8 HARI 7 MALAM BERKAMPUNG DI FESTIVAL MENCANDAT SOTONG TERENGGANU

By | 4/23/2014 01:12:00 pm 28 comments
TERENGGANU INTERNATIONAL SQUID JIGGING FEST | Blank sekejap otak ni setelah 12 hari berada di luar kawasan. Alhamdulillah, Kisah Tatie berkesempatan menyertai Festival Mencandat Sotong  Antarabangsa dan Jom Jelajah Koperasi Pulau Pinang. Dua-dua ni berlangsung dalam jarak terdekat. Penat? Jangan tanyalah.

Ucapan dari DATUK SERI AHMAD SAID, MB TERENGGANU

Anyway, saya amat berbesar hati apabila terpilih untuk menyertai Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Negeri Terengganu 2014. Nama disubmit oleh Santai Travel Magazine, namun senarai nama dipilih dan ditapis oleh Tourism Negeri Terengganu. Gaya Travel Magazine selaku penyelaras peserta dari dalam dan luar negara. Apa-apapun festival ni berlangsung dengan meriah sekali dan disertai lebih 200 peserta. Syabas Tourism Negeri Terengganu selaku tuan rumah dan juga organizer program ini.

International Squid Jigging Festival 2014

Well, well, well .. biarpun dah berlalu namun ia masih tersemat di jiwa. Paling gempak dan paling happening. Sampai sekarang tak boleh terima ia dah habis. *tampar pipi..haha*. Sebabnya, kat sinilah kami berkumpul, berkenalan, bertukar cerita dan berkongsi pengalaman manis. Such a sweet memory in my life.

International Squid Jigging Festival 2014

And today adalah ringkasan mengenai festival ni. Hehehehe. Seterusnya bersambung dan bersambung. 8 hari khawwww!! Mampu? Yes we did it and it was awesome. :)

________________________________________________________________

1st Day, 10 April 2014

Bertolak dari Matic Jalan Ampang. Bas dan di-escort oleh police traffic dan ambulance JPAM. Sebahagian peserta naik flight dan sebahagian lagi naik bas dari sini. Actually tak jangka pun bertolak malam ni sebab ingatkan bertolak 11 April. Haha. Btw, sebanyak 3 bas bertolak dari sini. Banyak? Yup! Dah kata 200 peserta. Belum termasuk yang naik flight tau. Yang naik flight mostly media luar. Hehehe.

polis traffic malaysia
abang-abang polis yang escort kami

________________________________________________________________

2nd Day, 11 April 2014

Kami sampai Terengganu awal pagi. Kenapa lambat? Sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa kawasan rehat R&R. Faham-faham sahajalah jalan jauh. Sampai je Terengganu kami pekena breakfast terlebih dahulu sebelum ke hotel. 

International Squid Jigging Festival 2014
Registration di hotel

Oh ya, kami ditempatkan di hotel yang berbeza. Ada yang menginap di Riyaz, Terrapuri, Primula, TH Hotel, Grand Puteri, Felda Residences, Prinzpark Hotel dan hotel penginapan saya Permai Hotel yang dahulu dikenali sebagai Park Inn. Satu peserta dapat satu bilik.

hotel permai terengganu
Bilik saya, Hotel Permai Terengganu

Hotel Permai yang terletak di Batu Buruk Terengganu boleh tahan juga. Walaupun bukanlah beach hotel seperti Primula, tetapi kawasan persekitarannya amat menyenangkan. 10 minutes walk to the beach, berdekatan dengan 7 Eleven dan bersebelahan dengan Kediaman Menteri Besar, Sri Iman (last day kami dinner di Sri Iman). 

International Squid Jigging Festival 2014
Goody Bag .. Thanks Tourism Terengganu

Hari pertama adalah free and easy. Sebab acara bermula malam. Terima kasih Insyirah, pemilik blog duniafarisya.com kerana sudi bawa saya dan Khai jalan-jalan. Ke Pasar Payang, Kedai RM2 dan Warung Pok Nong. Hehehehe. Walaupun setiap kali Syawal balik kampung, tapi kali ni lebih feeling-feeling tourist. Hahaha. Nampaknya menjadi. (^_^).


Warung Pok Nong 

Warung Pok Nong adalah warung yang paling sedap dan terkenal dengan sotong celup tepung dan ikan celup tepung di Kuala Terengganu. Kalau keropok lekor Tok Beng kena ambil nombor, berlainan pula dengan Warung Pok Nong yang kena beratur. Perghhhh, ramai gila manusia. Sedap pun sedap. Warung yang menghadap pantai ni, memang layanlah kalau nak bersantai petang-petang sambil menikmati hidangan celup tepung. Harganya? Sederhana tetapi jauh lebih murah dari Kuala Lumpur.

warung pok nong terengganu
Tengok tu, beratur kemain panjang..

warung pok nong
Hidangan kami

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

Then malam tu, kami berkumpul di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu untuk sesi taklimat Festival Candat Sotong Antarabangsa Negeri Terengganu 2014. Di sinilah bermulanya perkenalan antara kami semua. Hehehe. Majlis diacarakan dengan tiga bahasa, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Melayu oleh tiga emcee yang berbeza.

primula beach resort
Grand Ballroom, Primula Beach Hotel

________________________________________________________________

3rd Day, 12 April 2014

Hari ketiga kami dihabiskan di sekitar Setiu, Terengganu. Group peserta dibahagikan kepada dua. Group pertama ke Gong Batu dulu dan group kedua ke Pengkalan Gelap. Seterusnya, swap tempat.

Gong Batu, Setiu

pengkalan gong batu setiu
Pengkalan Gong Batu, Setiu

Di Gong Batu, terdapat tiga aktiviti yang kami lakukan seperti river cruise, melawat sangkar perternakan ikan dan juga tiram. Walaupun cuaca agak panas, tetapi masing-masing excited dan teruja menaiki bot mengeliling sungai ini lebih-lebih lagi tuan empunya belog ni. 

river cruise
River Cruise

sangkar ikan
Sangkar Ikan dan Oyster

Pengkalan Gelap, Setiu

Di sini kami melihat demonstrasi menganyam tikar mengkuang dan penanaman pokok bakau. Para peserta boleh mencuba sendiri menganyam tikar ni dan kat Setiu ni, terkenal dengan pokok kerecut yang dijadikan sebagai bahan untuk menganyam tikar. Kerecut? Apa tu? Hang tanyalah encik Google noh. Hehehe.

mangrove planting
Penanaman Pokok Bakau

mat weaving
Tengok macam senang .. tapi sebenarnya susah

Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village ni adalah tempat pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa. Ingat lagi tak cerita epic yang meletup dan box office ni? Still remember? Berbalik pada Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kampung Mangkuk, Penarik Setiu ni adalah projek pemuliharaan rumah Melayu klasik di negeri Terengganu. Rumah-rumah ini dipasang kembali di kawasan ini dan dijadikan sebagai chalet. Kawasan perkitaran yang seperti abad ke 17, menaikkan lagi suasana zaman dulu kala.

terrapuri heritage village, setiu
Pantai yang menghadap Laut China Selatan

terrapuri heritage village, setiu
Suasana klasik

Untunglah siapa yang menginap di Terrapuri boleh merasai suasana seperti di istana lama. Hehehe. Tujuan kami ke sini sebenarnya adalah untuk makan tengahari sambil didendangkan dengan Gamelan Suktra. Selain daripada tu terdapat beberapa aktiviti lain seperti demonstrasi gasing terbang, demonstrasi pukat tunda, dan melepaskan terrapin (tuntung). 

tuntung
Tuntung atau in English, Terrapin. Cute tak?

gasing terbang
Demonstrasi Gasing Terbang

fish trawler demonstration
Demonstrasi Pukat Tunda

Jeti Fikri, Setiu

Acara pelepasan peserta mencandat sotong untuk hari pertama bermula di sini. Dari Jeti Fikri kami ke Pulau Chepu, Setiu. Tetapi sayangnya, bot kami tak berapa nak luck but i'm so happy sebab saya dapat seekor. I'm the only woman dan berjaya dapat sotong kat bot no 9. Hehehe. 

pulau chepu
bot nelayan

pulau chepu
muka excited

Rhu 10 Beach Resort, Setiu

On the way back to Kuala Terengganu, kami singgah di Rhu 10 Beach Resort, Setiu. Kejutan daripada Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut hadir memeriahkan majlis. Tiada pun dalam itinerary yang menyatakan beliau turut serta di majlis makan malam ni. Dia sangat-sangat-sangat-sangat humble okay. Jeles dengan penduduk negeri Terengganu dapat MB yang sporting dan humble.  Hehe. Pada malam tu, kami dihidangkan dengan barbeque.

datuk seri ahmad said
selfie bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said

