Latest Posts

hi guys. teka kat mana saya sekarang???? no, not in malaysia...
yeah. i'm back!!! Hello LONDON. 

tapi sekejap je ... not like before. tak tahan puasa time summer...
 well, stay tune. i owe you hcmc story... 

sampai je terus menggelabah cari baju sebab kami datang sehelai sepinggang. rushing, unexpected journey and yesssss, i'm still tired. penat hcmc pun tak hilang lagi ni. hahaha 

Sambungan kisah Paris 1. Ini bukan first time i datang sini, tapi first time encik H datang sini. Tapi nampaknya dia lagi pro dengan public transport kat sini berbanding I yang agak pening dengan map metro kat sini. hahaha.. Besar wei, kalah london! So, i serahkan dia baca map dan i pula tugas berkomunikasi dengan orang kat paris ni. (time ni rasa berbaloi belajar french kat uitm dulu. hiks)

Dan hari tu hari ahad, kebanyakan kedai buka lewat. As usual la kan. So, kami ke Invalides Paris dahulu. Kat sini ada tourist spot iaitu Pont Alexandre III. Depan sikit dari jambatan ni, ada tourist attraction juga. Tapi kami skip. haha. =P


PONT ALEXANDRE III
PONT ALEXANDRE III

Dari Pont Alexandre III, kami nampak ramai sangat orang kat opposite side. Eh apa tu?  Dengan aksi makcik Joyah dan Pakcik Leman, kami memberanikan diri datang dekat. Busy body sangatkan? Haha.

sepanjang jalan ada ayat-ayat parents la, gay la apala...

La, rupa-rupa perhimpunan membantah perkahwinan sejenis. Ramai gila yang join. Dari baby sampailah datuk nenek. Encik H excited tengok benda ni, dia pun nak join. Tapi kami join sekejap je, sebab bahaya kot join benda ni. Tambah lagi, masa kami balik tu berlaku insiden tembak menembak kat Metro. 

semakin petang, semakin ramai
us

Bila i tanya diorang, apa sebab perhimpunan ni dianjurkan? Kata mereka, government baru meluluskan perkahwinan sejenis kat france. Diorang bantah habis-habisan. semangat couple tu jelaskan kat kitorang. haha.. Oh kalau nak tengok macamana penangan diorang membantah ni, google lah sendiri Pasti ada news mengenai perhimpunan ini. Memang dasyat!

yang ni pula adegan berani mati.. sanggup panjat..


Semangat betul diorang membantah. Disebabkan perhimpunan ini, beberapa laluan Metro ditutup and first time for me terhidu gas pemedih mata masa otw balik ke hotel. Oh demmmm..

yang ni semangat lebih apahal?

kat station pun diorang melaung-laungkan protest anti gay

Dari sana, kami berjalan ke arah Eiffel Tower bagi mencari kenapa orang taksub dengan menara besi ini. hahaha. kurang pasti kenapa, tapi KLCC lagi cantiklah. LOL! Dah banyak kali pergi sini pun masih tak dapat jawapan. Romantik sangat ke Eiffel Tower ni?

jangan lupa singgah park sebelah eiffel ni... :p
panjang gila que. no, no.. kami tak berminat nak join diorang beratur
di sebalik Eiffel Tower
Eiffel Tower

and dari Eiffel, baiklah kami berdua naik boat. berbaloi sikit. hahaha.
posing sat.
disneyland tiket pun berbaloi kalau nak beli kat sini.
ada promo 66% .. BEST!

then, dari boat kami berjalan lagi. 

skateboard tournaments within european countries
my favourite photo

bye Eiffel. 

~bersambung~

Travelogue Paris
TIM HOTEL PARIS REVIEW | Terdapat beberapa insiden berlaku masa nak pergi paris ni yang mana benar-benar kasi pengajaran kepada kami berdua. Dek kerana over confident dengan tiket, kami nyaris-nyaris tak dapat naik Thalys ni. 

