Latest Posts

Malam tadi, I dapat dua invitations. Satu Premiere Screening Free Birds Nuffnang and another one, EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi. Dua-dua event, sangat best dan gempak. Tapi hari ini, I nak cerita pasal Parti Eh! 20 yang anggun dan disenangi. Terima kasih EH! magazine. 

Pertama kali sertai parti Eh! ini. Semuanya cukup terancang dan prop pentas yang sangat menarik. Cuma, tempat yang agak sempit ... Event Eh! ni adalah event tertutup dan acara tahunan. Nak sertai parti ini, anda boleh beli tiket di beberapa lokasi terpilih atau menyertai contest yang dianjurkan oleh Eh! seperti di bawah ini. 

nampak tak nama @izzatihazrul ??
ekekeke =P

Parti ini dianjurkan kat Vertigo Club, The Gardens, yang merupakan tukang sponsor tempat untuk parti ini. Tapi jangan bimbang, tiada arak dihidangkan pada malam itu dan ramai yang berpakaian sopan dan bertudung. (Shila Amzah pun ada sekali tau!)

Yang kedua, saya dapat giveaway tiket dari blogger, Sabby Prue. Thanks Sabby. Jadi, ada tiga tiket yang I dapat. Tapi tak boleh tamaklah kan? Tapi sayangnya, I pergi seorang memandangkan Parti Eh! ni diadakan pada weekdays dan kawan-kawan pula kebanyakannya bekerja ... huh. 

Paling best, adalah goody bag. 200 pembaca terawal, dapat goody bag daripada Eh! yang mengandungi barang-barang dari Lancome, Dressing Paula dan Casio. Jangan lupa untuk membawa keratan voucher dalam majalah Eh!

Artis yang sertai event ini semua cukup happening dan sempoi. Antaranya, Awal Ashaari, Emma Maembong, Fazura, Shila Hamzah, Anzalna Nasir, Dynas Mokhtar, Nad Zainal, Arja Lee, Hunny Madu, Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Sara Ali, Arin Maharajalawak, Kaka Azraff, Sherry Ibrahim, Hanez Suraya, Bella Dally, Johan Asari, Anding AF, Nadia AF, Erin Malek dan ramai lagi. 



Eh! 20 yg Anggun dan Disenangi

view dari Vertigo

datang awal, dapat goody bag

itinerary majlis

tema : Chic and Stylish. Hentam sajalah.. haha

Vertigo, The Gardens

Opening by Wakaka Crew

Emcee, Linda Onn

speech by Editor Eh!

Founder of Haikunst Salon, Rdidewani and lagi 2 tak kenal

Awal Ashaari w/o scha

Anding, Johan Asari and lagi seorang sorry I tak kenal

pertandingan celebrity make up peminat

p/s: hadiah ditaja oleh Lancome

emma, me and nad zainal

my ex-blockmate masa kat UiTM Lendu dulu

Zery Zamry and Rizman Ruzaini

Sharifah Sakinah and Ryzal Jaafar

Pertandingan Menari 

Jangan terperanjat, kakak ni menang pertandingan menari dan
bawa pulang kamera Casio menewaskan 4 orang peserta lain

Megatalfie, Awal Ashaari, Editor Eh, Dynas, Ops Stylista, 
and Kem Salleh

Persembahan dari Nadia AF6

Anzalna Nasir

Bella Dally

Sweetkan dia?

Penyampaian Hadiah kepada 20 yg Anggun & Disenangi

Sara Ali and Fazura

Persembahan dari Casio

Fashion Show by Casio

Ex senior masscomm, Dynas Mokhtar

with humble, MissFazura

Fashion Show from Dressing Paula

Wan Sharmilla

us.

Persembahan dari Kaka Azraff

Ingat korang je mampu camwhore?

8 dari 12  orang Eh! Yang Anggun..

Johan Asaari

emma maembong

with Shila Amzah

Emma, my friend, me and Nad Zainal

Persembahan penutup dari Shila Amzah

Tak pasal-pasal tak boleh turun sebab peminat kerumun artis.

tersempak dengan my ex-batchmates kat UiTM

goody bag - casio, lancome, and dressing paula

and, ini video khas buat Encik Husband yang tak dapat join

 .


Happening, best dan seronok. Itulah ungkapan yang dapat diberikan kat Parti EH! 20 yang anggun dan disenangi. Tahniah buat mereka yang anggun dan disenangi. First time, tengok Emma Maembong secara live, memang tak dapat dinafikan dia sangat sweet dan cantik. Fazura tu, well known la kan memang cantik dari dulu. hehehe =)

|| thanks for reaDing ||

JOM KE LEMBAH BUJANG KEDAH | Kata orang, kat dunia ni ada 7 orang muka seiras dengan kita. Tapi yang ni, seiras dan nama pun sama cuma ejaan berbeza. Bila tengok balik kat tonton, rasa macam nak pengsan. "aku ke ni????". Dah jangan confuse, memang itu diriku. thanks Balkidzahir sebab bagitahu. Kalau tak sumpah tak tahu sampai bila-bila benda ni muncul di kaca tv. hahaha

FYI, ini adalah sedutan dari Malaysia Hari Ini, tarikh 111113. Manalah kita rajin buka TV pagi-pagikan? Kesudahan tengok menerusi tonton sahaja. Tu pun dah bantai gelak dengan Encik Husband. hahahahahahahahaha.. "Asal aku dah macam Cik Kiah bercakap ni?". 

Sekali lagi, terima kasih TV3 sebab sudi interview I. Khususnya Abang Syam dan lain-lain. Memang speechless habis maklumlah lama dah meninggalkan zaman masscomm. hahaha. (harap-harap lecturer tak perasan. haha)

Seriously, you guys kena datang sini. Sebagai rakyat Malaysia, I feel proud bila Malaysia ada Tapak Arkeological seperti Sungai Batu. Cuma now masih lagi dalam proses ekskavasi dan kajian, Insyallah tapak  ini berpotensi untuk menjadi tapak bersejarah terkemuka kat ASEAN. Maklum sahajalah, tapak sejarah yang paling awal kat Asia Tenggara (110M)  dan lagi awal dari Angkor Wat dan Borobodur, sudah tentu dapat memikat hati sesiapa yang sukakan sejarah khususnya mat salleh.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang





Tapak Arkeologi Sungai Batu


aarghh selebet selebet -_-

dan ni adalah sedutan video dari tonton:


.

Dan di bawah ini adalah sebahagian dari gambar yang I ambil dari trip ke tapak-tapak bersejarah ini. Mahukan TIPS untuk sukses dalam subjek ini? Caranya mudah.... first of all, highlight dahulu point penting. Kedua, hafal point dan bayangkan anda berada dalam situasi tersebut. (cth bayangkan anda Hang Tuah). Ketiga, jika berkesempatan rajin-rajin ajak mummy daddy pergi muzium arkeologi dan tinggalan penjajah dan orang terdahulu. INI TIPS nak dapat A1 dalam SPM dan PMR. Alhamdulillah, inilah yang I pakai selama study kat sekolah dulu. hehehe.

Peranan ibu bapa juga penting dalam menyemai sifat suka anak-anak terhadap sesuatu subjek itu. Jadi sebelum pergi ke luar negara, bercuti sakan kat oversea tu... apakata bawa anak anda melawat dan mengenal negara sendiri terlebih dahulu. Bersyukur sangat time sekolah dulu, sekolah selalu mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka dan Muzium Negara and of course... inilah muka yang tak pernah miss. hahaha. Sebab dengan melawat tempat-tempat begini, sedikit sebanyak dapat menyuntik minat dalam diri masing-masing dan membantu kita supaya ingat tentang sesuatu tempat itu dengan lebih mudah.

Lembah Bujang Kedah


waktu melawat antara 9 am-5pm (setiap hari)
tulisan bahasa sanskrit yang membawa maksud
"selamat datang"
camanalah diorang mengemudi perahu ini kan? unik.
thanks Encik Goki sebab sudi terangkan pasal Kedah Tua ini
kawasan sekitar Kedah Tua. nampak tak Gunung Jerai?
erm.

Terdapat banyak artifak-artifak yang dijumpai sekitar Lembah Bujang dan ditempatkan di dalam muzium ini. Jadi nak tahu apa yang best dan menarik, kenalah datang sini sambil membayangkan diri anda di zaman dahulu. hahaha.

Muzium dah, now jom lihat candi. Jangan berbangga jika anda sudah ke Angkor Wat dan Borobodur, jika Lembah Bujang pun anda belum pernah jejak. I'm sure, tak semua antara kita tahu pasal keunikan yang terdapat di Lembah Bujang ni. kan? *mengaku jelah*

terdapat empat candi di atas bukit ini.
setiap candi mempunyai reka bentuk yang berbeza.
can you spot me?

tutup telinga dari dengar benda negatif
henti bercakap benda-benda tak baik
hindarkan lihat benda-benda tak elok

p/s: pesanan ikhlas dari kami. hahaha

NEXT, KAMI KE SUNGAI BATU.

Siapa sangka kat ladang kelapa sawit ni wujud tapak pusat arkeologi Sungai Batu? Kawasan ini dipercayai menjadi pusat keagamaan masyarakat terdahulu kerana ia menghadap Gunung Jerai dan dipercayai masyarakat ketika itu menganut animisme. Selain itu, penemuan tapak peleburan besi, jeti dan beberapa artifak lain, menjadi bukti bahawa kawasan ini dahulu adalah tempat perdagangan besi. Menarik bukan? 

Menurut Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin, diorang belum habis gali lagi kawasan Sungai Batu ni dan dipercayai, akan menjumpai lebih banyak bahan artifak di masa akan datang. Harap-harap impian prof nak jumpa kubur masyarakat dahulu tercapai. hehe.

Tapak arkeologi ini dikaji pada tahun 2008 dan telah dijumpai 4 tapak peleburan besi, 8 jeti tepi sungai, satu tapak keagamaan yang dikelilingi 4 dewan dan 3 pusat pentadbiran.


tapak ini dikawal rapi
sangat unik dan penuh misteri
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM,
Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin
unikkan senibina dia?

dan di bawah ini adalah kajian kami masa kat sini.

nampak seperti batu 
apabila dibasuh, ia menyerupai sebiji logam dan berat
mungkin tak nampak sangat perbezaannya bila dalam gambar. 

tapak jeti
dipercayai sungai yang sangat lebar pada zaman dahulu, 
now dah jadi sekecil ini... ini berikutan perubahan keadaan cuaca.

ladang kelapa sawit yang mempunyai 1001 rahsia. diharapkan lebih banyak artifak dan bukti dijumpai di masa akan datang. Insyallah.

Jadi, apa tunggu lagi?? Cuti sekolah ni marilah kita ke Sungai Petani. Sambil beriadah di Carnival Water Park (entry kemudian), anda juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah. Next entry, I akan cerita pasal tempat-tempat best kat Sungai Petani ni.. TUNGGGUUUUUU.... :)

Selamat cuti sekolah adik-adik


|| thanks for reaDing ||




American Airliner Plane