________________________________________________________________

4th Day, 13 April 2014

Untuk hari keempat, kami habiskan di Tasik Kenyir. Untuk pengetahuan korang, Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Ini adalah kali pertama saya ke sini dan saya kagum dengan kebersihan dan keindahan tasik buatan manusia ini. Udara yang nyaman, pemandangan yang menyejukkan mata, haih .. tak dapat diungkap dengan kata-kata.


tasik kenyir terengganu
The jetty

Tasik Kenyir ini seluas 260 km ² dan mengandungi 340 pulau-pulau kecil, 14 air terjun, jeram dan sungai. Istimewanya kat sini terdapat lubuk ikan kelah. Ikan kelah ni antara ikan yang termahal dan boleh mencecah ribuan ringgit especially  yang berwarna merah.

tasik kenyir terengganu
Seperti lukisan

tasik kenyir terengganu
Ikan Kelah

Petang Island Resort

Seterusnya, kami lunch di Petang Island Resort.

petang island resort

Cerita tentang Tasik Kenyir bersambung di entry akan datang ..

tasik kenyir terengganu
geng kami

Kenyir Elephant Village (KEV)

Kenyir Elephant Village ni adalah antara tarikan terbaru di Tasik Kenyir. Saya difahamkan gajah-gajah ini baru sahaja dibawa ke sini dan khabarnya tempat ini akan dijadikan sebagai Pusat Pemuliharaan Gajah yang terbesar di Malaysia. Selain dari gajah, kat sini juga terdapat tempat lepak yang best. Bercirikan alam semulajadi, di sini bakal menjadi tarikan para pelancong dan penduduk setempat untuk beriadah bersama teman dan keluarga.

kenyir elephant village

kenyir elephant village

kenyir elephant village
baby elephant

D'Muara Cafe, Felda Residence Hotel

Makan malam kami seterusnya di D'Muara Cafe, Felda Residence Hotel.

D'Muara Cafe, Felda Residence Hotel.

________________________________________________________________

5th Day, 14 April 2014

Untuk hari kelima kami mulakan dengan aktiviti santai seperti mengelilingi Sungai To' Ku Paloh,  melawat Kompleks Nur Zahirah, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan lain-lain lagi.

Jeti Pulau Warisan
Jeti Pulau Warisan

Kompleks Tuanku Nur Zahirah

Kompleks Tuanku Nur Zahirah ini dibuka pada bulan Mei 2011. Terletak di Tanjung Bunut, Manir ini anda boleh ke sini melalui pengangkutan darat dan juga air. Di sini adalah tempat rujukan, pameran, demonstrasi dan lain-lain lagi. Kompleks ini juga adalah di bawah naungan Yayasan Pembangunan Usahawan negeri Terengganu Darul Iman.

Kompleks Tuanku Nur Zahirah
Jeti  Kompleks Tuanku Nur Zahirah

Kompleks Tuanku Nur Zahirah
pelbagai souvenir berteraskan songket yang anda boleh beli

Kompleks Tuanku Nur Zahirah
songket-songket yang ditenun cantik

Masjid Kristal, Terengganu

Masjid Kristal, Terengganu
Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah mercu tanda yang paling gah di negeri Terengganu dan tersergam indah di atas air. Masjid yang diperbuat daripada kristal, besi dan gelas ini dibuka kepada orang ramai pada 8 February 2008 oleh Yang di Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan negeri Terengganu.

Masjid Kristal Terengganu ini adalah antara yang tercantik di dunia. Bagi pelawat yang bukan Islam dan pengunjung yang tidak menutup aurat, anda juga boleh melawat ke dalam masjid ini dengan syarat memakai jubah dan selendang yang disediakan.

Taman Tamadun Islam, Terengganu

Taman Tamadun Islam, Terengganu
Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam atau lebih dikenali sebagai TTI ini adalah antara tarikan di negeri Terengganu. Terletak di Pulau Wan Man, di sini terdapat replika-replika masjid yang terkenal di seluruh dunia.

Harga tiket masuk ke Taman Tamadun Islam Terengganu adalah RM20 bagi dewasa. RM15 bagi kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun dan juga warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. 

Jeti Riyaz Heritage Marina Resort & Spa

Untuk sesi kedua mencandat sotong, ia bermula di Jeti Riyaz Heritage. Dari sini, kami ke Pulau Kapas. Kata orang Terengganu, Pulau Kapas ni ibarat lubuk atau sarang sotong. Hasilnya? Lebih memuaskan hati berbanding di Pulau Chepu, Setiu. Kat sini saya dapat 6 sotong dan jenis-jenis berbeza. Alhamdulillah.

International Squid Jigging Festival 2014
Jeti Riyaz

International Squid Jigging Festival 2014
Sotong pertama di Pulau Kapas

International Squid Jigging Festival 2014
Sotong-sotong yang saya dapat
*tiada dalam gambar, sotong jarum*

International Squid Jigging Festival 2014
Senja di lautan

________________________________________________________________

6th Day, 15 April 2014

Antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu sepanjang Festival Mencandat Sotong ini berlangsung. Tak lain tak bukan, snorkeling di Pulau Redang. Alhamdulillah. Lupakan seketika konflik di atas kapal nelayan semalam. Untuk pengetahuan kalian, Pulau Redang adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia.

Penang Island, Redang




Terokai hidupan laut



Laguna Beach Resort
Anda wajib ke sini. Sebabnya ia sangat cantik. Rugilah kalau tidak explore keunikan dan kecantikan semulajadi di negara sendiri. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Redang, saya akan datang balik. Insyallah.

laguna redang resort
Menggunakan Panorama Camera Iphone

Muzium Negeri Terengganu

Kalau difikirkan keseraman dan cerita mitos penduduk berhampiran, memang tak masuk akal pergi Muzium Negeri Terengganu di malam hari. Tapi itulah keistimewaan Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Negeri Terengganu ini. Bukan sekadar lawatan, tetapi juga di sinilah jamuan makan malam bertemakan suasana kampung di tengah-tengah istana lama yang terdapat di muzium ini. Seram? Arghhh, ketepikan itu semua. Yang penting, ia sangat unik dan rasa seperti cerita Melayu klasik. Makanan-makanan yang dihidangkan pun semuanya tradisional. Cuma sayangnya kami tidak berpakaian ala kampung. It's okay. Maybe next time. 

muzium negeri terengganu
Muzium Negeri Terengganu di malam hari

cara buat laksam secara tradisional
masak kawah

cerita seram di muzium terengganu
suasana kampung

Pameran Demi Masa, Muzium Terengganu

Secara kebetulan masa kami ke Muzium Terengganu, terdapat Pameran Demi Masa yang sedang berlangsung. Pameran tentang masa, dari zaman dahulu ke zaman sekarang. Masa itu berharga. Ingat tu!


"Jika ku punya kuasa, akan ku putarkan ke hari pertama"

________________________________________________________________

7th Day, 16 April 2014

Kira hari ni adalah hari last sebenarnya sebab besok tiada aktiviti. Hari ni jugalah hari terakhir untuk gather, tukar card dan lain-lain. Sedihnya. Masa berlalu dengan cepat. Tak puas lagi mengembara di bumi Terengganu ni. Rupa-rupanya banyak tempat menarik yang saya belum terokai. Alhamdulillah dengan menyertai Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Negeri Terengganu ni, saya dapat menyelami  keunikan dan keistimewaan yang terdapat di negeri ini. Kata mereka, kami dah jelajah hampir 50% negeri ini. 

Untuk hari ke-7 ni, kami mulakan dengan aktiviti pelepasan peserta berbasikal dari Batu Buruk ke Tasik Kenyir untuk menyebarkan risalah Festival Tasik Kenyir yang akan berlangsung kelak. Wow, jauh tu. Tapi tak perlu diceritakan lagi, negeri Terengganu sememangnya mempunyai atlit yang gagah dan hebat especially dalam sukan berbasikal. Kalau saya, memang dah surrender dah. Hahaha.


Selfie

Masjid  Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai

Dahulu sebelum kewujudan Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai 'Masjid Terapung' ini menjadi kebanggaan penduduk bandar persisiran air Negeri Terengganu. Struktur masjid ini dibina di atas air dengan interior dalam yang cantik akan memukau mata sesiapa sahaja yang melawatnya. Saya kerap ke sini semasa zaman sekolah rendah dahulu sempena lawatan sekolah. Hehehe. Ala-ala mengimbas memori lama .. gituwww!

Masjid Terapung

Noor Arfa Craft Complex

Seterusnya kami ke Noor Arfa Craft Complex. Saya pasti anda semua tahu Noor Arfa Batik, batik paling popular di Malaysia. Kan?? Tipulah kalau tak tahu. Hehehe. Noor Arfa batik ini terkenal dengan kekemasan dan keunikan designnya. Walaupun corak batiknya sering ditiru oleh pengusaha batik lain, tetapi Noor Arfa Batik tetap unggul dan berada di ranking teratas batik-batik paling berkualiti di Malaysia.


beli dan sertai cabutan bertuah


Mencanting Batik di Noor Arfa Batik

Last sekali, kami ke Pasar Payang dan China Town.

