Jika semalam dah makan, dah sewa motor, dah pusing satu Ao Nang dan semua dah. Jadi hari ini kita ke hotel pula. Seperti yang saya beritahu semalam, trip ke Krabi kali ini adalah ala-ala backpackers. Jadi semuanya kenalah seperti backpackers walaupun kadang-kadang tersasar sedikit. Erk!
Jadi, kali ini agak susah nak pilih hotel. Nak yang murah, tapi comfortable. Maksudnya tak nak tidur dorm ala-ala backpackers? arghh sudah! Dalam dua tiga hari jugalah menggodek cari hotel. Berkomunikasi dengan Rasyiqah melalui whatsapp. Seorang di Damansara, seorang lagi di Seremban. Hancur.
After few days, barulah kami buat keputusan. "Menginap di Ao Nang View La Villa Krabi sahajalah", kataku kat Rasyiqah. "Dekat dengan beach pun dekat, 8 minutes walks", tambahku lagi. Nasib Rasyiqah sekepala. Kalau ikutkan, temptingnya hotel-hotel kat Krabi ni. Menggoda sangat. Huh!
Tapi betul juga kata Rasyiqah. Duduk dalam bilik bukan 24 jam, entah-entah balik untuk tidur sahaja and guess what, memang betul pun. Balik jam 12am, besok by 6am dah kena bangun and get ready for the next activity. Takpe, next time I'll come again. Insyallah.
and here, our hotel .... Ao Nang View La Villa Hotel, Krabi.
Hotel kami kecil sahaja. Bawah restoran atas hotel. Tapi tak menusuk pun bau makanan sampai ke bilik. Ternanti-nanti kot bau tomyam masuk dalam mimpi ke. Tapi satu bau pun takde. Haha. Yang bagusnya restoran bawah ni adalah HALAL. Ha, lapar-lapar turun bawah sapedek sampai kembung perut. Bagus Ao Nang View La Villa Hotel ni.
Paling istimewa, semuanya ada kat sini. Nak cari sewa motor, nak cari makan, nak cari pakej pelancongan, nak cari bas. Semuanya ada di hotel Ao Nang View La Villa ini. Korang juga boleh sewa motor half day.
Restoran Halal
Sekarang, jom ke bilik.
Bilik kami simple sahaja. Janji selesa dan bersih. Memang pada mulanya, adalah juga I rasa was-was masa nak check-in. Betul ke bilik kat sini okay? hurmm.. Tapi bila masuk bilik. Wahhh, bagus. Jakun sebentar. Hahaha. Okaylah untuk bilik RM70-80/semalam. Kan?
Katil kami
Ruang penyidai, safety box and TV
bilik air
okaylah kan?
dressing table
info by Agoda
Jika anda sedang mencari HOTEL MURAH DI KRABI, ini mungkin boleh dijadikan pilihan. Hotelnya easy access to everywhere. Malah, tempat tunggu bas kat depan ni sahaja.
breakfast dan banyak lagi
pemandangan belakang hotel
Ao Nang View La Villa
564/1-2, Ao Nang Road,
Muang, Krabi, Thailand
No Tel :
(66) 75 695 102
(66) 75 695 107
Email :
viewlavilla1@gmail.com
TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)