Zaman sekolah dulu aku memang aktif dengan aktiviti perkhemahan. Pantang ada je trip masuk hutanlah, trip campinglah, panjat gunung dan sebagainya mesti aku join. Tapi itu dulu, sekarang dah jarang.
Mungkin disebabkan faktor penuaan. Hahaha. Kengkadang meroyan gaklah nak panjat gunung. Tapi takde geng. Encik H? Arghh, dia bukan suka pun. T_T
Tapi tahukah korang sebenarnya masuk hutan ni ada pantang larangnya?? Apakah etika-etika yang harus ada semasa masuk hutan? Tips-tips keselamatan semasa masuk hutan? Apa yang boleh, apa yang tak boleh? Ini semua sangat penting ye hadek-hadek..
Kalau korang tak nak hilang dalam hutan, taknak ghaib kat hutan secara tetiba, tak nak benda-benda buruk terjadi... maka dengarlah nasihat akak ko ni.. hahaha :P
Ekspedisi Gunung Datuk Rembau
Tips Masuk Hutan ini dari Tuan Haji Jamaluddin Mohamed Yusoff
Exco Member Mountaineering Federation of Malaysia.
JUNGLE TABOOS (do)
1 - First sekali, korang kena hormat hutan tu sebelum memasukinya mengikut kepercayaan agama masing-masing. Seperti contoh, 'Assalamualaikum kepada penghuni-penghuni hutan'.
2 - Ingatlah bahawa hutan adalah sebuah kingdom yang penuh dengan mitos dan misteri yang didominasi oleh penghuni-penghuni alam ghaib.
3- Jangan sesekali berkelakuan tidak senonoh. Jaga adab dan percakapan.
4 - Bagi yang lemah semangat, bawalah yaasin bersama.
5 -Sentiasa melihat kiri, kanan dan belakang. BE ALERT! Ia membantu korang bila sesat.
6 - Bawa botol air secukupnya. Kita mampu hidup dalam hutan dengan minum air selama 2 minggu.
7 - Nikmatilah persekitaran di dalam hutan. Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah ketakutan, kebimbangan dan tekanan.
8 - Bawa bersama-sama biji lada hitam, bawang merah dan cili kering. Ini mungkin membantu dengan 'membakar mereka' sebagai kemenyan dalam menakutkan makhluk halus ni. Especially bila kes histeria.
9 - Do take a brief half (10-15 minutes), at mid-day 12 noon whilst exploring or trekking.
10 - Sentiasa memberitahu diri sendiri, korang boleh melakukan aktiviti itu sampai habis. Percaya pada diri sendiri dan dengan kuasaNya korang boleh hidup dimana-mana hutan. Ini untuk menambahkan semangat.
Trip ke Taman Negara Bako Sarawak
JUNGLE TABOOS (don't)
1- Jangan sesekali mention kalau nampak apa-apa yang aneh. Contohnya, "Wei, hantu tu depan kau"... Sebaliknya, gunakanlah nama samaran. "Eh, cik han ada kat depan".
2 - Jangan tidur across any tracks atau laluan pejalan kaki. Ini kebiasaannya laluan haiwan dan juga makhluk halus (penjaga hutan).
3- Jangan sesekali mandi di sungai atau anak sungai semasa senja.
4 - Jangan bersiul, menjerit atau bertindak keterlaluan di dalam hutan. Jaga perangai dan tingkahlaku. Jangan cakap besar.
5 - Jangan buang air kecil di merata tempat especially di batu-batu yang pelik, batang pokok atau akar. And also busut.
6 - Jangan menyalakan lilin berhampiran mana-mana telur binatang. It is a calling sign of the jungle spectre hunstmen atau dalam bahasa lain memanggil hantu hutan.
7 - Jaga tingkahlaku semasa berada di air terjun.
8 - Jangan menendang semut-bukit atau ants-hills, atau menggulung mana-mana tumbuhan menjalar rotan @ rattan creepers.
9 - Jangan menoleh ke belakang atau menjawab panggilan kalau nama anda dipanggil secara tiba-tiba semasa berjalan. Mungkin ia petanda tidak elok. Especially suara-suara yang tidak dikenali.
10 - Jangan masuk hutan apabila hujan turun semasa hari cerah. Ia mungkin tanda buruk. Seelok-eloknya tunggu sampai hujan berhenti.
TIPS JUNGLE TREKKING
1 - Tips elakkan gigitan nyamuk, sila pakai mosquito repellent. Sekarang ni boleh beli je kat farmasi, jenis sapu, spray dan pelekat tampal kat baju.
2 - Tips elakkan gigitan pacat - Ada orang kata spray ubat nyamuk kat stokin, ada orang kata lumurkan garam kat kaki atau nak senang beli je anti-leech socks.
3 - Pakai kasut yang sesuai dan tidak berat. Pastikan seluar yang dipakai tu selesa.
4 - Bawa botol air, untuk hilangkan haus. Tapi jangan pula, korang asyik-asyik minum. Sekadar membasahi bibir. Ini aku dapat semasa explorasi Gunung Datuk dulu.
5 - Bernafas dengan sempurna. Ini juga tips aku dapat masa explorasi Gunung Datuk dulu. Berkesan!
6 - Bila penat, berhenti kejap. Jangan berhenti lama sangat, just rehat dalam 20 saat, kemudian sambung balik. Sebab kalau korang terlalu amek masa lama, ia boleh membuatkan badan korang bertambah penat.
7 - Freeze @ Kaku - bila ternampak binatang liar seperti ular dan lain-lain.
8 - Hati-hati ketika menyeberangi kawasan berkayu especially yang dah usang.
9 - Jika sesat dalam hutan, jangan sesekali ikut perasaan 'sense of direction'. Sebaik-baiknya fikir dan imbas kembali jalan yang korang lalui. Ada orang menggunakan teknik tanda bila masuk hutan. Iaitu membawa kain, kemudian diikat kat pokok. Tapi jenuh jugakkan nak bawa kain.
10 - Exhaustion in the jungle assigned to back off and recheck, rethink and it can also be a protection.
11 - Jangan takut bila berada di dalam hutan. Sebaik-baiknya enjoy the nature dan tenang sahaja.
ALWAYS ALERT !! BE ALIVE ALL YOUR LIFE
(^_^)
Trip ke Taman Negara Pahang
__________________________________
Apa-apapun, hormatilah penghuni-penghuni hutan. Mungkin ada yang tidak percaya dengan benda-benda ghaib, tapi sekurang-kurangnya jangan main lepas cakap dan jaga adab supaya dapat elakkan benda-benda yang tidak diingini. Sebab hutan ni penuh dengan misteri. Kengkadang bulu roma aku naik secara tiba-tiba. Iskkk, scary!! Tapi jangan dilayan sangat perasaan tu.
Semasa hidup ni rugi kalau asyik pergi melancong tempat-tempat best seperti bandar dan pantai, sesekali menerokalah ke dalam hutan dan juga menyelam ke dasar lautan. Korang akan melihat sesuatu yang lain dari yang lain. Enjoy and relax, embrace the nature. :)