21 TEMPAT MENARIK DI MACAU .. SILALAH PERGI!

By | 5/09/2015 09:27:00 pm 5 comments
Macau, Macau, Macau dan Macau. Banyak lagi entri pasal Macau bersarang kat draft ni. Nak buat macamana. Masa singkat sangat dari satu trip ke satu trip. Insyallah, akan dihabiskan secepat mungkin. Hewhew.

Macau ni takdelah besar mana pun. Kalau pandai susun itinerary, tak mustahil boleh cover seluruh negara ni dalam masa 3-4 hari. Semua bergantung pada korang.

Hari ni aku senaraikan 21 tempat menarik di Macau. Macam aku cakap sebelum ni, Macau ni terbahagi kepada modern dan juga historical. Tapi kalau tengok sekarang, bangunan-bangunan cantik dan canggih bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi bangunan lama seperti jajahan Portugis tetap maintain bertapak di negara ni. 


1)  Ruins of St Paul's Cathedral

Tempat paling wajib pergi di Macau adalah Ruins of St Paul's Cathedral. Alah, macam bangunan A'Famosa Melaka tu la, ini pun sebahagian dari peninggalan Portugis. Kat sini boleh dapat souvenir murah dan pakcik tu siap fasih bahasa Melayu lagi.

Harga Tiket Masuk : Free

Kat mana kedai souvenir tu? Naik tangga ke atas, then ke kanan. Nanti nampak macam gerai-gerai seperti gambar kat bawah ni. 


2) Kum Iam Statue

Tinggi Kum Iam Statue ni 20 meter dan dibina di atas kubah berbentuk bunga teratai. Ini kira simbol kepada Macau lah.

Harga Tiket Masuk : Free



3) Largo do Senado
 (Senado Square)

Selain Ruins of St Paul, Largo do Senado pun korang wajib pergi. Dari sini ke Ruins of St Paul boleh je jalan kaki. Dekat je. Kat sini tempat shopping. Nak beli t-shirt, nak cari local simcard, nak cari makan (for non-halal), nak cari egg tart .. kat sinilah tempatnya. Largo Do Senado ni pun antara tapak UNESCO kat Macau.

Harga Tiket Masuk : Free


4) AJ Hackett Macau Tower

AJ Hackett Macau Tower ni famous dengan aktiviti bungee jumping. Ramai yang pergi Macau untuk try aktiviti ni. Al-maklumlah, ni adalah The World's Highest Bungee Jumping. Tapi aku tak try pun. tak berani woi. Takut! Hahaha. Selain bungee jumping, korang boleh dinner di restoran berputar, skywalk, skyjump, tower climb dan banyak lagi. Ada berani??!

Harga Tiket Masuk : Bergantung pada aktiviti.


5) A Ma Temple

A Ma Temple ni adalah kuil tertua dan femes bagi penganut Taoist di Macau. Kuil ni dibina pada tahun 1488 dan didedikasikan untuk Matsu, the goddess of seafarers dan nelayan.

Harga Tiket Masuk : Free


6) The Taipa Houses Museum

Bukan setakat satu rumah, tapi lebih dari tiga rumah. Kesemuanya mempunyai ceritanya tersendiri. Dari sini boleh nampak view Macau yang sangat cantik.  

Harga Tiket Masuk :  MOP5/ adult


7) City of Dreams

Pengumpul tegar koleksi Hard Rock Cafe? Silalah datang sini. City of Dreams ni antara tarikan di Macau. Berkonsepkan moden, kat sini macam-macam ada. Dari sini boleh jalan kaki ke The Venetian dan lain-lain lagi. Jangan lupa bergambar di bawah terowong seperti kat gambar bawah ni tau. =)

Harga Tiket Masuk : Free


8) Grand Prix Museum

Peminat F1 mesti suka datang sini. Muzium Grand Prix ni terletak bersebelahan dengan Muzium Wine. Kat sini menceritakan sejarah sukan permotoran F1 di Macau.

Harga Tiket Masuk : Free.


9) Wine Museum

Dah alang-alang sampai di Muzium Grand Prix singgah kejaplah di Muzium Wine. Kat sini menceritakan tentang sejarah wine dan juga pakaian-pakaian rasmi pekerja ladang di seluruh dunia. Bagi non-muslim, korang boleh try wine (wine tasting) kat sini.

Harga Tiket Masuk : MOP15 (termasuk wine tasting)


10) Roman Amphitheatre

Yang ni aku dah cerita kat entri lepas. Menarik gila tempat ni seolah-olah berada di Rome. Dari sini boleh jalan kaki dan bersiar-siar sekitar Fisherman's Wharf Macau. Pssttt, dekat dengan restoran Halal, Taste of India Macau.

Harga Tiket Masuk : Tak pasti. Kalau ada konsert atau event maybe berbayar. Tapi untuk saja-saja maybe free sebab terbuka.


11) Rua Da Felicidade

Dulu dikenali sebagai Red Light District Macau atau nama lain "the street of joy". Design bangunan-bangunan kat sini sangat menarik. Boleh buat sesi photography kat sini. Hahaha. Pre-wedding, post-wedding, maternity or honeymoon photoshoot. Hahaha.

Harga Tiket Masuk : Jalanlah. Mana ada tiket! Pfffft! Hahaha


12) Coloane 

Tak sempat nak cover area Coloane. Tapi tourist guide kitorang cakap, ni salah satu dari dua pulau yang ada di Macau dan sering dijadikan sebagai destinasi percutian bagi mereka yang nak jejak kaki ke pantai. Kat sini sangat tenang dan bersih. Kalau lapar pergilah Grand Coloane Resort. Kat situ ada restoran halal. :)

Harga Tiket Masuk : Free


13) Instituto Para Os Assuntos Civicos E Municipais

Bangunan ni nampak biasa-biasa je kat luar. Tapi bila masuk dan naik tangga, memang cantik. Bolehlah tumpang amek gambar jap. Hahaha.


14) Macau Science Center

Aku tak masuk pun. Just lalu dengan bas. Tapi design bangunan ni menarik perhatian aku. Maybe next time kalau datang Macau lagi nak masuklah. Macam best je. Hiks!

Harga Tiket Masuk :
* Exhibition Galleries : MOP25
* Planetarium (dome/sky shows) : MOP 35
* Planetarium (3d dome/ 3d sky shows) : MOP45
Free untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun.


15) Tak Seng on Pawnshop
(Heritage Exhibition of a Traditional Pawnshop Business)

Dibina pada tahun 1917, bangunan ni sangat terkenal di Macau. Sangat antik dan unik mengekalkan ciri-ciri lama sewaktu zaman kegemilangan industri pajak gadai di Macau suatu ketika dulu.


Harga Tiket Masuk : MOP 5


16) Sam Kai Vui Kun Temple

Salah satu antara 3 kuil di Macau yang termasuk dalam senarai UNESCO Heritage. Berhampiran dengan Senado Square dan belakang St Dominic's Church kuil ni kecil je. 

Harga Tiket Masuk : Free


17) Museum of Taipa and Coloane History

Bangunan pastel Neo-klasik dulunya adalah bekas bangunan pentadbiran awam yang masih dikekalkan sehingga kini. Kat sini terdapat banyak bahan artifak dari zaman pra-sejarah dan lain-lain lagi hasil galian arkeologi di 5 tempat di Pulau Coloane yang berusia beribu-ribu tahun dulu. Aku suka bangunan ni berbanding bangunan-bangunan lain. Korang boleh meniti jalan kaca dan di bawahnya terletak bahan artifak lama. Best! Hihihi.

Harga Tiket Masuk : MOP 5 (free masuk pada hari Ahad).


18) Museu De Macau
(Muzium Macau)

Dekat je dengan Ruins of St Paul's, kunjungan aku ke sini tak plan pun. Tetiba nampak escalator naik ke atas. So, naik jela. Nak masuk kena bayar. Tapi kalau nak pergi ke kawasan atas sekali tu free je (Mount Fortress). Dari atas ni korang boleh nampak Macau dan juga China. Ada sekali tu tetiba notication masuk, tulisan cina. Oh, rupa-rupanya line aku termasuk ke bahagian sana. Hahaha. Muzium ini ditutup pada hari Isnin dan dibuka dari hari Selasa-Ahad.

Harga Tiket Masuk : MOP15/dewasa.


19) St Dominic's Square 

Dibina pada tahun 1587, gereja ini masih kukuh dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Design dia berunsurkan eropah dan sangat cantik. 

Harga Tiket Masuk : Free


20) Hotels in Macau

Setiap hotel kat Macau ada tarikannya tersendiri. Seperti di Sheraton Macau (gambar bawah ni), setiap hari ada parade khas yang disertai oleh kartun-kartun femes seperti Shrek, Kungfu Panda dan lain-lain. Hotel lain pun apa kurangnya macam Whyn Hotel, The Venetian dan lain-lain lagi.


21) Rua do Cunha

Terletak di Vila da Taipa ia dinamakan sempena nama penjajah Portugis, Tristao da Cunha. Kat sini famous dengan kedai-kedai jual makanan seperti kek almond, peanut candy, coconut flakes, cherikoff dan souvenir-souvenir makanan seperti untuk dibawa pulang. 


______________________________________________


Rumah-Rumah di Macau
Market Tepi Jalan

Taipa

Selain dari tempat-tempat kat atas, korang juga boleh pergi ke :
- Matsu Cultural Village
- Tashi Square
- Moorish Barracks
- Old Protestant Cemetery
- Sun Yat-sen Memorial House
- Old Walled City
- Avenida do Conselheiro Ferreira de Almeida
- Lou Lim Loc Garden

(^_^)

Jorge Alvares

Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. 21 tarikan untuk dicover dalam 3-4 hari? Tidak!! Tak cukup. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukupla ... Osaka hari tu 28 attractions cover dlm 1 hari ... sebab beli 1 day pass. Tapi kena bajet masa cukup-cukup. 1 tempat 10 minit pastu pergi tempat lain. tak boleh lepak-lepak. macau banyak tempat dekat-dekat lagi la boleh. hahaha.

      Delete
  2. Terowong dlm gambar tu cantik lor

    ReplyDelete
  3. sis... boleh x bg detail untuk dptkn kenderaan kt sana... bserta harga..tq

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane