HOTEL MURAH DI KRABI TOWN : HOWDY RELAXING HOTEL

By | 2/10/2014 12:30:00 am 25 comments
Sebaik sahaja sampai di hotel Ao Nang View La Villa dari Ao Thalane, kami cepat-cepat ambil beg dan mencari tempat untuk mengisi perut. Makan pun dalam tergesa-gesa. Dikhuatiri takut sampai ke destinasi seterusnya ini.

Pad Thai

Dari Ao Nang ke Krabi Town, adalah lebih kurang satu jam (bergantung pada laju mana dia bawa). Jauh pun jauh. Oh, lupa pula. Dari Ao Nang View La Villa, korang hanya perlu tunggu bas di hadapan hotel. Kalau takde bas, naik mini lori pun boleh. Kalau nak up sikit naik van yang ada aircond.

Tapi, rugilah naik van, kalau ada pengangkutan seperti mini lori ni. Murah dan unik. Bak kata my friend, kat Malaysia nan hado. Naik mini lori ni dia berhenti-henti, alah macam bas lah lebih kurang cuma kuantiti penumpang jumlah yang kecil. Harga pula adalah 50 baht/sehala ke Krabi Town from Ao Nang.

Dannnnnnnnnnnnnnn, make sure anda google dahulu lokasi hotel anda. Seperti kami, masalah timbul sebaik sahaja tiba di Krabi Town. Memang salah kami pun sebab tak google info.. Lepas tu mulalah gelabah cari hotel. Mini lori yang kami naik Ao Nang tu berhentikan kami di Stesen Bas Krabi.

Dari Stesen Bas Krabi ke hotel, jauh yang amat. Ingatkan adalah juga bas macam RapidKL tu. Tapi tiada. Sebaliknya ada teksi. Scam pula tu. Bila kami tahan tuktuk, cepat-cepat dia pintas dan sampuk perbualan kami. Dari pakcik tuktuk nai caj murah tetiba sama pula harga mereka. Tak boleh jadi ni.

Terus aku cakap, tak nak naik dua-dua. Sambil jalan kaki tanpa tahu hala tujuan, nasiblah beberapa minit lepas tu ada mini lori lalu. Fuh, legaaaa. Pengajarannya, sila google ye kat mana hotel anda. Alhamdulillah, kami cepat bertindak dan tak kena tipu. Mentang-mentang aku tourist, sesuka hati nak menipu. Puih.


terima kasih pakcik kerana menyelamatkan kami

 sampailah ke destinasi seterusnya...
HOWDY RELAXING HOTEl, KRABI



Sebenarnya, kami pun tak tahu kenapa hari ketiga ni nak duduk di Krabi Town. Walhal boleh je dari Ao Nang ke Hat Yai. Hahaha. Sebenarnya, tiada apa yang menarik pun di pekan Krabi. Cuma beberapa attraction yang boleh kira dengan jari. Selebihnya, tiada. Ibarat pekan koboi. Hurm.

info from Booking.com

lupa bawa phone? boleh pakai pc yang disediakan

swimming pool area

bilik kami

kata syiqah, 'gajah duduk'
breakfast coupons. 

sayangnya kami tak sempat makan pagi di sini sebab pepagi tu (jam 6 pagi), kami dah bergegas ke Bangnara. Bangnara? Apa tu? Abang Beautiful Nara ke? Haaa, bukan! Hahaha. Tunggu next entri ya?

Muka tak cukup tidur katanyaaa
view pagi
sawadeeka (ka- female / kap-i male)

Eh shuttle ni bukan free. free hanya untuk ke night market. Caj yang dikenakan dari Howdy Relaxing Hotel ke Bangnara adalah 30 baht. Fuh, mahal. Tapi apa boleh buat. Kat sini bukannya ada tuktuk yang banyak macam Ao Nang. Haih.

Kesimpulannya, aku tak berapa galakkan anda untuk ke Krabi Town. Sebab tiada apa yang menarik except, Weekend Night Market. Selebihnya, duduklah diam-diam kat Ao Nang tu.

p/s: baru tahu kat Krabi banyak scam setelah terkena pada diri sendiri dan korang dinasihatkan jangan mudah membayar sesuatu benda especially pengangkutan ke apa ke (minta tawar dahulu), Diorang tahu ORANG MALAYSIA BANYAK DUIT... pfffffffffffffffffttttt.. 

Howdy Relaxing Hotel Krabi
20, Watchara Road,
Krabi Yai, 81000 Krabi,
Thailand

TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)
Newer Post Older Post Home

25 comments:

  1. oh, xsampai krabi lagi.. takpe nice tips dari awak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright. nanti in the future, pergi krabi ingat-ingatlah kita :)

      Delete
    2. harap2 dapat pergi krabi one day nanti

      Delete
  2. Replies
    1. the pad thai looks very yummy!

      Delete
    2. pernah 2 3 kali nampak menu pad thai kalu pergi makan kedai tomyam thai tapi risau tak sedap je

      Delete
    3. tengok rupa dia mcm sedap je, boleh lah try next time.

      Delete
  3. comelnya gajah duduk tu..hehe

    ReplyDelete
  4. Kena pandai menawarlah kiranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin tawar menawar mesti dapat harga paling murah

      Delete
    2. kena ada skill tawar menawar lah kalau nak tak rugi je bayar lebih hehe

      Delete
  5. Gajah duduk ksler putih eh...uhuk...well mmg betul kena hati2 jgn sampai kena tipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu, kena sangat berhati-hati

      Delete
    2. betul2, tiap kali ke tempat orang memang kena berhati2

      Delete
  6. Menarik ni ;D

    ReplyDelete
  7. cmel je towel tu dijadikan gajah duduk .. hehe

    ReplyDelete
  8. cmel je towel tu dijadikan gajah duduk ..

    ReplyDelete
  9. Mmg byak la cara scamming dkat Krabi tu.. mgu lpas bru pegi sana.. sblom pegi, baca blog xde plak kluar psal scam2 ni... dh pegi sana, hampir trkena kt diri sndiri jugak.. nasib blh setel..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane