Latest Posts

Hari ni aku nak ajak korang ke Wet World Air Panas Pedas. Huh, kat mana tu? Semestinya kat Pedas Negeri Sembilan. Tak syoklah kalau hanya tahu nyanyi lagu 'Rembau Most Wanted' tapi tak selami apa yang istimewanya kat sana. Kan?

Wet World Air Panas Pedas ni memang terkenal bagi penduduk Noghori sebab keunikannya yang luar biasa. Tapi korang yang duduk kat luar Negeri (ecececeh fefeling duduk oversea), tu tahu ke kewujudan Wet World Air Panas Pedas ni?

Meh sini aku nak cerita sedikit. Wet World Air Panas Pedas ni adalah milik syarikat OWG atau nama panjangnya Only World Group yang juga mengelolakan Wet World Shah Alam, Kota Tinggi Waterfall Resort, Wet World Batu Pahat dan banyak lagi. Kira Well-Known jugalah. Click sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OWG : link.

Dannnnnn, kat Wet World Air Panas Pedas bukanlah air panas semata-mata, tetapi juga mempunyai pelbagai tarikan lain yang semestinya buat korang rasa taknak balik. Haha.

Lagi best bayaran masuk ke Wet World Air Panas Pedas ni murah gila!!! Haa, apa? Jauh? Dok eh, dekat je dengan tol Pedas/Linggi. Kalau korang boleh bersusah payah ke Port Dickson, kenapa tidak ke Pedas? Jarak aku tengok lebih kurang sama je. Nak dekat lagi lalu tol Senawang. Kalau ke sini lalu Senawang, korang bolehlah pekena cendol famous kat tepi jalan tu. Seronoknya!!!


entrance

sentiasa penuh
di sini bermula sejarah Air Panas Pedas
Ingat tu !!!
Kerusi Rest N Go pun ada?? 
Untuk korang yang akan meneruskan perjalanan jauh, mana tahu badan lenguh-lenguh selepas mandi... hehehehehe :)

Harga Tiket Masuk Wet World Air Panas Pedas

Hari Biasa
Dewasa - RM 10
Kanak-Kanak RM8

Cuti Sekolah/Public Holidays
Dewasa - RM12
Kanak-kanak RM10

Ehhhhh, murahnya?? Jangan tak percaya!!! Mandilah sepuas-puasnya.

as usual
membantu anda
kedai souvenir
kadar sewa pelampung

Double Tube :
Rental RM15
Deposit RM 10

Single Tube :
Rental RM10
Deposit RM10

kandungan Mineral Air Panas
 
memang tak ramailah masa aku pergi sebab tengahari. 
tapi kalau pergi malam .. perghhhh, meriah!!
sila patuhi syarat!!
reflexology walk, bagus untuk kesihatan kaki anda
tempat duduk comel bagi kanak-kanak
permainan kanak-kanak
hehehe .. MR Turtle
take away corner
kuih muih, nasi, buah, sandwich.. waduh-waduh kelaparan gwe tengok!
eh, nak kemana tu?
untuk disewa
harga sewaan cabana/pondok

dan banyak lagi .... ada slide, ada river, macam-macam adaaaaaaaaaaaa...



Lebih istimewa, kat sini ada mini zoo. Bersuka-ria sambil belajar.
Wah .. bagus tu!


mini zoo
erkk, kesukaan Mr Bean

Wet World Air Panas Pedas juga sering menjadi tumpuan company-company besar untuk mengadakan family day. Bukan setakat company di Negeri Sembilan, malah menjadi pilihan company-company dari Melaka, Johor, Selangor dan juga SINGAPORE. WOW!!!


Dan jangan khuatir, kat sini juga terdapat surau khas untuk anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Bersih dan selesa. Hehehehehehe :)

surau
bilik rawatan kecemasan
kantin
ada juga
jom makan !!
nyum.. nyum

Dah, jom pergi hari ni... 

picture credit to wet world

Wet World Air Panas Pedas
Lot 603, Mukim Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan

No Tel :
06 6858 027

Email :
sales.wwapr@owg.com.my

Filem Sejoli : Misi Mencantas Cinta wajib korang tonton. Kenapa wajib? Sebab jalan ceritanya yang sweet dan romantik. Terima kasih Nannie dan Brand's InnerShine for the ticket. Actually, last minute sahaja ni. Supposedly malam tadi ada food review tapi dibatalkan last minute dan tunda ke tarikh lain.

