KEINDAHAN TASIK KENYIR YANG HARUS ANDA TEROKAI

By | 4/24/2014 10:00:00 am 20 comments
PERCUTIAN DI TASIK KENYIR 

Hai assalamualaikum semua. Kemain excited dan ceria lagi Kisah Tatie pagi ni. Hari ni aku nak cerita pasal Tasik Kenyir. Korang pernah pergi tak? I know some of you mesti dah pernah pergi kan? Me? Inilah kali pertama jejak kaki ke sini. Selama ni naik flight nampak dari atas je.

Masa Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 tempoh hari, kami sempatlah menerokai sebahagian dari tasik ini. Benarlah kata orang, nak ke sini tak boleh pergi sehari. Tak cukup masa and at least 2-3 hari barulah puas hati. Anyway, sekali lagi nak ucap terima kasih Tourism Malaysia Negeri Terengganu sebab bawa kami semua ke sini. Teruja ahkak tau!


Pepagi lagi, kami dah berkumpul di Pengkalan Gawi Jeti, Tasik Kenyir sebelum dibahagikan kepada dua group. Group pertama pergi Island Hopping dulu dan group kedua pergi Sanctuary Kelah dulu, then swap seperti biasa. Semua peserta dah ceria semacam. Excited.


Jeti
Jom terokai Tasik Kenyir

Pengkalan Gawi

Selfie dulu k?

Tasik Kenyir ni adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan dibuat pada tahun 1985. Keluasannya? 260000 hektar. Terletak di Hulu Terengganu, tasik ini sering menjadi tumpuan pelancong, difahamkan penduduk negeri Terengganu pun repeat trip ke sini. Pemandangan kat sini jangan cakaplah, indah sangat. Terpegun kita melihatnya. Subhanallah.

Seperti lukisan kan?

Beautiful scenery

Tasik Kenyir dikelilingi hutan hujan tropika tertua di dunia, mengandungi 340 pulau dan beberapa air terjun. Airnya pula jernih dan udaranya yang nyaman mewujudkan persekitaran yang tenang dan menyegarkan minda kita. Hilang stress bila ke sini.

Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Seperti terdampar di tasik buatan manusia

Subhanallah

Houseboat


Jernih kan?

Sungai Petang

Untuk sampai ke Sanctuary Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir ini memerlukan daya tahan yang tinggi. Kuncinya adalah sabar. Rileks and enjoy the trip. Saya nasihatkan anda pakailah pakaian yang selesa. Don't be like me. Haha. Ehhh, tapi jangan give up di tengah jalan pula. Rugi jika dah ke Tasik Kenyir tapi tak singgah sanctuary ni. 

Ikan kelah atau dalam bahasa Inggeris Mahseer adalah antara ikan yang termahal. Especially yang berwarna merah. Harganya boleh mencecah RM700-RM800 seekor. Fuh! Rasa cam nak culik seekor je bawa balik. Hahaha. Just joking. Tapi isinya memang sedap. 


Saya suka naik ni. haha

Liku-liku jalan untuk sampai ke destinasi

Dah sampai ...!!

Di sini korang boleh mandi bersama ikan kelah, bagi diorang makan dan lain-lain. Ikan kelah ni pantang nampak benda pasti diorang berkerumun. Aku letak kamera pun diorang ingat makanan. Haha. Tapi awas ya, jangan sesekali korang try nak kidnap. No, No, NOOOOO.. NEVER!

mandi manda bersama ikan


bagi makan ikan

ikan kelah ni licik.. susah nak tangkap

fish spa? hahaha

underwater

Dah habis mandi, bagi makan semua, sekarang giliran kami pula untuk mengisi perut. Makan tengahari kami di Petang Island Resort. Di Tasik Kenyir ni terdapat tiga resort yang korang boleh stay, antaranya Petang Island Resort, Kenyir Sanctuary Resort dan Kenyir Resort & Spa. Tapi kalau nak rare, saya suggest sewalah houseboat. 

Otw to Petang Island Resort



Lauk tengahari

Bagi sesiapa yang berminat nak stay di Petang Island Resort Tasik Kenyir, bolehlah terus ke website mereka. Harga pakej bermula dari RM300/seorang. Untuk info yang lebih lanjut, click sini : PIR

Bye-bye Petang island Resort

Seterusnya kami ke Pulau Tekak Besar atau lebih dikenali sebagai Taman Tropika Kenyir. Kat sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan tropika yang mungkin korang pernah jumpa dan ada yang korang tak pernah jumpa. Kat sini juga terdapat kedai souvenir yang korang boleh singgah. :)



Habis pusing Pulau Tekak Besar, jom ke Pulau Belit yang sinonim dengan Taman Orkid.  Kat sini terdapat jambatan batu dan jambatan gantung yang menghubungkan korang ke beberapa tempat. Lokasinya menarik. Terbaiklah kalau nak buat sesi photography di sini.


Pulau Belit, Tasik Kenyir


Jambatan Batu


Jambatan gantung

Next, kami minta abang bot bawa kami pusing-pusing pulau. Walaupun tidak sempat meneroka semua, tetapi kami puas hati kerana dapat menyelami kecantikan tasik buatan manusia ini.

Taman Burung

Pulau Boh

Epic


Houseboat


Bergambar di atas houseboat

Korang boleh menyewa houseboat ni. Harga houseboat di Tasik Kenyir antara RM800-RM1500/semalam tengok pada saiz dan design. Unik. Kat houseboat ni terdapat bilik, bilik karaoke, dapur, ruang santai, toilet dan lain-lain. Lengkap. Macam yang kami pergi ni boleh memuatkan antara 10-15 orang. Asyik tidur homestay dan hotel je.. Sekali sekala tukar selera pulak. Lokasi houseboat ni ikut suka anda. Senang cerita, ia adalah rumah bergerak di atas air. Kan unik namanya tu. Hehehe.

Lepas jelajah Tasik Kenyir, kami kembali ke Pengkalan Gawi Jeti. Destinasi seterusnya adalah Kenyir Elephant Village (KEV) yang terletak tidak jauh dari Pengkalan Gawi ni. Kenyir Elephant Village ni adalah tarikan terbaru di Tasik Kenyir.

Mempunyai 8 ekor gajah dan 12 orang pekerja pakar, Kenyir Elephant Village ini bakal dijadikan sebagai Elephant Village yang terbesar di Malaysia mengikut perancangan di masa hadapan. Para pekerjanya atau mahout dilatih di Sungai Dekar. Terdapat juga mahout yang diimport dari Thailand.

Antara lain, kat sini juga menekankan nature. Terdapat kawasan beriadah seperti sungai, jambatan gantung dan banyak lagi. Menarikkan? Tempatnya juga baru. Tak sabar nak melihat Kenyir Elephant Village ini siap sepenuhnya. Mesti best!


dari jambatan ke jambatan, peliknya kita tak mabuk laut tapi mabuk jambatan
hahaha

berapa banyak selfie lah ..


pemandangan dari atas


menanti gajah


tu diaaa.. tengok gajah mandi


bagi makan gajah


anak gajah paling jinak dan bijak


Selfie dengan anak gajah .. 1, 2, 3 smileeee... *sah mereng*

Ibarat jatuh cinta pandang pertama. Bezanya Kenyir adalah alam semulajadi. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak explore macam gua dan lain-lain. JOM next trip jom. Hehehe..  Rindu Tasik Kenyir.
Newer Post Older Post Home

20 comments:

  1. Wahh.. bnyknya gmbr.. suasana yg cantik & aktiviti yg menyeronokkan.. menarik.
    gmbr pun cantik2.. thanks sharing Tatie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. pergi candat sotong ni memang banyak gambar.. sebab terlebih excited. hahaha. khir dah pegi kenyir belum?

      Delete
  2. wa... suka ngn ganu.. terutama makananya.. nyum2

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Cantik cantik belaka. Paling tertarik dgn houseboat..

    ReplyDelete
  4. Tatie guna apps apa untuk gambar2 ni ye.. cantik sgt...suka tgok tatie bergambar dgn ikan tu....x leh tangkap kan...ikan2 tu mmg buat akak geram...

    ReplyDelete
  5. hehehe jalan2 cr idea nk habeskan cuti hujung mggu ni!!!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane