Latest Posts

Showing posts with label TRAVEL TO KUALA LUMPUR. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL TO KUALA LUMPUR. Show all posts
"Bond, James Bond" ...

Wah, wah, wah .. Tengah hangat sekarang dengan cerita terbaru James Bond, Spectre. Rasa dah berabad jugalah aku tak mengikuti cerita James Bond. Bukannya apa, nanti aku sedih. Arwah abah dulu tak pernah miss tengok James Bond. Favourite movie dia.. So bila tengok James Bond, teringat kat dia.. Isk, isk. 

Tapi dek kerana demam James Bond tengah melanda .. Apa salahnya aku ketepikan rasa sedih dan feeling-feeling Bond. Tapi bagaimana ya? Pakai costume ala-ala gadis Bond? No, no, no! Too sexy.

Tak perlu susah payah nak berseksi bagai. Datang je ke Hotel Maison Boutique Kuala Lumpur. Haa, hotel ni macam-macam tema ada. Tapi untuk hari ni, aku nak cerita pasal pengalaman aku stay di bilik bertemakan James Bond. Hiks.

Bilik bertemakan James Bond

Butik hotel yang terletak di belakang hotel Furama Bukit Bintang ni bukanlah calang-calang hotel. Nampak di luar seperti butik hotel yang lain. Tapi hakikatnya hotel ini menyimpan 1001 rahsia yang harus diterokai pengunjung yang datang ke sini. Wah, saspen je dengarkan? Haha.

Hotel Maison Boutique

Hotel ni kecil je. Bilik pun ada lebih kurang 42 buah bilik. Tetapi semuanya ohsem-ohsem belaka. Tapi kalau nak lagi ohsem menginaplah di bilik yang ada tema.

Lobi area
Bilik IT
Ruang di Lift (Lobi)

Walaupun menginap di sini selama 1 malam, seriously rasa tak puas. Sebab bilik yang aku stay tu best gila. Hahaha. Sesuatu yang berbeza dari bilik-bilik yang aku stay sebelum ni. Rugi tak pakai ala-ala gadis Bond. Kahkahkah.

Hallway
Check-in time

Sebenarnya kehadiran aku ke sini adalah untuk memenuhi undangan pihak hotel. Tapi aku tak sempat nak google lebih pasal hotel ni dek kerana kesibukan masa. Just tengok gambar lobi dan lain-lain dari internet. Masa tu rasa, mungkin lebih kurang sama macam hotel lain kot. Hurm..

Tapi, amek kau!! Bila masuk je hotel ni.. Aku terpukau gila. Dekorasi hotel ni sangat-sangat cantik. Memang korang kena pergi sendiri dan feel sendiri. Amazing!! Sumpah tak tipu. U have to feel it by yourself and i'm sure you gonna love this hotel after that.

Lebih-lebih lagi bilik yang ada tema. Bayangkan buka je pintu bilik, nampak bilik seperti bawah ni. Mau tak terpukau. Siap ada fireplace lagi. Gilalah....


Sayangnya Encik Husband takde. So, malam tu aku beromantik dengan Misz Ella je la. Hahaha. Thank you Misz Ella kerana sudi teman kita. Next time temanlah lagi. Haha.

 
Lama tak nampak telefon jenis ni. Haha

Bilik yang aku stay tu siap ada DVD James Bond lagi. Haa, amek mood lah dengan menonton cerita James Bond. Hahaha.

 

Kalau lapar, boleh order makanan. Makanan pun bertemakan James Bond. Tapi yang ni aku tak orderlah. Tak sempat. Next timelah. Insyallah. 


Kalau korang pilih bilik yang ada tema, memang lain dari yang lainlah jawabnya. Totally berbeza. Baik dari segi katil dan juga bilik air. Masa aku pergi hari tu, aku dan Misz Ella je pengunjung Melayu. Kebanyakan yang menginap kat sini adalah Mat Salleh. Feeling oversea sangat. Hihi.


Hotel ni ada restoran dan chefnya adalah Melayu. Aku sempatlah juga breakfast dan lunch kat sini. Well, not bad. Sedap. Cerita yang ni aku akan share di entry lain. Hehe.

 
Boleh pilih meal for breakfast (if breakfast kat hotel)

Sekecil-kecil hotel ni, dia ada bilik membaca dan juga gym. Woaaa. Masa aku pergi tu, ada couple mat salleh siap tido lagi kat situ. Selesa dan cozy sangat tempat dia.

 

Best kan? Rindu hotel ni. Nanti kat entry seterusnya, aku cerita pasal bilik-bilik yang ada kat hotel ni. Siapa kata takde hotel unik di Kuala Lumpur?? Tunggguuu di entry seterusnya ok?

By the way, bolehlah jenguk-jenguk website hotel ni :

Happy holiday! ~

American Airliner Plane