Latest Posts

Saya percaya ada di antara kita adalah peminat setia filem Paranormal Activity kan? Paranormal activity adalah sebuah cerita berkisarkan supernatural aktiviti.

Terbaru adalah, The Marked Ones. Jujur, seperti The Hobbit, ini adalah kali pertama saya menonton Paranormal Activity. Bukanlah sebab takut, tapi tak beberapa suka cara filem ini dirakamkan - style "found footage". 

Tapi kelmarin, saya berkesempatan untuk menonton Paranormal Activity The Marked Ones Premiere Screening yang dianjurkan oleh Nuffnang. Thanks Nuffnang. Sampai on time sebab tersalah tengok venue ingatkan di GSC rupa-rupa di TGV. haha. nasib sempat!


Sinopsis :

Mengisahkan dua orang sahabat karib, Jesse dan Hector yang baru habis belajar. Ketika mereka sedang lepak di bilik, mereka terdengar bunyi aneh dari bawah rumah mereka. Dengan menggunakan kamera Go-Pro, mereka tidak sengaja merakam aktiviti aneh yang dilakukan oleh jiran mereka yang bernama Anna. 

Mereka percaya Anna melakukan aktiviti ritual. Selang beberapa hari, Anna ditemui mati mengejut. Kematian Anna telah mengundang misteri kepada penduduk flat itu. Jesse dan Hector memberanikan diri masuk ke rumah Anna bagi mencari bukti kematian Anna dan mereka telah menemui bukti upacara ritual dan beberapa bahan lain. 

Sehari selepas itu, Jesse mendapati tangannya ada kesan seperti gigitan. Apakah pertalian gigitan itu dengan kematian Anna? haaa, yang ni tak bolehlah cerita sampai habis. Anda kena saksikan sendiri di pawagam nanti. Yang penting filem ni kena bagi tumpuan 100%, kalau tak.. memang takkan faham. 

Filem ni kurang sesuai ditonton oleh remaja kerana terdapat banyak adegan seperti mencarut dan lain-lain lagi. Selain itu, ending cerita ini juga kurang menarik kerana ...................... anda kena tengok sampai habis dulu kalau nak tahu kenapa... HAHAHA

Jangan lupa, cerita ini bakal menghantui pawagam berhampiran anda mulai 2 Januari ini. TUNGGU!

Movie :
Paranormal Activity - The Marked Ones


Tempat :
TGV One Utama

Rating:
3/5

Class:
18

Trailer :


Selamat Menonton (^_^)


Cukup meriah Majlis Pelancaran Program Slot Raudhah 2014 TV9 yang diadakan di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal baru-baru ini. Dikelilingi pengacara-pengacara anggun dan muslimah, membuatkan hati saya rasa sejuk sekali. Cantik dan sopan. Kagum saya melihat mereka.

Eh, tersasar dari tajuk asal. Sebenarnya, majlis ini adalah untuk memperkenalkan pengacara dan program-program yang bakal menghiasi TV anda tahun hadapan. Program berbentuk ilmiah dan islamik ini bukan sahaja bertumpu pada aspek agama tetapi juga hiburan seperti qasidah, fashion terkini dan banyak lagi.

kata-kata aluan daripada emcee 

Qasidah 

jelitawan-jelitawan program Raudhah Lin Nisa'

Shoutul Quran

Siapa tidak kenal Johan Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Sharifah Khasif. Alunan yang cukup merdu dan lunak tatkala membaca Al-Quran mampu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kini, Sharifah Khasif bakal bergandingan dengan dua wanita yang mempunyai peminat tersendiri, iaitu Salima Habibi dan Siti Nordiana dalam rancangan Shoutul Quran.

Rancangan ini bersiaran setiap Jumaat (11 pagi) mulai 3 Januari 2014. Dalam program ini mereka bakal mengetengahkan proses pengajian Al-Quran seperti pengunaan tajwid yang betul, alunan taranum dan Qasidah. Jadi kalau nak tengok kelunakan suara mereka bertiga berqasidah, jangan lupa saksikan Shoutul Quran ini okay?

Pengacara Shoutul Quran : Salima Habibi, Sharifa Khasif dan Siti Nordiana

Hijab Stailista

Tahun 2014 ini, sekali lagi menjadi tuah buat Ameera Zaini apabila dia dikekalkan  sebagai pengacara Hijab Stailista. I admit, she is soooo beautiful dan mempunyai aura untuk membuatkan penonton melekat di hadapan kaca TV. Kali ini, anda bakal menyaksikan program ini terbang dengan lebih jauh bagi meneroka bandar-bandar terkenal dengan fashion seperti Tokyo, Melbourne, Milan dan Los Angeles. Bestnyaaa, tak sabar!

Jangan lupa saksikan Hijab Stailista pada setiap Jumaat, jam 7.30 petang.

Pengacara Hijab Stailista, Ameera Zaini

Safiyya

Antara terpilih dalam pencarian pengacara program Raudhah yang telah diadakan pada bulan September lepas adalah Bella Yunus. Jika musim lepas, anda melihat Liyana Hisham mengacara program ini, tetapi kali ini jom kita saksikan kemampuan dan aura Bella Yunus sebagai pengacara. 

Bella Yunus ni adalah pelajar komunikasi di UITM Shah Alam. (oh junior rupanya) dan masih baru dalam dunia pengacaraan. Okaylah, taknak cerita panjang. Saksikan sendiri program ini pada setiap Ahad pada jam 11 pagi.

Pengacara Safiyya, Bella Yunus

SIS
semangat, intelek, swadaya

Gabungan mereka bertiga ini bakal mencetuskan kehangatan pada program ini. Siapa tidak kenal Diana Amir dan Heliza Helmi. Mereka berdua ini akan digabungkan dengan bakat baru, Emy Ramli.  Tiga jelitawan ini bakal membuatkan anda tidak lekang dari kaca TV. Kenapa kena tengok SIS? Sebab program ini akan membincangkan isu-isu semasa khususnya yang dialami oleh wanita. 

Program SIS akan disiarkan pada setiap Jumaat jam 7 petang.

Pengacara SIS : Emy Ramli, Diana Amir dan Heliza Helmi

Tak sabarnya... Semua program sangat menarik dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Berhibur sambil menambahkan ilmu. Mempelajari tentang tajwid, info semasa dan fashion. Eh banyak lagi.. Ayuh, set the date. Jangan miss setiap episod pun. Hehe.

sesi pengenalan pengacara dan program

Selain daripada memperkenalkan pengacara dan program, kami juga sempat beramah mesra bersama selebriti dan juga dihidang dengan jamuan makan tengahari. Makanan kat sini semuanya lazat dan sungguh menyelerakan. 




sesi santai bersama selebriti.. eh bukan. kat sini anda boleh borak-borak dan ambil gambar 

Sharifah Khasif sedang diinterview oleh abang ketaq, Nas Ahmad

Heliza Helmi yang cute and peramah

bloggers

 - Terima kasih TV9 dan Syukri -

Baru-baru ini saya telah menyertai Pelancaran Peraduan Foto Sticker Tahun Melawat Malaysia 2014 yang telah diadakan kat Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan. Selain dari Senawang, beberapa plaza tol lain juga turut terlibat seperti Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Skudai, Plaza Tol Ayer Keroh dan banyak lagi. 15 lokasi terpilih di seluruh negara untuk upacara ini.

Tak dapat sticker VMY2014? Jangan risau. Anda boleh dapatkannya kat pejabat-pejabat Tourism Malaysia (cawangan negeri) dan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di seluruh negara.

Sebanyak 150,000 sticker telah diedarkan di seluruh negara sepanjang majlis ini diadakan. WOW, banyak tu dan berita baik, saya pun ada beberapa sticker ini, so kalau nak just email me okay? :)

Tempat :
Plaza Tol Senawang





Yb Dun Bagan Pinang, Tun Khairuddin Abu Bakar yang juga exco pelancongan negeri turun padang bagi sama-sama menyokong Program Visit Malaysia 2014 ini.

goody bag for media.. thank you Tourism Negeri Sembilan dan Tourism Malaysia

Jom, apa tunggu lagi. SERTAI sekarang. Cara-cara nak join :

1) lekatkan sticker ini pada kereta anda
2) ambil gambar kereta anda (yang mempamerkan pelekat ini) berlatarkan mana-mana destinasi pelancongan di Malaysia. Plat kereta dan sticker kena jelas okay. No cheating!


3) LIKE FB Cuti-cuti 1 Malaysia : click here


4) Jangan lupa isi borang di sini : click here


5) Langkah yang terakhir, jangan lupa kongsikan bersama 10 orang rakan FB anda. Kalau malu nak share kat kawan, sharelah kat ahli keluarga.. 

[ Good Luck]

Peraduan ini berlangsung dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2014 (tiga bulan). 

Pemilihan pemenang berdasarkan :
- cabutan bertuah.
- terdapat 1 cabutan bertuah akan diadakan setiap bulan sepanjang tempoh contest ini
- 13 pemenang akan dipilih untuk setiap cabutan bertuah
- jika anda tidak menang pada cabutan pertama, anda masih lagi berpeluang 
untuk cabutan bertuah yang seterusnya.
- pemenang akan diumumkan melalui FB dan surat-menyurat

Hadiah:
Tempat pertama : Pakej Percutian bernilai RM 2000
Tempat kedua : Pakej Percutian bernilai RM 1500
Tempat ketiga : Pakej Percutian bernilai RM 1000

Cukup mudah dan cukup menarik. Hadiah yang ditawarkan pun sangat best.
Saya pun nak JOIN!!!!


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


HARGA MASUK I-CITY SHAH ALAM | Dah lama saya tak ke sini. Seingat saya, masa belajar di semester 4 kat UITM dulu dan masa tu, Icity masih lagi baru dengan kadar masuk RM2/parking dan hanya ada lampu sahaja.  Tapi kini, I-city dah berubah. Semakin banyak attraction yang dibina dan dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Bandar Anggerik ini.

Dan semasa trip Sahabat Media SMCC1M ke Hulu Selangor yang lepas, kami turut singgah ke I-city Shah Alam. Dah lama dah rasa nak ke sini, tapi dek kesuntukan masa.. selalu sahaja cancel last minute. Tapi bila trip sahabat media ke sana, mana boleh lepaskan peluang.. ye dop? dah la free, boleh masuk semua tempat pula tu. Tapi sayang, saya terlupa nak ke Trick Art Museum. hurmm. Nampak sangat alasan untuk ke sana balik kan? haha.

Terlebih dahulu, terima kasih Santai Travel, Tourism Malaysia dan I-city kerana menaja sahabat media ke sini. Dahla dapat ke sini, dapat pula free dua voucher ke water world dan voucher tu selamat saya guna semalam. Selanjutnya, saya ceritakan kat bawah ini.. (habislah korang.. entry panjang lebar).

kata-kata aluan dan pengenalan terhadap I-city

Kat I-city ni terdapat beberapa attraction seperti :

- Red Carpet Wax Museum
- WaterWorld
- Trick Art Museum
- City Of Digital Lights
- Fun World
- Snowalk
- House Of Horror
- 5D Theatre
- City Walk

kehebatan, keriangan dan keseronokan

RED CARPET WAX MUSEUM

Harga Masuk Muzium Patung Lilin I-City Shah Alam
normal rate : adult (RM50) child/senior (rm35)
mycard rate : adult (RM35) child/senior (rm30)

Kadangkala tak semua antara kita mampu untuk ke sesuatu tempat. Ada kalanya, kita hanya mendengar kawan bercerita tentang pengalaman mereka ke sesuatu tempat contohnya, Madame Tussauds. Sambil telan air liur, dalam hati berkata.."bilalah aku nak ke sana.. asyik dengar si Milah ni bercerita je...Haih".

Kini, impian anda untuk melihat sendiri betapa uniknya patung lilin tercapai apabila I-city Shah Alam membuka sebuah patung lilin, iaitu Red Carpet Wax Museum yang menempatkan 100 patung lilin seperti Angelina Jolie, Mr Bean, Barack Obama, Bruce Lee dan banyak lagi. Feeling-feeling artis berjalan kat red carpet sesuatu yang marvellous dan ohsemmm. | Patung Lilin di I-City Shah Alam.

Menariknya kat sini, anda juga berpeluang untuk bergambar bersama bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman. Jadi jangan lepaskan peluang. Teruja ai tau!



tokoh-tokoh sukan terkenal seperti David Schumacher, dll pun ada

tokoh-tokoh politik seperti Kofi Annan & lln pun ada juga

benda ni supposedly bergerak-gerak.. tapi masa kami pergi tu
still dalam proses pengujian lagi

tokoh-tokoh World Guinness  Records pun ada

macam kenal je.. macam comel je

bapa kemerdekaan negara pun ada

HOUSE OF HORROR

Harga Masuk Rumah Hantu I-City Shah Alam
normal rate : adult (RM30) child/senior (rm25)
mycard rate : adult (RM25) child/senior (rm20)

Sukakan sesuatu yang seram? mistik? misteri? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. House Of Horror I-City Shah Alam yang terletak bersebelahan Red Carpet Wax Museum juga tidak kurang hebatnya. Mereka menggunakan teknologi 3D dan terdapat 6 bahagian yang pastinya akan memberikan pengalaman yang luar biasa untuk anda.

Saya tak dapat mengambil banyak gambar di dalam House Of Horror I-City Shah Alam ini. Tapi jangan khuatir, bukan sebab mereka tak kasi, tapi sebab asyik terkejut-terkejut sampai lupa nak ambil gambar. HAhaHA. *padahal takut dan tutup mata sepanjang lalu masuk.. kahkahkah* | Rumah hantu I-City Shah Alam.

 



SNOWALK

Harga Masuk Rumah Salji I-City Shah Alam
Sebelum 6pm : adult (rm25) child (rm20)
Selepas 6pm : adult (rm35) child (rm30)

Berbeza dengan 'snow world' lain yang terdapat di negara kita ni, Snowalk I-city ni menjanjikan satu kelainan buat anda. Snowalk I-City Shah Alam ini adalah rumah salji buatan yang terbesar di Malaysia

Kat dalam ni, terdapat igloo, rumah-rumah salji, slide, mini-bobsled run, snowmen, ice penguins dan banyak lagi. Winter jacket diberi sewa percuma, tetapi saya galakkan anda pakai kasut siap-siap dari rumah. Kalau tak mungkin anda terpaksa menyewa kasut berharga RM10/sepasang.| rumah salji I-City Shah Alam.


if taknak sewa kasut, bersejuklah macam saya...grrr

(tapi bahaya boleh terkena frostbite kalau lama-lama sangat)








Waterworld

Harga Masuk Waterworld I-City Shah Alam
Isnin - Jumaat : adult (rm40) child (rm40)
Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah :  adult (rm30) child (rm40)

Antara yang paling menjadi tumpuan pengujung adalah Waterworld. Bayaran serendah RM30-RM40, anda boleh mandi sepuas-puasnya dan mencuba beberapa tarikan seperti slide dan lain-lain. 

Selain itu, pengunaan pelampung tiub juga adalah percuma. WOW!!! best dan murah. Cuma, anda tidak dibenarkan bawa masuk makanan dari luar. Jadi, siap-siap bawa duit lebih. OKAY? | Taman Tema Air I-City Shah Alam.





 





 



tengok video di bawah ini :


 

 




bestkan? semua tempat dalam satu kawasan. anda hanya perlu nikmati 
keseronokan tanpa batasan bersama mereka yang tersayang. SEGALANYA ADA DI 
I-CITY SHAH ALAM

Peta I-city


P/S: Semua harga-harga di atas tertakluk pada tarik semasa, 
mungkin berubah mengikut musim dan promosi.

American Airliner Plane