Latest Posts

PENGINAPAN MURAH DI TUNEHOTELS MELBOURNE | To be honest, ini adalah kali pertama aku menginap di Tunehotels. Kali pertama itu jugalah aku jatuh cinta dengan hotel ni. Mungkin bila sebut Tunehotels, pasti ingat hotel ni seperti hotel-hotel setaraf dengannya. "Seperti bajet hotel yang lain, mesti banyak kekurangan," - sebelum sampai ke Tunehotels.

Tapi bila sampai je Tunehotels Melbourne memang jauh beza dengan apa yang aku gambarkan sebelum sampai. Tunehotels Melbourne ni mempunyai sesuatu yang istimewa berbanding dengan hotel 3 bintang yang lain. Lokasinya yang sangat strategik,  staff dia yang friendly dan helpful,  biliknya yang luas dan selesa. Aku suka gila dengan Tunehotels Melbourne ni. Sumpah!

Tunehotels Melbourne

Sebut pasal harga, memang sangat-sangat berpatutan. Sesetengah hotel, memang kalau lokasinya kat tempat strategik, mesti harganya gila-gila. Tapi tidak dengan Tunehotels Melbourne. Lokasinya kat Swanston Street memang satu lokasi yang sangat memudahkan. Untuk mereka yang first time nak ke Melbourne, aku sarankan menginaplah di kawasan ini. Nak pergi mana-mana pun senang. Fyi, kat tengah-tengah Melbourne, perkhidmatan tram adalah percuma. Depan Tunehotels Melbourne ni ada stesen tram. Senang sangat.

Swanston Street
Bangunan Tunehotels Melbourne

Dari airport ke Tunehotels Melbourne, aku menaiki Skybus dan Skybus tu berhenti betul-betul di hadapan Tunehotels ni. Takdelah istilah sesat kalau travel seorang diri kan? Senang cerita, hotel ni berdekatan dengan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT). Ala, yang ramai student dari Malaysia study kat situ tu. Hehehehe. Kalau mak bapak nak stay sini for convocation anak pun okay juga. Persekitaran yang selamat.

Kaunter Receptionist 
Lobi Hotel
Info Mengenai Melbourne dan Tunehotels
Kafe Di Tunehotels Melbourne
Kemudahan Change Room Di Lobi
(In Case Kalau Sampai Awal, Boleh Tukar Baju Dulu & Jalan-Jalan)
Lift
Ciri-Ciri Keselamatan Pengunjung

JENIS BILIK : Double Room

Katil Queen Size
Meja
Tempat Gantung Baju
Safety Box
Terlupa Bawa Towel? Sewa Towel Dengan Harga $3.30
 (free shampoo & soap)
TV
Toilet
Tempat Mandi
Pemandangan Luar Bilik

Kalau sebut pasal hotel bajet, mesti ada sesetengah orang risau dengan kemudahan yang tak mencukupi. Tapi jangan bimbang, kat Tunehotels Melbourne ni lengkap. Kemudahan kat sini sangat tiptop. Fulus ada, semua pun jalan. Hehehe.

Tapi apa kemudahan yang terdapat kat Tunehotels Melbourne ni??

 
Dekorasi di Tunehotels Melbourne

Awal-awal tadi aku dah cakap. Meskipun Tunehotels Melbourne ni bertaraf 3 bintang, tetapi ia tidak langsung seperti hotel 3 bintang yang lain. Maksud aku, hotel 3 bintang di negara mat salleh yang biasanya like urghhhh... ZzzzZZZ. Hahaha. Kat Tunehotels Melbourne ni macam-macam kemudahan ada. Dah-dah, jom tengok apa yang ada kat Tunehotels Melbourne ni.

Ruang Santai
Internet 
Laundry Area
Dryer Pun Ada Juga
Ironing Area
Hot Water Dispenser
Vending Machine
Ruang Lepak & Privasi
WIFI Internet Is Not Free (AUD10/24 jam)

Kot-kot nak cari info pasal percutian kat Melbourne ni, diorang ada sediakan tempat pamphlet. Pilih-pilih, kalau berkenan, diorang boleh tolong call kan orang tu sampai dapat dan tolong book untuk kita sekali. Pertolongan ni atas kerelaan diorang sendiri tau. Free. Hehehe.

 
Pamhplet
Pemandangan Di Waktu Malam

Bagi mereka  yang nak bercuti di Melbourne tapi bajet tipis macam aku, bolehlah menginap di Tunehotels Melbourne ni. Sesuai juga untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Jangan ragu-ragu. Memang bagus hotel ni. Mengapa bayar lebih sedangkan korang boleh menginap di hotel yang sangat selesa dan mudah untuk ke mana-mana?  Pilihlah Tunehotels Melbourne.

Apa Yang Kena Bayar Di Tunehotels (Add-On Service)
Tuala 
Iron
Internet
Laundry
Iron
Aircond
Entertainment
Room Cleaning
Late Check-out
Early Check-in

For more info berkaitan add-on service, klik sini : Add-on Service Tunehotels




Tunehotels Melbourne
609, Swanston Street,
Carlton, Victoria 3053, Australia

No Telefon :

~ Happy Holiday ~

Berjalan berseorangan adakalanya amat menyeronokkan. Ketika itulah kita dapat mengenali diri kita. Samaada kita ni seorang yang berdikari, berani dan yakin. Dalam pada masa yang sama juga dapat menguji kekuatan yang terdapat dalam diri kita.  Tak susah mana travel solo ni. Siyes!

Tapi ramai yang tidak berani. Ada yang bimbang tentang keselamatan, ada yang kata sunyi dan macam-macam lagi. Memang aku tak nafikan. Tapi kalau cakap pasal keselamatan, dalam rumah pun tak selamat, dalam kereta pun tak selamat. Kannn?? So, why bother?


Travel solo juga dapat berjimat. Hewhew. Dimana korang boleh save more money. Mengembara tu kan memang digalakkan dalam Islam, seperti mana kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Doa orang bermusafir juga amat mustajab. 

Tapi, ada satu masalah utama ketika mengembara. APAKAH MASALAH UTAMA?? Haaa, apakah?? Masalah takde orang nak amek gambar. Hahaha. Eh, siyeslah. Ini masalah utama kalau travel solo. Nak minta tolong orang segan, nak amek gambar sendiri (selfie) rasa menyampahla pulak asyik-asyik nak selfie. Jadi apa jalan penyelesaiannya??



Memandangkan aku kerap kali menghadapi masalah sebegini, maka aku boleh buat rumusan berdasarkan pengalaman lepas. Sebenarnya tak susah mana pun. Ia bergantung pada destinasi yang korang nak pergi. Berdasarkan pengalaman aku, kat Osaka (Japan) lah paling mudah sekali. Kat sana banyak solo traveller. Jadi tak susah nak minta tolong diorang. Tapi nak ke diorang tolong??

TIPS MINTA STRANGER AMBILKAN GAMBAR

1) First sekali target dulu mana orang yang korang nak minta tolong
Benda ni serious. Tak boleh sesuka hati je nak minta tolong orang. Karang tak pasal-pasal kamera atau handphone kena bawa lari. Pentingkan? Ni first sekali aku tengok. Perhatikan sekeliling. 

2) Bila dah target, cuba try pergi dekat-dekat dia dan lalu depan dia
Selalunya aku target orang travel solo atau orang yang tak sibuk. Janganla minta tolong orang yang tengah terkocoh-kocoh berjalan. Memang minta pelempanglah jawabnya. Haha.

3) Then, bila tengok line clear, maka, tegurlah. 
Jadi berani dan tebalkan muka. Say hi dan minta pertolongan untuk ambilkan gambar. Lagi bagus kalau korang tegur dan minta pertolongan orang yang travel solo. Kengkadang diorang juga memerlukan pertolongan. Ha, kira I help you and you help me backlah. Tak salahkan?

4) Jangan lupa, say thank you bila diorang dah ambilkan gambar
Tahukah korang, jika korang peramah dan tak lekang dengan senyuman sudah semestinya menarik perhatian mereka untuk berkawan dengan korang. Ada juga yang berpatah balik untuk minta tolong ambilkan gambar. Haaa, yang ni la masa yang sesuai untuk luaskan networking di samping help each other. Hehehe. So, jangan lupa sedekahkan senyuman dan jangan lupa cakap terima kasih.

Dan banyak lagi cara. Seperti contoh, kalau korang join trip yang dianjurkan oleh tour guide, dapatlah mengenali stranger. Bolehlah sama-sama bertukar pertolongan. Tapi ada juga pengalaman masa kat Hong Kong, aku meminta pertolongan minah cina ni, langsung dia buat-buat pekak. Haih, sakitnya hati.

Kata kawan aku, itu normal. Cina dari China Mainland memang macam tu. Bukan pure Hong Kong. Alhamdulillah, masa kat Melbourne, aku jumpa beberapa orang yang travel solo yang sudi tolong ambilkan gambar. Aku memang salah seorang yang tak suka pakai selfie stick (monopod). Entah, seganla pula kalau nak bermonopod. Hahahahahaha.


Jadi pasni bolehlah guna cara-cara kat atas tu. Jangan bimbang, jadilah seorang yang peramah ketika mengembara. Tapi hati-hati, jangan mudah percayakan orang. Perhatikan mereka dahulu sebelum mendekati. Rugilah kalau pergi melancong tapi gambar asyik-asyik selfie je. Sangat membosankan!! Hahaha.

Haaa, kan elok tu gambar bila minta pertolongan orang. Hik, hik.

Hi semua.

Hari ni mesti ramai yang menghadap internet kan? Semuanya sebab AIRASIA SALE. Alhamdulillah. Berita yang dinanti-nantikan kaki travel semua. Lebih-lebih lagi hari ni Airasia mengumumkan pemansuhan caj bahan api. Wow!!! Konpem lagi murah. Yahoooo.

Ada juga aku usha-usha tiket pergi beberapa destinasi seperti Guilin, Hyderabad, Da Nang dan Kathmandu. Tapi masih 50-50 lagi. Korang dah booking tiket flight ke belum? Cepat-cepatlah book sebab promosi bermula hari ini sehingga 1 February 2015. 

MALAYSIA TRAVEL BLOG
Airasia Zest

Jom baca petikan Airasia susulan berita pemansuhan surcaj bahan api (fuel) Airasia :

[NOTICE]: AirAsia will be abolishing fuel surcharge effective 26 January 2015 across all of its airlines in the group, as well as its low-cost long haul affiliates AirAsia X, Thai AirAsia X and Indonesia AirAsia X, in line with declining global oil prices.
AirAsia was the first airline to abolish fuel surcharge for all its domestic and international flights back in 2008, however rocketing fuel prices forced the airline to re-introduce fuel surcharge into its fares in 2011.
AirAsia’s Group Chief Executive Officer, Tan Sri Tony Fernandes commented, “We are a high-value, low-fare airline and we will continue to strive to make flying as affordable as possible.
This decision has been made in November 2014, which was in line with declining global oil prices.
However, we are only able to implement it now, but we believe removing fuel surcharge and reducing travel costs will be a huge boost to the tourism industry. This will be a plus point for consumers, but the economy will also benefit from this as the tourism industry is a great job creator.”
The abolishment of fuel surcharge will further reduce travel costs and stimulate more demand for travel and tourism. With the removal of fuel surcharge from its fares, guests will be able to find domestic flights from as low as RM19 one way all-in, and international flights from RM49 one way all-in.
For more information, visit www.airasia.com, or the mobile site mobile.airasia.com and mobile apps on iPhone and Android devices.
For further updates on AirAsia, follow our official social media accounts on Facebook (facebook.com/AirAsia) and Twitter (twitter.com/AirAsia).

Oh, sebab penurunan harga minyak dunia rupanya. Memang tak dapat dinafikan, kadang-kadang ni la penyebab utama harga tiket flight mahal selain dari harga airport tax. Hopefully Malaysia Airlines, Emirates, Singapore Airlines pun mengikuti jejak langkah Airasia ni. Hahaha. Jangan lupa book tiket penerbangan korang sekarang!!! Cepat sebelum habis.

Layari :

Masih ingat trip Kisah Tatie ke Sydney tahun lepas? Aku hampir-hampir terlupa dengan review hotel Rydges Sydney Central Hotel. Nasib ada yang bertanyakan tentang penginapan di Sydney. Mekacih!

Jalan-Jalan Di Sekitar Hotel

Rydges Sydney Central Hotel ni agak mahal sikit harganya tetapi lokasinya amat menyenangkan. Untuk pengetahuan korang, Rydges ni mempunyai beberapa rangkaian hotel di Australia dan New Zealand seperti Rydges Sydney Central, Rydges Capital Hill Canberra, Rydges Auckland Hotel, Rydges South Bank Brisbane dan banyak lagi. Adalah lebih kurang 20 cawangan di serata New Zealand dan Australia, serta satu di London. 

Tapi hari ni aku nak highlightkan Rydges Sydney Central Hotel yang terletak di Albion Street Sydney. Lokasi hotel ni sangat mudah untuk diaccess. Korang boleh berjalan kaki je ke Darling Harbour dan ia juga berdekatan dengan Chinatown Sydney. Dah alang-alang dekat dengan Chinatown, haruslah dekat dengan Sydney Paddy's Market. Hehehe.

Via Agoda

Menginap di sini selama dua malam adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bagi muslim, Rydges Sydney Central Hotel ni berdekatan dengan restoran-restoran halal. Just jalan kaki je. 

Lobby Hotel
Ruang Menunggu Di Lobby
Eh, ni ikan betul tau.. Hidup!

Apa yang penting pada zaman sekarang adalah WIFI. Hotel ni mempunyai free wifi di setiap bilik. Takdelah macam sesetengah hotel. Kita bayar mahal-mahal, wifi pula tak free. Berlainan dengan Rydges Sydney Central Hotel wifi di setiap bilik free dan laju. Itu yang aku suka. Yeay!

Hallway

JENIS BILIK :DELUXE ROOM

Bilik yang luas, dekorasi bilik yang simple dan moden. Bilik aku bertentangan dengan pejabat. So, tak dapatlah lihat view menarik di hotel ni. T_T


Rydges Sydney Central was a finalist in the 2014 TAA Tourism Accommodation Austalia Awards for Excellence. Nominated for two categories: 
Sydney Superior Accommodation Hotel of the Year
Pemandangan Luar Bilik

Kalau korang ke Sydney, marilah menginap di Rydges Sydney Central Hotel ni. Dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang kat hotel ni. Selamat melancong!
American Airliner Plane