Latest Posts

Showing posts with label ELEPHANT SAFARI KRABI. Show all posts
Showing posts with label ELEPHANT SAFARI KRABI. Show all posts
Selain dari ronda-ronda menaiki motosikal sekitar Ao Nang, kami juga sempat ke KRABI SAFARI ELEPHANT TREKKING. Terdapat dua pakej menarik untuk Elephant Trekking ini. Yang pertama, elephant trekking @ naik gajah sahaja dan kedua, half day tour. Memandangkan masa kami terhad, kami sempat naik gajah sahaja. Itupun last minute decision, nasib sempat.

Pada mulanya 50-50, sebab Rasyiqah tak nak pergi. Katanya, gajah tetap gajah. Tiada beza gajah Malaysia dan gajah Thailand. Setelah dipujuk, akhirnya dia pun setuju. So, kami join Fazreen and the geng ke KRABI SAFARI ELEPHANT TREKKING ni. 

Untuk ke KRABI SAFARI ELEPHANT TREKKING ini anda boleh pergi sendiri sama ada naik teksi ataupun dengan motosikal. Kalau malas, naik sahajalah pick-up yang disediakan cuma harganya berbeza sedikit.

Apa-apapun, gajah, ช้างเผือก atau kalau korang masih ingat 'gajah putih' adalah simbol negara Thailand dan menjadi sumber inspirasi kepada penduduk di negara gajah putih ini. Maka tak hairanlah kalau ke Phuket dan Bangkok pun ada Elephant Trekking.

SAFARI GAJAH KRABI
spot my name

Jadi, pick-up kami adalah jam 3 petang dan menaiki van yang disediakan oleh Ao Nang Safari ini. Untuk sampai ke sini lebih kurang 20-30 minit dan masa naik gajah adalah selama 1 jam. Hep, ini bukan seperti di A'Famosa Safari ataupun Zoo Negara tau. Ini real trekking, dimana gajah itu akan membawa anda masuk ke estet getah dan sungai.  Pakej yang kami ambil ni berharga 450 baht, iaitu RM45/sejam. Macam mahal je?

SAFARI GAJAH KRABI
perbincangan gajah mungkin?

SAFARI GAJAH KRABI
jalan untuk ke Safari ini

SAFARI GAJAH KRABI

SAFARI GAJAH KRABI

SAFARI GAJAH KRABI

SAFARI GAJAH KRABI
perjalanan anda bermula di sini

SAFARI GAJAH KRABI
nak bagi makan gajah? 50 baht @ RM5 


fazreen dan gajahnya


no shoes allowed


"mana dia nak bawa aku ni?"


estet getah kiri kanan


seriously, ada part yang mendebarkan

\
yang lain-lain tinggal kat belakang. haha


cantikkan? kalau buat pre-wedding cantik ni. RARE.


selain tu terdapat juga penternakan itik kat sini

dan yang terakhir ke sungai berdekatan ...






ALERT
Kadang-kadang gajah ni suka sembur air melalui hidungnya atau senang cerita, mahouts tu punya angkara. Jadi, kalau tak nak basah sila bagitau diorang, yang anda taknak basah. Kalau tak, nasib andalah.


Itu sahajalah. Dah kata satu jam. Ngeee. Sebenarnya terkilan tak pergi awal. Kalau tak boleh pergi Emerald Pool, Huay Tho Waterfall, White Water Rafting dan lain-lain. Dengar cerita, Emerald Pool cantik. Maybe next time, alang-alang sekarang MALAYSIA AIRLINES DAH PERGI KRABI. Insyallah datang balik, sebab banyak yang saya tak sempat nak explore. 

SAFARI GAJAH KRABI
habis naik gajah, kami diberi air minuman percuma
~LEGAAAAA~

Kalau baca kat Tripadvisor dan beberapa website lain, ramai yang menghentam Elephant Safari ni. Kata mereka animal abuse lah, seksaan terhadap gajah, pukul gajah dan banyak lagi. Terdapat gajah yang seolah-olah menangis sebab air mata mengalir. Betul kah? Tapi apa yang pasti Mahouts (tukang bawa gajah) tu harus membawa hook, in case gajah tetiba mengamuk di tengah jalan.

Terdapat juga report yang mengatakan gajah-gajah di sini kena pukul dengan teruk. Apa yang saya nampak, ada jugalah kesan lebam kat badan gajah ini. Kena dera atau tidak Wallahualam. Yang pasti Mahouts yang bagus takkan sewenang-wenangnya pukul gajah melainkan gajah tu tak dengar kata. Mungkin korang boleh share pengalaman kat sini. :)

TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)
American Airliner Plane