JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MELAKA

By | 2/18/2014 01:34:00 am 41 comments
Ingat lagi tak Ajikah? Kawan aku yang duduk nun jauh kat Filipina tu. Ha, la ni dia balik Malaysia.. "Yahooo!!", jerit kuat-kuat! Excited kemain tapi disebabkan aku busy maka, tak dapatlah jumpa dia selalu. Tapikan... hari tu, dia sempatlah datang rumah aku. Siap sleepover lagi masa Encik H pergi koje.

The next day tu, kami buat random trip to Melaka. Macam yang aku selalu cakap, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tak payah fikir panjang, amek kunci dan pergi. Enjoy your trip! Ini tips tau. Mana tahu korang pun nak buat kerja gile then teragak-agak nak pergi ke tak, tak ke ye.. blablablabla. PERGI JE!!

Memang ni random trip pun. Kami takde tujuan. Tapi kata Ajikah, dia nak pekena Klebang Coconut Shake. Kita layankan aje. Nasiblah geng kami Dian pun ada kat sana. So, kami ke rumah Dian terlebih dahulu. Oh ya, Dian ni tauke CikAyu Closet dan Ayu Thaiya Spa kat Melaka. Korang search je kat Instagram. Fynn Jamal pun dikhabarkan pernah datang spa cik Dian kita ni.

Maka, bermulalah episod Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka | Tempat Makan Best di Melaka | Visit Malacca Malaysia 2014. Eh, banyaklah pula. Dah jom!!

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE
Klebang, Melaka

Percaya atau tidak, walaupun dulu aku sekolah kat sini, kemudian sambung diploma kat sini juga.. Aku tak pernah minum coconut shake ini. Percaya tak? hahaha. Itulah hakikatnya. Bukanlah sebab tak tahu tempat, tapi sebab aku tak minum air kelapa. Hahaha.

Nasib baiklah kat Klebang Original Coconut Shake ni bukan sahaja air kelapa semata-mata. Malah kat sini juga ada ABC, air tebu dan lain-lain minuman. Selain tu, korang juga boleh lepak minum kat sini sambil menikmati kuih-muih tradisional. Memang sini hotspot. Tak perlu aku nak terangkan. Pelancong asing pun kalau ke Melaka pasti akan ke sini. Kata mereka, "so delicious and tasty".

Eh, tapi sebelum tu, jangan lupa baca Entri JJCM Melaka yang dulu : link.

Kat tepi jalan tu take-away, masuk dalam sikit adalah gerainya
sentiasa ramai orang
harga pun boleh tahan.. tak mahal 
antara yang dijual kat sini Bihun, Nasi Lemak dan lain-lain
Ada juga jagung, cendol dan ABC
tengoklah minah Philippines ni punya makanan .. kuat makan!
coconut shake. anda wajib TRY
sesi camwhore dengan bride-to-be, Dian

PACIFIC COFFEE COMPANY
Dataran Pahlawan, Melaka

Siapa yang pernah pergi Hong Kong pasti tahu Pacific Coffee Company kan? Cumanya, kat Malaysia ni lagi famous Starbucks berbanding Pacific Coffee Company ini. Dah tak payah nak banding-banding, setiap kedai kopi mempunyai kelebihan yang tersendiri. 

Tapi aku suka hiasan dalaman di Pacific Coffee Company Dataran Pahlawan ni. Lebih privasi dan classy. Dua tingkat, korang boleh pilih nak duduk atas ke bawah. Janji anda wajib pekena blueberry cheese cake dia. Fulamakkkk, sedap gila.

suasana yang sejuk mata memandang
combo set yang murah!
nak semua please. tergoda!!
again, camwhore. bukti kami dah sampai sini. hahaha
yummy!!!

HARD ROCK CAFE MALAYSIA
Lorong Hang Jebat, Melaka

Malaslah nak cerita pasal batu keras kafe ni. Famous kot Batu Keras ni. Hampir satu dunia ada cawangannya. Cuma yang bestnya, ini adalah Hard Rock Cafe Melaka. Ciri-ciri bangunannya pun sangat unik. Aku jangka, tourist luar pasti tertarik dan stop kejap kat sini. Sebab suasana kat sini best sangat. Lebih-lebih lagi dekat je dengan Jonker Walk.

Ini pun sama, first time aku jejak kaki ke sini. Kalau tak di Dian craving nak makan kat sini. Entah bilalah aku boleh ke Hard Rock Cafe Melaka ni kan? Selalunya aku hanya lalu je. Fikir parking mesti pening kepala. Jadi aku postponed dan postponed. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. 

camwhore dulu

masa kami sampai ni liveband tak start lagi

Hard Rock Nachos

suasana sekitar

menunya.. nasi lemak  HRC dengar cerita enak..

sorang sakit mata, sorang sakit jiwa, sorang lagi sakit angau. haha

Itulah sahaja pengembaraan jalan-jalan cari makan kami. Kesimpulannya, memang kalau jalan dengan Dian, aktivinya makan, makan dan makan. Mentang-mentanglah dia kurus, metabolisme tinggi. Makan banyak pun kurus. Yang kami berdua (ajikah) ni pula kalau makan banyak, jadi macam ular sawa kekenyangan. Hahaha.

Thank you Dian and Ajikah for the awesome trip! Next time kita random jalan lagi.

Jonker, I miss you. 
Newer Post Older Post Home

41 comments:

  1. Tidak tahulah baru-baru ini minum Coconut Shake Klebang sudah kurang kick berbanding sebelum-sebelum ini. Saya ini sudah menjadi regular customer setiap balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib minum coconut shake kalu ke melaka, haha

      Delete
    2. nak kena try kalau pegi melaka lepas ni

      Delete
    3. ye ke..biasa minum ok je..

      Delete
    4. Salam..
      terima kasih atas info menarik tentang Melaka..

      Ttg coconut shake, mgkn boleh cuba di Alai..
      betul2 depan Sek. Keb. Alai.
      yg situ masih kekal urmm rasanya..
      sbb saya tgok dia betul2 guna kelapa yg betul2 cukup matang..


      Tp jika ke Melaka lagi,
      boleh cuba utk menginap di homestay hamba juga..

      Ada pelbagai koleksi, dari yg setingkat biasa,exclusif, Villa hingga ke Banglo sebuah 5 bilik.
      ada juga unit yg telah dijadikan lokasi pengambaran dan tersiar di RTM & Tv-AlHijrah..

      berminat boleh layari..
      http://www.anugerahhomestay.com

      atau click pada nama ID saya atas tu. Anugerah Homestay Melaka..

      Delete
  2. Replies
    1. coconut shake dia best tau Bitt....tp kena beratur panjang if nak beli,..atau dtg awal2..

      Delete
    2. lepas ni kena amik nombor giliran agaknya haha

      Delete
    3. kena datang awal ni, mest sedap kalau queue pnjang

      Delete
    4. kena datang awal ni, mest sedap kalau queue pnjang

      Delete
  3. Slm kenal..:-)

    Bestnya..lama dah tak pegi Melakan

    Jemput ke blog akak kalau sudi. Thks

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Selalunya last minit plan lebih menjadi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalu planing awal-awal ada je yang tak menjadi..

      Delete
    2. haha, selalu gak terkena situasi cmni :)

      Delete
  5. Melaka pun x abih explore especially tempat2 best mkn..eh..makan je akak ingat..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ni kak. Kena pergi ke melaka lagi suatu hari nanti. Hehe

      Delete
    2. melaka walaupun kecik tapi ada banyak tempat best nak explore kan

      Delete
    3. betul tu., especially since melaka tu tempat bersejarah mest banyak tempat boleh di explore

      Delete
  6. tak sabar nak pergi melaka lepas baca post ni :)

    ReplyDelete
  7. x sbr tggu dec cz nk pi Melaka

    ReplyDelete
  8. Hi, selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  9. Da makan jom jamu mata dengan keindahan melaka dari menara taming sari.. http://suemilie.blogspot.com/2015/05/keindahan-melaka-dari-menara-taming-sari.html?m=1

    ReplyDelete
  10. ada lagi tak tempat best best yang baru kat melaka?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane