BUAYA TONLE SAP SEDIA UNTUK DI MAKAN

By | 10/16/2019 09:26:00 pm
DAGING BUAYA UNTUK DI MAKAN?
Errrrr, DAGING BUAYA?

Ya, bersepah daging buaya dijual merata tempat di Siem Reap. Siap ada jual crocodile burger lagi kat Pub Street Siem Reap. Camana rasanya? Entahlah .. aku hanya mampu melihat, tak mampu nak telan. Haha. Tapi kalau korang nak cuba, marilah pergi Siem Reap. 

Daging Buaya and daging ular untuk dimakan .. nak try?

Sepanjang aku kat Siem Reap, memang banyak daging-daging exotic seperti daging ular, daging buaya dan serangga-serangga dijual kat tepi jalan. Sampaikan aku jarang sangat nampak daging khinzir. Atau mungkin aku tak nampak kerana terlalu teruja melihat makanan-makanan exotic ni? Haha. Tapi sungguhlah, bersepah sana sini orang jual makanan exotic ni.


Jadi, hari ni aku nak share pengalaman aku ke Tasik Tonle Sap. Sap ni dalam bahasa Khmer yang bermaksud tasik. Yang uniknya tasik ni, kalau musim hujan antara bulan Jun sehingga November, Sungai Mekong yang menghubungkan beberapa negara seperti Vietnam, Cambodia, Thailand, Laos, Myanmar dan China tu akan mengalirkan air ke tasik ini dan menyebabkan tasik ini menjadi besar dan lebar menjadi 6-7 kali lebih besar dari saiznya yang normal. Seolah-olah sungai yang sangat luas.

Tapi kalau musim kemarau tiba, Allahuakbar .... kering kontang tasik Tonle Sap ni.. Bot nak lalu pun susah. Silap haribulan memang tak boleh nak lalu langsung. Sila avoid datang ke sini pada musim panas. Cuaca pun teruk berdebu time tu.


Bayaran yang dikenakan sebanyak $15 untuk seorang dan kita dibawa melihat floating house, floating school dan banyak lagi. Tapi waktu yang paling ramai orang pergi adalah waktu matahari terbenam. Supir tuk-tuk aku tunjuk gambar matahari terbenam memang cantik dan terpegun aku melihat keindahannya.


Aktiviti ke Tasik Tonle Sap ni adalah aktiviti hari ketiga kami di Siem Reap Cambodia. Alhamdulillah masa kami pergi tu bukanlah time kemuncak orang pergi. Jadi bolehlah bergambar sakan kat luar bot buat aksi Titanic semua. Haha.


Penduduk kat sini memang hidup di atas air. Kadang-kadang korang boleh nampak diorang menjala ikan, kadang-kadang nampak diorang main-main air bermandi manda, dan banyak lagi. Tapi kalau musim kering kontang, diorang akan sibuk perbaiki segala kerosakan rumah mereka.

Tasik ni memang betul-betul kering kontang pada musim panas sehinggakan kereta pun boleh lalu di celah-celah rumah. Haha. Tak percaya? Tryla google. Memang jauh beza musim panas dan musim hujan kat Tonle Sap ni.

Cuba teka budak-budak tu tengah main apa?
Ini restoran eksklusif .. tapi non halal. Kena tempah dulu sebelum pergi.
Jalina and me
Rumah-rumah penduduk Tonle Sap

Kawasan kubur

Kata supir tuk-tuk aku, diorang ni makan, mandi, berak semua atas air ni. Memang bergantung habislah kat Tonle Sap ni. (tasik ni juga antara sumber ikan untuk penduduk di Siem Reap ni). Uniknya bila ada kematian, mereka akan letak kat semak-semak hutan dulu. Bila tiba musim kemarau kering, barulah mereka tanam di kawasan kubur seperti gambar di atas. Tapi kena tunggu air tu kering dulu. Supir aku cakaplah. Kalau salah, korang salahkan dia. Haha.

Freshwater Fish Exibition Restaurant Tonle Sap

Seterusnya, kami dibawa ke restoran atas air yang terletak kat tasik ni. Kalau ikut tour Tasik Tonle Sap ni takdelah merangkumi keseluruhan tasik ni. Sekejap sangat dan kecik je skop jalan yang diorang bawa tu. Tapi diorang nak tunjuk kehidupan masyarakat yang hidup atas air kat kawasan ni. 

Kat restoran atas air ni korang boleh beli cenderahati, tengok kolam ikan, tengok kolam buaya, makan buaya, makan ular dan lain-lain lagi. Haha. Tapi semuanya non-halal. Terlupa pula aku tanya berapa usd seketul daging ular dan daging buaya tu. Haha.

Daging ular 
  
Daging buaya dan kolam buaya

Kolam buaya dia kecil je. Buaya dia pun masih anak-anak lagi. Tapi dalam pada anak-anak tu adalah berpuluh ekor buaya dalam tu. Kalau terjatuh, boleh mati jugalah aku dikerjakan kat dalam tu. Haha.

Aku ada juga tanya .. mana bapak dan mak buaya ni semua? Kata orang kat sana, diorang ni tak tinggal pun kat tasik tu. Ye la kot. Kalau tak, takkan budak-budak kecil tu boleh mandi dengan penuh keriangan kat tasik ni. Kan? Kan?

Bila supir tuk-tuk kami menjadi guide .. haha
Peta Cambodia
Buaya yang telah diawetkan

Selain dari makan daging buaya, korang juga boleh membeli belah barang-barang yang diperbuat dari kulit buaya seperti beg duit, beg tangan, keychain, tali pinggang atau nak beli buaya yang telah diawetkan pun boleh. Harga aku tengok macam murah je kat sini kalau compare kat luar. Cuma takde brand la macam Hermes Birkin tu. 


Tak nak buaya? Souvenir lain pun ada dijual kat sini ..


Jom naik sampai atas ...


Kat bahagian atas restoran ni macam lookout point lah. Tapi disebabkan cuaca panas, maka aku dengan supir je naik sampai atas dan Nana tunggu kat bawah. Pemandangan sekitar dari atas ni memang cantik. Kalau tak kerana cuaca panas tengahari terik, aku mungkin akan lepak lama sikit kat atas ni untuk menikmati keindahan pemandangan Tasik Tonle Sap ni.


Korang nak tahu ke apa budak-budak tu buat kat dalam baldi tu? Diorang tengah main ular!! Yes, ular hidup. Adehhh!!! Korang masa baya tu main barbie ke? Main digimon? Main tenteng? Diorang main ular hidup. Celup-celup dalam air dan kiss. Haha. 

Kalau nak pegang ular dia kena bayar $1 .. pandai cari duit .. haha

Dan akhir sekali, sampai di jeti kami disambut dengan pemuzik-pemuzik jalanan yang memainkan muzik tradisional Khmer. 



Oh ya, kawasan Tonle Sap ni agak daif sikit berbanding di bandar. Jadi ramailah kanak-kanak yang datang hampir dan minta derma. Korang kalau bermurah hati, bawalah wang lebih dan bagilah mereka. Bagi makanan pun diorang accept juga. Kesian.


Kanak-kanak Tonle Sap
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane