Salam hormat, salam satu Malaysia.
Fuh... fuh .. berhabuk belog ini setelah sekian lama menyepi. Entah mengapa mood nak berbelog dah ke laut.
So sepanjang kesepian aku ni, adalah beberapa tempat yang aku pergi seperti England dan juga Yogyakarta. Rasa-rasa nak update ke tak eh? Hehehe.
Tapi yang pastinya hari ni aku nak cerita pengalaman aku menginap di Legoland Malaysia Resort Johor. Aku pasti ramai dah pernah menginap kat sana kan? Tapi aku first time and seriously, I wanna go there again!! Syoklah stay situ .. Dari lobi, lift yang super happening, food for breakfast and dinner sampailah ke bilik. Totally made my day.
Hallway
Hiasan Halloween di mana-mana
So kami diberi bilik jenis premium adventure theme ..
As a first timer, I don't expect much. Perasaan sebelum tu like, "maybe bilik biasa-biasa". Tapi bila dah check in dan masuk bilik. Fuh, luar biasa betul keadaannya.
Lobi hotel (port lepak untuk kanak-kanak)
Front desk
Bilik dibahagikan kepada 2 bahagian. Untuk kanak-kanak dan untuk ibu bapa. Dipisahkan dengan sliding door. Bukan tu je, dalam bilik kanak-kanak siap ada tv lagi untuk diorang. So, takdelah adegan berebut tv nanti.
Sliding door
Marilah kita lihat part dewasa dahulu...
Katil yang luas (king size)
Meja, tv and etc.
Wifi password kat tv ye ...
Trivia teka teki ...
Welcome note
Inilah tentera-tentera yang aku bawa hari tu .. haha
Soala trivia teka teki tu haruslah korang selesaikan untuk buka peti besi yang terdapat kat bahagian kanak-kanak tu. Semua clue ada kat bilik. Agak memeningkanlah juga. Mujur ada anak gajah, empunya belog kitepunye.com tu datang membantu. Mekasih!
Untuk bilik kanak-kanak, ia boleh menempatkan 3 orang. Al-maklumlah katil 3 tingkat. Yang bawah sekali tu kena tarik keluar. Agak tersembunyi sedikit. Hehe.
Ruang kanak-kanak ...
TV ... and lego.. and lego ..
Salah satu clue kat sini tau
Peti ni lah korang kena buka
Taraaa, inilah isi dalam dia ...
Sekotak lego dalam bilik
Almari jenis open concept
Seronoklah stay sini. Memang lain dari yang lain. Kanak-kanak pun tak jemu. Selalunya memang bermasalah sikit kalau bawa bebudak ni kan? Tapi di Legoland Malaysia Resort, mereka ada cara untuk buat kanak-kanak ni terpesona. Dalam kata lain, pandai tackle hati diorang. Siap request nak duduk kat lobi lagi. Hahaha.
Hiasan lego di mana-mana ..
Sinki for adult and sinki for kids
Amenities
And the most precious moment adalah ....
Sunset dari bilik. Subhanallah ..
Selain dari ruang lobi yang kids friendly, kat satu tempat lain terdapat juga City Play. Which is ada ruang beriadah untuk budak-budak. Dan jangan bimbang dengan keselamatan diorang sebab hotel ni dijamin selamat. Security ketat!
City Play
Kedai Lego
Memandangkan sekarang tengah panas dengan halloween, so sana sini memang ada dekorasi halloween. And malam tu pun ada mini show kat lobi. This one, aku tak berani jamin hari lain ada ke tak. Maybe follow tema kot. Tapi apa yang aku boleh jamin, bebudak suka. Siap menari-nari lagi. Termasuklah si Fatimah tu.. Oh fatimah ...
And kalau korang stay sini, aku suggest tryla buffet diorang. Memang berbaloi. Banyak pilihan makanan sampai dah tak tahu nak makan apa. Semuanya sedap. Ini ikhlas dari hati. Review ikhlas! My sister pun sampai terkelu tengok pilihan makanan yang ada.
Insyallah ini bukan kunjungan terakhir aku. Hopefully I can come again in the future. Really love this hotel a lot! Thank you Legoland.
Untuk kengkawan yang teringin nak stay sini .. Bolehlah jenguk-jenguk website mereka.
Perlu diingatkan, hotel ni selalu fully booked. Kalau nak stay, sila book cepat!
(^_^)
wow!! macam tak percaya ada hotel macam ni. dari lobi bawa ke hotel, semuanya hebat! memang syurga pada anak-anak nih! insyaAllah, 1 hari nanti sampai sana! hehe.
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
wahhh bestnyaaa hotel legoland nie...xyah masuk legoland pun xder nie..dok hotel pun budak2 dah happy
ReplyDeleteMemang best pun kalau stay kat sini..kalau try stay lego kingdom theme rasa mcm kat istana..bila stay kat pirate theme mcm rasa boleh jdi lanun sekejap..hihi..
ReplyDeletebila aku nak ke legoland ni.. jeles sungguh
ReplyDeletewah cantiknya bilik...berapa rm satu malam?
ReplyDeleteassalamualaikum tatie...mmg bestkan bila dah duduk sendiri dlm hotel legoland ni...:)
ReplyDeleteSaya seronok baca travelog dan gambar-gambar percutian cik Tatie. Tolong update percutian-percutian lain. Sangat menarik dan memberi inspirasi. :D
ReplyDeleteMemang best hotel ni. Rasa classic!
ReplyDeletewaaaa kenapa lawa sangat. memang tak nak balik kalau macam ni
ReplyDeleteok nk pergi la bwk anak.. mesti soronok
ReplyDeletebtw, jemput datang tempat saya ye =)
hotel ni memang best. kalau bawa anak sy mau tak nak balik.hihihi...
ReplyDeleteLooks great, love this sharing so much, thanks!
ReplyDeleteMenarik. Bila tengok ni baru rasa teruja nak pergi^^
ReplyDeleteWaaa best la hotel ada pembahagi untuk dewasa dan kanak-kanak. Siap ada tv algi tu.
ReplyDelete