PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI SUMATERA | PADANG SUMATERA
Trip balik kampung Bukit Tinggi Sumatera kali ni aku memang pakai supir sepanjang kat Bukit Tinggi. 3 hari kat sana, 3 hari lah aku pakai supir and lagi 2 hari kat Padang, kami pakai Grab je. TAPI ... Alhamdulillah kami dapat best rate for supir. Itupun tante yang recommendkan nombor supir sebab dia selalu guna setiap kali pulang ke kampung. Mengenai itinerary pula, aku memang redah je.
Bila supir tanya, "Besok mau ke mana buk" .... aku akan balas dengan jawapan .."Nanti besok saya bagitau kamu". Memang betul-betul besok pagilah aku bagitahu dia sebelum memulakan perjalanan. Malam tu google siap-siap mana nak pergi. Tapi kadang-kadang boleh jadi malam ni google besok dan bertukar agenda. Lagi-lagi kalau borak dengan receptionist ke or sesiapa je aku jumpa time breakfast.
Breakfast di hotel dulu sebelum keluar. Kami stay kat Novotel Bukit Tinggi
Hari kedua ni aku decide untuk jalan-jalan di Puncak Lawang dan kawasan sekitar Danau Maninjau. Takdelah jauh mana pun tempat ni dengan kampung aku. Mati-mati aku ingatkan jauh gile. Yela dulu kalau nak pergi, ada je jawapan "jauhlah dari kampung". Ciss! Tertipu aku. Hahaha.
Untuk ke Puncak Lawang, korang akan melalui Sungai Landia yang terletak di Ampek Koto, Kabupaten Agam. Tapi aku tak jumpa pun sungai kat sini atau mungkin aku tak perasan ada sungai kat sini. Tapi one thing aku cukup bangga dengan kampung aku ni adalah suhu dia .. SEJUK WEI .. hahaha. ala-ala Cameron Highlands. Pernah suhunya mencecah 15 celcius pada waktu malam. Sebab tu lah penduduk kat sini tak pakai kipas mahupun aircond kat dalam rumah. Memang tak laku! Hahaha.
Sungai Landia Bukit Tinggi
Tapi area Bukit Tinggi je la. Kalau korang pergi Padang ke, or tempat lain panas. Bukit Tinggi di sebab dikelilingi gunung-gunung berapi. Sebab tu sejuk. Tanam pape semua segar bugar. Opsss, terpesong pula cerita.
Berbalik pada Sungai Landia, kawasan ni memang seperti Cameron Highlands. Stop sini pun sebab nak minum teh. Specialnya teh kat sini, diorang menggunakan kayu manis sebagai penambah rasa. Tapi korang boleh je nak order Teh/Kopi Telur or Kopi Kawa. Alang-alang sampai sini, trylah Teh O Kayu Manis. Kalau korang nak tahu, kat Sungai Landia ni diorang memang mengusahakan business kayu manis. On the way ke tempat minum teh ni bersepah-sepahla kedai yang proses kayu manis ni.
Teh O Halia Kayu Manis and Teh O Kayu Manis
Tapi masa aku pergi sini ramai gila orang Malaysia. Semua datang melancong ke Bukit Tinggi. Confirm diorang balik penuh luggage dengan batik and telekung sulam ni. Normal. Hiks!
Next, singgah sebentar beli kacang dan gula merah. Baru ingat tak nak beli apa-apa langsung trip balik kampung kali ni. Tapi bila lalu sini terus kecundang hasrat tu. Istimewanya kat sini, dia buat sendiri dan korang boleh melihat diorang proses gula melaka tu.
Ladang Tebu pun kami redah. hahaha.
Gula Merah Halia and Kacang
Majoriti penduduk Bukit Tinggi Bergantung Hidup Pada Kerbau
After beli gula merah dan kacang, kami terus ke Puncak Lawang. Dari kedai jual gula merah dan kacang tu takdela jauh mana pun nak ke Puncak Lawang. Semuanya sehala.
Puncak Lawang WAJIB pergi kalau korang ke Bukit Tinggi. View dia memang awesome. Terdapat banyak pit stop kat atas puncak ni. Ada kena bayar dan ada yang free. Tapi aku stop ni FREE. 😂 Dekorasi tempat ambil gambar dia macam ala-ala kat Bali tu. Bolehlah berswafoto or ootd kat atas ni.
Tak puas rasanya menatap pemandangan danau maninjau dari Puncak Lawang ni. Ikutkan hati nak duduk lama-lama sambil minum tebu ke apa .. Tapi hati pula tak tenteram selagi tak habis bawa husband pusing kampung.
Sempat pula dia tapau tebu
Kemudian, kami ke Kelok 44. Kelok 44 ni pun famous dan wajib pergi alang-alang dah sampai sini. Kenapa nama dia kelok? Kelok adalah selekoh, so sepanjang jalan menuruni bukit ni ada 44 selekoh yang kena lalu. Tapi jangan bimbang, dia takdelah memeningkan kepala sangat pun. Tenang-tenang and enjoy the view.
Jenuh jugakla nak habis semua kelok ni. Hahaha. Tapi yang aku pelik, turun rasa lama. Bila naik rasa kejap je. Mungkin masa turun asyik dok amek video dan gambar. Sekali sekala berhenti di persimpangan kelok. Hmmm..
Rumah famous di Danau Maninjau
Kelok 44 (di selekoh 21)
Next, semestinya ke Danau Maninjau. Ramai yang tak turun habis. Hanya sekadar di kelok sahaja. Tapi aku paksa supir singgah mana-mana kedai untuk bergambar sambil berlatarbelakangkan Danau Maninjau. Di Danau Maninjau ni bukan macam Danau Singkarak. Sebab di Danau Maninjau ni diorang sangat menjaga kualiti airnya kerana di sini diorang membuat perusahaan ikan.
Dari atas Puncak Lawang dah cantik, bila turun lagi cantik. Allahu .. sangat memukau pemandangan Danau Maninjau ni. Air dia pun jernih .. Cuma biasalah kadang-kadang terbau ikan sikit. Tapi jangan judge pada bau .. Ada sesetengah bau wangi tapi tempat kotor yakmat. Danau Maninjau ni memang air dia clear. Ngerti??
Diorang jaga gila sampai guna sampan je pergi ke sangkar ikan tu
Lama jugalah kami lepak kat sekitar Danau Maninjau ni. Dari nak datang ambil gambar, terus melepak minum kopi. Tapi kitorang tak lunch kat sini. Lunch masa on the way balik ke Kota Bukit Tinggi. Aku pun lupe ape nama rumah makan yang kitorang pergi tu .. 😅
Singgah jap ambil gambar
And singgah solat Asar kat masjid ni .. dekat area Danau Maninjau jugak
Next, kami ke Ngarai Sianok. Nak juga singgah sini kan? Hahaha. Tapi bagi aku kalau korang first time datang Bukit Tinggi wajib datang sini. Lokasi dia kat kota Bukit Tinggi tu je. Jalan kaki je dari Novotel yang kitorang stay tu. Tapi beza sangat 10 tahun lepas dengan sekarang. Sekarang diorang dah upgrade sikit. Nak masuk pun kena guna kad ala-ala touch and go. So kena beli satu kad, then topup. Tu belum campur kena ambil guide untuk masuk Lobang Jepang lagi. Haih!
Kalau dulu boleh ambil gambar kat area-area yang cantik sambil berlatar belakangkan Ngarai Sianok ni, tapi sekarang, spot yang best untuk ambil gambar tu diorang dah dikomersialkan untuk tempat berbayar pula. Nak masuk kena bayar, kat dalam pun kena bayar untuk bergambar. Potong stim betul.
Spot yang aku rasa okaylah view dia ... hmm
Dah ada kat sini, kenalah masuk ke dalam Lobang Jepang. Ini kali kedua aku masuk ke Lobang Jepang ni. Dulu lagi creepy dan seram-seram sejuk. Guide yang bawa kitorang tu pun cakap benda sama. Maybe sebab diorang dah buat Lobang Jepang ni nampak lagi cantik dengan lampu-lampu di sekeliling.
Lobang Jepang
Lobang Jepang ni ada tempat yang paling creepy iaitu di penjara dia. Dulu masa diorang baru explore tempat ni, banyak gila jumpa rangka kat situ dan masih ada juga yang diorang tak jumpa lagi sampai sekarang. Dulu, kalau pergi adalah bau-bau hanyir kat area-area penjara dia. Tu yang aku seram tu. 😪 Tempat ni sangat menarik untuk korang hayati kebijaksanaan tentera Jepun pada zaman dahulu. Sampai aku salute lah, camana diorang boleh ada idea camni.
Kata guide-guide yang bawa aku dulu and sekarang, masa diorang buat Lobang Jepang ni, penduduk-penduduk sekitar tak perasan pun. Takde langsung terhidu pergerakan tentera Jepun ni. Buruh-buruh yang dipaksa bekerja pun bukan dari rakyat Padang mahupun Bukit Tinggi. Diorang main sistem silang. Yang mana dari Bukit Tinggi diorang hantar ke Jawa, dari Jawa diorang hantar ke sini. Haaa, selebihnya korang datanglah sini and lihat sendiri.
Lobang Jepang sekarang
Dalam sehari bermacam-macam tempat kami pergi. Terima kasihlah supir sebab ikut je mana kami nak pergi. Hahaha. Sedar-sedar hari semakin gelap. Ikutkan hati nak singgah ke kampung kejap. Tapi badan dah lembik .. padah berjalan ke sana ke sini ...
~ Bersambung.
____________________________________________
CERITA PASAL BUKIT TINGGI PADANG
PERCUTIAN DI BUKIT TINGGI PADANG
BLOG PASAL BUKIT TINGGI PADANG
APA YANG BEST DI BUKIT TINGGI
Geram pulak aku nengok cite ko ni...tempat lawa-lawa semua...pandai korang laki bini cari spot bergambar...i suka!!
ReplyDeleteAsal ada tempat menarik je berhenti and amek gambar .. macam kita pergi Belitung tu hahaha
Deletebestnye dpt selaly travel. ray follow sini hiiiii #741.
ReplyDeletesalam kenal ^^
salam perkenalan juga
DeleteMahal perjalanan kau ini, tapi bukan mahal pada wang tapi pengalaman. Padang, antara tempat di Indonesia yg tak pernah ku jejak lagi, 3 kali ke Bandung, sekali ke Bali dan sekali ke Medan. Masa ke Medan, dapat supir pelik perangai, sejak tu macam serik nak ke sana lagi.
ReplyDeleteEh, betul ke kelok2 tu tak pening, Tatie??
tak pening pun sebab walaupun banyak selekoh tapi dia cepat .. mungkin sebab pendek kot perjalanan dia .. so tak sempat nak pening hahaha
Deleteweiiiiii ko da bukak balik ek blog ko...muehehehe...nanti aku baca lagi ekkk..ni nak singgah ucap salam aje duluuu
ReplyDeletesila-sila :)
Deletekalau yg msk kena byr tu, berapa harganya?
ReplyDeleteBestnya..antara wish list akak Bukit Tinggi la...tapi blom ada kesempatan nak pergi..tunggu anak abis exam dulu nanti bleh pi...
ReplyDeleteMenariknya view bukit tinggi dan segala view kat sini. Terapi sungguh kalau travel
ReplyDeleteBagus ada supir yang senang bawa ke mana-mana. Banyak betul tempat yang boleh diterokai. Yang menariknya tempat lubang jepang tu. Seriuslah. Orang jepun ni memang berkemahiran tinggi.
ReplyDelete