Mana boleh ke Kuala Terengganu, tetapi tidak singgah di Pasar Payang kan? Umpama pergi ke rumah orang tetapi tidak bertanya nama. Ehh? Hahaha. Lebih kurang macam tu. Pasar Payang adalah antara mercu tanda negeri Terengganu. Pernah dulu berlaku konflik, kononnya nak dirobohkan tetapi tidak jadi. Walaupun tidaklah sehebat Pavilion atau KLCC, tetapi sekali masuk pasar ni pasti anda akan pulang dengan senyuman lebar. Di sinilah tempat shopping yang best. Murah, pelbagai aneka barangan dari batik, songket, souvenir sampailah makanan.


Peserta dari Estonia mencuba tapai untuk kali pertama

Sesi lawatan habis jam 2 tengahari, kemudian ada sesi press conference dengan Menteri Besar Terenggan. Untuk sesi tu, kami diberikan pengecualian. Siapa nak pergi diorang sediakan transport, siapa tak nak pergi bolehlah berehat di hotel. Ikut suka hati. Free and easy.. 

Rehat sekejap di hotel, kemudian saya 'diculik' oleh BFF, Jalina Radiha. Kami jalan-jalan sekitar bandar dan minum petang. Hehehe. Thanks Nana.


with my BFF, Jalina

Kediaman Sri Iman, Kuala Terengganu

Malam tu acara kemuncak bersama Menteri Besar Negeri Terengganu 
di  Kediaman Rasmi MB Terengganu Sri Iman

Seri Iman, Kediaman MB Terengganu
Dinner di Seri Iman, Kediaman MB Terengganu

________________________________________________________________

8th Day, 17 April 2014

sultan mahmud international airport
Bergambar sebelum boarding

Actually saya sepatutnya balik naik bas bersama mereka yang lain. Tetapi disebabkan rushing dan nak sampai cepat untuk persiapan trip Jom Jelajah Koperasi Pulau Pinang, saya terpaksa minta tolong Encik Hazrul beli tiket flight balik sehari sebelum balik. Nasib baik ada lagi seat. Maklumlah peserta-peserta luar rata-ratanya pulang dengan flight. At the same time, saya dapat merasai suasana di airport and say good bye kepada mereka. Berat sebenarnya nak lafazkan 'good bye' sebab Festival Mencandat Sotong ni meriah dengan kehadiran mereka semua. I miss you guys.

malaysia airlines
Selfieeee..

Sepanjang kami berada di sini, kami dihidangkan dengan sotong
pagi breakfast sotong, tengahari lunch sotong, malam pun dinner sotong
SOTONG, SOTONG, SOTONG

Thank You 
Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine

Semua gambar adalah HAK MILIK BLOG KISAH TATIE
Dilarang mencuri. Terima Kasih.

________________________________________________________________

Newer Post Older Post Home

28 comments:

  1. 3 benda yg buat jealous:
    1. Video ucapan khas khas MB Trg
    2. Selfie dgn MB Trg
    3. Balik naik business class, haha!

    But anyways, pergh! Dapat 6 ekor sotong??! Gempak! Congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela gempak. orang naik dapat lagi banyak... kita dapat kena curi pun xde guna... pssstt janganla jeles

      Delete
  2. Excellent article. I will be dealing with some of these issues as well..


    my blog ... gta 5 hack

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tu la, pagi petang siang malam. takleh makan sotong untuk sebulan dua ni.. hahaha

      Delete
    2. bestnya tapi alahan so tak berani nak makan

      Delete
  4. pergh banyak tempah yang dikunjungi..menarik sangat kat terengganu lagi2 snorkeling tatie pergi..huaaa..jeles..sotong besar2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan sebenarnya, sotong kecik lagi best tau. hahaha

      Delete
    2. uh yeker.. mungkin senang nak kunyah kot

      Delete
    3. tu la..sotong bakar sedap tu

      Delete
    4. Sotong kecik isi dia kurang kenyal..lagi sedap

      Delete
  5. nice story about Terengganu.. gambar pun cantik..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya sotong goreng tepung...

    ReplyDelete
  7. Berbaloi kan tatie...lg berbaloi bila dpt mkn mcm2...sedap betul tgok sotong salut tepung tu...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane