pelik. Asyik tergelak-gelak. Kira berbeza dari driver yang sepatutnya bawa kami tu pendiam dan tak berapa nak friendly. Tapi takpe .. Kita perhatikan je dia ni ..


Itinerary berubah masa kami tengah breakfast. Tetibe aku rasa nak tambah lagi aktiviti pada hari tu. Sebab kalau tengok apa yang driver 1 bagi option macam entah apa-apa je. Alhamdulillah Sofian okay je. Malah dia siap bagi tahu jarak dan masa ke tempat-tempat tu.


After few places, aku tengok dia ni jujur. The best part, dia sanggup berpanas dan turun dengan kitorang. Tolong ambilkan gambar tanpa berkira tenaga. Siap tahu angle mana yang okay mana yang tak. Jauh berbeza dari driver tuk-tuk sebelum ni yang aku rasa blergh. Hahaha. FYI, Sofian reti cakap Melayu. So kalau korang nak ke Siem Reap, senanglah kalau ambil si Sofian ni.


Ini bukan iklan berbayar tau! Aku still kena bayar kat si Sofian ni. Orang berbudi kita berbahasa. Dah dia ni banyak tolong aku ambil gambar, ikut masuk ke dalam dan jadi guide kitorang dan beratur untuk tiket. Haruslah aku promote kat korang mana yang okay. Lagipun dia ni jujur dan baik. Tak salah kalau aku tolong dia pula. Kan?

Siap tolong postkan poskad aku lagi.. Haha.

Driver Tuk-Tuk Siem Reap Yang Murah

Kalau korang nak hire dia ni, silakan contact dia sekarang.
Highly recommended! Friendly, rajin dan jujur.

Harga sewa tuk-tuk sehari $15/satu tuk-tuk
 (rasa boleh muat 3-4 orang) 

Kitorang hire dari pagi sampai malam.
Dia boleh tolong korang if nak pergi Phnom Penh ke, Battambang ke ..
Contact je dia if nak driver tuk-tuk Siem Reap yang murah dan bagus.

Sofian
+855 96 752 4909

Facebook : 
Sofian Angkor Wat

Thank you Sofian. Siap tolong hantarkan ke airport lagi. Semoga murah rezeki.
 (^_^)

Newer Post Older Post Home

7 comments:

  1. Ini macam entri promo Sufian hahaha dia single ek hahaha..
    Tapi bagus! Nanti aku nak ke Siam..eh Kemboja, aku cari dia ni...maceh Tie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kawen dah .. anak sorang .. dia baik gile sebab tu aku promote. kalau macam driver sebelum tu kureng sikit ... aku tak promote walaupun harga sama $15

      Delete
  2. Replies
    1. senang gila dengan sofian ni. sebab dia rajin ambilkan gambar dan gigih tolong kita ...

      Delete
  3. Supir adalah yang paling penting kan..ok noted on FB info dia..siyes aku nak ajak adik aku pi sini tahun depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. save no dia siap-siap .. dia ni bagus.. rajin turun and ambil gambar.

      Delete
  4. mmg ada hikmah rupanya..nasib baik dapat sofian ni..semoga makin murah rezeki beliau

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane