Latest Posts

.hi peeps.

kitorang baru sahaja balik from honeymoon .. opss pre honeymoon.
destinasi kali ini adalah : Grand Lexis Port Dickson

"27-30 November 2011"

why this resort?
sebab dia chalet atas air and ada private swimming pool

we all grab this deal kat agoda
RM532/night .. 
(last minute booking so agak mahal sikit)

walaubagaimanapun, resort ni takdela best sangat pun
paham-pahamla, sini punya laut takdela seindah seperti di tempat lain
so tak bolehla nak feeling-feeling honeymoon kat maldives
hehehe


water pool villa
lorong ke bilik kami
 dalam bilik kami ada benda ni...
glass yang boleh tengok bawah!
nampak nemo tak?? tuuu nemoo tuuu
hahaha
private swimming pool
p/s : hati2 klorin dia sekeping seperti kapur
hubby terpegang dan terus alergik gatal-gatal

buggy free disediakan... syok!

ok sorry tak membantu sangat dalam review kali ni
mood hilang lah .. whatever pun, nothing special about this resort
for those yang nak bercuti bolehlah pergi sini

but i tak recommend sangat !
harapkan resort sahaja tetapi lokasi agak jauh from bandar
kalo nak honeymoon bolehla 
duduk terperap dalam bilik je kan? kan? KAN?

tandas kami agak kotor sikit
tapi makanan for room service sangat best!

room service yang lain-lain agak lembab sikit
macam kami mempunyai masalah kat swimming pool
dan diorang datang lambat sangat

swimming pool banyak klorin

dan lain-lain okla...
GL ni banyak accommodation 

banyak aktiviti boleh buat kat sini
yang disediakan oleh pihak hotel
ada duit ON sahaja.. takde duit duk diam-diam dalam bilik

overall, not bad la. kami kasi 60% kat resort ni. hehehe

p/s : balik from honeymoon, baru terbaca tentang kes bunuh kat area sini. but not sure lexis or grand lexis.. eiiiiiiii.. seram!!! hehehe
hi everybody. nervousnya saya!! tinggal beberapa hari sahaja lagi my BIG day. dup dap dup dap.. NERVOUS!!! and today, adalah terapi diri yang last before my big day. alangkah bestnya kalo dapat free package spa untuk sepanjang hayat! hehehe. 

and now, i nak summarize balik kesemua rawatan kecantikan diri yang kami berdua pergi. (tak cantik-cantik pon!!) first of all, thanks encik tunang! memang sporting habislah dia siap ikut pergi treatment. hehehe. thanks sayang...  (^_^)

berikut i senaraikan dulu semua tempat yang kami pergi...

1. Slimming Sanctuary (both)
2. The Royal Malaysian Spa (both)
3. New York Skin Solution (only me)
4. Terapi Diri Ais (both)
5. Seri Ratu Spa (both)
6. Marie France Bodyline (only me)
7. Fitness First (only me)
8. Mayfair (only me)
9. Paloma Reflexology & Therapy (me)
10. Pedicure & Manicure (me)

banyak? takla.. kebanyakannya grab from mydeal, dealmates... ada yang gift dan ada yang membership. hehehe. depends!


1) Slimming Sanctuary

encik H sedang melakukan rawatan slimkan badan
ops!!hahahaha

yang ni i purchased masa kat Pameran Pengantin kat PICC.. secara kebetulan SS buat promotion.. and for man too !! so i grab this deal. RM69 for him and RM69 for mine. murahkan?

SS selalu buat promo, so jangan miss okay!
rajin-rajin pergi Pameran Pengantin!


2) The Royal Malaysian Spa

selepas rawatan kami diberi air teh halia

yang ni i da cerita kat entri ni : TRMS



3. New York Skin Solution

i purchased this deal from milkadeal. murah je.. yang RM10 tu... hehehe but sorry no picture. sebab i bengang minah tu membebel pang pung pang.. and akhiri dengan jawapan ringkas i, NO THANKS! hahaha. hamek kau!! i tak recommendla NYSS ni.. treatment ntah ape-ape! 



4. Terapi Diri Ais

kolam mandi 

yang ni i suggest sangat-sangatlah ye...memangla agak menyeramkan bile mendengarnya. MANDI AIS??? ape tu? okay menda ni banyak khasiatnya. tapi memang berkesan. hilang segala stress. selain tu, daki-daki pun keluar.. so tak payah susah payah nak menyental. hahaha

untuk tahu lebih lanjut, visit Terapi Diri




thanks Klana Resort

yang ni adalah hadiah daripada Klana Resort sendiri. package ratu santai for me and encik H.. daripada mandi wap, massage, lulur, scrub dan facial... memang puas hatilah. sampai tertidur-tidur! hahaha. ini adalah yang paling last rawatan di antara semua rawatan spa. hehehe.

rasa sangat complete bila buat semua rawatan yang ada kat dalam package ni!
thanks Klana Resort!



6. Marie France Bodyline



yang ni memang i amek rawatan sebanyak 15 kali since i masuk degree lagi..
tapi jarang-jarang pergi sebab busy... i suka environment kat MFB ni.. 
lain package lain harga... ayuh kuruskan badan anda! hahaha

tapi sumpah, anda harus gagah kerana salah satu treatment adalah massage!



7. Fitness First

yang ni paling I suka antara semua. membership Fitness First for one year.. yahooo!!! the best among all. membership card ni bukan sahaja boleh digunakan kat sini, malah boleh pakai kat mana-mana FF kat luar negara. I suka suasana kat FF especially kat the curve.. semangat! semangat! hahaha

Fitness First pun ada special diskaun for student! 
so don't miss this okay!



8. Mayfair


yang ni i grab from mydeal. 3 sessions of professional customize slimming... tapi mak pegi sekali je dek oi.. azab!!! sakit gile treatment dia.. guna penyedut lemak tu.. phew!! memang aku jerit lah .. peduli ape.. !! sampai amoi tu give up la suruh orang lain handle aku... tu la kasar kebeno!! tapi rasanya pastu adela kesannya juga. hehehe. kalo anda berani dan tahan sakit, silakan... hehehe



9. Paloma Reflexology &Therapy

ini yang paling i akan ingat sampai bile-bile. sebabnya terjadi satu peristiwa dimana pengurut tu menangis teresak-esak sampai kena marah dengan majikan! haiyooo!!!  kesian betul. tu la lain kali nak buat deal ni pun, agak-agakla.. jangan nak tamak sangat sampai terima je semua customer and at last, tak cukup tangan nak handle... yang susah pekerja jugak! tapi ape-apepun, urutan mereka sangat mengasyikkan walaupun agak tersentaplah tengok kejadian itu!



10. Manicure & Pedicure

Yang ini harus + wajib pergi... bukan i je, kamu pun harus pergi ..kebersihan kuku you all!! geli mak mertua nanti tengok kuku bakal menantu penuh dengan tahi-tahi. ERGH!  yang ni takde gambar sebab malas sangat nak amek... but I buat rawatan ni 2x.. kat Sunway Pyramid and kat Seremban.. and untuk kamu yang bakal berkahwin, I sarankan buat dua hari sebelum pakai inai.. kasi kuku tu nampak healthy dan berkilat.. dan ada juga yang buat selepas pakai inai. terpulang! 


dan ada tiga lagi voucher yang tak sempat I guna.. terlalu busy punya pasal. 2 voucher i ter-miss dan satu voucher i kasi kat kawan.. semua gara-gara tak cukup masa nak pergi.. haih!! rugi betul.. (x_X)


Professional Hair Cut + Colouring + Protein Hair Treatment at SOHO Starhill

Face Lymphatic Drainage Lifting Facial + Eye & Neck Mask + Tummy  Guasa Drainage Treatment @ Smart Beauty JJ Bukit Raja Klang
 Anti-Stress Orange Facial + Hydrating Eye Therapy + Anti Stress Orange Neck Therapy + Anti-Stress Scalp Point Massage + Shoulder Massage + Eyebrow Shaping + Foot Bath @ Glow Beauty Sanctuary


Rejuvenating & Aroma Relaxing Treatment Package @ Zen'th Spa

_______________________

and I enjoy every treatment yang I pergi. takdela mengharap nak cantik sekelip mata.. I know, pergi sekali takkan terus jadi. but pengalaman tu sangat berharga di setiap tempat yang I pergi dan I suka grab every deals yang ada. kalau tengok, kebanyakan yang I pergi ni tak sampai RM60... very cheap kan? for B2b kat luar sana, rajin-rajinla godek internet! tak payah spend beribu-ribu.. sekarang macam-macam ada, mydeal lah, grouponla, milkadeal la, dealmates la.. yang penting kena rajin!

rajin google, rajin pergi

rawatan kecantikan diri sebelum kahwin adalah sangat penting. bukan sahaja untuk mencantikkan wajah dan kulit tetapi juga untuk menaikkan seri, semangat, hilangkan stress dan memberi keyakinan kepada bakal raja sehari. TRUST ME!

"Kerana Diriku Begitu Berharga!"

.hi peeps.
how are you? hopefully semua sihat2 belaka.
dalam kesibukan membuat persiapan terakhir,
saya sempat juga mencelah masa saya and spend with my xoxo girls
and yesterday, mereka telah planned a small celebration for me
but sedih, sebab fatien x dapat join.
(x_X)


ape-apepun,
thank you so much Fazreen, Emmie and Nik
terharu *menangisairmatadarah*

lunchdate @ BP saya telah diadakan di
Levain Boulangerie Patisserie, Jalan Delima KL.
kalau nak tahu kat mane, google lah sendiri

Oh ni kali pertama ok menjejakkan kaki ke sini
and thank you my bestfriends sebab sudi bawa saya ke sini
coz they know how much i love french foods
thanks

dan a my SIL opss bakal SIL pun join sekali coz lepas tu,
kami berdua ke OU untuk beli something

GOSHHHH.. time is so limit
i wish i have 50hours per day, so boleh buat mcm2kan
(p/s: b2b out there, sila plan awal ok jgn jd cm saya)

okay jom tengok gambar

"the black and white love party"

saya da ditabalkan oleh Cik Emmie & Cik Nik
woot woot
with my beloved FSIL
yeayyy macarons lagi
i love them
hi peeps.

today i want to talk about solemnization scarf.. kenapa saya nak cakap pasal scarf? sebab menda ni lah yang paling saya pening. maklumlah muka bulat pipi tembam seperti saya ni, kalau salah pakai nampak lagi bulat.. memang susahlah. Oh, mungkin saya cuma pakai selendang saja for my solemnization. oh anyways, jom kita tengok dulu gaya-gaya tudung/selendang yang sesuai untuk majlis akad nikah.

manalah tahu kan, last minute saya bertukar fikiran nak pakai tudung pulak. so, jom kita tengok sambil cuci mata. eh bukan untuk solemnization saja tau, kot-kot ada yang berkenan, boleh pakai masa dinner or event ke or pegi mana-mana lah.

muka saya bulat macam serina.
yes kami kategori bulat!
anda?

marion caunter pun pekene selendang tau!
simple and gorgeous

ada yang berani mencuba?
owh btw, saya suka gila tengok gaya tudung orang indonesia
diorang lebih pandai dalam bab-bab matching accessories dengan tudung
erkk tapi kalau saya pakai nampak pelik je
hahaha
gaya ayu raudhah ciptaan man kajang ni
memang lain dari yang lain
sesuai dengan bentuk muka ayu
dan suka tudung ni sebab dia sarat dengan beads

inilah gaya yang paling saya suka
hasil Nik Erwan Roseli
tapi mummy cakap, tak sesuai dengan bentuk muka ni
LOL!

gaya ni sangat sesuai dengan pretty bride ni
she's gorgeous, but cuba letak my face
oh noooooo.. okay tak dapat bayangkan!
mestila x sesuaikan?

another ciptaan dari NER
this one i tatau nak cakap camane
hihihi

Qudyn Trademark
kenapa qudyn, sebab dia buat scarf macam ni
so i label Qudyn Trademark
hihi

selendang mix with veil
simple and cantik
saya rasa ni mesti antara top pilihan para remaja di luar sana
ehehe =p

hilang idea nak cakap ape
tapi style ini nampak classy and cantik
kira exclusive with butiran2 beads kat anak tudung tu

jika anda gemar sesuatu yang lain dr yg lain,
why not try yang ni
^_^

gaya Siti Nurhaliza
ini juga antara yg top menjadi pilihan b2b
senang dan selesa untuk dipakai


actually kan...
i da lame ngidam nak pakai something yg traditional for my solemnization.
macam picture kat bawah ni.. ala-ala orang dulu-dulu..
something yang different tapi mesti dibantah habis-habisan!
hahaha.

credit to Salikin Sidek

p/s : sempatkah aku menghilangkan syntom bulat dalam masa 18 hari? TT
Add Image
hai semua.
another 22 days lagi sebelum my BIG Day.
memang tengah panic di saat-saat ni
I wish I can have 10 bodies, 20 brains and lots of energy
penatla !!! seriously.

dan today i nak bercerita pasal my solemnization favor boxes
yang i tempah dekat Seri Sireh

i sangat-sangat berpuas hati dengan layanan SS
especially efa yang keep in touch with me
dari semasa ke semasa

dan pantas memperbetulkan apa-apa sahaja yg i x puas hati
bukan tu sahaja tapi i dapat banyak free gifts from SS
i tempah kad nikah and favor boxes for adult
tapi rezeki tu datang bergolek
i dapat free 150 kids giftboxes, 2 bunting dan ....



i menang cabutan bertuah!!!!
dapat No 5 you! hadiahnya Rice Cooker
terkejut betul tetiba efa kasi hadiah
btw thank you. Alhamdulillah.
rezeki rezeki!!!

so lepas ni, dah tak payah pening kepala lagi
and i'm gonna miss suara efa
hahaha

teaser favor boxes for adult
but takde idealah nak kasi ape
TT


p/s : tahniah Yuyu Aziz. sebab menang dalam anugerah skrin malam ni.
bakal pengganti karam singh walia!! and very talented!!
American Airliner Plane