Ceritanya begini.... I beli tiket train beberapa hari sebelum bertolak. dengan confident purchased via eurostar. thalys and eurostar dulu same company, now thalys is thalys, eurostar adalah eurostar. so, masa kejadian, i tak tahu pasal benda ni. kat website eurostar pun still ada my reservation. 

so, masa tunggu train tu, baru i perasan my tiket tak sama macam orang lain. oh demmmm! sepanjang 30 minit sebelum train sampai kami laki bini gilir-gilir lari pergi ibis (luar dari amsterdam central) semata-mata nak confirmkan sebab kat sana je ada wifi and print. memang sah! betul. tapi kenapa lain? kenapa takde seat no? kenapa?? :o

i dah hancur punah dah masa tu.. nak beli tiket baru? memang gasaklah. harga tiket bukan boleh dibuat main.  beli last minit seratus lebih euro. no way! dah burn nak beli lagi... ye, memang ada pengalaman merayu gara-gara termiss train kat edinburgh. tapi itu edinburgh. ini antara amsterdam-paris. memang kusutlah time tu. tak boleh nak fikir.

and kami redha. sebab ini bukan salah kami. we already purchased the tickets. duit pun dah deduct from my account. so, dengan lafaz bismillah.. kami main redah. beberapa kali tukang check tiket tu datang nak sahkan. at last, baru diorang confirm, memang tu bukan salah kami. sepanjang perjalanan kami berdoa dan setiap kali berhenti (rotterdam, brussels and blabla) setiap kali tu lah jantung berdegup laju. kahkahkah. 

alhamdulillah. selamat juga sampai. fuh, lega!!!!!!!!!!! so, next time pergi mana-mana sila pastikan tiket anda dan check sejuta kali pun takpe!!!




free wifi jika anda beli tiket tanpa harga promo. ok!
for more info click here : thalys

finally, arrived. syukur. alhamdulillah.

paris nord

bye thalys. good memory. bad memory.

dah habis cerita pasal thalys. otw ke hotel, kami kena scam pula. disebabkan terlalu penat dengan thalys, kami tak fikir panjang, sampai dan nampak teksi terus tahan dan ambil. tapi apa yang kami kena, charge melampau pada teksi. 30 charge tambang dari paris nord ke hotel... melampau bukan? kata receptionist kat hotel, kami boleh dapat separuh harga sebab perjalanan bukan jauh pun. what a bad day! =(

TIMHOTEL BERTHIER PARIS

inilah hotel kami... TIMHOTEL BERTHIER
hotel ni 3 stars je.. sebab masa kami pergi, peak time
harga hotel melampau-lampau..

malas nak menunggu, kami tolak sendiri.. haha

 very comfortable bed .. lagi masyuk 




hotel ni terletak di kawasan Clichy Paris. kalau ikut zone, dia terletak berhampiran dengan arc de triomphe. tapi apa yang best kat hotel ni, boleh jalan kaki pergi restoran halal dan metro station terletak berhadapan hotel ini. senang! staff dia pun friendly dan breakfast dia pun boleh tahan... kat depan hotel ni ada bus stop. kalau anda malas nak naik metro, bolehlah naik bas. terpulang pada anda nak naik apa.

rate harga. for more info or booking bolehla prefer sini : Timhotel 

~ bersambung~

Travelogue Paris
HOLIDAY IN BRUSSELS | Hari ini saya bawa anda berjalan-jalan di Brussels. Sebab kami kat Brussels pun tak lama. Tempoh 24 jam tu terlalu singkat dan perlu dimanfaat dengan betul. mujur semua attraction dekat kecuali, Atomium yang jauh sedikit dari bandar.

At first, mestilah isi perut dahulu. Tak perlu pergi jauh. Turun bawah nampaklah restoran ni. Sedap pula tu. kebersihan? Puas hati. cuma pekerja dia sahaja yang tak berapa fasih cakap english. Sesiapa yang mencari RESTORAN HALAL DI BRUSSELS, silalah ke sini. Highly recommended!

Restoran Chez Bal 
Restoran Halal Di Brussels
Harga yang reasonable
silap order 2. sebab portion yang terlalu banyak.

Next, mulakan perjalanan dengan lafaz bismillah. hehehe

First place yang kitorang terjah pada hari tu adalah Atomium Brussels. Masa kami ke Atomium, hujan turun membasahi bumi. Memang basah la kami pagi tu. Dari hotel ke atomium taklah jauh sangat. Cuma kurang selesa dengan persekitaran dalam Metro. Apa-apapun, saya nasihatkan kalian agar berhati-hati sepanjang masa. Pick-pocket ramai. :)


Dekat kawasan Atomium ni ada beberapa lagi tourist attraction yang lain such as Mini Europe Brussels. Kalau ada budak-budak barulah feel nak pergi. Kami berdua kalau pergi, macam buang tabiat pula. Haha. Ala-ala taman mini.

Pada mulanya, sekadar nak ambil gambar kat luar Atomium Brussels ni saja. Yela, tempat wajib pergi di Brussels. Tak sahlah kalau ke Brussels tapi tak datang sini. Disebabkan kami berdua takde citymap (nama pun unplanned trip), kami pun decide untuk naik atas. Manalah tahu dari atas boleh nampak bandar. Pssst, sesat sebenarnya. *malu*

Atomium Brussels
Atomium Brussels
Atomium Brussels

Harga Tiket Masuk | Entrance Fee Atomium Brussels
11 for adult 6 for children/seniors 8 for teenagers

Mini Atomium Brussels
Tiket Atomium Brussels
Mini Europe Brussels
kami spend about 10 minutes kat atas.. 
well, pemandangan sangat cantik dari atas.

Dari Atomium Brussels, kami ke city pula. Actually agak bersepah jugalah aktiviti hari ini. Dengan masa suntuk dan tiada perancangan rapi. Semua benda nak diterjah, akhirnya masa macam terbuang gitu je. And by 6pm kami dah balik hotel. Maybe sebab faktor cuaca buat mood kami hilang ke laut.

The Cathedral of St. Michael and St. Gudula
dari sini kami jalan kaki ke grand place
Grand Place Brussels
cantikkan?
antara jenama belgium. kalau anda suka waffle, coklat atau suka manis-manis... 
inilah tempatnya. best sangat!!! 

kat Grand Place ni tempatnya macam kat venice tu je.
 kira kebanyakan tempat tourist semua kat sini. 
dan kedai souvenir memang banyak kat sini. i suggest jalan dulu sebab harga lain-lain

dan hari tu jugalah ada Brussels Jazz Marathon
Hard Rock Cafe Brussels
lega bila jumpa sweater. hahaha
seriously, sejuk!
bila sejuk mesti lapar... apa lagi, pekena waffle lah! 
pilih-pilih. yang kosong  €1, yang selebihnya adalah harga lain
 mengikut citarasa anda nak tambah apa.
amboi syoknya makan sampai tak ingat bini
dan belgium juga antara pengeluar karpet. belgian carpet!
ingat mat nepal je reti buat carpet?
tumpang bergambar jap

Bila pergi souvenir shop, hampir kesemua barang mesti ada gambar budak-budak tengah kencing. Huh! Apa ni? Lucahnya! So, kami memberanikan diri tanya. hahaha. Larrr, rupa-rupa tu antara salah satu mercu tanda kat brussels ni. Tepuk dahi sejuta kali. hahaha.

dia pun reti makan waffle :p
Manneken pis

Ramai juga yang bergambar dekat Manneken Pis ni. nak tahu sejarah dia? Google sendiri. Manneken Pis ni terletak di Rue de l'Etuve.


tamatlah sudah.. tempat-tempat lain tu, next trip pula lah ye. 
insyallah.

arts

THE NEXT DAY

Hari ni kami pulang ke amsterdam. 

cak! 
bell boy yang terover peramah. haha
beware!
gambar terakhir sebelum meninggalkan hotel. sobsob

antara punca utama kenapa encik H tak suka brussels:

sampah merata-rata
homeless people yang sentiasa mencurigakan.. 
keadaan metro yang usang

tapi apa-apapun, kami anggap ini sebagai pengalaman dan tambahkan ilmu geografi. 
biarlah berpijak di bumi yang nyata. pergi sendiri dan merasainya. cewah!
yes, you should go at least sekali seumur hidup.

next, insyallah ke Brugge. 


dan masa untuk meninggalkan brussels.


GOOD BYE BRUSSELS. 

Dari Brussels, kami terus ke Amsterdam. Tak boleh lewat sikit pun. Kalau lewat memang good bye Amsterdam, good bye Paris dan bukan senang nak berada dalam tiga negara pada satu hari. Huh! penat..

Sampai je Amstel Amsterdam, terus naik tram. Ada 2 jam sahaja masa yang ada kat Amsterdam ni. 
jadi semua kena cepat, cepat dan cepat!

Restoran Indonesia-Malaysia di Amsterdam
masa kami sampai kat amsterdam ni, crowded gila maklumlah hari sabtu. tambahan lagi ada pesta ala-ala gypsy masa hari yang kami sampai tu..
sempat singgah kedai kebab favourite kami kat dam square. haha
sesak! sesak!
and melayu pun ramai gila
nak naik boat? sini tempatnya..
official kedai for amsterdam souvenirs.
masa untuk balik.. eh belum.. 

PARIS, kami datang!!!

Brussels Travelogue
American Airliner Plane