Latest Posts

Gabungan cerita lama dan cerita baru. Maka terhasil lah entri terbaru ini. Kunjungan kali kedua ini lebih bermakna kerana aku ditemani tourist guide yang begitu peramah, Encik Bong.

Kalau dulu, aku datang sini main redah je, takde siapa nak bagitahu pasal RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Tetapi kini dengan bantuan Encik Bong, dapatlah aku fahami kehidupan mereka di RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Entry lama boleh rujuk sini : Trip Main Redah Ke Sarawak.

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN

Untuk ke KAMPUNG ANNAH RAIS ni, aku sarankan korang sewa kereta atau ambil tour package dari tour guide. Kalau dulu, kami redah je sewa kereta sambil berpandukan pada GPS. Sesat ke, tu semua belakang cerita. Haha.

Dari bandaraya Kuching ke KAMPUNG ANNAH RAIS ni mengambil masa satu jam. Memang jauh. Jalan ke Kampung Annah Rais ini adalah jalan yang sama untuk ke sempadan Kalimantan. Jika korang naik satu bukit di sini, boleh nampak Kalimantan dari atas. 

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Bayar Di Sini

ENTRANCE FEE ANNAH RAIS LONG HOUSE 
RM10/pax

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Sticker Ni Kena Pakai

KAMPUNG ANNAH RAIS ini terletak di Padawan. Satu perkampungan yang didiami oleh masyarakat Bidayuh. Kalau nak merasai kehidupan etnik Sarawak, silalah datang ke sini. Memang pure. Tiada campur-campur dan TRULY MALAYSIAN. Ewah!

Perpustakaan Desa Kampung Annah Rais
Perpustakaan Desa Kampung Annah Rais
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Gambar Lama : Dengan Fazreen
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Jeti Lama Yang Masih Kukuh Sehingga Kini
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Rumah Panjang Annah Rais

Kalau ikut Wikipedia, suku Bidayuh ni tinggal di kawasan pendalaman dan tanah tinggi.  Rumah Panjang Bidayuh ni terbahagi kepada tiga bahagian - awah, tanju dan bilik utama.

Kat RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ini juga ada The Headhouse atau Panggah. Seram? Memang seram. But this one, harus dikekalkan untuk dilihat generasi akan datang. Mana ada lagi headhunter zaman sekarang. Kalau ada pun mungkin bukan di Malaysia. 

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
The Headhouse 'Panggah'
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN\

Tengkorak-tengkorak ini berusia ratusan lamanya dan masih dijaga rapi sehingga kini. Penduduk kat sini percaya kepentingan tengkorak tersebut menjaga mereka dari diganggu roh jahat (hantu). 

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN

Walaupun dulu pernah ke sini, tetapi aku tak habis tawaf sebenarnya. Sebab RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni sangat besar dan panjang. Nak feel lagi, sewalah homestay kat sini. Boleh rasa kehidupan harian mereka dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Masuk Dari Belakang
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN

RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ini diperbuat daripada kayu Belian, dalam bahasa Inggeris Eusideroxylon Zwaggen. Memang utuh dan tahan lama. Walaupun rumah-rumah kayu, tapi jangan pandang rendah, kebanyakan rumah kat sini ada Astro Beyond okay?! 

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Jagung
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN

Kat sini juga ada Show House, di mana korang boleh lihat sendiri apa yang ada kat dalam RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Memang lain dari yang lain. 

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Tatie Was Here
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Kawalan Penyakit 
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Tingkat Bawah
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Tangga Yang Halus
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Ruang Atas (Yang Tong Tu Tempat Simpan Beras)
Alat-alat Muzik
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Lampu
Dapur

Kat ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN ini juga terdapat restoran.

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Restoran/Gerai
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Aktiviti-Aktiviti Di Rumah Panjang Annah Rais
Meniti Jambatan

Sungai Sangat Penting Buat Mereka

Pak Cik Yang Murah Dengan Senyuman

Mural Yang Dilukis Oleh Pelawat
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Ingat Penang je Ada? Haha
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Tempat Buat Benda-Benda Besi Seperti Parang Dan Lain-Lain
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Rumah Ni Siap Ada Jambatan Lagi
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Kolam Ikan

Selain bercucuk tanam, penduduk kat sini juga berniaga. Ada yang menjual tuak beras, kulit binatang dan lain-lain lagi bagi menyara kehidupan seharian. Ada juga yang menternak binatang di bawah rumah.

ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWANANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Tuak dan Bakah Beras
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Memproses Padi Bukit Secara Manual
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Sarawak Pepper, Antara Yang Terbaik Di Dunia
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Cuba Teka Apa Ni?

Terpanjang pula entri RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Hehe. I really love this house. Suasana sangat berbeza dengan tempat lain. Insyallah akan datang lagi in the future. Again, terima kasih Sarawak Tourism Board kerana menaja percutian saya ke Kuching. 
ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN
Aku Pasti Akan Kembali

Sesiapa Nak Merasa Duduk Di Homestay Rumah Panjang Annah Rais ni, boleh contact mereka ni. Trust me, pengalaman cukup berharga dan lain dari yang lain. Go NOW!

Rumah Panjang Annah Rais
No 71, Kampung Annah Rais, 
Jalan Borneo Height, Padawan,
94200 Kuching, Sarawak

Website :

Restoran Roti Canai Jalan Argyll ini telah mula bertapak sejak tahun 1955 dan sehingga kini masih mempunyai pelanggan setia yang datang dari pelosok tempat. (Actually aku pun tak ingat pernah datang sini ke tak masa kecil. Haha).

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Roti Canai Jalan Argyll

Kalau korang rapat dengan aku, mesti tahu betapa 'fussy'nya kalau makan kat kedai mamak. Tetapi mana boleh menolak roti canai sedap kat Jalan Argyll ni. Sekali makan, pasti nak lagi. 

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Tauke
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
The Making Of Roti Canai Telur
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Teh Tarik Satu!!
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Cedok Kuah

Lokasi Restoran Roti Canai Jalan Argyll tidak jauh dari hotel kami, Hotel Cititel Penang dan tidak jauh juga dengan lokasi Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Transfer Road. Kira kalau dari hotel, bolehlah jalan kaki. Exercise pagi-pagi kan? :)

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Gelagat Masing-Masing Tak Sabar Nak Makan
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Ish, ish, ish ...

Terdapat variasi kuah kat Restoran Roti Canai Jalan Argyll ni. Antaranya :

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Kari Ayam
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Kari Daging
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Kari Kambing

Sedapkan?? Kena try baru tahu rasa camana.

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Roti Telur + Kuah
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Roti Canai + Kuah

Jangan lupa, air teh ais. Sedapnya!! Manis sampai ke tekak.

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Next time kena minta kurangkan ais
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Kemain lagi dengan penuh perasaan

Kalau ke Pulau Pinang, nak bersarapan pagi, singgah-singgah di Restoran Roti Canai Jalan Argyll. Dijamin roti canai sedap di Pulau Pinang. Takkan mengecewakan selera korang.

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Jalan Argyll, Pulau Pinang

Waktu Operasi Restoran Roti Canai Jalan Argyll
6.30 pagi - 12.30 tengahari

Koordinat Restoran Roti Canai Jalan Argyll :
5.420366,100.331993

Cuma apa yang aku nak komen, mungkin pada kuahnya. Sesetengah orang tidak suka dengan kuah pekat. Tetapi, jika korang penggila kuah kari macam Encik H, yang pekat itulah dikatakan sedap.

Well, lain orang, lain tastenya. Selamat Menjamu Selera!

Restoran Roti Canai Jalan Argyll
American Airliner Plane