Jadi, memang rezekilah untuk menyaksikan tayangan premiere filem Sejoli : Misi Mencantas Cinta ini sambil layan-layan feeling romantik di Hari Kekasih gitu. Meskipun aku tak sambut Hari Kekasih, tapi mood cinta cintun lagi mendalam selepas tonton filem paling sweet tahun 2014 ini. Awww.

Filem Sejoli : Misi Mencantas Cinta ni diarahkan oleh Osman Ali dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aishah, Azad Jasmin, Dira Abu Zahar dan Bront Palarae. Semestinya filem arah Osman Ali sering dinanti-nantikan oleh peminat seni tanah air.

sesi pengenalan para pelakon utama filem Sejoli ini

Malam tadi juga, aku rasa bertuah sebab ramai artis yang turun padang bagi menyokong filem Sejoli ini antaranya Sharifah Amani, Yana Shamsudin, Nadiya Nissa, Umie Aida dan ramai lagi. Meriah dan sangat meriah!!! Tiga panggung dibuka khas untuk tayangan premiere filem sejoli ini. 

Eh, sebelum tu kan, aku nak cerita sedikit pasal Brand's InnerShine ni. Produk Brand's Innershine ni yang sememangnya tak dapat disangkal kehebatannya. Memang ramai dah cuba Pati Prun Brand's InnerShine ni dan rata-rata  semuanya memberikan feedback yang bagus. Kata mereka, kulit iolss jadi glow dan tampak muda. Gitu!

Dan kini duta terbarunya adalah Izara Aishah. Memang meletopppp!!! Tagline Brand's InnerShine 'Kulit Cantik Menawan, Semua Tertawan'. Tak percaya? Cubalah sendiri. Click sini : link.


Selain dari diarahkan oleh pengarah terkenal, Osman Ali, filem ini juga adalah gabungan Grand Brilliance dan Nuansa. Bagi mereka yang gila travel, bolehlah tengok filem ni juga. Sebabnya bukan setakat di Kuala Lumpur, malah ada juga adegan-adegan di Phuket, Thailand. Bolehla survey sikit-sikit mana tempat nak pergi nanti. Hehehe. 2 in 1, berhibur sambil survey. Ewah!

ada makan-makan juga sebelum tayangan filem 

credit to Sejoli : Misi Mencantas Cinta's FB
(picture credit to Sejoli : Misi Cantas Cinta's Facebook)


tidak lengkap tanpa Dira Abu Zahar

Sinopsis Sejoli : Misi Mencantas Cinta 

Filem ni mengisahkan Gina dan Joe yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita seorang model. Kemudian mereka berdua ni bawa diri ke Phuket Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan antara Gina dan Joe yang tidak disengajakan. Kemudian, mereka ini berkomplot dalam Misi Mencantas Cinta sambil dibantu oleh Lola dan Joned apabila dapat tahu ex-ex mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bermulalah misi mencantas cinta (perkahwinan Nita dan Hardy). Memang kerja gila dan tak masuk akal kalau difikirkan. Tapi berjaya atau tidak. Haa, tang ni korang kena tonton sendiri kat pawagam. Jeng, jeng, jeng. Yang pasti OST filem ni best, dinyanyikan oleh Tomok - 'Biarkan Sejoli'.
credit to Sejoli : Misi Cantas Cinta's Facebook
kombinasi romantik + kelakar + sedih
(picture credit to Sejoli : Misi Cantas Cinta's Facebook)

Tapi kan.. tapikan.. Maya Karin makin lama makin seksi lah.. Ops! Tak mau komen banyak. Biarlah blogger-blogger otai hiburan atau media cetak yang soal dia sendiri. Hehehehehehe. Izara Aishah maintain cute, Remy Ishak makin kurus (ke aku dah lama tak pergi premiere yang ada dia?), Bront Palarae masih seperti dahulu malah bertambah handsome.

Remy Ishak

Izara Aishah
Bront Palarae
Maya Karin
Azad Jasmin

Trailer Filem Sejoli : Misi Mencantas Cinta


OST Biarkan Sejoli by Tomok


kami :)

Wak Doyok
Yana Shamsudin
Altimet

Filem Sejoli : Misi Cantas Cinta bakal menemui anda di pawagam bermula 
20 Februari 2014 ini. Jom Tengok!
American Airliner Plane