Latest Posts

Sudahkah anda menjadi ahli Friends Of Negeri Sembilan? Jika belum, daftarlah sekarang atau anda akan mengalami kerugian besar jika tak join. Friends Of Negeri Sembilan adalah fan club under Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Tak kisahlah korang ni media ke atau rakyat marhaen. Semua boleh join. Nak tahu lebih lanjut, sila baca entri lama : Friends Of Negeri Sembilan.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan untuk Friends Of Negeri Sembilan. Trip, makan-makan dan macam-macam lagi. SEMUA DITANGGUNG FREE. Kami ibarat sebuah keluarga. Sangat erat dan ada yang aku kenal sebab dah beberapa kali jumpa. Tambahan lagi, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Encik Zaidi Kassim sentiasa menyokong dan ringan tulang untuk turun padang setiap kali event atau aktiviti yang dianjurkan.

Well, itu hanyalah pengenalan kepada entri kali ni. Hehe. Hari ni aku nak cerita sikit mengenai aktiviti semalam. Ada apa dengan semalam? Jeng, jeng, jeng ...

Atas undangan Tourism Malaysia Negeri Sembilan, aku dijemput untuk ke Majlis Buka Puasa bersama mereka semalam. Eh, bukan aku je.. Ramai lagi media, ahli-ahli Friends Of Negeri Sembilan dan penggiat-penggiat pelancongan Negeri Sembilan join. Tapi dari kalangan blogger, aku dan Maria (RuggedMom) sahaja. Sebab kami berdua blogger dari Negeri Sembilan. Hehehe.

Palm Hotel Seremban
Palm Hotel Seremban

Majlis buka puasa diadakan di Palm Hotel Seremban. Eh, tak pernah dengar pun Palm Hotel. Kat mana tu? Haaa, aku masa mula-mula dengar pun agak blur. PALM HOTEL SEREMBAN?? Untuk pengetahuan korang, Palm Hotel Seremban ni adalah hotel terbaru di bandar Seremban. Belum rasmi lagi. Paling menarik, kawasan hotel ni ala-ala Empire Hotel, Subang Jaya. Atas Hotel, bawah shopping mall yang dinamakan sebagai Palm Mall. Dua-dua ni bangunan baru. New baby in Seremban. Selebihnya, nanti aku cerita di entry akan datang. 


Bersama penggiat-penggiat industri dan media

Walaupun rumah aku dengan Palm Mall ni jaraknya kalau naik kereta dalam 5 minit, tapi ini kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Hehehe. Tunggulah semua buka, baru aku merajinkan kaki untuk tawaf satu bangunan. Setakat ni adalah beberapa kedai yang dah dibuka. FYI, aku dengar Restoran Seoul Garden pun ada kat Palm Mall Seremban ni.. Hebat!

Majlis Buka Puasa Anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan ini turut dihadiri oleh Exco Pelancongan Negeri Sembilan yang juga YB Dun Bagan Pinang, Tun Hairuddin Abu Bakar. Meriahnya majlis semalam.

The Girls... Asyik-asyik muka sama. Haha

Ini selepas berbuka.. ada yang pergi solat dll

Encik Zaidi (baju gold) dan Tun Hairuddin (potong kambing)

Orang-orang kuat Pelancongan Negeri Sembilan

Paling best, setiap seorang daripada kami dapat kad raya yang ditandatangani oleh Encik Zaidi sendiri. Ini kad raya pertama yang aku dapat untuk tahun ni. Harap-harap adalah yang sudi bagi lagi. Hehehe.

Makan Sambil baca Kad Raya... 

Terima kasih Tourism Malaysia Negeri Sembilan kerana sudi menjemput Kisah Tatie ke majlis buka puasa ni. Nice to meet you all last night. Sorry kalau ada yang aku tak tegur. Aku ni pemalu sikit kalau jumpa depan-depan especially dengan orang yang tak kenal. Hehehe.

Dan untuk pembaca-pembaca sekalian, kalau korang nak join aktiviti yang dianjurkan oleh Friends Of Negeri Sembilan secara FREE sila-silalah mendaftarkan diri. Cepat sebelum terlambat sebab banyak lagi event-event bakal dianjurkan. Friends Of Negeri Sembilan ni tidak terhad kepada penduduk Negeri Sembilan sahaja, kalau korang kat Sabah sekalipun, korang masih boleh join.

I love Negeri Sembilan. Eh? Kbai.
Tak lama lagi nak raya. Ramai yang sibuk membeli baju raya. Maklumlah nak raya. Tapi bagi aku, aku memerlukan pembaharuan kat blog. Takkan tuan je nak bergaya? Hehehe.. Bersengkang mata demi blog, itu tak best ini tak best.. Sampai terbabas waktu tidur. (eleh, padahal jetlagged tak hilang lagi)

Amacam? Okay tak layout baru Kisah Tatie? Entahlah aku dah bosan dengan layout lama. Oh, yang mencari link TRAVEL di blog Kisah Tatie tu, bolehlah ke sini...


taraa... 

Bagi memudahkan pembaca blog, aku buat satu blog khas menempatkan link-link travel. Link masih sama. Berpaut pada Kisah Tatie, cuma pengumpulan link di kisahtatieholiday.blogspot.com, atau nak senang klik je gambar kat sebelah kanan ni. (ruang Travel Stories) 

Lebih mudah nak cari ... Hehehehe ...



Memang tak dapat dinafikan, harga tiket public transport di Kota London kalau dalam sehari (pergi balik 2,3 trip) boleh makan kenyang-kenyang kat Chili's. Tapi mengapa kena bayar lebih kalau ada cara untuk berjimat?

Meskipun korang pakai oyster atau travelcard, well ... ada tips untuk lebih berjimat bagi sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kota London. Hari ni aku nak ajar korang bagaimana nak jimat duit dengan berjalan kaki di Kota London. 

Percaya atau tidak, dalam sehari sebenarnya korang cover hampir 60% tempat-tempat menarik di Kota London dengan berjalan kaki. Haaaa?? Rilekssss!! Kata omputih, tak feel la kalau datang London tapi 24 jam nak naik public transport je. Orang British memang suka berjalan kaki.

#throwback July last year

BUDGET TRIP TO LONDON | WALKING TRIP AT LONDON

Trip berjalan kaki bermula dari Oxford Circus. Kalau dari area Brent Cross ke Oxford Circus naik bas 189. Tapi kalau korang nak mudah, naik je Underground  ke Oxford Circus (Piccadilly atau Bakerloo lines) atau jalan kaki dari Oxford Street terus ke Oxford Circus. Oxford Circus ni terletak di penghujung jalan Oxford Street.

Oxford Circus
Oxford Circus

Dari sini ada simpang empat. Korang akan nampak kedai Tezenis (macam kat atas ni) kat hadapan. Bertentangan dengan Tezenis adalah kedai Nike dan sebelah kiri korang ada kedai H&M. So, bila semua arah yang aku cakap ni betul, korang ambil arah kanan.

Jalan terus dan terus ke arah Regent Street. Untuk pengetahuan korang, Regent Street ni antara jalan yang famous kat London. Nak shopping barang macam Burberry, Hackett, Hamleys, H&M (bersepah H&M kat London ni), Lush, Michael Kors dan lain-lain lagi. Click sini : REGENT STREET.

Regent Street
Regent Street

Jalan terus sampai penghujung jalan dan korang akan jumpa seperti tempat kat bawah ini. Ini adalah Piccadilly Circus. Apa yang menarik kat sini adalah :

- Ripley's Believe It Or Not 
- The London Pavilion (teater and etc kat sini)
- Billboard 3D (tourist attraction)
- Lilywhites (boleh tempat jersey and letak nama korang kat sini)
- Soho (ada kelab, bar dll)
- Restoran Melayu MELATI kat area Soho
- London Trocadero

Okay dari sini juga korang boleh ke
- Coventry Street (tempat orang-orang jadi patung)
- Leicester Square (mostly Premiere Filem buat kat sini)

Piccadilly Circus
Piccadilly Circus
Piccadilly Circus
Wajib ambil gambar berlatar belakangkan ini
Ripley's Believe It Or Not
Ripley's Believe It Or Not

Next, berdiri menghadap Lilywhite. Lilywhite? Apa tu?

Okay, okay. Nampak tak macam statue ni? Belakang dia ada Lilywhite. Haa, kedai yang jual barang-barang sukan tu. So, korang menghadap ke arah kedai tu dan nampak Tesco kecik. Lebih mudah, nampak Underground punya tiang. Kalau nampak, confirm betul la tu. Haha.

Ripley's Believe It Or Not
Kalau ini arah korang, sila ke arah kanan.

Then, korang akan nampak bangunan-bangunan macam ni. 
Tesco belah kanan, Lilywhite belah kiri.

Crimean War Memorial

Terus je sampai nampak Crimean War Memorial. Kat sebelah kiri korang ada Sofitel hotel. Kemudian, ambil kiri. Faham tak? Kehkeh. @_@

Crimean War Memorial
Crimean War Memorial

Jalan terus, nanti nampak ada basikal banyak-banyak ni. Kalau takde, nampak kedai ni pun takpe. Arghh, small matter lah. Terus je sampai nampak Trafalgar Square.

cycling in london
Nak naik basikal di Kota London ???

cycling in london
Harga Sewa Basikal Barclays di London 

P/s : Jangan lupa baca Rules & Regulation Cycling kat sini : Cycling.
Yang penting, WAJIB bayar pakai kad.

Macam aku cakap tadi, terus sikit je nampaklah Trafalgar Square. Ada apa kat Trafalgar Square ni? Apa yang menarik? Kenapa menjadi tumpuan?

Kalau dulu, kat sini lebih meriah sebenarnya sebab ingat Trafalgar Square, ingat burung merpati. Zaman aku kecik-kecik dulu, memang wajib datang sini bawa makanan. Kengkonon nak bagi makan burunglah. Tapi kini tidak lagi. Bilangan burung merpati pun makin berkurangan. Bukan kerana kepanasan global etc etc, tapi dihalau dan pelancong dilarang untuk bagi makanan. Kotor katanya. 

Walau bagaimanapun, kawasan Trafalgar Square tetap menjadi pujaan, sebab kat sini kalau summer meriah. Kengkadang ada concert, ada event menarik dan banyak lagi. Kat sini juga sering menjadi pilihan warga British untuk buat demonstrasi. Haha.

Trafalgar Square
Trafalgar Square
The National Gallery, London
The National Gallery, London
Statue

Seterusnya, kalau National Gallery ni berhadapan dengan korang, korang perlu pusing ke belakang menghadap statue seperti gambar kat atas ni. Then, jalan terus sikit dan nampak Pejabat Tourism Malaysia London. (Excited tengok berdera Malaysia berkibaran)

Pejabat Tourism Malaysia London.
Pejabat Tourism Malaysia London

Seterusnya, lintas ke depan dan berjalan ke arah belakang bangunan Tourism ini.

 Admiralty Arch London
Korang akan nampak pintu gerbang @ Admiralty Arch

Terus ke depan, menuju pintu gerbang ini dan korang akan nampak pemandangan macam kat bawah ni selepas merentasi pintu gerbang tu.

 The Mall
The Mall

The Mall ini adalah laluan Queen Elizabeth dan segala kerabat dia. Kat sini juga selalunya diorang buat perarakan. Menariknya kat sini dikelilingi office-office government. Ala-ala Putrajaya gitu.

Kat sini terdapat beberapa bangunan yang menjadi tarikan pelancong seperti :
- St James Park
- Buckingham Palace
- The National Police Memorial
- King George VI Memorial & Queen Elizabeth
- Malborough House Gardens
- Clarence House
- Lancaster House
- Green Park
- The Guards Museum
- Ministry Of Justice
- Victoria Memorial
- The Supreme Court
- HM Treasury 
- Ministry Of Defence
- The Household Cavalry Museum

Buckingham Palace
Buckingham Palace

Kalau time summer, istana ini dibuka kepada public. Bagi sesiapa yang rasa nak masuk Istana Buckingham, kebiasaannya dibuka dari penghujung Julai sehingga akhir September. 

Buckingham Palace Opening Hours (Summer)

26 Julai - 31 Ogos
9.30 am - 7.30 pm
(last admission 5.15pm)

1 September - 28 September 
9.30 am - 6.30 pm
(last admission 4.15 pm)

Harga Tiket Masuk Istana Buckingham boleh check sini : Palace Tours

Royal Guards Parade
Royal Guards Parade

Dah habis melambai kat Queen? Hehehe. Dah, jom ke tempat lain pula. Bila Buckingham Palace menghadap ke hadapan korang, apa korang perlu buat, pusing ke arah Tenggara. Tahu tak arah Tenggara kat mana? Tak tahu tanya Mr Google.  Terus ke situ dan korang akan nampak pintu gerbang macam kat bawah ni. 

 
Pintu Gerbang - Tiang Tertera nama Australia

Terus dan sampai penghujung jalan, sila ambil kiri ke arah park. Ini adalah St James Park. Tempat paling best untuk lepak petang-petang. Sambil dijamu dengan keindahan semulajadi, korang juga turut diserikan dengan beberapa jenis itik dan burung. Memang cantik dan menarik. Tak kiralah musim autumn ke, winter ke, summer ke atau spring. St James Park memang cantik.

 St James Park
Bagi Makan Itik
 St James Park
St James Park Maps

Next, korang terus sampai nampak jambatan ni di tengah-tengah. Sila menyusuri jambatan ini. Actually boleh je kalau nak terus, tapi nanti korang termiss view lain pula. Hehe.

  St James Park
Meniti Jambatan di St James Park
Pemandangan Dari Atas Jambatan

Next, korang akan nampak papan tanda macam kat bawah ni dan sila ke kanan. 


Terus dan terus, ada macam gerai jual ice cream di belah kiri dan terus lagi sampai jumpa pemandangan macam kat bawah ini. Oh ya, nanti ada cafe 'Inn The Park'. Ada jual kopi, roti dan lain-lain lagi. Sekiranya korang datang time winter dan kesejukan, bolehlah singgah minum kopi.

The Household Calvary Museum
Terus menuju ke bangunan ini.
The Household Calvary Museum
The Household Calvary Museum

Kat sini terletaknya The Household Calvary Museum dan Ministry Of Defence. Oh ya, kalau nak tengok horse guards parade, silalah ke sini. lagi besar dan lagi meriah. Parade diadakan pada setiap pagi dan setiap hari. Isnin hingga Sabtu jam 11pagi, manakala Ahad jam 10 pagi.

Sebelum terlupa baju mereka ni tukar-tukar. Summer pakai baju lain, winter pakai baju lain.

The Household Calvary Museum
Horse Guard

NEXT .. dah keluar dari bangunan Calvary tu, korang akan nampak view macam kat bawah ni.

The Household Calvary Museum

Bila dah menghadap view ni, cepat-cepat ke kanan. Or dengan lebih jelas, keluar je dari bangunan Calvary Museum tadi terus ambil kanan dan jalan terus ke hadapan.

Eh, kenapa kat gambar bawah ni ramai orang? Tiang pintu je pun. Haaa, kalau nak tahu ni la 10, Downing Street, Pejabat Perdana Menteri Britain. Bagi aku, lagi cantik pejabat PM kita kat Putrajaya. Sini dah macam penjara je aku tengok. Sometimes, korang boleh lihat orang buat demonstrasi kat depan pagar ni. 

 Downing Street
Downing Street

Terus, sehinggalah jumpa Westminster Station. Eh tapi jangan terus menuju ke station. Sebaliknya dari sini korang boleh nampak Wesminster Abbey.

Kat Wesminster Abbey inilah tempat perkahwinan Kate Middleton dan Prince William. Kat Wesminster Abbey ini terdapat banyak kisah berkaitan dengan Royal Family and kat sini jugalah terletaknya Big Ben. BIG BEN?? Yup, mercu tanda London tu. Ding dong bell ♪, ♫, ♪, ♫ ... Hehehe.

Westminster Station
Westminster Station
Westminster Abbey
Westminster Abbey
Big Ben London
Big Ben London

and terus lagi ke hadapan sampai jumpa Eye On London.

Dari sini, korang boleh teruskan perjalanan melalui 3 cara. Bagi siapa yang dah penat, bolehlah naik River Thames Cruise atau Underground Tube. Atau masih gagah boleh teruskan berjalan kaki.


River Thames Cruise ini mempunyai banyak station. Lagi hampir dengan Tower Of London lagi murah, tapi kena jalan sikitlah. Kalau dah penat sangat naik je lah dari Westminster ni. Haha.

The Price, refer here : River Thames Cruise

Okaylah. Selebih story aku continue dengan gambar lama. Sebab perjalanan aku hari tu terhenti di sini. Maklumlah bulan puasa. Lagipun, asyik-asyik pergi tempat sama. Hahaha. So, ampun maaf. Tapi, TAPI, tapi korang kena teruskan perjalanan. 

Eh, jap. Mesti nak tahu masa diambil sepanjang perjalanan kat atas ni kan? Kalau musim panas/summer, aku suggest korang mulakan masa perjalanan korang seawal jam 9 pagi. Kalau summer, by 430am pun dah terang. Jalan, jalan dan jalan, habis tour kat Wesminster  pada jam 3-4 petang. Kalau korang tak lepak lelama, ambil masa selfie semualah. Kalau tak boleh sampai malam kalau satu tempat selfie berjam-jam. Haha. *buang tabiat*. 

Okaylah teruskan perjalanan dengan berjalanan kaki. Dari Big Ben ni, korang terus berjalan merentasi jambatan ni. Nanti nampak St Thomas Hospital di hadapan belah kanan dan Eye On London di belah kiri. Nampak tak?

big ben london
Dengan Lina Itzmira January Last Year

Terdapat perbezaan kalau naik cruise dengan berjalan kaki. Kalau berjalan kaki, macam-macam korang boleh lihat dan feeling tu lebih lagi jika dibandingkan dengan naik cruise. Sebab tu la mat salleh gemar berjalan kaki. 

Berbalik pada arah, dari jambatan ni korang ke arah kiri menuju ke Eye On London. Kalau nak lihat London dari atas, naiklah Eye On London or cara lain, naik Cable Car London Emirates Experience. Harga tiket Eye On London boleh rujuk sini : EYE ON LONDON TICKET PRICE.

Tapi... ada tapi ... hehehe. Tapi, aku menggalakkan korang beli combo. Lagi murah dari beli satu-satu. Maksud combo, korang beli tiket combo beberapa tempat.

Contoh :

London Eye + Madame Tussauds
London Eye + Sea Life Aquarium
London Eye + Madame Tussauds + London Aquarium
London Eye + Madame Tussauds + London Dungeon

JIMAT BANYAK WEH ...

Next, teruskan perjalanan korang. Di London Eye ini juga terdapat Sea Life Aquarium dan County Hall Entertainment. Kalau nak cuba London Duck Tour, kat belakang Country Hall ni lah tempatnya. (berdekatan dengan Waterloo Station). Tapi kat Melaka pun ada. Huh.

Teruskan perjalanan korang. (asyik ayat ni je.. kering idea eh?). Sepanjang perjalanan macam-macam gelagat manusia korang boleh saksikan. Ada yang jadi patung (hey diorang ni kengkadang student university tau.. buat sekadar hobi), ada gerai-gerai dan banyak lagi.

 Jubilee Line
Hahaha. Dua-dua Ni Manusia Tau

Nanti korang akan melintasi
 * Jubilee Gardens
*  Queen Elizabeth Hall
* Hungerford Bridge
* National Theatre
* IBM
* London Television Centre
* Oxo Tower
* Millenium Footbridge
* Shakespeare's Globe
* Tate Modern
* London Bridge (jangan keliru London Bridge & Tower Bridge)
* HMS Belfast
* City Hall

Tower Bridge London
Manusia Kreatif. Pasir Seciput Pun Mampu Mengukir Sebuah Karya

And finally, sampai juga ke Tower Bridge London. Okay sila jangan konpius. Aku dah cakap, Tower Bridge and London Bridge lain. Aku tahu ramai di antara korang diajar dengan nyanyian London Bridge Is Falling Down... Tapi itu bukan London Bridge. London Bridge takde apa-apa yang menarik except London Dungeon yang terletak kat situ. 

Tower Bridge London
Behind Me Tower Bridge London (throwback 2008)

Sesudah sampainya korang kat sini, maka korang dah cover 60% attraction di Kota London ni. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri. Yeay!!! Bagi yang naik cruise, korang boleh teruskan perjalanan ke Greenwich (kat situ terletaknya Cable Car). Kalau naik Underground dari Tower Hill Station pun boleh. Jalan kaki aku tak pasti. Tak try lagi. Usually aku akan stop jalan kaki kat sini. 

Di Tower Bridge ini juga terletaknya Tower Of London, sebuah istana lama. 

http://www.hrp.org.uk/TowerOfLondon/admissionsprices/toweroflondonadmission
Untuk Info, sila rujuk sini : Tower Of London


Behind Me, Tower Of London (throwback 2010)
With Haizan (throwback last year)

Itu sahaja buat kali ini. Sebenarnya banyak lagi aku nak cakap. Tapi kang korang cakap aku dera korang pula. Hahaha. Pejam celik-pejam celik, dah cover 60%. Nak tips jalan kaki? Jangan mengeluh, penat, penat, penat. Sebaliknya, cuba berjalan dengan rileks dan santai. Aku pasti korang datang berteman. Kasut make sure pakai yang elok. I mean yang selesa untuk dibawa berjalan. Never ever pakai heels. Melainkan korang pro macam si Haizan ni. Hahaha.

TIPS LAIN??

Ada beberapa route  jalan kaki di mana korang boleh mulakan dari Bayswater.

Bayswater - Hyde Park - Kensington Palace - High Street Kensington - Royal Albert Hall - Knightbridge - Harrods - Sloanne Street

atau

St John Wood Station - London Mosque - Regent's Park - London Zoo - The Sherlock Holmes Museum - Madame Tussauds - Oxford Street - Marble Arch

atau

Oxfod Circus - Regent Street - Piccadilly Circus - Leicester Square - Covent Garden - Royal Opera House - Royal Court Of Justice - St Paul Cathedral - Museum Of London


Jalan lupa ambil gambar di telephone booth, bas double decker lama (boleh jumpa di Tower Bridge) dan peti surat. Entah 10 tahun akan datang lagi ada ke tak benda ni semua. At least, keep it as a memory.

Kalau korang tanya aku pasal stadium, aku recommend korang pergi Emirates Stadium (Arsenal). Walaupun korang ni fanatic Manchester ke or Chelsea, tapi stadium arsenal worthla kalau pergi. Dekat dan besar. Chelsea dan Wembley pun dekat cuma, kalau compare struktur dan nak ambil gambar, elokla pergi Emirates Stadium. Puas hati sedikit.

Kalau nak tanya pasal premiere film atau teringin nak berjumpa dengan celebrity Hollywood, bolehlah rujuk laman web ini : London Premiere Film. Tak dapat tengok filem, dapat tengok artis pun, bersalaman dan bergambar dengan mereka pun jadi jugalah kan?

ROBERT DOWNEY JR
2 kali jumpa Robert Downey Jr secara live .. rasa nak pengsan... !!
OMGGG ...

P/s : Sila datang awal especially filem yang dibintangi artis popular. Macam Iron Man ni, aku terpacak jam dari 1pm, walhal dia start 7pm. By 230-3pm biasanya diorang dah tutup pagar. Nak menang tiket premiere?? Sila alert. Kengkadang diorang buat contest, pakaianlah, soalan la and blabla.

and alert juga dengan festival-festival atau event yang berlangsung kat London
click sini : Event In London

Terakhir sekali.. nak beli souvenirs mana murah? Selalunya aku akan bawa kawan-kawan jalan ke arah Debenhams. Ada sebuah gerai bersebelahan dengan Debenhams. Kat situ harganya jauh lebih murah dari tempat lain dan boleh tawar menawar. Kalau malas, depan Selfridges (berhampiran dengan The Perfume Shop) ada sebuah gerai lagi. Tapi tu ikut mood tuan kedai. Kengkadang dia bagi diskaun banyak, kengkadang tak.

souvenirs in London

Itulah sahaja buat kali ini. Kalau aku terpeningkan korang, ampun maaf. Haha. Moga korang dapat berjimat sepanjang kat sana nanti. Kalau ada yang terkurang mohon bagitahu. Kalau nak bertanya, silakan or boleh email aku kat sweet_tatie88@yahoo.co.uk 

Selamat bercuti .. Kiss London for me. Have Fun!

 Next Entry Mengenai London
- Restoran Melayu Di Kota London
- Simkad Murah Di Kota London
- Restoran Arab Paling Sedap Di Kota London

American Airliner Plane