HARI KETIGA DI BUKIT TINGGI INDONESIA | PADANG

By | 8/22/2019 04:02:00 pm 25 comments
Bila aku ke Padang dan Bukit Tinggi kali ni, ramai yang komen .. "Wah banyak benda sebenarnya boleh buat kat Bukit Tinggi ni eh?".

Ye kawan-kawan. Betul. Padang Indonesia ni takdelah sepadat Jakarta, tak seglamour Bali, tak sehebat Yogyakarta atau lain-lain. Tapi kalau korang betul-betul cari, sebenarnya kat sini banyak tempat-tempat menarik kat Sumatera Barat ni. Cuma .. kalau korang google "Tempat Menarik Di Padang", memang takkan jumpa apa yang menarik. Sebaliknya try cari "Tempat menarik di Sumatera Barat". InshaAllah pelbagai keunikan yang ada di setiap tempat.

Tapi perlu diingatkan, kat Padang ni tak macam di Bandung atau Jakarta, kat Bukit Tinggi ni nak kemana-mana kena depend pada supir ataupun gojek. (kat Padang je ada Grab). Kalau kat Bukit Tinggi, ada angkutan kota dan gojek tapi kalau tak biasa dengan jalan-jalan kat sana memang memeningkan sikit. Dan kalau nak beli simkad kat Bukit Tinggi, memang susah sikit berbanding tempat lain di Indonesia. Sebab diorang kawal pembelian simkad sini dari scam. Hanya orang sini sahaja yang boleh beli simkad. 😟

Sebelum check out, ambil gambar kenang-kenangan di hotel dulu

Macam aku cakap di entry sebelum ni, trip kali ni jenis redah je. Hari ketiga di Bukit Tinggi Indonesia ni, aku dah blur nak pergi mana. Nak tak nak, aku suruh laki aku bersiap dan check out hari tu. Rasa nak stay tempat lain pula nanti. Dia pun macam tercengang. Betul ke keputusan bini dia ni. Haha. 

Selepas breakfast and check out, aku bawa dia ke Jam Gadang dulu. Jam Gadang ni mercu tanda Kota Bukit Tinggi. Walaupun sekadar Jam, tapi tak sah kalau ke Bukit Tinggi tapi tak bergambar kat sini. Lokasi Jam Gadang ni terletak kira-kira 4 minit dari hotel Novotel kami. Jalan kaki je .. dekat! 

Jam Gadang Bukit Tinggi

Sebelah Jam Gadang adalah Pasar Atas. Tapi Pasar Atas ni ada yang masih dalam pembinaan setelah sebahagiannya hangus terbakar dijilat api beberapa tahun lepas. Kat Pasar Atas tu bolehlah beli telekung sulam (Bukit Tinggi terkenal dengan kehalusan seni kain sulam/telekung sulam), batik, souvenir dan lain-lain lagi. Dan berhampiran dengannya pula ada kafe di lereng bukit which is best gila kalau lepak malam-malam sambil menikmati pemandangan gunung berapi. Kat situ juga ada pisang cheese yang sedap yakmat.

Tapi kan ... kalau nak murah boleh ke Pasar Kuning. Kat situ boleh beli kain lace, barang basah seperti kentang ketek, belut, buah salak, kain sulam dan banyak lagi. Cuma dia ada bahagian basah dan bahagian kering. Dari jam gadang ni boleh naik gojek atau angkutan kota kalau nak ke sana. Ini kalau korang mencari tempat shopping di Bukit Tinggi Indonesia lah.

Berbalik pada cerita aku ...

Pagi tu, masa waktu subuh aku dah pesan kat supir. Mungkin hari ni aku nak tidur kat tempat lain pula supaya dia alert dan take note. Tapi idokla aku bagitau nak tidur mana. And masa dia ambil kami, baru aku cakap .. aku nak ke Payakumbuh. 

PAYAKUMBUH ???


Tak ramai orang Malaysia tau Payakumbuh ni. Lagi-lagi kalau datang dengan travel agent. Rata-ratanya dibawa ke Bukit Tinggi, Pandai Sikek dan Istana Pagaruyung di Batu Sangkar. Lagipun Payakumbuh ni jauh sikit dari Bukit Tinggi. Maybe sebab tu lah orang Malaysia jarang ke sini.

Pertama sekali kami ke Harau Valley atau bahasa Melayu, Lembah Harau.


Ibarat Grand Canyon di Amerika, Harau Valley ni antara tempat wisata terkenal di Payakumbuh.Kat sekitar Harau Valley ni ada macam-macam tarikan. Tapi dah nama pun Sumatera, kalau nak pergi mana-mana pasti ada hidden charge. Sebab tu jugala ramai supir yang kalau boleh taknak ke sini. Sebab nanti nak masuk kena bayar lain, nak pergi situ kena bayar lain, sini kena bayar lain .. Ish peninglah. Tapi sangat-sangat berbaloi bila dah sampai sini.

Tapi ... ada tapi lagi? Haha. Kat sini panas sikit berbanding Bukit Tinggi dan korang boleh pilih untuk menginap di Harau Valley ni. Dia ada homestay yang unik-unik di sekitar valley ni.

Air Terjun yang tak nampak seperti air terjun 

Di Harau Valley ni juga terdapat banyak air terjun. Tapi kalau nak tengok yang besar-besar kena masuk ke dalam lagi dengan berjalan kaki. Kalau korang ada banyak masa bolehlah pergi. Masa aku teramat suntuk, hanya sempat pergi apa yang dekat sahaja. Itupun hanya dua air terjun je yang sempat kami pergi. Satu yang atas ni, satu lagi gambar di bawah ni. 

 Air Terjun Sarasah Valley 

Dekat area air terjun Sarasah Harau Valley ni banyak tempat-tempat best untuk ambil gambar. Malangnya kami tak cukup masa. Rasa macam nak repeat je next time. 

Next kami ke Kelok 9, Payakumbuh.

 

Kelok 9 dan Kelok 44 sangat berbeza. Kalau Kelok 44 tu semulajadi, tapi di Kelok 9 ni dia dah bina jambatan cantik. Kelok 9 ni lagi cantik kalau pergi time senja. Sebab dia diserikan dengan limpahan cahaya lampu cantik yang cukup cantik. Tak percaya? Try google.

Sepanjang Kelok 9 ni terdapat banyak gerai-gerai yang boleh singgah minum. Tapi menduga juga kalau nak turun singgah. Belum je turun kereta, korang dah dikerumuni photographer-photographer jalanan yang offer nak ambil gambar korang dengan bayaran.


Dari Kelok 9 ni dah dekat sangat kalau nak ke Pekan Baru. Satu jalan ... Tapi dari Kelok 9 ke Padang sangat-sangat jauh. Yang ni nanti aku cerita di akhir entry ni. Hehe.


Next, aku tanya supir .. mana lagi dekat Padang Mangateh atau Kapalo Banda Taram. Dia pun blur-blur sebab jarang sangat orang Malaysia datang nak pergi situ. Dia sendiri tak pernah sampai. Sama-sama kitorang buka Waze nak tengok jalan. Tapi aku fikir-fikir balik, masa macam tak cukup nak pergi dua-dua. Tambah lagi hari nak hujan. So, ke aepala Banda Taram dulu lah.

Sampailah kami ke Kapalo Banda Taram, Payakumbuh.

Sumpah Cantik Gila Tempat Ni

Aku pun actually google je, tempat menarik di Payakumbuh dan terjumpa Kapalo Bandar Taram ni. Kalau ikut google biasa-biasa je tempat ni. Tapi bila sampai .. Subhanallah. Cantik wei. Cantik gila. Cantik yang tak terungkap. Korang kena pergi sini anda tengok depan mata sendiri. Air dia pun jernih.

Susur Jalan di Kapalo Banda Taram

Sayangnya aku tak bawa kelengkapan picnic. Kalau tak memang aku join berkelah kat sini. Hiks! Dalam gambar aku ni nampak macam tak ramai kan? Tapi in reality ramai je kat sini. Tapi tak seramai bila cuti sekolah lah. Kat sini ramai juga yang buat aktiviti berakit, camping dan macam-macam lagi. Tapi awas ya, jangan sesekali buat perkara terkutuk. 


Masa aku duduk-duduk sambil main air, nampaklah orang keluar masuk jalan kat gambar bawah ni. Sebab aku tak google lebih lanjut, maka aku tertanya-tanya apa benda yang ada kat dalam tu. Bukan setakat orang jalan kaki keluar masuk, motosikal yang masuk hutan tu pun sama juga. Sebabkan aku rasa curious nak tanya .. aku pun ajak husband meneroka apa yang ada kat dalam ni.

 Kaki basah terpaksalah berkaki ayam masuk ke dalam ni

Kira-kira 5 minit berjalan kaki, sampailah ke Hutan Pinus Wakanda. Hutan Pinus Wakanda ni aku rasa macam baru je established. Haha. Ke dah lama tapi baru nak dikomersialkan untuk pelancongan?  Hmmm..

Tapi ini antara lokasi filem Buya Hamka yang baru je lepas shooting bulan April lepas. Tapi aku tak pasti filem ni dah ditayangkan ke belum kat pawagam. Rasanya belum kot sebab baru lagi.

 Hutan Pinus Wakanda lokasi Buya Hamka


Lama jugala aku habiskan masa kat sekitar Kapalo Banda Taram. Eiiii, geram je rasa sebab tak dapat mandi. Korang kalau pergi Padang, please singgah sini. Please! 🙏

 Crepes Laba-laba Kapalo Banda Taram 

Niat untuk ke Padang Mangateh terpaksa dibatalkan memandangkan jam dah pukul 6 petang. Aku pula baru buat decision untuk tidur kat Padang malam tu. Memang kerja gila! Puaslah supir bagi cadangan tidur kat Painan lah, Pariaman lah .. Tapi aku degil nak tidur kat Padang juga malam tu. Jarak Payakumbuh ke Padang lebih kurang 4 hingga 5 jam dan terpaksa patah balik ke Bukit Tinggi sebelum sampai Padang.

Bila dah sampai Padang, lain pula jadinya bila kat Padang semua hotel FULL gara-gara kakitangan kerajaan Indonesia berkumpul di Padang untuk mesyuarat apa tah. Halamak!! Menyesal wei. Padan muka kan tak nak dengar cakap supir. 😓 Sudahnya kami terpaksa tidur di bilik di hostel backpackers malam tu. Itu je yang available. Dasyat betul .. hotel besar-besar pun full. Nasib badanlah, suka sangat main redah je kan? Huhuhu.


~ bersambung.


Newer Post Older Post Home

25 comments:

  1. di Indonesia byk wisata alam yang cantik2...
    cute je budak kecik dua orang tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan .. dahla senang nak makan kalau ke indonesia .. bebudak tu anak orang je .. tengok comel sangat . hehehe

      Delete
  2. cantik jgk padang ni
    kena pergi jgk la
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi pergi .. banyak tempat boleh visit di sekitar sumatera barat

      Delete
  3. Sejuk nyamannya tengok views dikelilingi bukit-bukau gunung ganang.
    Bukit tinggi, Padang, Jam Gadang kebanggaan orang Minang Kabau. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah .. memang nyaman. tapi area payakumbuh ni panas sikit ... suhu macam malaysia

      Delete
  4. SEMUA PIC CANTIK INDAH ALAMNYA

    ReplyDelete
  5. Lagi satu kan, tengom orang pergi amik gambar cecantik aje..sekali sendiri pergi adeiiii...
    Kena pergi gan ko la gamaknya ek hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu perkara biasa. aku selalu tengok kat instagram bahagian location. banyak real picture kat situ ..

      Delete
  6. Belum pernah sampai ke Bukit Tinggi tapi bila Tatie share cerita teringin pula ke sana.. Cantik pemandangan alam semulajadi kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mehla pergi Bukit Tinggi. best tau. tapi seeloknya pergi tanpa agent and google dulu mana nak pergi.. google macam - "tempat menarik di SUmatera Barat".

      Delete
  7. Byk rupanya tempat best kat padang. Cantik2 pulak tu.

    ReplyDelete
  8. Bestnya berjalan2.. memang kita suka sgt baca catatan percutian blogger2.. memang menarik la bukit tinggi, Indonesia. Nyaman je tgk..

    ReplyDelete
  9. Banyak dah berubah Bukit Tinggi ni... Lama dah tak jejak...

    ReplyDelete
  10. tak dinafikan tempatnya cantik. mungkin jauh sbb tu ramai yg x smpi

    sy tau psl payakumbuh pun sbb dlm lagu ayam den lapeh hehehe

    ReplyDelete
  11. cantiknya pemandangan di sini

    ReplyDelete
  12. Cantiknya view ... Semua gambar menarik ...

    ReplyDelete
  13. banyak gilerr tempat menarik kat sana ek! hutan pinus macam kat jogja pun ade...tapi ni versi wakanda black panther..hahahhaha

    aku da lama teringin nak g padang ni...tapi belum kesampaian...

    ReplyDelete
  14. i went there last time and i certainly love the view

    ReplyDelete
  15. Cantik. Terima kasih share info nanti ke sana boleh la rujuk entri sis

    ReplyDelete
  16. Apesal semua cantik2 tempat Tatie pergi ni...makin semangat plak akak nak terjah...nanti akak rujuk entry2 tatie la...

    ReplyDelete
  17. kena ada duit banyak gak ni, kalu main caj sana sini hahaha

    ReplyDelete
  18. Seram pulak tengok jalan dia tu. Susur jalan tu pun menarik dan unik lah

    ReplyDelete
  19. Banyaknya tempat-tempat menarik di Sumatera Barat. Teringin juga nak mengembara ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane