Latest Posts

Sambungan Kisah Percutian di Adelaide, South Australia.

Aku sampai di Adelaide Airport seawal pagi. Tengah-tengah peak time, time tu lah aku sampai. Nasib harga tiket bas maintain. Sebut pasal tiket bas, aku dah buat kesilapan besar masa sampai. Baru sampai dah buat kesilapan besar. Apa cer?

Tersalah beli tiket!!!! Haih. Tanya orang sini pun 2x5, tak tahu. Nasib sampai kat town. Bila sampai kat town, tanya lagi orang kat sini, direction pergi hotel .... PUN TAK TAHU jugak. Sedih! Alamatnya, aku berpusing-pusing sambil tolak luggage cari hotel. 

Siapa kata aku berani jalan seorang-seorang? Keluar je airport, dah ketaq. Cuak. Rasa macam nak masuk kapal terbang balik. Huih. Angkara abang kastam dan immigration la ni. Hahaha. Tapi Alhamdulillah, takde apa pun. Mungkin dah nasib, habis beg kena punggah dan kena soal macam banduan. Sobssss.

bercuti di adelaide
Sementara tunggu bas, kita selfieeeee dulu

Sampai je hotel, rehat kejap dan keluar balik. Malas nak wasting time rehat lama-lama. Untuk trip Adelaide ni, aku mengamalkan konsep redah dan pergi. Macam aku cakap sebelum ni, aku tak sempat nak buat survey dan research. Hanya bergantung 100% pada flyers yang aku dapat. Nasiblah kat lobi Hotel Grand Chancellor tu banyak. Main pungut dan dijadikan sebagai panduan. Kehkehkeh.


Selfie sebelum keluar

Dah keluar dari hotel pun, aku masih teragak-agak dan blur. Haishhh. Time ni lah timbul kat dalam hati, How I Wish My Friends, Family or MR H kat sini. Tapi aku tak rasa sunyi sepanjang kat sini. Sebab kat Bandar Adelaide ni, internet friendly. WOAHHHH. Even London pun korang perlu beli nombor london kalau nak access internet FREE kat Oxford Street/Underground but kat Adelaide, tak perlu. 

Untuk pengetahuan korang, Adelaide ni sebuah bandar yang digelar Retirement City. Kira tempat orang-orang tualah. Tapi peliknya, takde pula ramai orang tua kat bandar ni. Melainkan kat luar bandar macam Hahndorf tu banyaklah. 


Sampai je ni macam blur. Hahaha

Pada mulanya aku ingat nak pergi Cleland Conservation  Park yang terletak di Cleland. Tapi disebabkan aku rasa tempat tu tak sesuai nak pergi seorang, so aku tukar destinasi ke Glenelg.

Anti-Social EVERYWHERE

Dari Bandar Adelaide ke Glenelg, takdelah jauh mana. Just naik tram sahaja. Tiket? Boleh dibeli kat dalam tram but make sure ada coins. Opsss, mengenai tiket tram Adelaide pula, beli ALL TIMES. Ingat, beli ALL TIMES tau. Harga $5.


Tram
adelaide glenelg
Bandar Glenelg
Holdfast Bay

Bersyukurlah Pantai Di Malaysia Lagi Bersih. Hahaha. LOL

Pemandangan dari jeti

Tugu

Cantikkan? Tenang je

Main tenteng jom.. =p

Niceee

Kata orang, kalau summer penuh...

@_@

Beachouse


Secara kesimpulannya, memang WAJIB singgah Glenelg kalau pergi Adelaide. Udara yang tenang, burung-burung penambah ceria, suasana yang harmoni, senang cerita memang best. Oh ya, kat Glenelg ni juga ada pekan kecil dan kat sini ada kedai souvenir yang jauh lagi murah berbanding Bandar Adelaide. Kalau korang nak beli souvenirs, rajin-rajinlah naik tram dan pergi ke Glenelg ya? Ohhhsemmm!


Pekan Glenelg

Mural

Give WAY!
Hotel dan hostel pun banyak...

Next, lepas ke Glenelg, aku ke Bandar Adelaide pula. Tak semua tempat aku pergi kat Bandar Adelaide ni. As usual, simpan sedikit untuk trip akan datang. Hahaha. Bila nak pergi lagi? Jangan tanya, aku hanya merancang, Allah yang tentukan. Ada rezeki, adalah. Takde rezeki, koranglah sambung.



Kat bandar ni, aku just jalan sahaja tanpa arah tujuan. 


Dah puas berjalan, barulah aku terasa lapar. Senang ke cari MAKANAN HALAL DI ADELAIDE ni? Jawapannya senang. Aku berpandukan website Zabihah dan kat bandar ni banyak restoran HALAL.


Restoran depan Hotel Grand Chancellor

So, aku pilih untuk makan kat Restoran Mekong Thai Adelaide. Restoran Mekong Thai ni HALAL dan haruslah makanan dia makanan THAI. Harga? Boleh tahanlah. 


Suasana di Restoran Mekong Thai

Menu

Nasi Goreng Seafood

p/s : tak beberapa suka dengan Nasi Goreng Seafood ni

Lepas makan, terus balik hotel. Penat dan tak cukup rehat. Okaylah untuk hari ini, nanti aku sambung di entry akan datang. Chill, relax and enjoy your day. Don't miss me too much! =P

Setelah ditunda beberapa kali, finallyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.. 
i'm here. Syukur, kembali ke sini balik after 11 months

Alhamdulillah

 Okay sengsorang macam ni, monopod sangat membantu

Teruskan membaca blog Kisah Tatie. Jauh di mata, dekat di blog.. EH?

~Thank You~
Malaysia Airlines Business Class. Kenapa dan mengapa anda perlu bayar lebih untuk beli tiket Business. Kenapa? Ada yang cakap, tak perlu membazir, duduk economy pun okay what?! Yup, mana-mana pun okay. Ikut pilihan dan bajet anda. 

Tapi hari ni, jom kita cakap pasal Business Class Seats. Later, aku blog pasal tempat duduk Economy pula ya? Kita compare both seats. Hehehehe. Yang pasti, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


1) Kaunter Check-In yang Efficient

Anda tidak perlu beratur panjang dan tunggu lama untuk check-in. Kaunter Check-In Malaysia Airlines untuk business class dan first class adalah berbeza dengan kaunter economy seats. Kat sini juga terdapat ruang menunggu yang boleh anda duduk. Lebih selesa dan privasi.


2) Keselesaan Tempat Duduk

Tidak mengapa bayar lebih untuk keselesaan yang berpanjangan, lebih-lebih lagi jika destinasi yang anda nak pergi tu jauh. Aku tak nafikan, memang jauh beza jika dibandingkan dengan economy. Di tempat duduk Business Class Malaysia Airlines, ia lebih lebar dan luas. Cukup selesa!

Comforter 
Luas ..

3) Cabin Crew Yang Sentiasa Lebih Prihatin

Yang ni bukan bias tau. Dah bayar lebih, layanan pun haruslah lebih. Kalau di economy semuanya terhad. Nak minta itu, nak minta ini such as kacang, aku kena fikir 2-3 kali. Takut dicop sebagai passenger yang demand. Tapi kalau duduk di Business Class, anda tak perlu takut. Mintalah sebanyak mana, diorang akan layan anda macam bos. Hikhik.


4) Makanan Chef-On-Call

Bab ni aku paling suka. Tak pernah ada rungutan terhadap makanan yang diorang serve kat Business Class seats. Untuk Chef-On-Call Malaysia Airlines, tak semua destinasi ada. Usually destinasi-destinasi jauh seperti London, europe, Australia, New Zealand, Istanbul dan Orient routes.

Paling best, ada satay kat menu tersebut. Untuk pengetahuan anda, satay Malaysia Airlines ni kerap memenangi World's Best Airlines Signature Dish by World Airlines Awards Skytrax. Haa, siapa kata Malaysia Airlines punya food tak best? Try makan satay kat sini, pasti nak lagi. *Sedapnya*

Satay by Malaysia Airlines
Satay by Malaysia Airlines

5) Toilet Yang Exclusive

Bagi sesetengah orang, toilet sering menjadi masalah especially kalau berjalan jauh. Ada yang geli nak berkongsi dengan ramai orang dan macam-macam lagi. Tapi aku bedal je, kalau dah emergency, tak kiralah toilet business ke, toilet economy ke... hentam sahajalah. Haha. Tapi itu aku, untuk orang lain, mungkin menjadi isu. Maka, jika anda di kategori penggeli, silalah bayar lebih untuk tiket business.

Malaysia Airlines Business Class Toilet
Aigner Toiletries

6) Free Toiletries

The best part kalau duduk di seat Business Class (any airlines) adalah FREE TOILETRIES. Tapi ikut seasonlah. For this time, Malaysia Airlines bagi bag TUMI dan beberapa kelengkapan lain seperti travel set Clarins dan lain-lain lagi. Jadi mudahlah korang yang travel long-haul flight. 


7) Malaysia Airlines Golden Lounge

Jika anda membeli tiket First Class atau Business Class, anda berpeluang untuk mengisi perut atau minum di  Malaysia Airlines Golden Lounge, KLIA sementara tunggu boarding. Maka, takdelah istilah buang masa or apa-apa. Actually any airlines, kalau beli First or Business Class, memang diorang akan prepare Golden Lounge untuk passengers. Memang perut akan kenyanglah kalau naik First atau Business Class seat ni.

click sini : Golden Lounge KLIA

Tapi aku survey, kebanyakan yang gemar duduk di Business Class ni adalah mat salleh. Mungkin diorang menitik beratkan keselesaan. Maybe kan? Well, ikut pada bajet kita. Ada bajet lebih bolehlah beli tiket Business, ada bajet sedikit bolehlah beli tiket economy.

Tapi aku salute kat seorang member ni. Dia sanggup saving duit untuk beli tiket business class. Katanya, untuk keselesaan dirinya ketika melancong. Tambahan lagi, dia ni kira pandai cari time tiket murah. Okayyyy jeles sangat. Terbaiklah.

Next, aku cerita pasal economy seats pula eh?! Okbai.

Sesudah Sampai Ke Destinasi

Thank you husband for the opportunity. Alhamdulillah :)
American Airliner Plane