MEE KARI UDANG GALAH TERBAIK DI CHERAS

By | 2/27/2014 05:16:00 pm 58 comments
Mencari sesuatu yang lazat, gempal dan berkuah?
ehh, apa kontroversi sangat ayat ni? kahkahkah

Hep!! Jangan fikir kuning ye kawan-kawan. Sebenarnya hari ini aku nak cerita tentang udang galah yang terdapat di Restoran Mi Kari Udang Galah Resipi Hj Saharudin Cheras. Pernah dengar tak? 

Restoran yang mempunyai kelainan daripada restoran lain yang terdapat di ibu negara ini, sebab keistimewaannya terletak pada udang. Yang bestnya, korang boleh memilih saiz udang yang korang nak. Dari L ke XXL dan harga mestilah berbeza. Tapi tak mengapa, sebab sebaik sahaja udang ni selamat 'di-ngap' korang akan melupakan tentang harganya. Wah, gitu!

perbezaan saiz dan harga

Terubat rindu di hati terhadap ayahanda apabila pekena Mee Kari Udang Galah. Mana taknya, kalau makan udang pun, mesti masak lemak, masak cili, masak butter. Tapi terlupa pasal Mee Kari Udang Galah yang dulu menjadi kegemaran ayahanda. Nasib baik terjumpa restoran ni, terubatlah sedikit rindu setelah sembilan tahun lamanya tak makan Mee Kari Udang Galah.

Bercakap pasal udang galah, kat Restoran Mi Kari Udang Galah RHS ini bukan sahaja menyajikan mee kari udang galah, malah korang juga boleh try menu lain seperti nasi arab udang galah, nasi briyani udang galah, mee rebus udang galah dan mee bandung udang galah.


Restoran yang terletak di Jalan Dwitasik Bandar Sri Permaisuri Cheras ini adalah resepi turun temurun keluarga Haji Saharudin. Udang di sini semuanya segar-bugar dan bagi memastikan kualiti kesegarannya, udang-udang ini diimport dua hari sekali dari 'lubuk udang' terkenal di tanahair.

suasana di restoran mee kari udang galah
cashier

Selain dari udang galah, kat sini juga terdapat menu lain seperti hidangan roti Malaysia - roti canai, roti bawang dll, nasi berlauk (yang dihidangkan mengikut hari dari jam 12pm-3pm), pelbagai jenis nasi goreng, kuetiow dan lain-lain lagi. Terpulang kepada selera korang nak makan apa hari tu.

istimewanya kat sini
nasi berlauk kami iaitu pada hari Khamis.

Lauk hari Khamis di Restoran Mi Kari  Udang Galah RHS :
- nasi putih
- ketam masak cili Singapore
- ayam masak kurma
- tempe dan tauhu goreng
- sawi jepun sos tiram
- sambal belacan

komen : semua sedap kecuali sawi jepun sos tiram agak masin sedikit.

me, nannie dan nazlan
mee kari , mee rebus dan mee bandung
UDANG GALAH

komen : perfecto!!! sedap sangat. dah nama pun specialty kan?

mee kari

mee rebus

mee bandung

warna warni sungguh. haha
Masam Manis
Kedondong, Lime and Asam

Chocolate Milkshake

Orange's Eleven
orange, pineapple, lychee and longan

Grape. I Joe
Grape, Lychee, Longan and Soda
Lychee Ais

Jus Tembikai

Selain tu, bagi yang mahukan suasana sejuk, kat sini juga ada bilik ber-aircond.
extra charges? NOOOO, its free. pilihlah nak duduk kat luar ke dalam



semuanya di Restoran Mi Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin



Dan semestinya produk dari Koperasi, Garam Gunung Pureline juga turut dijual kat Restoran Mi Kari Udang Galah ni. Haaa, best ni!! Dengar cerita, banyak khasiatnya. Jom try.



TAK TERLIUR KE TENGOK UDANG GALAH YANG SEXY TU?
hahahaha.

Alamat Restoran Mi Kari Udang Galah 
No 18, Jalan Dwi Tasik 2,
Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Facebook :
Mi Kari RHS

email :
meekariug@yahoo.com

Newer Post Older Post Home

58 comments:

  1. Udang sahaja sudah penuh semangkuk. Belum rasa lagi nih. :-)

    ReplyDelete
  2. Gila terliur tengok gambar satu per satu.....

    Kenapa selama ini x perasan ek walaupn area sana kawasan permainan Bro selama ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bro pergi makan. best. udang segar-segar

      Delete
    2. Jom pi terjah bro...x leh thn tgok ni..

      Delete
    3. betul tu udang pun besar, berbaloi rasanya

      Delete
    4. betul betul betul, selalunya mee kari udang, udang kecik2 je

      Delete
  3. Semua menu terbaekk tak nak berdiri dari meja makan bila menunya seperti ini

    ReplyDelete
  4. mahalnya udang sekarang! huhu

    Budak Blogspot -> http://www.budakblogspot.com/
    Penuh dengan info Blog, Tutorial & SEO

    ReplyDelete
  5. Aduhhh...terliur la Tatie. Udang besar, harga pun besarla kan? hahaha...tapi as long as nice, I tink i wun mind!

    ReplyDelete
  6. sedapnya..tapi udang tu x leh makan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alergi ye...boleh mkn tp siapkan ubat lepas tu

      Delete
    2. betul tu, kalu makan sekor tak jadi masalah

      Delete
    3. betul tu, kena sediakan ubat kalau nak makan lebih :)

      Delete
    4. eczema..mmg ada ubat..tp advise dr doctor btter jgn mkn...ubat tu lma2 jd kalis

      Delete
  7. wah, drooling tgk gmbr2 ni :)

    ReplyDelete
  8. Tak mampu nak makan udang walaupun nampak sedap..

    ReplyDelete
  9. Mak oiii...besarnya udang galah dia....teruja akak tgok...sure best giler ni...

    ReplyDelete
  10. Nampak sedappppp je!

    ReplyDelete
  11. Terliur jap. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too, tengok gambar ni berkali2 pun still terliur :)

      Delete
  12. Sedap je udang tu. hee

    ReplyDelete
  13. mee kari is my fav! sedapnya tengok gambar mee kari..air pun sedap sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong, tengok gambar je da drooling. air pun banyak choices

      Delete
  14. nampak super delicious sangat mee kari ni., air pun menyelerakan jugak especially kalau minum time panas2 hehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane