Latest Posts

Pearl International Hotel adalah sebuah hotel lama tetapi sehingga kini masih menjadi pilihan pelancong khususnya dari negara China. Buktinya masa aku sampai, hotel ni FULL. Kat kaunter receptionist je sentiasa ramai. Tu menunjukkan betapa produktifnya hotel ni.

Walaupun kalau ikut usianya, banyak lagi hotel-hotel baru di ibukota, tapi aku percaya, pelanggan-pelanggan hotel ni berpegang pada prinsip ... kalau dah sekali datang suka, pasti datang lagi. Tak gitu?

Pearl International Hotel

Kalau siapa tak familiar dengan hotel ni, Pearl International Hotel terletak di Jalan Klang Lama. Tahu kan Jalan Klang Lama kat mana?? Alaaa, dekat-dekat dengan Pantai Dalam, Taman OUG dan lain-lain tu. Tanya Encik Waze mesti dia tahu. Wiwiwiwi. =P

Receptionist

Kalau tiba-tiba rasa nak pergi shopping, turun je bawah.. Ada Pearl Point Shopping Mall. Yela, kot-kot isteri mengidam Starbucks ke, apa ke.. haa, kan senang?? Tak payah siap bagai, pakai kain pelekat cap gajah dan pagoda, turun bawah je dah sampai. 

Pearl Point Shopping Mall
Kedai Kopi (Depan Kaunter Receptionist)

Kedai Kopi Femes

Kalau ikutkan, banyak benda diorang dah baikpulih kat hotel ni berbanding kunjungan-kunjungan aku yang lepas. Kira dah upgrade sikit bagi nampak modern dan lebih selesa.


Hallway

Jenis Bilik :
 Deluxe Room 


Okaylah kan? Selesa sangat .. Harga penginapan kat Pearl International Hotel ni pun murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel 4 bintang yang lain di ibukota. Cuma yang tak best, bila nak iron baju. Masalah betul bab ni. Korang kena turun ke tingkat 15 untuk iron baju. Alahai, tetiba rasa macam zaman asrama. Hahahaha. 

Maybe ni, Pearl International Hotel boleh upgrade sikit. Rasa macam menyusahkan pelanggan pula. Especially bila makcik pakcik tua datang menginap di hotel ni, takkan diorang nak turun bawah? Hehe.

Ironing Room

Kawasan Persekitaran

Ops, terlupa pula. Pearl International Hotel ni lengkap dengan facilities seperti swimming pool dan lain-lain. Jadi, kalau ke Kuala Lumpur dengan bajet rendah tetapi mahukan penginapan selesa dan exclusive dengan harga rendah, why not stay kat Pearl International Hotel. Kan? Fyi, hotel ni dekat dengan Mid Valley Shopping Mall. Senanglah nak jalan-jalan. :)

Pearl International Hotel
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur

No Telefon
+603 7983 1111

______________________________

Dalam banyak-banyak tempat, Sepang International Circuit lah yang paling hampir dengan rumah aku. Kalau ikut jalan dalam adalah lebih kurang 20-30 minit dan bergantung pada cara pemanduan. Kalau korang drive 30 km/sejam, lambatlah sampai. Haha.

Tapi kan, tapi kan... berapa ramai di antara kita yang pernah pergi Sepang International Circuit? Aku mengaku baru tiga kali je pergi sini. First masa zaman sekolah, second masa MotorGP (tahun Simoncelli meninggal) dan the latest baru-baru ni bersama beberapa orang blogger seperti Melastik Bintang, Fatin Bella, Sue Izza dan lain-lain lagi.

Trip kali ini memberi pendedahan di sebalik tabir kat Sepang International Circuit. Kalau dulu, aku pernah buat case study masa zaman sekolah, kali ni datang lagi dan banyak benda yang aku pelajari sepanjang lawatan ini. Paling best, dapat makan sambil melihat dan mendengar bunyi-bunyi kereta yang bertanding untuk Sepang 1000km 2014.

Parking Media and Paddock Access Card
Sejarah Sepang International Circuit bermula pada tahun 1998, ketika tu dimiliki oleh Malaysia Airport Holding Berhad. Berkeluasan 303 hektar, mempunyai track sepanjang 5.543km, 15 turns dan 8 straights dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Kat Sini Lah Tempat Check Kereta Kalau Ada Yang Tak Puas Hati
p/s: kengkadang amek masa berhari-hari buka the whole part

The best part masa trip ini of course, kami dibawa pusing satu track. Memang kecut perutlah bila time kat corner. Tajam gila wei selekoh kat sini. Tu pun nasib abang ni yang drive. Kalau aku? Hurmm, tatau la camana. Hahaha. 

Ronda-ronda Track
Memorial Marco Simoncelli (inilah tempat kemalangan dia)

The famous site kat Sepang International Circuit mestilah tower kat bawah ni. Kalau dari atas, ia seakan-akan bentuk seperti bunga raya, tapi memang famousla. Ibarat mercu tanda Sepang International Circuit. Ini juga adalah tempat paling tinggi di sini dan korang boleh view Sepang Circuit ni dari sudut 360 darjah.

Sepang Circuit Tower

Memandangkan kami pergi tu diorang tengah sibuk dengan Sepang 1000km, maka dapatlah tengok macamana suasana kat sini bila ada pertandingan. Memang happening habis. Ini baru domestic challenge, kalau yang international macam Formula One, MotorGP dan lain-lain tu, haruslah lagi meriah uolsss.

Next ke Perdana Suite. Wei, wei, wei.. Inilah tempat di mana para VVIP, Sultan, kerabat raja dan lain-lain akan berkumpul setiap kali ada acara besar. Jangan jelesss uols! Haha.

Perdana Suite
Cuba Teka Tempat Duduk Siapa Ni??
Layan Feeling Sikit.. Hahaha
Bukan setakat duduk dan relax, kitorang dihidang dengan makanan lazat dari Shah Alam Convention Center (SACC). Haa, bagi yang dah pernah makan kat SACC mesti tahu camana sedapnya makanan diorangkan? Sedap sampai menjilat jari. Habislah gemuk!! Hahaha. Makan, tengok perlumbaan dan dengar bunyi kereta.. Pergh, masyuk habis.

Seterusnya, cuba teka - Apa fungsi bilik ini??

Apa?? Sebagai tempat pengiraan markah? Jeng, jeng, jeng.. Hahaha. Bilik ni terletak betul-betul berhadapan dengan garisan penamat. Kat sini ada dua cara untuk menentukan pemenang. Satu menggunakan kaedah elektronik dimana satu alat dipasang kat setiap kereta dan setiap kali kereta tu melintasi garisan penamat, ia akan bagi tanda kepada bilik. Satu kaedah lagi, secara manual. 
Cara Manual

Inilah Alat Yang Dipasang Kat Setiap Kereta

Media Room

Race Control

Kat Sinilah Tempat Pendaftaran Peserta

Litar Kebanggaan Negara

SIC Ini Didesign oleh Designer Dari German, Hermann Tilke

Suasana Hari Kedua Sepang 1000km

Bergambar Dengan Tengku Djan Ley

Suami Pelakon Eryn Malek, Farriz Fauzy

Tempat Flag Dikibarkan

Group Photo

Selain dari litar, kat sini juga ada Sic Merchandise shop, Muzium Automobil Nasional, Go-kart Track, Motorcross Track dan lain-lain lagi. Yang penting Sepang International ni bukanlah sekadar litar semata-mata, tetapi kat sini ada macam-macam. Happening!! Korang nak buat majlis kahwin kat sini pun boleh. Eh, aku siyes ni. Tak tipu.




SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT
Jalan Pekeliling, 64000 KLIA,
Selangor, Malaysia.

Opening Hours
9.30 am - 5.30pm

Contact Number :
+603 - 8778 2222 | + 603 8778 2200

___________________________________

TIPS :
Beli awal tiket sesuatu perlumbaan, contohnya Formula One 2015, boleh dibeli sekarang kerana harganya lebih murah for early birds customer. Sila layari website : Sepang Circuit.

Flashback balik memori di Osaka beberapa bulan lepas. Memang hebat penangan percutian ke Osaka. Segalanya ohsem biarpun aku bercuti seorang diri. Orang kat sini baik-baik. Tak lokek bila minta pertolongan. Especially kalau nak minta tolong ambil gambar.

Oh, Osaka ... I miss you so much!!! Jom layan gambar di sekitar Osaka Castle Museum Japan. Malam ni kita layan gambar je... Story kita kurangkan. Kalau nak tanya apa-apa, email je kat : sweet_tatie88@yahoo.co.uk :)
___________________________

OSAKA CASTLE MUSEUM JAPAN
Harga tiket Osaka Castle Museum 
600 yen
Operation Times 
9 am - 5 pm


American Airliner Plane