Latest Posts

Alhamdulillah, suprised menjadi . Sebelum sampai Brussels, saya merahsiakan dulu hotel yang bakal kami duduk. kengkonon nak stay kat backpackers dorm saje. memandangkan kat Amsterdam pun kami dah stay kat Easyhotel so Encik H pun terpengaruhlah dengan "kengkononnya itu". 

sampai je kat persimpangan, I terus tunjuk.. B tu hotel kita.

"haaaa??"... kata Encik H.

hahahaha. 
suprised!! happy belated birthday hubby
=)

RENAISSANCE HOTEL, BRUSSELS

persekitaran luar hotel

description by Agoda

hotel ni memerlukan deposit sebagai guarantee .. 
normal lah tu kan?

ruang lobby




ingat sebelum TERKENA


laluan ke bilik


bilik kami di tingkat 6

bilik kami






 the toilet




hair dryer

luckily hubby is a member of marriot hotels group..
bolehlah claim reward .. hehehe 



suasana malam di luar hotel

p/s : I baca kat forum, mereka cakap.. bahaya kat brussels ni keluar
waktu malam.. banyak kes-kes samun dan jenayah

kadar harga bilik ni jika walk in


then, kami saja gatal pergi tempat gym dan swimming pool
kata orang tak sah pergi sesuatu tempat tanpa menerokanya
hehehe




sesuailah dengan taraf 4 stars hotel
keselesaan terjamin

satu lagi yang kami suka adalah staff hotel ni yang very friendly

our new friend

that's all from Renaissance Hotel Brussels.
Insyallah kami akan datang lagi


2 days 1 night memang berbaloi-baloi
I love this hotel so much


|| BERSAMBUNG ||  




Belum tamat kisah Smsterdam. Dari Amsterdam kami ke Brussel dengan meninggalkan sebahagian luggage di peti simpanan bagasi di Amsterdam Central. Alhamdulillah selamat. Kenapa ke Brussels? Pada mulanya, ada tiga pilihan- Brussels, Copenhagen dan Hamburg. Tapi dek kesuntukan masa, saya pilih Crussels. No need to rushing (sebab paling dekat dengan Amsterdam) and enjoy the journey. gitu! hahaha. 

APA YANG BEST KAT BRUSSELS? Semua makanan dia best. Kalau anda peminat waffle, silalah datang sini. Soooooo tasty and yummy! Tapi agak mengecewakan dengan keadaan kat Brussels yang sebenarnya lebih kurang je dengan Paris dan negara eropah yang lain. KOTOR!

Kat Brussels ni, kami tak rasa selamat. Sebab lagi ramai orang luar especially masa dalam perjalanan ke Atomium. Mat hitam dan arab ramai sangat. Tapi kata orang, melancong ni bukan suka-suka, biarlah cari pengalaman dan belajar tentang sesuatu negara tu. So, kami terima dan berhati-hati dengan persekitaran, maklumlah pick-pocket ramai. he he he.

last picture sebelum meninggalkan easyhotel
bye Easyhotel.. see you again, next time!
muka mengantuk atau muka sedih?


kami tunggu dan tunggu. hampir 30 minit. ini tak boleh jadi ni. bas ke Brussel bertolak jam 8am. nak tak nak kena naik taxi pergi station Amstel. 

muka risau takut terlepas bas
teksi pakai meter
 €10 dari easyhotel ke amstel .. dekat je perjalanan ni sebenarnya. 
macam dari pavilion ke klcc. 

Sampai je Stesen Bas Amsterdam, kami hairan. Kenapa sunyi je station ni? Macam saya cakap kat entry Amsterdam ver.1, Amstel ni station untuk Eurolines. Jadi boleh kiralah berapa orang kat sini kalau time pagi. memang sukar lebih-lebih lagi kalau nak tanya apa-apa.

bas ada, pemandu tiada
dah cuak dah. kena tinggal ke ni?
 bila sampai kaunter, kaunter pula tutup. pulak dah!

Rupa-rupanya, kami berdua salah tengok masa. Jam encik H waktu London. Sejam awal dari Amsterdam. hahahaha. Rugi duit naik teksi je. Patutlah sunyi, kaunter tutup, pemandu tiada. Kami sampai terlampau awal! Excited sangat la tu! hahahaha.

tengah-tengah borak, seorang pakcik ni tegur. "kamu berdua ni orang malaysia ke?"
dari teguran tu lah, kami jadi kawan. pakcik ni steady eurotrip seorang diri

By 8am, kami bertolak ke Brussels. as usual, menaiki eurolines.tapi kali ni, saya tak sempat nak grab promotion gara-gara last minute decision. takpelah, janji sampai.

Brussels, here we go
bas tak penuh.. yahooo

BRUSSELS, BELGIUM

penat eh? 
sampai je Brussels, kami terus beli day pass. tak mahu membazir lagi macam kat amsterdam. 
day pass ni valid 24 hours dan berharga 6.50/person. pergilah mana yang kamu suka. 
dari gare du nord, kami kena tukar 2x train (bukan station) untuk sampai ke hotel
bunyi agak jauh bukan? tapi dekat je .. hehehe

waiting

~ bersambung

Brussels Travelogue
TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM | Pagi-pagi lagi alarm clock dah berbunyi 6-7 kali gara-gara tak mahu terlepas countryside tour pagi ni. Kata orang, tak sah pergi amsterdam kalau tak pergi kilang keju, pakai baju traditional dutch, kilang kasut kayu, dan Zaanse Schans. Kalau pergi 21 march-20 May, anda bolehlah pergi Keukenhof (boleh view sini : tulips) tapi masa kami pergi tu, keukenhof dah tutup. sayangkan? lewat dua hari saja.nevermind, next time insyallah datang lagi. :)

Amsterdam ni tak tahulah nak describe macam mana. tapi apa yang penting, rumah-rumah kat sini semua cantik. udaranya pun bersih, masyarakat dia sangat peramah seperti anita, yang kami kenal dalam bas semasa dalam perjalanan ke amsterdam. 

mujurlah hotel kami dekat dengan tram. senang!

Tapi satu je silap kami, tak beli day pass. Dah berlaku pembaziran kat situ. Salah satunya sebab malas nak bertanya, kedua malas nak buang masa cari mana nak beli day pass tu. Tapi naik tram takdelah mahal mana.  2.80/hour. Kira murahlah tu kan? Jadi, jangan tanya saya berapa harga day pass sebab kami tak tahu langsung. ha ha ha. 

Pagi-pagi kami dah tercegat di Dam Square. Anda harus cepat kalau nak join countryside tours ini. tour start jam 9am, tapi by 845am, anda dah kena ada dalam bas. Selain dari countryside tours, ada beberapa lagi tours menarik yang boleh anda join. Tapi sebab, masa yang suntuk, kami pilih countryside tours.36/5 hours dan sangat berbaloi. Seperti saya cakap, tak sah pergi Amsterdam kalau tak melawat tempat-tempat wajib pergi and sumpah cantik! 

sampai je dam square, cari tours and tickets ni tau!

COUNTRYSIDE TOUR IN AMSTERDAM 

LET'S GO 

bagi yang suka scenery or history, i'm sure you gonna love this tours! 

Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan rumah yang cantik. Tidak ketinggalan juga, earphones yang mereka kasi boleh digunakan dalam bas. Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan. Pilih dan dengar. Mudahkan?

16 bahasa. 

bas dua tingkat and FULL


Destinasi pertama adalah Volendam. Ada apa kat Volemdam? Fisherman village, cheese factory and Marken express boat. Selain itu, ada juga studio untuk ambil gambar sambil pakai baju dutch. 

Volendam, Amsterdam


Lagi malang lagi my wintercoat semua tertinggal kat London. Kenapa kena pakai wintercoat time spring? Haaa, itulah europe. You can't predict the weather. Hari ini pakai selipar, besok belum tentu pakai lagi. Bukan setakat wintercoat, kasut pun tak bawa. memang agak challenging lah berjalan dalam keadaan sejuk. 

destinasi pertama 
Cheese Factory Demonstrations Museum

Kat sini, kami diajar proses-proses buat cheese. Hati-hati ketika merasa cheese tu. Bukannya apa, Terdapat juga cheese yang contain gluten or dalam erti lain.. erkk. faham-faham jela. :p


dan sesiapa nak beli cheese atau souvenir berkaitan dengan cheese pun boleh. 

ishhh, dia ni.. nak jugak bergambar.

Kami kat sini adalah dalam 40 minit. masa keluar tu, tiba-tiba hujan batu. no wonder, cuaca sejuk semacam. nasib sekejap. Dapatlah bertahan sedikit walaupun gigi dah terketar-ketar.

Sementara menunggu masa, kami sempatlah bercamwhore dahulu. Oh ya, bersebelahan dengan tempat cheese ni ada kedai souvenir yang murah! Diskaun yang hebat, harga yang menakjubkan. 

 kill the time. gitu!
teringat seorang kawan pernah kasi tips, kalau rasa sejuk makanlah benda sejuk
eh, ye ke? tak pernah cuba.

Dari Cheese Factory Demonstrations Museum kami ke Fisherman Village. jalan kaki sahaja! sementara menunggu Marken Express Boat, kami diberi masa 20 minit. boleh makan, boleh ambil gambar di studio, beli souvenirs dan bermacam-macam lagi. Macam saya dan suami, sempatlah ambil gambar kat studio. Nanti saya scan okay! kejap je proses nak siap. about 10 minutes dah siap. 

Marken Express

MARKEN EXPRESS BOAT ni dua tingkat. Tapi sebab sejuk, ramai yang pilih untuk duduk bawah dan dalam. Very nice scenery sepanjang perjalanan. Jujur saya cakap, saya  lagi enjoy naik Marken Express dari boat kat venice yang sesak dengan manusia. 


sampailah ke destinasi. 


berjalan lagi .. kali ni dengan keadaan hujan batu.. nasib batu ais batu kecil-kecil.


 Clogs Factory


 kat sini kami diajar cara-cara bagaimana nak buat clogs.


dan sesiapa nak beli souvenir bolehlah beli kat sini. cuma harganya agak mahal berbanding kat luar.


Zaanse Schans

Destinasi terakhir kami adalah Zaanse Schans. Zaanse Schans ni sangat best! otw ke sini dari clogs factory, anda akan melalui pemandangan yang cantik. tak boleh describe dengan kata-kata, silalah datang dan join tour ni. ini bukan nak promote, tapi memang kenyataan!

zaanse schans map


Kat sini barulah kami diberi peluang bergerak bebas tanpa berkumpulan. Boleh jalan berseorang, berdua, bertiga.. suka hati kamulah. Janji on time, siapa lambat kena tinggal. Oleh kerana takut kena tinggal, kami berdua tak berani nak masuk dalam Windmill. Takut nanti terover time, tak pasal-pasal kena jalan kaki balik bandar nanti. hehe. 

dan kat sini pun ada clogs workshop. 


Berakhirlah 5 jam countryside tours pada hari ini. tours ini ada dua session. satu pagi, 9am dan satu lagi petang, 2pm. Ikut anda nak pergi mana. But for me, baiklah pergi pagi. petang boleh buat aktiviti lain.

pemandu bas yang friendly

bas lain yang disediakan oleh syarikat ni.. tapi destinasi yang berbeza.

Dah 5 jam, mestilah lapar kan? tambahan lagi, pagi tadi tak breakfast gara-gara kejar masa. Nasiblah dekat Dam Square ada kedai halal. harga? tutup mata, janji kenyang! he he he.

sparkling ice tea
kebab . kebab . kebab .

Lepas makan, kami buat aktiviti jalan-jalan sekitar bandar. actually, main hentam je ni. sampai sesatlah kat dam square. gara-gara tiada maps dan malas nak bertanya. hahaha. tapi sesat pun, kami enjoy. sebab amsterdam kecil je. pusing-pusing jumpa balik jalan tadi.

kat belakang tu antara mercu tanda amsterdam. 
tapi kami lupa apa nama dia.

 Amsterdam Central

Tujuan ke sini adalah untuk survey harga locker (tempat simpan bagasi di Amsterdam Central). Kalau korang nak letak bag kat luggage, kat Amsterdam Central dan Schiphol Airport ada tempat simpan barang dengan harga yang berpatutan. Tapi kat sini wajib pakai kad. No cash! For safety reason katanya. Manalah tahu anda letak bom ke apa ke, so dengan kad cc/debit tu dapatla detect nama anda. bijak tak?


Hard Rock Cafe Amsterdam 

My goodness, masa masuk HRC ni, nyaris-nyaris ingat ni HRC Penang. secara kebetulan group Public Bank Mutual buat trip ke amsterdam. jadi mereka serbulah HRC masa yang sama kami pergi situ, dan cakap loghat utara. Sudah, riuh rendahlah jadinya kat dalam tu. haha. 


 The Rijksmuseum Amsterdam

Tak digalakkan datang sini. Banyak lagi tempat yang ada I amsterdam. sebab kat sini sesak dengan tourist! jadi kalau tourist sesama tourist khususnya mereka yang datang dari negara dot dot, harapanlah diorang ni nak hormat orang lain. 

I is for Izzati
T is for Tatie


Lepas itu, kami ke Dam Square balik. Hunting for souvenir. Fridge magnet, piring amsterdam dan beberapa souvenir lain bolehlah cari kat sini. Murah! kat sini juga ada currency exchange dan tempat shopping yang best. nasiblah iman kuat. beberapa kali jugalah keluar masuk butik, tapi cekalkan hati dan berkata beg dah penuh. muahaha.

Madame Tussaud Amsterdam
 Superhero dan Supirhero
cak!

Sex Museum

Kata orang, tak sah pergi Amsterdam kalau tak masuk sex museum. tapi, bila kami masuk... ZzzZZZzz. tersangatlah bosan. mostly pasal sejarahlah. dah kata muzium. jadi tak recommend sangat untuk anda datang sini. wasting money!


 Red Light District

Tempat paling glamour kat amsterdam, tak lain tak bukan red light district. bahaya kalau lelaki jalan seorang, sebab diorang suka tarik. so, kalau jalan berdua make sure pegang tangan pasangan anda. haha. kat sini semua tentang seks. seksi, kedai seks, gadis kaca, live show dan lain-lain. orang lelaki sukalah tempat ni. tapi apa yang lucu, masa kami jalan-jalan, ternampak satu makcik melayu ni, tengah beratur nak tengok live show. hahaha. be positive. maybe dia nak cari pengalaman. haha.


itu sahajalah aktiviti kami sepanjang satu hari ni. banyak juga tempat yang kami tak sempat nak jejak. takpelah, insyallah next time datang lagi.

comelkan kereta ni? 

amsterdam, i'm in love.

Harap semua enjoy dan berpuas hati dengan entry TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM ini. Jom ke Amsterdam. Rindunya Amsterdam!

AMSTERDAM TRIP
American Airliner Plane