Latest Posts

Island Hopping di Kepulauan Bungus 

Tak tahu nak update ke tak pasal hari keempat ni. Bila fikir balik, rasa sakit hati gila tapi at the same time tak nak korang mengalami perkara yang sama. Tapi itulah adat resam kalau main redah je tanpa google apa-apa. Lesson learned Tatie! 

Jujur aku cakap, kalau ikutkan hati nak patah balik ke Bukit Tinggi. I should spend more time dengan saudara mara kat sana rather than pergi Padang and end up jadi macam ni. Tapi degil kan? Pergi pun dalam keadaan rushing mendadak dari Payakumbuh straight ke Padang, inilah yang jadi. Haih.

Hari keempat jalan-jalan di kepulauan Padang

Ceritanya macam ni .. Sebab laki aku cuti panjang dalam 7-8 hari minggu tu, maka timbul lah macam-macam plan nak ke sana ke sini. And dia ni suka pergi pulau. Alang-alang aku cadangkan balik kampung aku, kalau boleh aku nak bawa dia pergi pulau sekali. Tapi supposedly kami ke Kepulauan Mandeh tapi end up sampai di Kepulauan Bungus. Aku pun tak pernah sampai Bungus ni, so memula macam excited nak explore. Tapi hampehhhh...

 Apa-apapun kita breakfast dulu - Mie Pecal Padang

Dah acapkali pulang ke Bukit Tinggi, belum pernah sekali pun aku jejak kaki ke Padang. Selalunya bila sampai di Bandara Minangkabau, samaada saudara ambil atau supir ambil. That's why this trip, aku rasa nak bermalam dua malam di Padang. Tapi lain pula jadinya bila redah macam tu je. Kat Padang ni kami depend pada Grab sebab hari keempat nak ke pulau and hari kelima nak balik dah ke Malaysia.

And pagi tu around 6.30am, kitorang dah bersiap nak ke island. Mula-mula ingat nak ambil pakej yang tempat penginapan tu sediakan. After dia bagitau total amount, rasa eh mahalnya. Macam tak berbaloi pula. Terus kami decide pergi jelah ke jeti Bungus dengan Grab. Mana tahu ada agent pulau kat sana. Main redah je kan? Nak google takut lambat.

Tunggu bot kecil datang ambil kami

Masa sampai kat jeti macam takde pape. Yang ada feri ke Mentawai Island. Tapi kalau nak ke Mentawai seeloknya tidur kat sana. Sebab banyak aktiviti boleh buat kat sana, tambah lagi lokasi dia agak jauh dari jeti. Halamak! Terus aku stuck. Nasib baiklah abang Grab bantu. Sambil aku google kat handphone agent yang buat tour ke pulau Padang, sambil dia tolong call sekali.

Agent pertama call tak dapat. Cari lagi kat Facebook kalau ada yang lain. Cari, cari, cari .. jumpalah satu agent ni dna dia suruh kami tunggu di satu tempat tak jauh dari jeti tu.

Boat Kecil 850 ribu rupiah untuk 2 pulau

Aku happylah kan sebab dah jumpa. Kalau tak still stuck kat jeti Bungus ni.Tapi agak mahal juga sebenarnya kos island hopping kat sini. Entahlah .. Nanti aku cerita kat bawah nanti kenapa aku rasa mahal. Kalau tak kerana janji-janji palsu agent tu.

Lepas minta diskaun semua dia kasi 850 ribu untuk satu boat, pergi dua pulau dan lain-lain lagi. Boat tu hanya ada aku dan laki aku. Kalau pergi more than minimum 7 people, seorang jatuh 180ribu rupiah .. dia katalah. Tapi sebab berdua dia kira terus jadi harga macam tu dan timing pula ikut suka hati. Takpe, kita tengok dulu lawa ke idok dua-dua pulau ni.

PULAU PAGANG | PAGANG ISLAND


First sekali ke Pulau Pagang. Pulau ni takdelah jauh mana dari tempat pelepasan kami tu. Tapi sebab boat kecik, maka perjalanan terasa lama sikit. Sampai-sampai je tengok tak sampai 10 tourists ada kat situ. Rasa macam pergi private island la pula. Haha.


Suasana pun macam sunyi je. Hanya beberapa orang je yang snorkeling kat sini. Tapi air dia jernih dan cantik. Ikan-ikan pun tak macam kat perairan Malaysia. Ada yang aku tak pernah nampak. If korang lucky nampaklah penyu. Kat laut Padang ni banyak penyu. Banyak sangat. Kalah Perhentian. Haha. Tapi tak sempat nak ambil gambar diorang dah lari. 


Tapi aku bengang betul dengan tour agent yang aku amek ni. Janji macam bulan dan bintang, tapi habuk pun takde. Yela, makanan kata Kalio Ayam, dapatnya dendeng berlado sebesar hidung dengan nasi yang alahai makan 4 suap dah habis. Air pula bagi sebotol air mineral. Bab makan aku tak kisah sangat actually. Tapi yang aku kisah .... alat snorkeling dia tak kasi (mujur bawa sendiri punya), pastu janji rakaman/gambar aktiviti pulau dia kasi dalam CD, banana boat di Pulau Pagang dan lain-lain lagi. Nan hado wei .. ishh geram!! Kalau takde cakapla dari awal. Ini tak masa nak bayar tu kemain lagi. Dalam facebook dia pun kemain dia tawar macam-macam dalam pakej tu.


Coral dia biasa-biasa je. Ikan je yang banyak, ada yang kecik dan ada yang besar. Lagi-lagi kalau berenang kat area jeti tu. Tapi kena hati-hati. Sebab ke depan sikit dah dalam air dia dan arus pula agak deras. Indian Ocean lah katakan.. Siapa tak reti berenang macam aku ni silalah pakai life jacket.


Padang ni sebenarnya terkenal di kalangan mat salleh. Majority yang datang sini untuk surfing, stay kat pulau, pergi Mentawai dan lain-lain lagi. Masa aku kat Pulau Pagang ni, aku dengan laki aku je orang Melayu. Tourist lain adalah mat salleh. 

PULAU PASUMPAHAN | PASUMPAHAN ISLAND

Pulau kedua kami pilih Pulau Pasumpahan. Untuk island hopping di Padang ni korang boleh pilih pulau mana korang nak pergi. Tapi semua dekat-dekat je. Tapi kalau boleh, korang pergi kepulauan Mandeh dari pergi ke Bungus ni. Or ada masa lebih pergilah Mentawai. Kat sana ada orang asli which is boleh belajar culture diorang, dan ada macam-macam lagi aktiviti kat sana.


Berbalik pada cerita Pasumpahan Island ni, kalau tengok gambar kat google, amboi cantiknya. Tapi bila datang, halamak .. ini je ke yang diorang kata best, wow, mantap? Cantik lagi Pulau Mantanani kat Sabah tu hah.

Pulau Pasumpahan ni dah terlampau komersial dan ramai gila orang lokal kat sini. Kata tukang bawa boat kami, diorang memang ada boat pergi ulang alik dari jeti. No wonder lah kemain ramai picnic dan ada juga rombongan sekolah camping kat sini.



Tapi yang tak bestnya, bila dah terlalu ramai ... sampah pun banyak kat sana sini. Lagi menyedihkan korang snorkeling dengan plastik sampah. Arghhhh!! Tetiba teringat aku 4-5 penyu yang kami jumpa. Camanalah nasib diorang kan? 😥 


Tapi kalau korang suka hiking, kat Pulau Pasumpahan ni bolehlah mendaki bukit dan menikmati panorama dari atas bukit. Yang ni jelah aku rasa berbaloi kalau datang sini. Selebihnya agak 'nay' sikit. Maybe aku expect too much or maybe melihat sampah sana sini terus jadi hambar dan malas nak snorkeling kat sini.


