PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI INDONESIA | PADANG
Ramai yang keliru antara Bukit Tinggi dan Padang. Kalau korang google Padang, memanglah takde benda sangat kat sana melainkan Pulau Mentawai dan pulau-pulau lain. Tapi Padang famous di kalangan mat salleh khususnya kaki surfing. Tapi kalau korang google Sumatera Barat, maka berjela-jelalah info yang keluar. Banyak tau tempat menarik kat Sumatera Barat ni. Kena rajin google.
Padang adalah ibu kota Sumatera Barat. (eh ke ibu negeri? tak kisahlah). Kira dalam Sumatera Barat ni, pusat dia adalah Padang. Manakala BukitTinggi or Bukit Tinggi pula adalah antara negeri di Sumatera Barat. Dia ada banyak negeri tapi paling famous Bukit Tinggilah. Bila korang touch down di Bandara Minangkabau Padang, tu masih jauh lagi perjalanan ke Bukit Tinggi.
Meskipun dah acapkali pulang ke Bukit Tinggi, tapi aku belum habis cover semua tempat kat sekitar kampung aku ni. Mana taknya, balik bila ada majlis kenduri kendara. Tambah pula, pulang secara beramai-ramai. Sudah tentulah leceh kena ikut kata sepakat nak pergi mana. Sudahnya, bila trip sebegitu more kepada trip makan-makan je. Haha.
Kiranya kali pertamalah aku berjalan-jalan sakan kat kampung aku ni. Teruk nau bunyinya kan? Haha. Tapi itulah hakikatnya. Kalau balik kampung sebelum ni memang tak sempat nak pergi mana-mana.
So, tadaaaaa .. nahhh aku ceritakan pengalaman ke Bukit Tinggi Sumatera. Itinerary trip ni? Kenalah baca sampai habis entry.
First sekali bila touch down, kita sapedek dulu. Perjalanan ke Bukit Tinggi masih jauh. Nanti menyesal pula bila lapar.
Singgah kat Rumah Makan Lamun Ombak ni macam WAJIB je bila sampai Padang. Dah pergi beberapa kali pun, inilah tempat pertama kami singgah. RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK. Rumah makan ni ada kat Padang dan ada juga on the way ke Bukit Tinggi. Femes juga di kalangan rakyat Malaysia. Tapi price so-so lah. Ingat!! Bila makan nasi padang, sila ambil apa yang korang makan je. Jangan rambang mata pergi sentuh semua lauk. Tak pepasal kena bayar nanti. Hahaha.
Tak sabar nak makan ye bang? Tunggu baru hari pertama. Haha.
Kalau korang tanya aku apa yang best kat Rumah Makan Lamun Ombak ni, aku suka Tunjang masak Kalio, Ayam Pop Goreng, Jus Alpukat, Ayam Masak Kalio, Sambal Lado Dendeng, Kerupuk Jangek dan lain-lain. Jus Jeruk dia pun sedap.
Dari Rumah Makan Lamun Ombak ke Bukit Tinggi ni, perjalanan dia susah nak dijangkakan. Boleh jadi cepat. Boleh jadi lambat. Depend pada traffic. Sebab nanti korang akan menyusuri jalan yang berliku-liku di sekitar Tanah Datar (Lembah Anai). The worst part, kat sini pernah jam 10 jam wei. Gila kan? Haha. Lagi sakit hati kalau ada lori rosak atau accident kat sekitar situ. Allahu. Memang menguji kesabaran betul. Haha.
Singgah di Lembah Anai, Sumatera Barat
Alang-alang lalu di Lembah Anai, singgahlah kejap untuk ambil gambar. Please kat entry aku pasal Bukit Tinggi ni, aku tak dapat nak jawab berapa harga tiket yang perlu dibayar semua. Sebab aku dah lupe .. Samalah macam Lembah Anai ni, aku memang dah lupa berapa harga tiket yang kitorang bayar. Ampun!
Tapi for first timer, singgahlah ambil gambar kat Lembah Anai ni. Rugi pula kalau sekadar lalu je. Haha.
Next, kami singgah di Minangkabau Village. Bagi yang follow aku kat Instagram, last year balik pun aku singgah. This year pun aku singgah juga. Kat Minangkabau Village ni ada banyak info pasal adat-adat minangkabau dan juga boleh sewa baju minang kat sini. Termakbul salah satu impian aku nak pakai baju minang dengan laki aku ni. Haha.
Kalau tak silap aku, sewa costume ni dalam 25 ribu rupiah. Kalau tak silaplah dan dia ada photographer yang boleh tolong ambilkan gambar. Tapi kena beli gambar dia. Kalau nak mudah, suruh je supir korang tolong ambilkan gambar. Senang takyah pening kepala. Ambil lah bebanyak untuk dijadikan kenangan. Hahaha.
Kalau taknak sewa baju pun takpe. Boleh ambil gambar di sekitar Minangkabau Village ni. Cuma tiket nak masuk pun kena bayar juga selain dari sewa baju. Hat tu aku lupe berapa ribu. Rasa tak sampai 10 ribu rupiah per person. Tapi rugilah kalau dah sampai dan tak melaram dengan baju minangkabau (baju suntiang minang) ni.
Oh ya, kalau korang lapar lagi, boleh singgah makan di Sate Mak Syukur di kawasan Padang Panjang ni. Sate ni femes tau. Paling sedap di Bukit Tinggi katanya. Nyumss nyumsss .. Sate minang dengan sate kajang lain. Sate minang dia berkuah dan sedap. (untuk tekak akulah.. hahaha).Tapi andainya supir korang cakap, "Nak singgah tengok perusahaan kulit tak buk?". Haa ni terpulang. Tapi aku selalu skip. Sebab tak best pun. Lainlah kalau korang suka barang-barang kulit. Tapi memang tak best.. takyah pergi!! Hahaha.
Habis pusing di Minangkabau Village, kitorang terus menuju ke kampung. Kampung aku terletak di Kubang Putih Bukit Tinggi. Ini belah nenek (mummy) ya. Dan kalau korang tanya aku suku apa, aku adalah suku Koto. Tapi sedara mara aku sekarang ni berada di merata tempat. Ada yang menetap di Jakarta, Jambi, Pekan Baru, Lampung dan lain-lain lagi. Tapi semestinya bila ada kenduri kendara kami akan berkumpul di Kubang Putih. WAJIBBBBBB!! Haha.
Makan Bersilo di Rumah Mak Tuo
Sengaja aku tak bagitau mak tuo pasal kepulangan aku ke kampung dan ternyata surprised yang menjadi. Haha. Ini jugalah reason kenapa kami balik. Sebab nak visit Mak Tuo ... Tapi adat di rumah mak tuo ni kalau family datang dari Malaysia mesti makan bersilo beramai-ramai. So anak-anak mak tuo akan bawa potluck dan makan beramai-ramai. Semua kena makan sekali dalam satu bulatan. Hahaha. Aku pun masak juga petang tu. Haha.
Tak cukup korum ni. Ramai takde kat kampung
Dari Lurah, singgah pula di rumah sedara lain di Lukok. Dua-dua ni terletak di Kubang Putih. Yang ni agak lewat malam jugalah sampai. Sebab terlama pula di rumah mak tuo. Mana taknya, berborak, makan, bergambar dan kena tahan sebab mak tuo suruh tidur kat rumah dia malam tu. Hehehe.
Sedara Mara di Lukok
Singgah kat Lukok ni, tak sahlah kalau tak pekena teh telur or orang sana panggil teh talua. Teh Talua ni unik sikit sebab dia menggunakan telur ayam kampung. Rasa dia macam lemak-lemak sikit. Ada juga yang buat Kopi Telur. Telur ni pengganti kepada susu. Sebab tu orang-orang kat Bukit Tinggi ni sihat-sihat banyak tenaga. Hahaha. Fyi, actually diorang jarang minum manis. Masa wedding pun diorang hidang air suam walaupun majlis tu gilang gemilang berhari-hari sampai dua minggu lebih. Hidup sihat gittew!!
Selain dari menggunakan telur ayam kampung, ada juga menggunakan telur bebek atau telur itik. Can u imagine rasa dia macamana? Alah, alah, alah. Takyah euwww, euwww sangat. Sekali cuba pasti nak lagi. Creamy and yummy gitu! Sila try, lepas tu bagitau rasa dia camana kat komen bawah ni. Hahaha.
Teh Talua atau Teh Telur Padang.
Cukup hari pertama? Nanti kita sambung lagi di entry seterusnya.
_______________________
PENGALAMAN BERCUTI DI BUKIT TINGGI
TRIP KE BUKIT TINGGI SUMATERA
APA YANG BEST DI BUKIT TINGGI SUMATERA
JALAN-JALAN DI BUKIT TINGGI PADANG
Aku pun dulu konpius, dulu ingat BUkit Tinggi Pahang tu haaa, kalau tak sebut Padang, mampos tak tau...hehehehe..
ReplyDeleteTeringin gak nak pakai baju minang tu...
Cantiknya rumah tradisional di Minangkabau Village..
ReplyDeleteCantik rumah Minangkabau tu. Rasa dekat di hati. Ada rezeki nanti nak juga balik ke kampung halaman sebelah moyang ayah saya. Yang saya tahu moyang saya orang minangkabau dari sumatera barat. Tapi, sayang betul bila salah silah yang moyang saya pernah sediakan dulu tak dijaga dengan baik. Dah tak ada dah. Jika tak, mungkin dapat cari balik saudara-maranya.
ReplyDeletePanjang pula komen saya di sini. Huhu.
Nanti bila balik kampung lagi, Tatie kongsikanlah lagi ceritanya. Suka saya baca. Saya tak dapat jejak lagi, tapi dapat tengok gambar pun bersyukur dah. =)