TERATAI LAYU DI TASIK SIEM REAP

By | 10/17/2019 12:33:00 pm 45 comments
Amacam entry lepas? Rasa mual-mual tak lepas tengok daging buaya/ular?
Hahaha. 😂

Itulah orang kata, lain negara lain seleranya. Tapi apa-apapun daging buaya dan ular tu takdela busuk pun. Masih boleh berdiri dekat kalau nak tengok. Hah, jangan lepaskan peluang tau nak tengok dekat.

Selepas membawa korang melihat makanan exotic, hari ni kita berdansa pula di Lotus Farm, Siem Reap. Yang ni gerenti korang takkan rasa mual-mual,  loya-loya nak muntah. 

Peminat bunga Teratai? Nah!!

Biasanya kita lihat bunga teratai ni menghiasi kolam-kolam ikan kat rumah orang kan? Tapi kat Siem Reap ni, Lotus Farm ni luas yang teramat luas. Kira kalau korang nak menari, bergolek ke ape ke kat sana silakan. Kalau kena marah jangan salahkan aku. Haha.


Lotus Farm Siem Reap ni terletak kat tepi jalan, on the way ke Tonle Sap dan 15 minit perjalanan dari bandar Siem Reap. Sepanjang jalan, kiri kanan dipenuhi dengan bunga-bunga teratai yang sangat banyak. Dibuka seawal jam 8 pagi, bayaran kalau minum kat sini FREE. Kalau bayar pun dalam $1 untuk dua orang dan letak sendiri dalam box yang diorang sediakan di pintu masuk.


Kat sini ada dua ladang. Satu di sebelah kanan satu lagi di sebelah kiri. Tapi Sofian bawa kami ke belah kanan sebab katanya kat situ lebih banyak bunga berbanding di sebelah kiri. 


Bunga-bunga lotus atau teratai ini dijaga rapi untuk tujuan sembahyang penganut agama Buddha di Cambodia dan juga katanya dikomersialkan menjadi fabrik tekstil untuk pakaian. Disebabkan ladang ini besar, maka diorang semaikan benih secara berperingkat. Sekejap di sana, sekejap di sini. Sebab tu korang tengok tak semua tempat berbunga pada masa yang sama.


Tak payah bimbanglah, kot-kot korang risau kasut kotor ke apa kalau berjalan kat Lotus Farm ni. Memang benda tu sangat mustahil sekali. InshaAllah takkan kotor kalau tak hujan. Lagipun sesetengah jalan, diorang dah letak kayu bagi memudahkan korang berjalan kat Lotus Farm ni.


Kalau korang mempunyai masa yang lama, bolehlah lepak santai kat pondok-pondok yang ada di Lotus Farm ni. Sambil bersantai menikmati angin-angin sepoi bahasa. Huiii, masyuk!


Tengah sibuk bergambar, tiba-tiba supir tuk-tuk kami, Sofian hilang!
"Eh mana dia ni? Tadi ada".


Seorang supir tuk-tuk yang gigih

Rupa-rupanya dia mencari pucuk bunga teratai yang belum terbuka dan buat 'magic show' kat kami. Haha. Siap ajar kami cara-cara nak buat 'magic show' ni juga. Pusing-pusing tangan korang kat batang dia ... dan dengan geseran yang dihasilkan ... tadaaa .. kembanglah bunga teratai ni.

Kemain excited Sofian buat magic show. Haha
Jalina Radiha dan bunga teratainya

Masa kami pergi tu pula ada pasangan couple buat pre-wedding photoshoot kat tengah-tengah Lotus Farm ni. Hebat diorang ni. Kata Sofian, pasangan tu dari Phnom Penh dan segalanya disediakan kalau nak buat pre-wedding kat Siem Reap ni. Kos pre-wedding ni dianggarkan bernilai $2000 termasuk penginapan, pengangkutan, make up artist, tukang kipas dan photographer. Hew, hew. Mahalnya!! Memang sah diorang ni orang kaya. Speaking pun ala-ala American.

Aku memerhati dari jauh
Pre-wedding photoshoot in Lotus Farm Siem Reap

Yang dua ni pula tukang menyibuk .. Haha


Selain dari bergambar, korang juga boleh melihat sendiri cara-cara diorang menghasilkan fabrik dari bunga-bunga teratai ni dan juga penghasilan beg mengkuang yang tengah viral sekarang tu. Yang tu, sorry aku sesat tatau kat mana sebab ladang ni terlampau luas dan selain itu juga terdapat aktiviti lain seperti bike zipline. Yang ni pun aku tak jumpa kat mana. Lol! Haha.



Aku enjoy sangat jalan-jalan sambil bergambar kat Lotus Farm ni. InshaAllah kalau aku pergi lagi ke Siem Reap, aku tak teragak-agak untuk datang ke sini lagi. Pemandangan yang sangat indah. Subhanallah. Banyak benda aku belajar kat sini.


Sofian menunjukkan cara-cara nak guna paip DIY ni .. Haha

Sebelum meneruskan perjalanan ke Tonle Sap, kami sempat singgah di gerai jual biji teratai atau lotus seeds. Mula-mula ingat nak singgah ambil gambar je, tapi Sofian paksa kami try rasa biji teratai ni bulat-bulat macam tu je. Aku idokla nak try. Si Nana je try. Haha. Kata Nana, biji dia ni sedap dan rasa macam kacang dan fresh.

Budak-budak kecil je yang jual biji teratai ni

Alhamdulillah .. trip yang sangat awesome. Dapatlah hilangkan stress kejap di Lotus Farm ni. Haha. Tak rugi singgah sini kejap sebelum memulakan perjalanan ke Tonle Sap. Hihihi.

Bunga Teratai dan anak biji bunga teratai

Newer Post Older Post Home

45 comments:

  1. Tadi pagi sbenarnya dah baca yg daging buaya tu tapi kotak komen tak ada, tu tak adapat komen, nasib yg ni keluar pulak kotak komen nya, ko main magik2 jugak ke mcm Sofian, hahaha.

    Cantik giler ladang teratai ni, biji teratai tu sedap lah, akk salu makan yg dah dipanggang kot sebab dia dah botolkan. tak tahulah kalau mentah sedap ke idok, rugi ko tak try.

    Jeles tengok gbr korang, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. sumpah tatau apesal la comment box ni .. kejap ada kejap takde. hahaha.

      best ke biji teratai tu? dia makan camtu je tanpa basuh.

      Delete
  2. Thanks dudi singgah & drop komrn kt blog akak..salam kenal..

    Yg ni bkn teratai layu di tadik madu dh ni...kembang setaman..cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan. haha.. dia layu kat situ lepas dibuat magic oleh sofian .. ;)

      Delete
  3. Nk komen daging boya x leh . Hehehe... Sumpah kembang tekak tengok. Yang ni best.. haida suka teratai sbb dr kecik arwah mak dah ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilah kenapa buaya tu tak boleh komen. mungkin kejam sangat kot makan buaya. haha

      Delete
  4. cantik la bunga teratai tu..siap pegang ngan biji bunga teratai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah .. cantik bila dah kembang warna pink tu .. hehe

      Delete
  5. Memang cantik kalau pre-wedding kat sini.
    Tak pernah rasa biji bunga teratai lagi.

    ReplyDelete
  6. Kunjungan perdana ke blog ini. Artikel yang menarik, terutama bagi yang senang berkebun. Bisa juga untuk mengusir stres. Oh ya, saya follow blog ini. Thx

    ReplyDelete
  7. mmg cantik tempat ni nak2 bila banyak bunga teratai kembang...tapi tak de pacat ke..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far takde pula nampak pacat .. supir tu pun cakap xde pacat .. hehe

      Delete
  8. Cantiknya Allah! Bumi Siem Reap ni unik rupanya...tengok pondok2 dia rasa tenang je...cantiklah gambar tatie ni semua, rasa nak tengok ulang-ulang lah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. memang sangat unik bandar siem reap ni ... semuanya indah, makanan pun sedap .. walaupun tak semaju negara kita :)

      Delete
  9. Menarik! Nanti ada rezeki ke Siem Reap lagi nak singgah sini lah...

    ReplyDelete
  10. Wah, cantiknya suasana kat sana. Zumal pernah juga tengok daging buaya frozen dan pizza buaya tapi dekat Langkawi je 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik .. eh orang langkawi makan buaya ke zumal?

      Delete
  11. menariknya pre-wedding photoshoot di sini...costume yg sgt relatable dgn surrounding...

    rupa2nya byk benda boleh buat dgn pokok teratai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harganya pun menarik juga tu .. boleh buat majlis kahwin terus! haha

      Delete
  12. datang balas kunjungan and follow :) salam kenal ya

    ReplyDelete
  13. dia jalan2 lagi best...daging buaya/ular..na mo la baca entry tu..kang time makan, teringt2..tgk bunga teratai ni je la..sejuk mata tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tapi ular dan buaya tu tak busuk sangat .. nasib baik. kalau tak terkenang mesti rasa nak muntah

      Delete
  14. Cantiknya, the place, the view and of course the lotus.
    Just put this place in my list. i'm sure my friends are going to love it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. please go whenever you free. tak mahal pun kos travel ke siem reap ni .. lebih kurang macam thailand juga

      Delete
  15. cantiknye...selain roses, rietta pun suka teratai...biji dia pun sedap, rasa lemak lemak....

    PS: best, sebab rietta mmg suka menghijau n sejuk tu....tpi hanya berkesempatan ke pulau utara saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah .. kita pula takut nak mencuba .. diorang makan petik tanpa basuh.. tu yg jd scary nak try. haha

      Delete
  16. Wahhh bestnya. tetiba teringin nak pi sana pula...

    ReplyDelete
  17. Pernah makan sekali biji teratai yang blom di proses..ok la rasa macam kacang..tapi aku suka giler bunga teratai tau..cantik...boleh masuk wishlist la tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tak pergi babe. ni kita beli tiket setahun awal .. murah! hahaha

      Delete
  18. Cantik Bunga teratai ni.. Kemboja mmg terkenal dgn bunga ni kan.. suatu hari nak juga ke Siem Rap ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah babe ... semua best kat kemboja ..

      Delete
  19. Lawanyaa kawan Mu tu Tie..suka aku nengok wajahnya...Mu pun lawaa gak..makan gambar hehehehe..
    Eh..tempat ni memang tempat pelancong ek? Ni baru aku nengok pi Kemboja pergi sini, sebelum ni jarang pulak nampak orang update kebun ni..

    ReplyDelete
  20. Sukanya tengok tasik dipenuhi bunga teratai ni. bunga teratai pun cantik kembangnya. memang cantik kot photoshoot sini

    ReplyDelete
  21. Fantastic Blog. Plenty of useful info here.I'm sending it to a few friends ans also sharing in delicious.And naturally, thanks for your effort!
    Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

    ReplyDelete
  22. kalau buat trip ke Siem REap mmg wajib pergi ladang teratai ni tapi kalau tak kena musim mmg x de bunga lagi..untung tau time tatie pergi ni tgh kembang bunga nya

    ReplyDelete
  23. hhiihi tengok tratai tu tingat bunga kantan heeh..
    dalam tasik tu xde hidupan yang menyeramkan ke tatoot nak juntai kaki..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane