Latest Posts

Showing posts with label ANAK BUAH. Show all posts
Showing posts with label ANAK BUAH. Show all posts
Korang .... hari ni buat apa? Kalau free, aku nak minta jasa korang untuk mendoakan anak buah aku yang akan menjalani pembedahan isnin ni (21 October 2019). Dup, dap, dup, dap ... cuak, takut semuanyalah. Allahuakbar, tak dapat nak describe camana aku rasa sekarang. Sesungguhnya berat sungguh dugaan buat Eijaz dan ibunya.

Keadaan Eijaz masa baru-baru lahir dulu

Anak buah aku ni baru berusia 10 bulan dan memang aku jarang masukkan dia dalam social media aku. Sebab Eijaz ni taknak dengan sesiapa kecuali mak, bapa dan kakak dia. Tambahan lagi dia nak berkepit je dengan kakak aku 24 jam. Bayangkan 8 bulan pertama kakak aku tak keluar rumah kerana Eijaz. Hatta, keluar dari bilik pun jarang sekali. Makanan semua kena bawa ke bilik. Begitulah pengorbanannya untuk anaknya yang sakit ni.

Doktor pun tak bagi bawa Eijaz keluar dan terdedah dengan luar. Sebab penyakit Eijaz ni melibatkan paru-parunya dan dia masih belum stabil lagi. Kalau korang nak tahu penyakit dia ni antara penyakit rare kat Malaysia ni. Hanya HKL atau HUKM sahaja terima pesakit seperti Eijaz ni.

 Sekarang Eijaz dah pandai senyum
 Strong baby

Penyakit Eijaz ni doktor detect sebelum kakak aku beranakkan dia lagi. Masa Eijaz kena tu, kitorang pun tak faham sangat dengan penyakit ni. Memang jarang berlaku. Sampaikan doktor akan buat meeting khas sebelum decide nak buat apa untuk Eijaz. Sehingga kini tak dapat pastikan apakah punca penyakit Eijaz ni.

Masa awal kelahiran dia, Eijaz ditahan kat wad dalam masa yang lama. Aku tak ingat berapa lama. Kemudian kakak aku minta discharge dia. Kesian gila kat kakak aku time tu. Menangis memanjang dan tak de selera nak makan sebab risau pasal Eijaz.

Kakak aku pula terpaksa tinggalkan anak-anak yang lain kat rumah Seremban dan jaga Eijaz kat HKL. Kadang-kadang ulang-alik Seremban-KL sebab salah seorang anaknya UPSR tahun ni. Macam tulah dugaan buat kakak aku yang seorang ni. Semoga Allah beri ganjaran buatnya kelak.

Picture From Google

Penyakit CCAM (Congetial Cystic Adenomatoid Malformation) atau CCAM (Congetial Pulmonary Airways Malformation) ni adalah penyakit yang melibatkan paru-paru yang boleh menyebabkan kematian. 

Senang cerita penyakit ni macam kecacatan paru-paru yang disebabkan oleh tumor atau cyst (benign lung lesions) yang muncul sebelum lahir. Terdiri daripada tisu paru-paru tidak normal yang tidak berfungsi dengan baik dan terus berkembang dan berkembang. Kalau baby lain kebersihan sekeliling kena jaga, Eijaz kena 3x ganda penjagaan kebersihan untuk dia. 
Picture From Google
Oleh sebab itu, aku mohon sangat-sangat jasa kawan-kawan blogger dan pembaca-pembaca blog Kisah Tatie mendoakan agar pembedahan ini berjaya dan Eijaz kembali pulih seperti kanak-kanak lain. I'm so nervous! Tak tipu. Yela kan .. baby yang baru nak hidup kat dunia ni, tak tahu nak mengadu sakit, diuji dengan penyakit seperti ni dan terpaksa melakukan pembedahan melihatkan paru-parunya. Risiko kematian pulak tu .. Allahuakbar! 😢

Ya Allah .. 
Selamatkanlah Muhammad Eijaz bin Ramdzhi ...
 lindungilah dia, sihatkanlah dia dan pulihkan dia dari penyakitnya. 
Semoga pembedahannya pada hari isnin ni berjaya 
Ringankanlah dugaan buat baby EIjaz
Semoga dia dapat bernafas seperti kanak-kanak lain
Amin ....

American Airliner Plane