PERJALANAN KE SWITZERLAND DENGAN MEINFERNBUS SANGAT MENJIMATKAN

By | 5/06/2015 08:43:00 am Leave a Comment
Disebabkan trip ke Germany-Swiss baru-baru ni so called 'last minute plan', kitorang terpaksa berjimat cermat dari pelbagai sudut termasuklah kos perjalanan dari Frankfurt-Zurich-Frankfurt. Agak sakit hati juga tengok perbezaan harga bas, keretapi dan flight. Lol!

Lebih-lebih lagi time pergi tu tengah easter holiday, lagilah segalanya cekik darah. Hotel, flight, makan, shopping .. etc, etc. Perbezaan harga yang sangat ketara. Uwaaaaa...*Nangis*.

Yang masih boleh dipertimbangkan dari segi harga time tu :

Lufthansa Airlines :
200/ dua orang (return)

Keretapi :
64/seorang (sehala)

Bas :
18/seorang (sehala)

Entah kenapa low-cost Ryan Air, Easyjet dan Germanwings tak membantu sangat time tu. Pffftt!!! Harga tak masuk akal langsung.


Meinfernbus

Malas nak serabutkan kepala, kitorang beli je tiket bas Meinfernbus. Lebih-lebih lagi harga tiket bas Meinfernbus je yang murah time tu jika dibandingkan dengan lain-lain. Setakat 5-6 jam perjalanan pejam celik dah sampai. Jangan tanya kenapa tak naik Eurolines semua tu. Sebab semuanya MAHAL. Arghhhhhhhhhhhhhhh!! :(


Isk, Laki Sapelah Ni??
First Time Naik Meinfernbus. Hahaha.

Takdelah teruk sangat pun Meinfernbus ni. Ada meja kecil kat kerusi, free wifi, tv, toilet dan siap jual kopi dan snack lagi. Selesa sangat. Cuma masa balik dari Zurich, tak dapat connect to Internet. Entah nape tah. Memang mati kutu jap. Hahaha.


Menu Di Bas

Free Wifi Internet

Sepanjang perjalanan berhenti di dua perhentian. Perhentian pertama tu agak lama sikit kat Freiburg ZOB. Lebih kurang 30 minit macam tu. Sempatlah kalau korang nak berlari kejap amek gambar kat jambatan femes kat sini.

Stop Kejap di Freiburg ZOB
Jangan Lupa Print Segala Yang Perlu
Gunting dan Tampalkan Pada Luggage (Bawalah Stapler or Gam)
Take Care Luggage 

Selain ada free wifi, bas ni juga ada plug yang terletak kat bahagian atas aka tempat letak beg kat atas kepala. So, korang kenala bawa tali atau extension yang panjang sebab kebanyakan charger handphone pendek-pendek. Hahaha. Bawa sekali international plug adapter.  :)

Meja Kecil
Toilet 

Bas ni 3 kali lagi selesa dari bas kat Malaysia. Dari segi kebersihan dan kemudahan yang ada pada bas. Tak payah risau sangat. Dalam bas, tidur jela. Bangun-bangun dah sampai. Hehehe.


Nahhh, kot-kot korang nak booking. Terus ke laman web diorang :

Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane