Latest Posts

Kalau korang ada RM250, then tanya aku .. Kat mana nak pergi bercuti kat luar negara dengan duit sebanyak tu jawab aku ... SINGAPORE !!!Macam tak caya pulak dengan duit sebanyak RM250 boleh pergi oversea kan? Hahaha. Ini kenyataan bukan memain tau. 

Rm135 untuk trip ke Singapore dan RM115 tu duit makan or beli souvenir untuk sedara mara. Semua ni boleh direalisasikan bila join trip Percutian Jimat Saya. Jimat berganda-ganda wei. Ini adalah kali kedua aku join trip Percutian Jimat Saya. Kali pertama masa zaman universiti dulu.

Ce Teka Kat Mana Ni??

Jumaat lepas aku berkesempatan join trip ke Singapore diorang ni. Trip kali ni ramai gile yang join, dua bas gitu termasuk aku sekali. Bertolak jam 1230 pagi dari KL Sentral menaiki bas yang disediakan dan berhenti di RNR Gelang Patah untuk sesi segarkan diri dan breakfast sebelum meneruskan perjalanan ke Singapore.

Kalau Tak Best Mesti Tak Dapat Sambutan Seperti Ni Kan?? Kan???

TAKE NOTE : 
JANGAN TUKAR DUIT KAT SINGAPORE. MAHAL GILA RATE DIA!! SILA TUKAR SEBELUM BERTOLAK KE SINGAPORE. 


Kat RNR Gelang Patah ni ada bilik air untuk mandi. Tapi kena cepat-cepat lari and chop bilik mandi. Sebab bilangan bilik mandi sangat terhad. Hahahaha. Tapi ramai je yang mandi kat tandas sebab bersih dan selesa. Lepas mandi, kitorang breakfast. Sarapan pagi disediakan oleh Percutian Jimat Saya except for the drink, tu kena beli sendiri sebab lain orang lain citarasa.

Sarapan Pagi Di RNR Gelang Patah

Apa yang perlu dibawa untuk Singapore Daytrip ini??
- duit minimum $GD10 ($GD4 untuk tiket masuk Pulau Sentosa)
- bantal kecil untuk tidur lebih selesa kat bas
- selimut kecil/sweater
- tuala mandi dan sabun mandi
- selipar jepun untuk mandi
- baju spare dalam 2 helai
- senyuman paling manis (hahaha)
- botol air kosong (sebab tandas kat sana takde paip air)

Lebih kurang jam 7 pagi, kitorang pun selamat sampai di Immigration Singapore. Yeay!!! Muka memasing dah tak sabar dah nak jejak kaki ke Kota Singa ni. Hahaha.

Hello Singapore !!!
Inilah Tauke Percutian Jimat Saya, Pacie. Long Time No See!!
Hi Makcik
Dapat Hadiah Hasil Jawab Quiz Kat Dalam Bas
Jajan Juga Disediakan Oleh Percutian Jimat Saya

Harga RM135 tu merangkumi jalan-jalan di Kota Singa seperti Merlion Park - City Tour - Gardens By The Bay - Chinatown - Viskonsep Chocolate Gallery - Restoran Zamzam - Pulau Sentosa.

Then, kalau ada bajet sikit, just tambah $GD8-$GD15 macam tu untuk ke Orchard Road naik MRT. Yang Orchard Road ni terpulang. Ada yang nak pergi, ada yang taknak pergi. Tapi kalau nak pergi Orchard Road, aku suggest pergi time sale. Tak kisahlah Chinese New Year sale ke or Christmas sale. Pergi time tu memang masyuk!! Shop til drop, takde sape kisah dekk!

Kemain Sakan Kakak-Kakak Ni Posing Kat Orchard Road

First tempat kitorang pergi lepas je immigration adalah Merlion Park. Kat sini memang tempat wajib kalau pergi Singapore. Lebih-lebih lagi for first timer. Kalau kat Malaysia kita ada Dataran Merdeka, begitu juga Singapore, mereka ada Merlion. Hehehe.


Jambatan Famous Di Singapore

Kreatifnya Dia Ni

Cantikkan? Haha
Marina Bay Sands
Merlion Park
Gardens By The Bay

Singgah Sini Untuk Melawat Viskonsep Chocolate Gallery
Free Chocolate Drink at Viskonsep Chocolate Gallery

Then, kitorang jalan-jalan kat Chinatown. Bagi yang nak cari souvenir murah, kat sinilah tempatnya. Memang murah gila!!! Tengok blogger Ruby tu, kemain shopping sakan. Nasiblah tak terjebak kat aku. Kalau tak confirm kena tidur luar balik nanti. Hahaha.


Chinatown Singapore Dengan Blogger Ruby


Dah habis shopping, sekarang masa untuk makan. Bagi yang nak save duit, bolehlah tapau murtabak zam-zam kat sini. Murtabak ni memang famous sampai ke Malaysia. Memang rata-rata orang kalau ke Singapore, tak sah kalau tak pekena murtabak zam-zam ni. Harga pun murah. 

Restoran Singapore Zam Zam
$GD 5 .. Saiz Besar Untuk 2 Orang Makan

Dah puas jalan kat bandar, sekarang masa untuk ke Pulau Sentosa. The famous island in Singapore. Kat sinilah ada Universal Studio Singapore. Tapi bagi aku, kalau taknak masuk USS pun takpe, sebab kat Pulau Sentosa ni ada macam-macam benda yang menarik. Yang ni aku akan story kat entry lain. 

Untuk masuk Pulau Sentosa ni je, korang kena bayar $GD4. Ini tak termasuk dalam pakej RM135 tu. Oh ya, kalau bawa kereta ke atau jalan kaki ke, tetap kena bayar okay!!

Harga Tiket Masuk USS Yang Dijual Oleh Percutian Jimat Saya
RM145 (dewasa)
RM130 (kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun)

Salah Satu Pantai Di Pulau Sentosa

Secara Kebetulan Ada Wet Colour Party Di Pulau Sentosa
 Mencabarkan??? Hahaha
Naik Sampai Pengsan.. Hahaha

Ini bukan kali pertama aku sampai sini. Tapi setiap kali aku datang, mesti ada je yang baru. Itu yang bestnya. Selain dari tu, kat sini juga korang boleh naik tram, monorail dan bas dengan percuma. Naiklah banyak kali. Tapi pusing-pusing dalam Pulau Sentosa ni je la. 

Tak syoklah cerita panjang. Nanti tak suprise pula entri seterusnya ni. Nak tahu apa yang best kat Pulau Sentosa ni, kenalah baca entri seterusnya nanti. Hahaha.

Trip kitorang berakhir jam 8 malam. By 8.30 semua dah kena naik bas untuk berangkat pulang. Taknak balik boleh, duduklah sorang-sorang kat Singapore ni. Hahaha. Sebelum balik, kitorang sempat singgah RNR Pagoh untuk sesi segarkan diri. Ada yang mandi, ada yang malas mandi sebab penat. Tapi aku tak tahan wei. Ketiak dah ketibas, badan dah melekit-lekit. Wajib mandi!! Hahaha. Alhamdulillah, bilik air sini pun bersih.  Weeee... :)

(^_^)

Kalau boleh diputarkan masa, benda yang aku nak naik sejuta kali kat Langkawi adalah helicopter. Syok bak hang!! Berbeza sungguh naik helicopter di Melbourne dan Langkawi. Kalau kat 12 Apostles tu, korang just jalan-jalan sekitar situ je. Berbeza dengan Langkawi, pemandangan kat sana memang sangat-sangat a-maaaaa-zingggggg!!! 

Dulu-dulu aku takut nak pergi dekat heli ni. Orang kata mahal sampai beribu-ribu dan aku pun dengan lurusnya percayalah benda tu. Mudah sangat terpedaya ahkak kau ni. Hakhak. Mana taknya, ribu-ribu tu boleh beli designer handbag tauuuu!

Posing Depan Heli

Tapi sebenarnya takdelah mahal sangat pun. Sekali sekala atau first time naik, tak mengapa. Berbaloi sangat kalau naik. Pemandangan yang korang takkan lihat jika naik kereta mahupun naik kabel car. Lebih-lebih lagi bila dia pusing pulau-pulau kecil sekitar Langkawi. Pergh, meleleh airliur. Kuikui.

Dulunya diorang bertapak kat area Pantai Cenang. Tapi sekarang dah berpindah dekat kawasan baru. Senang je nak pergi sini. Kitorang naik basikal dari Kampung Bohor ke sini. Lepas penat-penat kayuh basikal, naik pula helicopter.. Feeling dia tu lebih sikit! Kahkah.

Kenangan-Kenangan Customer Heli Outpost Langkawi

Lepas je taklimat, terus aku berlari cepat-cepat naik Heli. Semuanya sebab nak duduk depan. Kata orang, duk depan ni layan sikit. Nak amek gambar pun cantik. Cuma kata owner kat sini, janganlah bawa video cam besar-besar or kamera ala-ala wartawan yang ada lens besar tu. Sebab nanti kena minta kebenaran dari DCA. Haa, susah pulakkan?

Kalau takat compact camera or handphone .. tu dibenarkan.

Hello, Hello ...
Selfie Dengan Pilot

Kat Langkawi Outpost  ni semua sempoi je. Kalau kat Melbourne hari tu, pilot yang bawa heli wajib pakai uniform. Tapi kat sini, dia just pakai t-shirt and short je. Very sempoi. Hahaha.

View Langkawi Dari Helicopter 
Hello Langkawi
Subhanallah, Cantiknya..
Selama 6 Minit Tu Banyak Benda Boleh Tengok
Rumah-Rumah Dari Atas
Selfie Dengan Dua Penumpang Lain, Ellie & Kak Ya
Sesekali Dia Buat Pusingan 60 Darjah.. Time Tu Berdebar. Hahaha
Nampak Kecik Je Langkawi Outpost Ni .. Hahaha
Okay Dah Habis ...Sobsss!!

Kitorang naik dalam 6 minit dan 6 minit tu nampak je macam singkat, tapi hakikatnya macam-macam boleh nampak. Kalau nak puas lagi, ameklah pakej Datai Bay Helijoyrides yang berharga RM3750 untuk 45 minit. Kalau tu lagi puas dan bombastic lah. 

Harga Paling Murah Untuk Naik Helicopter (total RM555/satu heli)
satu heli untuk 3 passengers + 1 pilot

Banyak lagi pakej-pakej hebat yang ditawarkan oleh Langkawi Outpost ni. Tepuk poket, check duit. Ewah! Hahaha. Tapi kalau sama spesis macam aku, nak travel je kira duit syiling dalam tabung ayam, amek pakej 6 minit ni pun dah memadai. 

*sorry kualiti video kurang memuaskan.. pakai 3310 sajo*

Nak tau dengan panjang lebar, email je kat diorang : 
info@helioutpost.com

Atau, terus ke website diorang :
Setiap kali pulang dari Langkawi, mesti hati jadi sayu. Sobsss ... *drama queen sangat ahkak ko ni.. haha*. Tapi betul. aku tak pernah rasa bosan untuk ke sini. My favourite place to chillax with friends and family. Kot-kot ada yang nak pergi bercuti dengan family tu, bolehlah ke sini. For me, ini antara destinasi percutian family yang best di Malaysia. 

Baik dari segi makan, pantai, duty free shopping hinggalah sejarah lagenda Mahsuri di pulau ini. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi yang boleh korang pergi seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Tengkorak, Laksamana Cheng Ho Cruise dan macam-macam lagi.

And, the best way to explore this island adalah dengan sewa kereta. Tak mahal pun sewa kereta kat Pulau Langkawi ni. Kena pandai deal, tapi kalau pergi time peak time... segalanya jadi MAHAL.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat Langkawi? Nahhh, 23 aktiviti ahkak kawww listkan berdasarkan pengalaman sendiri. Ada tarikan terbaru di Langkawi ni dan ada yang dah lama kat Langkawi ni. Yang lain sila-sila tambah di ruang komen jika rajin. Haks!! =P

1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Rugi hang pa tak cuba parasailing kat sini. Ada dua lokasi, satu di Pantai Cenang, satu lagi di Pantai Tanjung Rhu. Tapi nak view lagi cantik, pergilah parasailing di Pantai Tanjung Rhu.

kisah tatie

2) Berbasikal 'tua' di sekitar Padang Matsirat

Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport, pemandangan kampung dan macam-macam lagi.

kisah tatie

3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau

Dengan wang sebanyak RM550, korang boleh sewa satu helicopter selama 5 minit dan melihat panorama dari udara. Satu helicopter boleh muat 4 orang, 1 pilot dan 3 orang passengers.


4) Menikmati lauk pauk kampung di Laman Padi

Terliurnya tengok gambar kat bawah ni. Teringat pula kelazatannya. Lagi bertambah selera aku 'membedal' makanan-makanan ni bila duduk bertentangan dengan padi di Laman Padi ni. Tempat ni cantik sangat. Kalau tak nak makan, nak jenjalan saje pun boleh. Suka hati korang.


5) Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi 

Skytrex  Langkawi ni lagi mencabar dari Shah Alam sebab ia dibina di kawasan berbukit bukau. Soon, ada flying fox terpanjang di dunia. Cubalah jika berani.


6) Seafood galore di restoran-restoran seafood

Datang Langkawi tak sah kalau tak nikmati seafood kat sini. Banyak restoran-restoran yang menyajikan seafood-seafood segar dengan harga yang sangat berpatutan.


7) Lunch sambil melihat keindahan pulau di atas Blue Dolphin

Kot-kot ada duit banyak, tapi tatau nak spend macamana, sewalah Blue Dolphin. 4 jam untuk RM20,000. Dah naik nanti, uploadlah kat instagram dan jangan lupa hashtag #RKOM. Nak tau apa tu RKOM, pergila search kat Instagram sekarang. Huahuahua. =P


8) Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang

Pssst, ada benda baru kat sini iaitu Crystal Glass Cable Car!! Woot, woot!! Kalau rasa diri tu tak gayat dan nak naik sesuatu yang lebih mencabar, naiklah crystal glass cable car kat Langkawi ni. Memang togel habis!! Harga?? RM85 untuk seorang. Tu kalau naik crystal glass cable car. Tapi rasanya lagi murah jika bawa mykad.


9) Mencuba sukan lasak ATV di Oriental Village 

Lasak sangat ke korang ni? Meh try ATV offroad kat sini. Aku naik pun kejap-kejap tersasar masuk semak. Hahaha. Ada tu yang siap menyumpah-nyumpah taknak naik lagi. Tapi best, sebab aktiviti ni lain dari yang lain. Takkan nak feeling cantik sepanjang masa je? Bosannya. Sesekali biarlah lumpur tercalit di wajah anda. Barulah sado!! Hahahaha.


10) 'Be creative' di Muzium 3D Langkawi

Muzium 3D Art in Paradise ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan baru je dibuka bulan lepas. Muzium yang berharga RM17juta ini mempunyai lebih 200 gambar 3D, Make sure korang bergambar se-kreatif mungkin. Hehe.


11) Romantic lunch di The Cliff Pantai Cenang

Dalam mood honeymoon? Jom lunch dengan mood romantik di The Cliff Pantai Cenang. Sambil saksikan kemeriahan Pantai Cenang yang sentiasa dipenuhi dengan Mat Salleh dan pemandangan cantik Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil. Lawak tak nama pulau ni? Hahaha. Tapi memang ada. Tak percaya? Tanya encik google. Hahaha.


12) Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village

Berbeza betul kunjungan kali ini dengan kunjungan beberapa tahun lepas. Beberapa tahun lepas, aku datang, tempat ni macam biasa je. Takde benda yang menarik, setakat kolam air panas biasa. Tapi kini dah di upgrade dan macam-macam ada. Antara yang terbaru adalah kolam jacuzzi. Bagi yang berhijab, jangan risau. Jacuzzi ni berada di tempat tertutup. ;)


13) Berhibur di 6D Cinemotion

6D Cinemotion ni terletak bersebelahan dengan pintu masuk kabel car Langkawi. Antara tarikan terbaru di sini, lebih canggih dan lebih menyeronokkan.


14) Ber-Revo di Oriental Village

Imbangi badan korang di atas revo ini. Kot-kot nak explore kawasan Oriental Village Langkawi ni tapi malas giler nak jalan, bolehlah sewa revo ni. Hahaha. 


15) Shop til drop di Duty Free Langkawi

Makcik-makcik sekalian, kalau datang Langkawi mohon jangan pengsan ye. Bawa-bawa istigfar bila masuk kedai duty free ni. Ye, ye saya tahu barang seperti pinggan mangkuk, tefal dan lain-lain lagi murah. Tapi mohon survey dulu di dua tiga kedai supaya tak pengsan bila tengok kedai satu lagi lebih murah dari kedai yang makcik pergi tadi. Hahaha.


16) BBQ sunset dinner & mandi di Salt Water Jacuzzi Net

Nak tengok sunset dalam situasi yang berbeza kat Langkawi ni? Naiklah Tropical Charters Cruise. Sambil lihat sunset sambil makan bbq. Sebelum makan, kita lompat dan mandi dulu di Salt Water Jacuzzi Net. Meriah tau naik Tropical Charters ni. Dahlah makan sampai kenyang, nak minum air sampai muntah pun takpe. Sebab free flow!


17) Berkayak di Sungai Kubang Badak

Laut kita dah pergi, sekarang pergi tengok sungai pula. Nak mengembara di sekitar sungai, tak syokla kalau naik bot kan. Sebaliknya kita berkayak. At the same time, bolehlah bina muscle sekali. Hahaha. Sungai Kubang Badak ni bersih sangat. Korang bukan berkayak sorang-sorang tau. Ada orang yang teman korang. Kengkadang boleh tengok orang siam naik bot. Pakcik ni cakap, kalau naik bot adalah 3-4 jam nak sampai sempadan siam. 


18) Minum petang di Laksa Power Tepi Airport

My favourite laksa, Laksa Power. Sedap sangat!! Tapi make sure makan di gerai yang betul sebab tetiba banyak pula lori-lori jual laksa kat tepi airport. Semua nak mengaku paling sedap tapi hakikatnya ada satu je yang sedap kat situ. Hahaha.


19) Mandi di Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting ni mempunyai cerita dan mitos yang tersendiri. Disebabkan itu ramai yang berpusu-pusu untuk mandi kat sini.


20) Bergambar kenangan di Dataran Lang

Hey, korang .. yang datang Langkawi for the first time. Mohon amek gambar kat Dataran Lang ni. Kira wajiblah ada gambar kat sini. Helang tu memang stay sini forever dari zaman aku hingusan mula mengerti apa tu ABC sampailah dah besar panjang pun helang ni masih setia di Dataran Lang. Haha.


21) Borong gamat 

"Apa nak beli kat Langkawi ni eh? Coklat dah beli, kain batik dah beli, pinggan dan tefal dah beli. Duit ada banyak lagi ni," - rintihan seorang makcik kayo duit berkepuk-kepuk dalam wallet kat aku.

Makcik, jom borong gamat. Nak borong satu kedai pun takpe. Sebab gamat kat Langkawi ni fresh. Selain gamat, ada juga minyak-minyak urut lain. Semuanya murah. Beli makcik jangan tak beli.


22) Island hopping

Island hopping di Langkawi actually merangkumi Tasik Dayang Bunting sekali. Tapi kalau nak pergi tasik tu je pun boleh. Takde masalah. Tapi kalau nak lebih feel dan lebih seronok, pergilah island hopping kat sini. Memang best!


23) Snorkeling di Pulau Payar

Walaupun keadaan pulau ni makin lama makin merosot, tapi aku tetap suka Pulau Payar. Sebabnya ini adalah pulau pertama aku pergi snorkeling masa zaman hingusan dulu. Legend tu! Hahaha.


Cukuplah 23 aktiviti di Langkawi. Maaf kalau ter-merepek. Hahaha. Kot-kot ada yang nak menambah apa lagi yang best, bolehlah tulis di ruang komen. Jangan malu-malu ok? :)


American Airliner Plane