Korang .... hari ni buat apa? Kalau free, aku nak minta jasa korang untuk mendoakan anak buah aku yang akan menjalani pembedahan isnin ni (21 October 2019). Dup, dap, dup, dap ... cuak, takut semuanyalah. Allahuakbar, tak dapat nak describe camana aku rasa sekarang. Sesungguhnya berat sungguh dugaan buat Eijaz dan ibunya.
Keadaan Eijaz masa baru-baru lahir dulu
Anak buah aku ni baru berusia 10 bulan dan memang aku jarang masukkan dia dalam social media aku. Sebab Eijaz ni taknak dengan sesiapa kecuali mak, bapa dan kakak dia. Tambahan lagi dia nak berkepit je dengan kakak aku 24 jam. Bayangkan 8 bulan pertama kakak aku tak keluar rumah kerana Eijaz. Hatta, keluar dari bilik pun jarang sekali. Makanan semua kena bawa ke bilik. Begitulah pengorbanannya untuk anaknya yang sakit ni.
Doktor pun tak bagi bawa Eijaz keluar dan terdedah dengan luar. Sebab penyakit Eijaz ni melibatkan paru-parunya dan dia masih belum stabil lagi. Kalau korang nak tahu penyakit dia ni antara penyakit rare kat Malaysia ni. Hanya HKL atau HUKM sahaja terima pesakit seperti Eijaz ni.
Sekarang Eijaz dah pandai senyum
Strong baby
Penyakit Eijaz ni doktor detect sebelum kakak aku beranakkan dia lagi. Masa Eijaz kena tu, kitorang pun tak faham sangat dengan penyakit ni. Memang jarang berlaku. Sampaikan doktor akan buat meeting khas sebelum decide nak buat apa untuk Eijaz. Sehingga kini tak dapat pastikan apakah punca penyakit Eijaz ni.
Masa awal kelahiran dia, Eijaz ditahan kat wad dalam masa yang lama. Aku tak ingat berapa lama. Kemudian kakak aku minta discharge dia. Kesian gila kat kakak aku time tu. Menangis memanjang dan tak de selera nak makan sebab risau pasal Eijaz.
Kakak aku pula terpaksa tinggalkan anak-anak yang lain kat rumah Seremban dan jaga Eijaz kat HKL. Kadang-kadang ulang-alik Seremban-KL sebab salah seorang anaknya UPSR tahun ni. Macam tulah dugaan buat kakak aku yang seorang ni. Semoga Allah beri ganjaran buatnya kelak.
Kakak aku pula terpaksa tinggalkan anak-anak yang lain kat rumah Seremban dan jaga Eijaz kat HKL. Kadang-kadang ulang-alik Seremban-KL sebab salah seorang anaknya UPSR tahun ni. Macam tulah dugaan buat kakak aku yang seorang ni. Semoga Allah beri ganjaran buatnya kelak.
Picture From Google |
Penyakit CCAM (Congetial Cystic Adenomatoid Malformation) atau CCAM (Congetial Pulmonary Airways Malformation) ni adalah penyakit yang melibatkan paru-paru yang boleh menyebabkan kematian.
Senang cerita penyakit ni macam kecacatan paru-paru yang disebabkan oleh tumor atau cyst (benign lung lesions) yang muncul sebelum lahir. Terdiri daripada tisu paru-paru tidak normal yang tidak berfungsi dengan baik dan terus berkembang dan berkembang. Kalau baby lain kebersihan sekeliling kena jaga, Eijaz kena 3x ganda penjagaan kebersihan untuk dia.
Picture From Google |
Oleh sebab itu, aku mohon sangat-sangat jasa kawan-kawan blogger dan pembaca-pembaca blog Kisah Tatie mendoakan agar pembedahan ini berjaya dan Eijaz kembali pulih seperti kanak-kanak lain. I'm so nervous! Tak tipu. Yela kan .. baby yang baru nak hidup kat dunia ni, tak tahu nak mengadu sakit, diuji dengan penyakit seperti ni dan terpaksa melakukan pembedahan melihatkan paru-parunya. Risiko kematian pulak tu .. Allahuakbar! 😢
Ya Allah ..
Selamatkanlah Muhammad Eijaz bin Ramdzhi ...
lindungilah dia, sihatkanlah dia dan pulihkan dia dari penyakitnya.
Semoga pembedahannya pada hari isnin ni berjaya
Ringankanlah dugaan buat baby EIjaz
Semoga dia dapat bernafas seperti kanak-kanak lain
Amin ....
Allahuakbar..
ReplyDeleteMoga Baby Eijaz dalam keadaan baik-baik dan urusan pembedahan dipermudahkan dan baby Eijaz segera sihat seperti kanak-kanak lain..Aamiinn...
KASIHANNYA BABY EIJAZ YG COMEL NI MOGA OPERASI MERAWATNYA TERBAIK N SELAMAT SEMUANYA PULIH SEDIAKALA
ReplyDeleteSemoga baby Eijaz cepat sembuh ya mbak...
ReplyDeleteAllahu.. Beratnya dugaan mereka, semoga Allah swt menggantikan dgn ganjaran yg setimpal di sana nanti, akk doakan pembedahan ini berjaya, diringankan kesakitan dan segera sembuh, Amiiinnn.
ReplyDeleteSemoga Eijaz diberikan kesembuhan dan kembali sihat dan ceria...
ReplyDeletebykkan berdoa ya...
Allahuabar..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...semoga baby Eijaz selamat dan dilindungi dan pembedahan berjaya...tq komen di Bonda Chanteq...BC dah pun follow...jika free jemput follow di www.bondachanteq.com.
ReplyDeleteYa Allah sedihnya.. moga di beri kesembuhan buat Eijaz ya.. di permudahkan segala urusan pembedahannya..
ReplyDeleteSemoga baby eijaz cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan keluarga. amin.
ReplyDeleteAamiin Aamiin.. Semoga adik Eijaz dipermudahkan urusan pada esok hari. dan berikanlah kekuatan buat adik Eijaz dan ibu serta keluarga yang lain.
ReplyDeleteSemoga adik Eijaz kembali sembuh dan semoga dipermudahkan segala urusan keluarga. Aaminn
ReplyDeletesmoga dipermudahkan urusan baby eijaz arini utk operation
ReplyDeleteAllahuakbar... semoga pembedahan baby Muhammad Eijaz bin Ramdzhi harini berjalan lancar. Semoga ibubapa dan seluruh ahli keluarganya juga diberi ketenangan.
ReplyDeleteBanyakkan berzikir ye Tatie
Aamiin.. semoga baby Eijaz kembali sihat dan dipermudahkan semua urusan.
ReplyDeleteAaminn Allahumma Aamin.. Semoga semuanya selamat & berjalan dgn lancar. InshaAllah sinar buat baby Eijaz.
ReplyDeleteamin aminnnnn semoga baby eijaz kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala
ReplyDeleteAminn..amin..ya allah...semoga dipermudahkan buat baby Eijaz..be strong and kuat semangat ye.. insha'Allah semoga ada keajaiban buat baby..amin...
ReplyDeleteSemoga Allah Selamatkan Muhammad Eijaz bin Ramdzhi sehingga krmbali sihat
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan dan baby Eijaz sehat seperti kanak2 lain.
ReplyDeleteI will pray for him. God bless you baby :)
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالاحساء
شركة المثالية للنظافة بالاحساء
شركة المثالية الدولية للتنظيف بالاحساء
Ya Allah permudahkan urussan Eijaz sekeluarga
ReplyDeleteSemoga Eijaz diberikan kesembuhan dan kembali sihat dan ceria...
ReplyDeleteapa khabar baby Eijaz skrg..semoga beliau membesar dgn sihat aamiinnn
ReplyDeleteallahuakhbar.. baby !! may Allah ease things for you
ReplyDeletedan kembali sihat dan ceria <3
semoga babi eijaz cepat sembuh dan kembali sihat.
ReplyDeleteSemoga baby Eijaz cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan keluarga. Amin..
ReplyDeleteAllahhuakhbar. Semoga segala urusan dipermudahkan dn baby kembali sihat. Aminn
ReplyDeleteSemoga baby Eijaz sihat seperti kanak2 lain. Aamiin.. Macamana keadaan Eijaz skrg, tatie lepas operate..
ReplyDeleteSemoga baby Eijaz sihat seperti kanak2 lain. Aamiin.. Macamana keadaan Eijaz skrg, tatie lepas operate..
ReplyDeleteSemoga anak buah Tatie dikurniakan kesembuhan
ReplyDelete