Latest Posts

Showing posts with label MELAKA FOOD. Show all posts
Showing posts with label MELAKA FOOD. Show all posts
Ingat lagi tak Ajikah? Kawan aku yang duduk nun jauh kat Filipina tu. Ha, la ni dia balik Malaysia.. "Yahooo!!", jerit kuat-kuat! Excited kemain tapi disebabkan aku busy maka, tak dapatlah jumpa dia selalu. Tapikan... hari tu, dia sempatlah datang rumah aku. Siap sleepover lagi masa Encik H pergi koje.

The next day tu, kami buat random trip to Melaka. Macam yang aku selalu cakap, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tak payah fikir panjang, amek kunci dan pergi. Enjoy your trip! Ini tips tau. Mana tahu korang pun nak buat kerja gile then teragak-agak nak pergi ke tak, tak ke ye.. blablablabla. PERGI JE!!

Memang ni random trip pun. Kami takde tujuan. Tapi kata Ajikah, dia nak pekena Klebang Coconut Shake. Kita layankan aje. Nasiblah geng kami Dian pun ada kat sana. So, kami ke rumah Dian terlebih dahulu. Oh ya, Dian ni tauke CikAyu Closet dan Ayu Thaiya Spa kat Melaka. Korang search je kat Instagram. Fynn Jamal pun dikhabarkan pernah datang spa cik Dian kita ni.

Maka, bermulalah episod Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka | Tempat Makan Best di Melaka | Visit Malacca Malaysia 2014. Eh, banyaklah pula. Dah jom!!

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE
Klebang, Melaka

Percaya atau tidak, walaupun dulu aku sekolah kat sini, kemudian sambung diploma kat sini juga.. Aku tak pernah minum coconut shake ini. Percaya tak? hahaha. Itulah hakikatnya. Bukanlah sebab tak tahu tempat, tapi sebab aku tak minum air kelapa. Hahaha.

Nasib baiklah kat Klebang Original Coconut Shake ni bukan sahaja air kelapa semata-mata. Malah kat sini juga ada ABC, air tebu dan lain-lain minuman. Selain tu, korang juga boleh lepak minum kat sini sambil menikmati kuih-muih tradisional. Memang sini hotspot. Tak perlu aku nak terangkan. Pelancong asing pun kalau ke Melaka pasti akan ke sini. Kata mereka, "so delicious and tasty".

Eh, tapi sebelum tu, jangan lupa baca Entri JJCM Melaka yang dulu : link.

Kat tepi jalan tu take-away, masuk dalam sikit adalah gerainya
sentiasa ramai orang
harga pun boleh tahan.. tak mahal 
antara yang dijual kat sini Bihun, Nasi Lemak dan lain-lain
Ada juga jagung, cendol dan ABC
tengoklah minah Philippines ni punya makanan .. kuat makan!
coconut shake. anda wajib TRY
sesi camwhore dengan bride-to-be, Dian

PACIFIC COFFEE COMPANY
Dataran Pahlawan, Melaka

Siapa yang pernah pergi Hong Kong pasti tahu Pacific Coffee Company kan? Cumanya, kat Malaysia ni lagi famous Starbucks berbanding Pacific Coffee Company ini. Dah tak payah nak banding-banding, setiap kedai kopi mempunyai kelebihan yang tersendiri. 

Tapi aku suka hiasan dalaman di Pacific Coffee Company Dataran Pahlawan ni. Lebih privasi dan classy. Dua tingkat, korang boleh pilih nak duduk atas ke bawah. Janji anda wajib pekena blueberry cheese cake dia. Fulamakkkk, sedap gila.

suasana yang sejuk mata memandang
combo set yang murah!
nak semua please. tergoda!!
again, camwhore. bukti kami dah sampai sini. hahaha
yummy!!!

HARD ROCK CAFE MALAYSIA
Lorong Hang Jebat, Melaka

Malaslah nak cerita pasal batu keras kafe ni. Famous kot Batu Keras ni. Hampir satu dunia ada cawangannya. Cuma yang bestnya, ini adalah Hard Rock Cafe Melaka. Ciri-ciri bangunannya pun sangat unik. Aku jangka, tourist luar pasti tertarik dan stop kejap kat sini. Sebab suasana kat sini best sangat. Lebih-lebih lagi dekat je dengan Jonker Walk.

Ini pun sama, first time aku jejak kaki ke sini. Kalau tak di Dian craving nak makan kat sini. Entah bilalah aku boleh ke Hard Rock Cafe Melaka ni kan? Selalunya aku hanya lalu je. Fikir parking mesti pening kepala. Jadi aku postponed dan postponed. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. 

camwhore dulu

masa kami sampai ni liveband tak start lagi

Hard Rock Nachos

suasana sekitar

menunya.. nasi lemak  HRC dengar cerita enak..

sorang sakit mata, sorang sakit jiwa, sorang lagi sakit angau. haha

Itulah sahaja pengembaraan jalan-jalan cari makan kami. Kesimpulannya, memang kalau jalan dengan Dian, aktivinya makan, makan dan makan. Mentang-mentanglah dia kurus, metabolisme tinggi. Makan banyak pun kurus. Yang kami berdua (ajikah) ni pula kalau makan banyak, jadi macam ular sawa kekenyangan. Hahaha.

Thank you Dian and Ajikah for the awesome trip! Next time kita random jalan lagi.

Jonker, I miss you. 
American Airliner Plane