Latest Posts

Showing posts with label HO CHI MINH. Show all posts
Showing posts with label HO CHI MINH. Show all posts
TRIP MEMBELI-BELAH DI HO CHI MINH CITY VIETNAM | Hari ni aku nak settlekan entry pasal Ho Chi Minh City. Bukannya apa, dah lama bebenor dah. Sebelum aku lupa terus, baiklah aku settlekan cepat-cepat. ye dop? hehe.

HCMC Version 4 ini adalah hari last kami kat sini. Sedar tak sedar je.. cepat betul masa berlalu. tuptup, dah nak balik. time tulah baru terkial-kial nak pergi Ben Thanh Market, time tu la, rasa nak minum coffee banyak-banyak. hahaha. Apa-apapun, aku rindu Ho Chi Minh City.

Pagi-pagi tu, kami makan dulu kat restoran sebelah hotel. Kata seorang makcik yang kami kenal masa jalan-jalan kat night market semalam, rugi kalau tak try nasi lemak dia. Sedap! Eh, makcik ni. Sampai sekarang aku terliur tau. Dahlah nasi lemak tu cepat sangat sold out. Tak sempat nak rasa.

bila nasi lemak habis, inilah yang kami sambar
ulam-ulam makan dengan mihun sup

pasrah nasi lemak habis? haha

Lepas makan, kami ke Ben Thanh Market. Aku pelik kenapa orang  melayu yang datang sini suka sangat Ben Thanh Market. For me, biasa-biasa je. Ada yang murah, tapi kualiti kurang. Kalau bab kain, Indonesia still champion dengan variety dan kualiti. Tapi kain cotton kat sini murah dan beberapa barang lagi. Yang selebihnya.....hurm,  biasa. 


Paling tak masuk akal, harga buah kat sini. Contohnya durian. Memang nampak cantik je isi dia. Bila tanya harga. Pergh...!! Mahal gila. 

siapa suruh jual mahal sangat? kalau tak licin kami borong
haha

shopping? hehe. tak banyak. beli orang kirim je

pesta rebut-rebut .. 
lelong! lelong! 

Kami ada lagi masa 3 jam lagi sebelum berangkat ke airport. Dah tak tahu nak buat apa, kesudahnnya, kami ke spa yang terletak di sebelah hotel.

spa ni menerima duit ringgit, usd dan dong




harga yang berpatutan

dengan tiga jam, kami sempat manicure, pedicure, facial dan body massage
pekerja dia ramai.. so, don't worry. sempat punya.. haha

Kini, dah sampai masa untuk BALIK. I terbaca satu blog pasal Cik Khanh. Pakej tour Ho Chi Minh City kat dia actually sangat murah termasuklah airport transfer. Teksi ni Cik Khanh yang sediakan. Murah dan berbaloi. 










larrrrr, sampai airport, pesawat kami delayed!! delayed bukan sejam. tapi tiga jam. 
mati!!!! agagaga. 



 sekian sahaja entry pasal Ho Chi Minh City. maaf andai ada tersilap cakap ke, tersalah info ke..
maklumlah.. entry ni dah berkepuk sejak bulan Jun hari tu.. banyak benda dah lupa.

TIPS SHOPPING DI HO CHI MINH CITY: 
bagi sesiapa nak shopping, sila survey dulu harga
jangan main beli je

kat sini diorang accept RINGGIT RM. tapi eloklah survey dulu harga sesuatu barang tu dalam DONG, RM dan USD.  ada yang lagi murah jika bayar guna RM
dan sebaliknya

rajin-rajin baca forum sebelum pergi sini

|| terima kasih sudi baCa ||

hah. hari ni aku nak bawa you all ke Sungai Mekong. Ingat lagi tak Sungai Mekong? kalau tak ingat sila buka buku geography bab 8, m/s 277. muahahaha.. 
.
.
.
.
.
.
.

hikss! aku pun tak berapa ingat. yang aku ingat, Sungai Mekong adalah penting bagi penduduk Vietnam dan ada kaitan dengan penanaman padi. EH? sorry kalau silap.. dah lama tinggalkan sekolah.. haha. well, kata Encik G, Sungai Mekong adalah no 12 terpanjang di dunia dan no 7 terpanjang kat Asia. Kalau tengok previous post, ada aku upload gambar dari atas. Subhanallah, cantik sangat pemandangan dari atas. rugi kalau anda tak menikmati pemandangan ini.

dan aku rasa vietnam sangatlah kaya dengan pelbagai benda. rasa nak shopping, pergilah Ben Thanh.. nak belajar pasal geography silalah ke mekong. rasa suka sejarah, silalah ke cuchi tunnel. kalau suka laut, silalah ke Ha Long Bay dan banyak lagi tempat-tempat menarik kat sini. BEST KAN?

so, today kami ke Sungai Mekong dan awal-awal pagi lagi dah tercegat menanti pick up yang disediakan oleh Kim Travel. tak payah susah-susah. diorang memang sediakan perkhidmatan ambil dan hantar di setiap hotel. harga? aku dah lupa berapa. but takdelah mahal mana. hehehe. | TOUR PACKAGE TO MEKONG RIVER.

posing dulu depan bas

inilah tourist guide kami. he is so funny!
well, sangat membantu dan happening okay

pada mulanya, aku ingat dekatlah Mekong dan Ho Chi Minh. rupa-rupanya, dia bukanlah dalam satu bandar yang sama. perjalanan ke sana mengambil masa 2-3 jam. sorry i lupa. AGAIN?!


kami singgah sebentar di Mekong Rest Stop. kat sini ada view cantik untuk ambil gambar. 

my travel partner

terdapat juga kedai souvenir tapi harganya mahal sedikit dari bandar
maklumlah, tempat pelancong

dan ada cafe kat sini. kopi kat sini tak sesedap bandar. Sumpah!
so, aku tak galakkan you all untuk beli dan minum. 


berhenti dalam 20-30 minit. then, kami memulakan perjalanan ke Sungai Mekong. Dari sini dah dekat dah. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke sini, lebih kurang macam Sungai Petani, Kedah yang kaya dengan sawah padi. Kata tourist guide kami, penduduk kat Sungai Mekong banyak yang kaya-kaya. 

pemandangan dari jeti


ini nak cerita ni.. kalau kat bandar Ho Chi Minh, anda takkan lari dari terserempak dengan Melayu. tapi kalau ke Mekong, majority tourist yang ada kat sana adalah mat salleh. nampak tak perbezaan kat situ? Melayu suka shopping. =p

Tempat pertama kami pergi, adalah Bee Farm. 

alahai. kat Cameron Highlands pun ada. cuma apa yang beza? kat sini ada sedikit jamuan makan. teh madu dan beberapa jenis kerepek yang dicampurkan dengan bahan yang dibuat dari lebah. FREE ok. teh dia ni sangat sedap ok. please try. selain tu, bolehlah juga ambil gambar dengan ular (rasanya milik owner bee farm ni). apa kaitan bee dengan ular? entahlah labu. 

eiii geli. bagi siapa ada trypophobia macam aku ni...
memang sumpah geli tengok sarang dia tu.. erk!

teh madu

setiap meja ada pelayan khas

onomnomnomnom

free

semua sibuk makan

Destinasi seterusnya: Fruit Farm

then, kami dibawa ke satu destinasi. oh ya, dari satu destinasi ke satu destinasi kena naik boat. berbalik pada destinasi seterusnya ini, ia sangat special. kenapa special?? sebab kami dijamu dengan buah-buahan yang ada kat situ. nyum. nyum. yang lagi special, siap ada persembahan nyanyian oleh penduduk-penduduk kat situ. hihihihi, best banget!

ada lagi 3 jenis buah yang tiada dalam gambar 

mereka nyanyi dalam bahasa vietnam. layankan je...

agaknya dia dah letih kan? orang datang tak henti-henti 

amboi kak... :p

dari sini, kami dibawa ke satu lokasi. okay dari fruit farm ke lokasi seterusnya, jalan kaki je. sambil-sambil tu bolehlah tengok gaya hidup diorang. memang diorang ni sempoi habis.

layan habis...~

creative kan?

dannnnnn... taraaaaaa... inilah yang ditunggu-tunggu.

Destinasi seterusnya : sampan 


oh, ada sedikit pesanan ringkas. kat sini diorang suka minta tip. sila abaikan. malah, yang tukang dayung sampan kami tu pun tak minta tip. ini pula pendayung sampan lain yang asyik minta tip. pantang berselisih.. cis! memanglah kesian tengok diorang ni. lebih-lebih lagi pendayung sampan aku tu. tapi diorang ni dibayar gaji. kalau nak bersedekah, silakan. tapi aku ingatkan, sebab bukan satu, tapi ramai yang minta tip! hahaha.

excited :D

seram pula aku.. risau ada buaya.. kahkahkah


kami dibawa balik ke boat kami. ala, boat yang first tu... 

sekadar gambar. tak tahu apa fungsi dia.

Destinasi seterusnya : Kelapa

actually ada nama specific dalam bahasa vietnam di setiap  destinasi yang kami pergi. tapi disebabkan dah lama, jadi aku lupa. lost memory. wakakaka. so, lebih senang, aku bahagikan kepada kelapa, sampan dan lain-lain lagi. mudah nak ingat ... ;)

siapa yang  hanya tahu kelapa tu sekadar untuk buat santan, sila ke sini..
banyak sebenarnya kegunaan kelapa

cara parut kelapa. ini orang kita pun tahu.. ye dop?

coconut candy.. macam play-doh pun ye jugak

part time kat sini. hahaha.

destinasi seterusnya adalah : LUNCH.

 ke destinasi ni kami naik boat lain. a small boat. si haziqah sempat lagi tolong mengemudikan boat ni. nasib sampai.. kalau tak....... mungkin tiada entry ni. hahaha.

smile

wa tabik sama lu...

inilah restorannya. kat sini perkampungan diorang. 
siap ada tanah perkuburan khas untuk family diorang. 

ini menu dia... nak muntah tak? 

ikan ini kononnya trademark kat sini lah.. tapi cara makan berbeza.
 sila lihat gambar kat bawah.

ikan tu dicampurkan dengan mee dan sayur.. jadilah sushi versi vietnam
miahahaha


makanan tengahari adalah free. mereka serve vegetarian food dan menu tadi tu, anda boleh order. tapi bukan free. kena bayar. well, aku tak terliur sikit pun nak makan. nasib bawa choki-choki. ekeke. mana taknya, dalam hati dah ada perasaan was-was. takut bekas makanan tu tak samak ke, minyak tu bercampur dengan makanan tak halal ke... eiiiiiiii, geli. hahaha,

rileks sambil tunggu masa

itulah sahaja destinasi kami. actually ke mekong ni ada banyak package. tapi ini yang menarik hati kami. ada package pergi floating market. tapi kat group FB yang aku join, diorang tak galakkan sangat. alah, nak sangat tengok floating market, pergi ke Bangkok. lagi puas hati. kekeke.

thank you Kim Travel

then back to our hotel..  letak barang, dan keluar balik. destinasi malam terakhir kat sini adalah pusat bandar, sambil menemani haziqah shopping. hehehe. kat bandar dialah baru anda nampak jenama-jenama terkenal. memang berbeza dengan ben thanh yang lebih kepada "perkampungan melayu".


community hall .. tak boleh ambil gambar. tapi kami curi-curi
hahaha. lepas ambil gambar ni pak guard dia yang kekwat tu datang.
KECOH

hehehe.

and last... as i said before.. the best coffee in town.
harus minum sebelum balik
yums~

lam hang coffee
yang penting HALAL dan sedap...
KOPI SEDAP DI VIETNAM

~bersambung~

Travelogue Ho Chi Minh :

American Airliner Plane