Latest Posts

Tahun lepas aku dapat whatsapp yang tidak menggembirakan pasal Jeruk Pak Ali ni. Dalam whatsapp tersebut mengatakan jeruk Pak Ali ni dah dijual ke bangsa lain. Gulp! Memang tak keruan dibuatnya. Sebab jeruk Pak Ali ni la satu-satunya jeruk yang aku makan sampai tak ingat dunia dan kengkadang terpaksa makan sesenyap tak moh share dengan orang lain. =P


Antara percaya dan tidak percaya. Tapi aku tahu, pengasas jeruk Pak Ali ni adalah arwah Hj Ali bin Hj Omar dan diasaskan sejak tahun 1985. Ish, mustahil lah dia jual kat orang lain. Waris dia kan ada lagi? Pastu, baru-baru ni bila ke Kilang Jeruk Pak Ali .. barulah aku lega! 

Jeruk Pak Ali kini diterajui anaknya Alias bin Hj Ali. Dari kecil-kecilan, kini semakin berkembang. Kemudian pada tahun 2008, ia bertukar menjadi Jeruk Madu Pak Ali Enterprise dan seterusnya mengorak langkah menubuhkan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd pada Januari 2013. Dah cukup dengan sejarah. Nanti tertido pulak korang.

Jangan makan jeruk Pak Ali selagi korang tak beli dari pengedar jeruk Pak Ali yang sah. Nak beli jeruk, make sure ada logo muka Pak Ali tau!! Aku diberitahu Jeruk Pak Ali ni adalah satu-satunya jeruk yang mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Makanlah tanpa was-was.

Logo Jeruk Pak Ali


Kompleks Jeruk Pak Ali atau dikenali sebagai Muzium Jeruk Pak Ali ni lokasinya kat Seberang Perai Selatan. Kat sini korang boleh tengok sendiri camana diorang proses jeruk-jeruk ni. Selain dari kilang, kat sini ada kedai jual-jual produk Pak Ali Food Industries dan juga produk-produk IKS yang lain termasuklah produk FAMA.

Kilang Jeruk Pak Ali
Waktu Urusniaga Kilang Jeruk Pak Ali
First Time Datang Kilang Jeruk Pak Ali
Pekerja Baru Kilang Jeruk Pak Ali
Suasana Dalam Kilang Jeruk Pak Ali
Siap Untuk Diedarkan


Bahan-bahan Yang Digunakan Untuk Buat Jeruk :
Buah-buahan
Gula Pasir
Cuka Epal
Madu Lebah Asli
Bahan Pengawet (10 L air = 30g sodium bonzaid dicampurkan)

Cara-cara Nak Buat Jeruk

1) Buah dikumpulkan dan digredkan mengikut jenis



2) Buah dibersihkan dan direndam dalam air garam selama seminggu


3) Buah dicuci dengan air suling dan dipotong mengikut saiz


4) Buah diperiksa dan kemudian dijerukkan selama 3 hari


5) Last sekali, buah yang dah dijerukkan akan dibungkus sebelum diedarkan



Jeruk Pak Ali ni bagus sebab dia menggunakan gula pasir dan sedikit madu lebah asli. Cuka yang digunakan pun bagus iaitu cuka epal. Bolehlah slim mlim sebab memang cuka epal ni bagus untuk menguruskan badan. Hahaha.



Paling teruja, ada juga coklat favourite zaman kanak-kanak dulu. Yahooo!! Rare gila especially JoJo dan Tora yang susah gila nak dapat sekarang ni. Yang ni aku beli dan nak simpan kat dalam almari. Tak mau buka sampai cucu cicit. Hahaha. 


Tora, Jo Jo, NiNi dan Ding Dang

Kilang Jeruk Pak Ali
Lot 420, 421, 652-655, Kawasan Perindustrian Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

No Telefon Jeruk Pak Ali
04-588 3781 atau 019 496 5169

JUMP STREET TRAMPOLINE PENANG. Syok gila !!! Memang syok gila bila dapat melompat-lompat kat atas trampoline. Lebih-lebih lagi di satu kawasan yang besar. Pergh, best gila feeling dia. Aku memang suka lompat-lompat atas katil masa kecik-kecik dulu. Mungkin sebab tu la aku tinggi. Ni selalu orang tua cakapla. Haha.

Tapi tu masa kecik, kalau sekarang lompat atas katil, alamatnya terpaksa suruh Encik H beli katil baru. Hahaha. Opsieee!! Apa susah sangat? Sekarang ni dah ada Jumpstreet Trampoline. Ini lagi best dan lagi gempak. Boleh ajak kengkawan yang sekepala pastu lompat secara berjemaah. Hahaha.

Masa trip Kembara Cuti-cuti 1 Malaysia Gaya Travel baru-baru ni kitorang sempat singgah kat Jump Street Penang yang terletak kat D'Piazza Mall Bayan Baru. Woot, woot!! Aku tahu korang dah pergi kat Petaling Jaya, tapi kat Penang lagi besar dan lagi menarik.

Group Photo Yang Paling Sempoi

Jump Street Trampoline adalah Malaysia's First Indoor Trampoline Park. Kalau dulu, kita selalu tengok omputih lompat-lompat atas trampoline, tapi kini kita dapat merasa camana havocnya bila melompat atas trampoline ni. Memang gempak.

Manakala, Jump Street Trampoline Penang yang baru dibuka bulan lepas ni adalah yang terbesar di Asia dan berkeluasan 27000 square feets. Hebat tak hebat baru seminggu ia dibuka, Jump Street Trampoline Penang ni berjaya mencatat jumlah pengunjung sebanyak 5000 orang. Wow!!

Jumpstreet Penang
Kaunter Bayaran
Kedatangan Yang Disambut Dengan Penuh Meriah

Take Note

Korang bukan je boleh melompat kat Jump Street Trampoline ni, tapi boleh buat party kat sini macam birthday party dan lain-lain. Terdapat tiga bilik untuk disewa dan dikategorikan mengikut warna : yellow, blue dan red. Yang ni aku cerita nanti kat entri Jumpstreet Trampoline Kuala Lumpur.



Dan pada hari tu juga kitorang dapat beramah mesra dengan CEO Jumpstreet Asia, Mr Duncan McGilligan. Nampak seperti seorang yang sangat tegas tetapi sebaliknya peramah gila siap boleh melompat lagi bila kitorang suruh. Hahaha.

Mr Duncan McGilligan
Sentiasa Memantau Pekerja-Pekerjanya

Bayaran masuk ke Jump Street Trampoline ni takdelah mahal mana. Ia mengikut masa dan setiap entri berlainan kaler. Contoh, korang masuk jam 8pm, kaler label dia adalah berlainan dengan warna sebelum atau seterusnya. Ini memudahkan pekerja-pekerja dia memantau gerak geri korang. Jangan sesekali main tipu kengkonon nak lompat lebih masa. Tak dapekla jet! Hahaha.

Harga Tiket Jump Street Trampoline Penang

Aku nasihat korang supaya book tiket Jump Street Trampoline melalui online. Lagi senang dan terjamin ada. Takut-takut kalau walk-in, tetiba tiket habis tak pasal-pasal je kan? 

Untuk book online, layari :

Tak Sabarnya Nak Melompat

Stokin Diberi Percuma Dan WAJIB Pakai Stokin Ni Bila Nak Melompat

Kemudahan-kemudahan seperti surau, tandas, tempat simpan barang dan kafe disediakan kat dalam Jump Street Trampoline ni. Mudahkan?


Tandas

Tempat Simpan Barang
Jumpstreet Trampoline Penang

Apa yang ada kat Jump Street Trampoline Penang ni? 

1) Tower Jump


2) Slam Dunk



3) Dodge Ball


4) Foam Pit


5) High Performance



6) Main Court


7) Battle Beam


Dan lain-lain seperti :
- Big Bag di High Performance
- The Wall di High Performance

Korang kalau tak reti nak melompat tak maulah segan-segan. Sebab diorang boleh tunjuk ajar cara-cara nak melompat. Tak kisahlah lompat biasa ke, lompat berpusing ke.. Staff-staff Jump Street Trampoline ni sedia membantu. Kebanyakannya berpengalaman dan ada yang bekas atlit gimnastik. 

Bukan tu je, siap ada Jump School lagi untuk mereka yang berminat nak belajar cara-cara lompat dengan lebih serious dan professional. Pastu kalau ada yang nak kurus, join je kelas aerobic kat Jump Street Trampoline ni. Kelas Aerobic Jump Street Trampoline ni bagus, especially yang nak maintain badan. Hahaha. Nak joinlah nanti.

Kalau tetiba lapar, pergi je Jump Cafe ni. Oh ya, aku sempat rasa beberapa makanan kat sini. Not bad!! Paling aku suka Nutella Milkshake. Best tahap nak menangis!! Malangnya takde jual kat Jump Street Trampoline KL. Alaaaa... 

Jump Cafe, Jumpstreet Trampoline Penang

 

Antara makanan-makanan yang aku rasa, seperti :

Barley Grain Salad RM8
Big Stack Sandwich RM16
Chicken Tikka Tacos RM13
Aglio Olio With Pickled Pumpkin RM8
Blackened Chicken With Couscous Tarbouleh RM15
Chocolate Brownies With Ice Cream RM8
Nutella Milkshake RM10

Last sebelum balik, kita shopping!!!!  Bolehlah beli souvenir t-shirt ke atau lain-lain kat kedai Jump Street Trampoline ni. Oh, kalau tetiba korang datang sehelai sepinggang dengan jeans dan blouse, kot-kot terasa nak lompat sekali.. Ha, boleh beli baju yang sesuai kat kedai ni. Pastu tukar je kat toilet. 


Seronoknya. Penat tetapi berbaloi. Sepuluh minit lompat di trampolines ni sama dengan 30 minit jogging kat taman. Haa, mana satu yang berbaloi? Semestinya lompat kat Jump Street Trampoline ni. Bukan setakat fun, tetapi dalam masa yang sama helps build balance, coordination, stamina, strength dan lain-lain lagi. 

Lokasi Jump Street Trampoline Penang 
Atrium of D'Piazza Mall, 70, Jalan Mahsuri,
Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Website :
Jump Street Trampoline Asia

Hashtag :
#jumpstreetasia #jumpstreetpenang #jumpstreetkl

Have fun!! :)

APA YANG MENARIK DI PULAU PINANG? Sebenarnya, banyak benda yang boleh dibuat kat Penang selain dari 'melantak' nasi kandar. Kalau disenarai satu persatu memang takkan habis. Ada je benda baru yang timbul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kat Pulau Mutiara ni. 

Buktinya masa kunjungan ke Penang baru-baru ini, Tourism Malaysia Penang sekali lagi memperkenalkan produk pelancongan baru kat kitorang. Huh, lagi? Itulah Penang, sentiasa kreatif demi memastikan pelancong tak bosan bila ke sini.

Hari ini, aku menyenaraikan 14 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI PENANG. Ada benda baru dan ada benda lama yang di-upgrade. Kita tolak ketepi nasi kandar, Chew Jetty dan Gurney Drive. Jom tengok apa yang menarik di Pulau Pinang buat masa ni. Mesti ada di antara korang yang bercadang nak bercuti di sini kan?? Happy holiday.

 Menaiki Bas Hop-On Hop-Off Mengelilingi Pulau


 Mendalami Ilmu Masakan Berasaskan Herba Di Tropical Spice Garden



 Minum Petang Di Kafe David Brown Strawberry Hill Bukit Bendera



 Borong Jeruk di Kilang Jeruk Pak Ali


 Kembali Ke Zaman Dulu Kala di Muzium Penang Time Tunnel



Bercuti Ala-Ala Bali di Lost Paradise Resort Penang


Singgah Sebentar Di Pasar Karat Rope Walk Taman Selat



Makan Mee Udang Di Pulau Aman



 Bergambar Secara Kreatif Di MIPIM Penang

kisah tatie

Explore Kesemua Lukisan Street Art Di Penang Street Art

Penang Street Art

 Sarapan Pagi Di Roti Canai Jalan Argyll

Restoran Roti Canai Jalan Argyll

 Layan Liveband Di Hard Rock Cafe Penang


 Menikmati Nasi Lemuni Di Jawi House Cafe Gallery



Menyahut Cabaran Di Escape Pulau Pinang


_______________________________________

American Airliner Plane