HOTEL MURAH DI SIEM REAP CAMBODIA

By | 10/13/2019 04:25:00 pm 12 comments
HOTEL MURAH DI SIEM REAP | Hari ni aku nak cerita pasal tempat penginapan aku sepanjang 3 malam di Siem Reap, Cambodia. Kat Siem Reap ni banyak betul hotel yang murah dan cantik. Cuma kena rajin baca review kat tripadvisor sebelum booked.

Pemilihan hotel kali ni aku pilih berdasarkan lokasi. Lagi dekat dengan night market lagi bagus. And of course, harga juga memainkan peranan penting memandangkan Nana masih lagi bekerja dan menyara keluarganya. Anak sulung yang sangat bertanggungjawab. (ada yang berkenan? pssst, dia still single). That part, i kena pertimbangkan juga supaya kena pada budget Nana. 😄

Driver Tuk-tuk yang disediakan oleh Central Corner D'Angkor

Dua hari before fly, kami dah request free pick up transfer dari hotel. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Keluar-keluar je, driver tuk-tuk yang disediakan oleh hotel dah tunggu kat luar pintu arrival hall dengan senyuman manis. 


At first, aku nak stay kat Royal Crown Hotel & Spa yang terletak 2 minutes dari Hard Rock Cafe Angkor. Dekat gila!! Nak jalan kaki ke Night Market pun takde hal lah. Tapi Nana bagi suggestion lain, I ikut jela .. Hotel Central Corner D'Angkor ni pun not bad. Dekat juga dan walking distance je kalau nak ke night market.


Perjalanan dari Siem Reap International Airport ke hotel adalah dalam 22-25 minit. Tak jauh mana pun. Sampai-sampai je penyambut tetamu dah menunggu dengan tuala basah dan welcome drink. 


Untuk pengetahuan korang walaupun aku dengan Nana dah berkawan 13 tahun, tapi ini kali pertama kami bercuti bersama. Selalunya kalau aku balik Paka, pasti singgah Kuala Terengganu untuk jumpa dia. Itu je lah time kami berjumpa. Nervous? Mestilah. Bila travel ni la baru kenal betul-betul perangai member kita. Haha. Ops, tersasar pulak cerita. 



Hotel kitorang ni konsep dia ala-ala industrial. Very simple and elegant. Kitorang pilih bilik Junior Suite Pool View. Dengar macam exclusive benar Junior Suite tu kan? Tapi aku rasa macam Deluxe Room je. Hahaha. Tak kisahlah .. sebab bilik memang murah dah. Kenalah tu dengan konsep dia. Hiks.


Total harga untuk 3 malam RM502 booked guna website Agoda. Tapi kan ... few days before bertolak, harga hotel ni drop jadi RM490 untuk 3 malam. Ciskek betul. Dah booked baru dia jadi murah. Haih!

Sebab Nana yang booked and deal dengan hotel, maka ada nama dia je .. 

Hotel ni dilengkapi dengan wifi yang laju dan juga swimming pool. Tapi kitorang langsung takde peluang nak mandi swimming pool. Haha. Tapi tak kisah pun. Kat Siem Reap ni memang kaki laju je nak melangkah keluar di siang hari. Hahaha.



Overall, okaylah hotel ni. Cuma kadang-kadang berbau sedikit. Entahlah aku tak pasti dari mana. Tapi kalau call receptionist diorang datang and hidupkan lilin aromaterapi kasi hilang bau. Review kat website semua baik-baik. Aku tak menafikan staff hotel ni memang friendly dan helpful. Call tengah malam pun diorang masih layan dengan baik lagi.

Tapi untuk aku datang lagi tu, mungkin taklah. Haha. 

Review by Booking.com (9.3/Superb)

Sesiapa nak stay sini, tolong jangan pergi spa depan hotel (luar kawasan hotel). Azab wei!!! Ibarat scam. Den dah terkono. Buat manicure pedicure $10, dia gunting kuku lepas tu sapu limau nipis je. Minta buffing nails, dia pergi warnakan kuku kita. Adehh!! Tapi kat situ je worst! Kat Spa lain yang aku pergi okay. Best and puas hati. Hahaha. 
Newer Post Older Post Home

12 comments:

  1. Kalau aku pun nebes gak nak bercuti gan geng yang tak pernah pi bercuti, nasib baik setakat ni semua baik-baik aje geng travel i, mostly i like u, harap u like me too hahahaha...walaupun tido ku kuat dengkurannya hehehehe...sori ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. dengan aku dulu ko tak nebes pun. tipu!!!

      Delete
  2. tengok bilik hotel tu nampak murah dan berpatutan untuk 3 malam rm502, cuma kalau berbau tu cemana ek... adakah sebab sistem dia ke camne, lepas diaorang hidupkan lilin aromaterapi tu mmg takde bau dah la yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau nak describe camana. dari air kot ... sbb siem reap ni tak semaju kita lagi..

      Delete
  3. Cantik bilik dia.. Murah lak tu kan.. Memang best la siap ada Bath tub bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. murah kan? kat siem reap banyak hotel cantik-cantik dan murah

      Delete
  4. Berbaloi nampak bilik hotel mmg selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa mmg selesa cuma ada bau tak menyenangkan kat bilik air. tapi bila pasang aromaterapi hilang terus bau tu

      Delete
  5. Wah nampak menarik dan selesa

    ReplyDelete
  6. 3 mlm RM502 dgn facilities dan bilik besar, bilik air besar mmg berbaloi lahhh

    ReplyDelete
  7. mak aihh..mahal na..10usd takat potong kuku letak limau baik buat sirikk...adehhh..tipa tertipu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane