Juan Valdez Cafe Malaysia. Majoriti kawan saya adalah penggemar kopi dan saya pasti ada di antara anda yang gemarkan aroma kopi. Tetapi bukan saya. Saya lebih kepada teh berbanding kopi. Mungkin kerana tekak agak cerewet dan kurang menggemari rasa kopi. Kadangkala pelik dengan orang yang begitu ketagih dengan kopi. Ada seorang member, katanya tak lengkap harinya jika tak pekena kopi. Sampai macam tu sekali. Huh.
Namun, semuanya berubah bila saya ke Perasmian Juan Valdez Cafe di The Intermark Jalan Tun Razak KL. At first, saya tak nak expect too much, sebab saya tahu nasib kopi itu selepas tegukan pertama. Bagilah kopi semahal Luwak Kopi atau sesedap kopi kat Starbucks tu ke. Memang susah tekak ni nak terima. Tapi sangkaan meleset sekali apabila mereka hidangkan Granizado Coffee. Rasanya, Masyallah. Perfecto! Sedap.
Juan Valdez Cafe yang baru dibuka di The Intermark ini adalah cawangan pertama di Asia Tenggara. Pasti korang tertanya-tanya, kafe apa ni? Famous ke? Juan Valdez Cafe ni berasal dari Colombia. Nak tahu Colombia tu kat mana, click sini. Hahaha. Colombia ni adalah negara yang terletak di South Amerika dan bandar dia boleh tahan cantik untuk dilawati. (perhaps, beach dia pun famous jugak)
Juan Valdez Cafe ni pun antara kedai kopi yang popular di sana dan menyediakan 100% premium Colombian Coffee. No wonder ianya sedap dan negara Colombia adalah negara no 3 yang terbesar dari segi pengeluaran kopi dan consider sebagai antara kopi yang tersedap di dunia.
Juan Valdez Cafe, The Intermark
Rangkaian terbaru Juan Valdez Cafe di Malaysia ini adalah salah satu kejayaan dalam membawa 'Origins Flagship Format' yang baru dilancarkan pada Disember lalu di Bogota, Colombia. Ini bertujuan bagi memperkenalkan budaya dan pengalaman yang berbeza masyarakat Colombia melalui kafe ini.
Duta Colombia ke Malaysia
Juan Valdez Cafe ini mempunyai 267 cawangan kedai kopi di seluruh dunia, di mana 187 di sekitar negara Colombia dan selebihnya di negara-negara seperti South Korea, Spain, USA, Mexico, Kuwait, El Salvador, Ecuador, Chile, Aruba, Peru, Panama dan lain-lain. Yang terbaru, of courselah di Malaysia. Terima kasih kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam mengembangkan cafe ini di Asia Tenggara. *bangga kejap*.
kopi yang dijamin sedap dan berkualiti
oh macaronsss
Brew Coffee Tinto
Granizado Coffee ~ must try!
Kenapa keldai?
Sememangnya dua-dua ni adalah icon dan logo kat Juan Valdez Cafe ni
Juan Valdez ini adalah watak fiksyen yang muncul dalam iklan National Federation Of Coffee Growers of Colombia yang mewakili petani-petani kopi di Colombia. Iklan ini telah muncul sejak tahun 1958 dan dibuat untuk membezakan original kopi Colombia dan kopi-kopi dari negara lain.
Watak Juan Valdez dan keldainya, Concita adalah trademark kepada iklan ini dan sekali gus menjadi ikon kepada Colombia. Memang banyak jasa Juan Valdez ni dalam memperkenalkan kopi kepada penduduk Colombia dan juga membawa budaya Colombia ke luar negara. Tapi yang kat atas tu bukanlah model sebenar, sebab model sebenarnya adalah Jose F.Duval dan telah meninggal dunia pada tahun 1993.
Inilah serba sedikit mengenai Juan Valdez and kalau nak tahu dengan lebih lanjut, silalah ke sini. Rasai kesedapan, ke-originality rasa kopi yang diimport dari Colombia ni. Maybe some of you assume, "arghh sama je kot". But no way, sebelum ni saya pernah rasa kopi dari beberapa buah negara dan ternyata setiap negara membawa rasa kopi yang berbeza termasuklah Malaysia. Sebab tu tak boleh samakan rasa Kopi Jantan dan Nescafe. Haha.
orang-orang Colombia .. gituwww.
concita
juan valdez and concita
dessert... yummy!
kami turut dipersembahkan dengan alunan muzik bagi menaikkan lagi mood
jangan lupa singgah .. tau !!!
Variasi Kopi
Okaylah. Malas nak cerita panjang. Apa kata korang pulak ke sini? Me? Insyallah akan buat second trip sebab hari tu tak puas menikmati granizado coffee kat Juan Valdez Cafe ni. Hehehe.
Dan bagi sesiapa nak tahu tentang Juan Valdez Cafe ni, bolehlah ke laman web mereka : Juan Valdez Cafe dan Colombian Coffee Family.
Selamat Mencuba. ~
Juan Valdez Cafe Malaysia
Lot G-22, Ground Floor, Intermark Hall,
The Intermark, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Semua gambar adalah HAK MILIK BLOG KISAH TATIE
Dilarang mencuri. Terima Kasih.
(^_^)
Ena layan je teh ke kopi ke.. ekekekekekeke tempatnya pun mewah.. kalau buat second trip, jangan lupa belanja ena sekali.. wakakakakakakaka
ReplyDeleteboleh-boleh takde hal lah. hahaha
Deletebestny , nmpk mewah & moden :)
ReplyDeleteKopi mewah. Sedap ja kan. Hehe
ReplyDeleteKopi mhl mmg sedap...dpt minum free lg sedap...hihihi
ReplyDelete