Latest Posts

Yea, yea ... cuti sekolah!!! 

Kalau zaman kanak-kanak dulu, time-time macam ni la aku menghitung hari. Pagi petang siang malam buka kalendar. Excitednya lahai!! Masa tu memang tak fikir apa sebab semua orang tua aku yang uruskan. Aku pula ikut je. Kihkih. =P

Tapi bila usia dah meningkat tua ni, banyak benda nak kena fikir. Nak pergi bercuti pun kena sendiri-sendiri. Tabung tak penuh duduk diam-diam kat umah. Kengkadang telan airliur je tengok instagram member pergi sana pergi sini. Makan hati woi!!

Nasiblah sekarang banyak hotel-hotel murah. Contohnya Cenang Plaza Beach Hotel kat Langkawi tu. Oh ya, ada tak sesape plan nak ke Langkawi musim cuti sekolah nanti? Bolehla stay kat hotel ni. Yela, kot-kot ada yang tengah mencari hotel murah kat area Pantai Cenang. Kannn?!

Hotel Murah Di Langkawi di Pantai Cenang

Memang best menginap di sekitar Pantai Cenang ni. Sebab happening giler dan senang nak cari makan. Pantai kat sini pula sentiasa ramai dengan pelancong. So, hotel pilihan aku adalah Cenang Plaza Beach Hotel yang baru je dibuka bulan lepas.

Bertentangan dengan hotel ni adalah Cenang Mall. Kat Cenang Mall tu ada Old Town White Coffee, Mcdonalds, Starbucks, Maybank dan lain-lain lagi. Manakala di belah kanan jalan kaki tak kurang dari 5 minit ada The Zone Duty Free Shop. Meriah kawwww!! Hahaha.

Cenang Mall Terletak Berhadapan Dengan Cenang Plaza Mall
Lobi Cenang Plaza Beach Hotel 

Sungguhpun kitorang datang sini sejam dua untuk beristirehat dan solat sebelum bergerak balik ke airport, tapi masa yang ada tu sempatlah untuk kitorang tawaf hotel ni dulu. Tengok apa yang best kat sekitar ni. Sempatlah merasa keempukan katil kat bilik. Kahkah.

 
Jom Ke Bilik

Hallway (agak sempit juga)

Katil Yang Empuk
Almari, TV & Etc

Dalam Meja 
Air Mineral
As Usual
Toiletries Yang Digunakan

Kalau tengok keadaannya, memang mengingatkan aku kat Tunehotels. Seakan-akan sama dari segi kemudahan dalam bilik. Cuma memasing ada kelebihan tersendiri. Kalau ke Langkawi bolehlah menginap kat sini. Murah, lokasi yang strategik dan selesa. Best, best!

Psssst, 17 hingga 21 Mac ni LIMA 2015 tau!!! 

Tidur-Tidur Ayam.. Hahaha

Sejak Universal Studio Singapore dibuka, dah tenggelam dah nama Pulau Sentosa ni. Kalau tak dulu, nama Pulau Sentosa ni la yang tak lekang dari bibir pelancong yang datang ke Singapore ni. Memang famous. Kat sini terdapat pelbagai tarikan yang sentiasa di up-to-date bagi memenuhi kepuasan pengunjung.

Eh, jap ... USS tu dekat Pulau Sentosa lah. Hahaha. 

Best sangat ke Pulau Sentosa ni?? Bagi aku, best. Sebab kat sini bukan je untuk kanak-kanak, malah untuk dewasa juga. Kat sini juga terletaknya Hard Rock Hotel Singapore. Weeeee... Korang hanya perlu bayar $GD4/seorang (harga berbeza mengikut transport) untuk masuk ke Pulau Sentosa. Perkhidmatan tram dan monorail Sentosa Express adalah percuma. 


Kalau nak try permainan ke atau apa je yang ada kat sini, kenalah bayar. Tapi diorang ada pakej jimat 'Day Fun Pass'. Lebih jimat berbanding beli satu-satu tiket. 

Untuk beli tiket attraction di Pulau Sentosa, klik link di bawah ini :

Harga Tiket Day Fun Pass

Pulau Sentosa ni terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu : Imbiah, Beaches, Waterfront dan Vivo. Ini kalau naik monorail memang empat ini je lah stationnya. 

HOTEL-HOTEL DI PULAU SENTOSA
- Hard Rock Hotel
- Amara Sanctuary Resort Sentosa
- Capella Singapore
- Costa Sands Singapore
- Crockfords Tower
- W Singapore Sentosa Cove
- The Singapore Resort and Spa Sentosa
- Siloso Beach Resort
- One 15 Marina Club
- Movenpick Heritage Hotel Sentosa
- Equarius Hotel
- Festive Hotel
- Hotel Michael
- Shangri-La's Rasa Sentosa Resort & Spa

APA YANG MENARIK DI PULAU SENTOSA SINGAPORE ??

1) Imbiah Station

Kat Imbiah Station ni ada macam-macam. Kalau malas nak pergi Merlion Park kat sini pun ada patung singa besar yang dinamakan Sentosa Merlion dan kat sini juga ada S-E-N-T-O-S-A ... Alah macam Amsterdam and lain-lain tu. 

Kalau dari USS, korang boleh jalan kaki je sebenarnya untuk ke Imbiah ni. Tapi kalau lazy ass macam aku ni, naik monorail je. Tak kuasa mak nak jalan pepanas buta ni. Hahaha. Lol!

Sentosa Merlion 
SENTOSA
Merlion Walk
Image Of Singapore
Madame Tussauds Singapore .. Baru je dibuka !! Wahhh!!
Tiger Sky Tower .. Antara Tarikan Famous Di Imbiah
Sentosa Nature Discovery 
Butterfly Park Entrance
Sentosa 4D Adventureland
Imbiah Trails
Megazip Adventure Park

2) Beach Station

Suka pantai? Kaki parti? Inilah tempat sesuai bagi korang yang sukakan hiburan. Sentiasa happening dan ramai orang. Kat sini juga ada Wings of Time. Ala pertunjukan air muzikal yang famous kat Pulau Sentosa ni. Kat sini terdapat 3 pantai seperti Pantai Palawan, Pantai Tanjung dan Pantai Siloso. Kalau malas nak jalan kaki, kat sini ada free tram. Naik pusing-pusing banyak kali pun takpe. Akan datang dengar cerita ada Kidzania. Hurmm..

Wings Of Time

iFly Singapore
Mambo Beach Club
Free Wifi Di Certain Tempat
Secara Kebetulan Ada Event Di Azzura Beach Club

Bola Keranjang
Megazip Pun Ada Di Pantai Siloso

Bola Tampar Pantai

Inilah Flying Fox Dari Megazip 
The Flying Trapeze
Skyline Luge Sentosa
Skyline Luge Sentosa
Pantai Siloso
Pantai Palawan
Southern Point of Continental Asia di Pantai Palawan 
Jambatan Gantung 
Go Green Segway @ Eco Adventure
Port Of Lost Wonder
Orchid Connection

3) Waterfront Station

Stesen paling famous di Pulau Sentosa adalah Waterfront Station. Kalau yang lain-lain tu kira macam biasa, tapi kat Waterfront ni ada sesuatu yang sangat WOW seperti Universal Studio Singapore, Crane Dance, Adventure Cove Waterpark, Festive Walk, Marine Life Park, S.E.A Aquarium, Dolphin Island dan lain-lain.


S.E.A Aquarium .. Dengar Kata Best Gila!!!

Trick Eye Museum Yang Baru Sahaja Dibuka
Throwback Di Universal Studio Singapore
Throwback .. Kenangan Menginap Di Hard Rock Hotel Singapore

4) Vivo City Station

Vivo City Station ni takde benda apa pun. Kira ni entrance untuk masuk ke Pulau Sentosa dari seberang. Kat sini ada shopping mall terbesar di Singapore. Tapi kalau once dah keluar dari monorail ni, korang kenalah bayar duit masuk balik. The best way untuk jimat, korang pergi dulu Vivo City ni. Then bila dah puas shopping barulah pergi ke Pulau Sentosa.

Cara lain, dari Vivo City ni juga korang boleh jalan kaki di Sentosa Boardwalk sambil menghayati panorama di sepanjang jalan.

Cable Car Pulau Sentosa Menghubungkan Pulau Sentosa Ke Seberang

American Airliner Plane