Sebab aku malas nak snorkeling, aku pun habiskan masa dengan main buai, hiking dan lepak-lepak je. Dan mandi tukar baju semua kat sini. Lepas mandi, aku tengok pakcik boat bawa 2 cawan air. Agaknya lepas aku maki agent tu, baru dia tunaikan satu lagi janji .. "Coffee and Tea Session at the island". Hmmm.


Tak tahulah nak happy ke idok hari keempat ni. Tapi sepanjang masa aku dok complaint je kat cousin-cousin aku kat Bukit Tinggi tu. Padan muka kan? Degil. Supir nasihat taknak dengar. Puas supir cakap stay ajelah kat kampung. Aku nak juga pergi Padang. Okaylah pengalaman sekali. Pasni kalau balik terus pulang ke kampung je. Haha.


Nasib baiklah pergi Padang dengan Husband. Sampai tengah malam dengan takde penginapan (90% hotel sold out) dan terpaksa duduk kat tempat entah hape-hape sebab dah takde pilihan dah, pepagi main redah pergi jeti pastu stuck and masa nak balik ke kota Padang pula takde teksi atau Grab sebab area Bungus susah gila nak dapat public transport ke Padang. What a bad day for us, luckily semua ni terjadi masa dengan dia. 



 ~ bersambung




______________________________________________________________

Bercuti di Padang Indonesia
Percutian ke Padang Indonesia
Wisata di Padang Indonesia

Bila aku ke Padang dan Bukit Tinggi kali ni, ramai yang komen .. "Wah banyak benda sebenarnya boleh buat kat Bukit Tinggi ni eh?".

Ye kawan-kawan. Betul. Padang Indonesia ni takdelah sepadat Jakarta, tak seglamour Bali, tak sehebat Yogyakarta atau lain-lain. Tapi kalau korang betul-betul cari, sebenarnya kat sini banyak tempat-tempat menarik kat Sumatera Barat ni. Cuma .. kalau korang google "Tempat Menarik Di Padang", memang takkan jumpa apa yang menarik. Sebaliknya try cari "Tempat menarik di Sumatera Barat". InshaAllah pelbagai keunikan yang ada di setiap tempat.

Tapi perlu diingatkan, kat Padang ni tak macam di Bandung atau Jakarta, kat Bukit Tinggi ni nak kemana-mana kena depend pada supir ataupun gojek. (kat Padang je ada Grab). Kalau kat Bukit Tinggi, ada angkutan kota dan gojek tapi kalau tak biasa dengan jalan-jalan kat sana memang memeningkan sikit. Dan kalau nak beli simkad kat Bukit Tinggi, memang susah sikit berbanding tempat lain di Indonesia. Sebab diorang kawal pembelian simkad sini dari scam. Hanya orang sini sahaja yang boleh beli simkad. 😟

Sebelum check out, ambil gambar kenang-kenangan di hotel dulu

Macam aku cakap di entry sebelum ni, trip kali ni jenis redah je. Hari ketiga di Bukit Tinggi Indonesia ni, aku dah blur nak pergi mana. Nak tak nak, aku suruh laki aku bersiap dan check out hari tu. Rasa nak stay tempat lain pula nanti. Dia pun macam tercengang. Betul ke keputusan bini dia ni. Haha. 

Selepas breakfast and check out, aku bawa dia ke Jam Gadang dulu. Jam Gadang ni mercu tanda Kota Bukit Tinggi. Walaupun sekadar Jam, tapi tak sah kalau ke Bukit Tinggi tapi tak bergambar kat sini. Lokasi Jam Gadang ni terletak kira-kira 4 minit dari hotel Novotel kami. Jalan kaki je .. dekat! 

Jam Gadang Bukit Tinggi

Sebelah Jam Gadang adalah Pasar Atas. Tapi Pasar Atas ni ada yang masih dalam pembinaan setelah sebahagiannya hangus terbakar dijilat api beberapa tahun lepas. Kat Pasar Atas tu bolehlah beli telekung sulam (Bukit Tinggi terkenal dengan kehalusan seni kain sulam/telekung sulam), batik, souvenir dan lain-lain lagi. Dan berhampiran dengannya pula ada kafe di lereng bukit which is best gila kalau lepak malam-malam sambil menikmati pemandangan gunung berapi. Kat situ juga ada pisang cheese yang sedap yakmat.

Tapi kan ... kalau nak murah boleh ke Pasar Kuning. Kat situ boleh beli kain lace, barang basah seperti kentang ketek, belut, buah salak, kain sulam dan banyak lagi. Cuma dia ada bahagian basah dan bahagian kering. Dari jam gadang ni boleh naik gojek atau angkutan kota kalau nak ke sana. Ini kalau korang mencari tempat shopping di Bukit Tinggi Indonesia lah.

Berbalik pada cerita aku ...

Pagi tu, masa waktu subuh aku dah pesan kat supir. Mungkin hari ni aku nak tidur kat tempat lain pula supaya dia alert dan take note. Tapi idokla aku bagitau nak tidur mana. And masa dia ambil kami, baru aku cakap .. aku nak ke Payakumbuh. 

PAYAKUMBUH ???


Tak ramai orang Malaysia tau Payakumbuh ni. Lagi-lagi kalau datang dengan travel agent. Rata-ratanya dibawa ke Bukit Tinggi, Pandai Sikek dan Istana Pagaruyung di Batu Sangkar. Lagipun Payakumbuh ni jauh sikit dari Bukit Tinggi. Maybe sebab tu lah orang Malaysia jarang ke sini.

Pertama sekali kami ke Harau Valley atau bahasa Melayu, Lembah Harau.


Ibarat Grand Canyon di Amerika, Harau Valley ni antara tempat wisata terkenal di Payakumbuh.Kat sekitar Harau Valley ni ada macam-macam tarikan. Tapi dah nama pun Sumatera, kalau nak pergi mana-mana pasti ada hidden charge. Sebab tu jugala ramai supir yang kalau boleh taknak ke sini. Sebab nanti nak masuk kena bayar lain, nak pergi situ kena bayar lain, sini kena bayar lain .. Ish peninglah. Tapi sangat-sangat berbaloi bila dah sampai sini.

Tapi ... ada tapi lagi? Haha. Kat sini panas sikit berbanding Bukit Tinggi dan korang boleh pilih untuk menginap di Harau Valley ni. Dia ada homestay yang unik-unik di sekitar valley ni.

Air Terjun yang tak nampak seperti air terjun 

Di Harau Valley ni juga terdapat banyak air terjun. Tapi kalau nak tengok yang besar-besar kena masuk ke dalam lagi dengan berjalan kaki. Kalau korang ada banyak masa bolehlah pergi. Masa aku teramat suntuk, hanya sempat pergi apa yang dekat sahaja. Itupun hanya dua air terjun je yang sempat kami pergi. Satu yang atas ni, satu lagi gambar di bawah ni. 

 Air Terjun Sarasah Valley 

Dekat area air terjun Sarasah Harau Valley ni banyak tempat-tempat best untuk ambil gambar. Malangnya kami tak cukup masa. Rasa macam nak repeat je next time. 

Next kami ke Kelok 9, Payakumbuh.

 

Kelok 9 dan Kelok 44 sangat berbeza. Kalau Kelok 44 tu semulajadi, tapi di Kelok 9 ni dia dah bina jambatan cantik. Kelok 9 ni lagi cantik kalau pergi time senja. Sebab dia diserikan dengan limpahan cahaya lampu cantik yang cukup cantik. Tak percaya? Try google.

Sepanjang Kelok 9 ni terdapat banyak gerai-gerai yang boleh singgah minum. Tapi menduga juga kalau nak turun singgah. Belum je turun kereta, korang dah dikerumuni photographer-photographer jalanan yang offer nak ambil gambar korang dengan bayaran.


Dari Kelok 9 ni dah dekat sangat kalau nak ke Pekan Baru. Satu jalan ... Tapi dari Kelok 9 ke Padang sangat-sangat jauh. Yang ni nanti aku cerita di akhir entry ni. Hehe.


Next, aku tanya supir .. mana lagi dekat Padang Mangateh atau Kapalo Banda Taram. Dia pun blur-blur sebab jarang sangat orang Malaysia datang nak pergi situ. Dia sendiri tak pernah sampai. Sama-sama kitorang buka Waze nak tengok jalan. Tapi aku fikir-fikir balik, masa macam tak cukup nak pergi dua-dua. Tambah lagi hari nak hujan. So, ke aepala Banda Taram dulu lah.

Sampailah kami ke Kapalo Banda Taram, Payakumbuh.

Sumpah Cantik Gila Tempat Ni

Aku pun actually google je, tempat menarik di Payakumbuh dan terjumpa Kapalo Bandar Taram ni. Kalau ikut google biasa-biasa je tempat ni. Tapi bila sampai .. Subhanallah. Cantik wei. Cantik gila. Cantik yang tak terungkap. Korang kena pergi sini anda tengok depan mata sendiri. Air dia pun jernih.

Susur Jalan di Kapalo Banda Taram

Sayangnya aku tak bawa kelengkapan picnic. Kalau tak memang aku join berkelah kat sini. Hiks! Dalam gambar aku ni nampak macam tak ramai kan? Tapi in reality ramai je kat sini. Tapi tak seramai bila cuti sekolah lah. Kat sini ramai juga yang buat aktiviti berakit, camping dan macam-macam lagi. Tapi awas ya, jangan sesekali buat perkara terkutuk. 


Masa aku duduk-duduk sambil main air, nampaklah orang keluar masuk jalan kat gambar bawah ni. Sebab aku tak google lebih lanjut, maka aku tertanya-tanya apa benda yang ada kat dalam tu. Bukan setakat orang jalan kaki keluar masuk, motosikal yang masuk hutan tu pun sama juga. Sebabkan aku rasa curious nak tanya .. aku pun ajak husband meneroka apa yang ada kat dalam ni.

 Kaki basah terpaksalah berkaki ayam masuk ke dalam ni

Kira-kira 5 minit berjalan kaki, sampailah ke Hutan Pinus Wakanda. Hutan Pinus Wakanda ni aku rasa macam baru je established. Haha. Ke dah lama tapi baru nak dikomersialkan untuk pelancongan?  Hmmm..

Tapi ini antara lokasi filem Buya Hamka yang baru je lepas shooting bulan April lepas. Tapi aku tak pasti filem ni dah ditayangkan ke belum kat pawagam. Rasanya belum kot sebab baru lagi.

 Hutan Pinus Wakanda lokasi Buya Hamka


Lama jugala aku habiskan masa kat sekitar Kapalo Banda Taram. Eiiii, geram je rasa sebab tak dapat mandi. Korang kalau pergi Padang, please singgah sini. Please! 🙏

 Crepes Laba-laba Kapalo Banda Taram 

Niat untuk ke Padang Mangateh terpaksa dibatalkan memandangkan jam dah pukul 6 petang. Aku pula baru buat decision untuk tidur kat Padang malam tu. Memang kerja gila! Puaslah supir bagi cadangan tidur kat Painan lah, Pariaman lah .. Tapi aku degil nak tidur kat Padang juga malam tu. Jarak Payakumbuh ke Padang lebih kurang 4 hingga 5 jam dan terpaksa patah balik ke Bukit Tinggi sebelum sampai Padang.

Bila dah sampai Padang, lain pula jadinya bila kat Padang semua hotel FULL gara-gara kakitangan kerajaan Indonesia berkumpul di Padang untuk mesyuarat apa tah. Halamak!! Menyesal wei. Padan muka kan tak nak dengar cakap supir. 😓 Sudahnya kami terpaksa tidur di bilik di hostel backpackers malam tu. Itu je yang available. Dasyat betul .. hotel besar-besar pun full. Nasib badanlah, suka sangat main redah je kan? Huhuhu.


~ bersambung.


PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI SUMATERA | PADANG SUMATERA

Trip balik kampung Bukit Tinggi Sumatera kali ni aku memang pakai supir sepanjang kat Bukit Tinggi. 3 hari kat sana, 3 hari lah aku pakai supir and lagi 2 hari kat Padang, kami pakai Grab je. TAPI ... Alhamdulillah kami dapat best rate for supir. Itupun tante yang recommendkan nombor supir sebab dia selalu guna setiap kali pulang ke kampung. Mengenai itinerary pula, aku memang redah je. 

Bila supir tanya, "Besok mau ke mana buk" .... aku akan balas dengan jawapan .."Nanti besok saya bagitau kamu". Memang betul-betul besok pagilah aku bagitahu dia sebelum memulakan perjalanan. Malam tu google siap-siap mana nak pergi. Tapi kadang-kadang boleh jadi malam ni google besok dan bertukar agenda. Lagi-lagi kalau borak dengan receptionist ke or sesiapa je aku jumpa time breakfast. 

Breakfast di hotel dulu sebelum keluar. Kami stay kat Novotel Bukit Tinggi

Hari kedua ni aku decide untuk jalan-jalan di Puncak Lawang dan kawasan sekitar Danau Maninjau. Takdelah jauh mana pun tempat ni dengan kampung aku. Mati-mati aku ingatkan jauh gile. Yela dulu kalau nak pergi, ada je jawapan "jauhlah dari kampung". Ciss! Tertipu aku. Hahaha.

Untuk ke Puncak Lawang, korang akan melalui Sungai Landia yang terletak di Ampek Koto, Kabupaten Agam. Tapi aku tak jumpa pun sungai kat sini atau mungkin aku tak perasan ada sungai kat sini. Tapi one thing aku cukup bangga dengan kampung aku ni adalah suhu dia .. SEJUK WEI .. hahaha. ala-ala Cameron Highlands. Pernah suhunya mencecah 15 celcius pada waktu malam. Sebab tu lah penduduk kat sini tak pakai kipas mahupun aircond kat dalam rumah. Memang tak laku! Hahaha.

Sungai Landia Bukit Tinggi

Tapi area Bukit Tinggi je la. Kalau korang pergi Padang ke, or tempat lain panas. Bukit Tinggi di sebab dikelilingi gunung-gunung berapi. Sebab tu sejuk. Tanam pape semua segar bugar.  Opsss, terpesong pula cerita.


Berbalik pada Sungai Landia, kawasan ni memang seperti Cameron Highlands. Stop sini pun sebab nak minum teh. Specialnya teh kat sini, diorang menggunakan kayu manis sebagai penambah rasa. Tapi korang boleh je nak order Teh/Kopi Telur or Kopi Kawa. Alang-alang sampai sini, trylah Teh O Kayu Manis. Kalau korang nak tahu, kat Sungai Landia ni diorang memang mengusahakan business kayu manis. On the way ke tempat minum teh ni bersepah-sepahla kedai yang proses kayu manis ni.

Teh O Halia Kayu Manis and Teh O Kayu Manis

Tapi masa aku pergi sini ramai gila orang Malaysia. Semua datang melancong ke Bukit Tinggi. Confirm diorang balik penuh luggage dengan batik and telekung sulam ni. Normal. Hiks!

Next, singgah sebentar beli kacang dan gula merah. Baru ingat tak nak beli apa-apa langsung trip balik kampung kali ni. Tapi bila lalu sini terus kecundang hasrat tu. Istimewanya kat sini, dia buat sendiri dan korang boleh melihat diorang proses gula melaka tu. 

Ladang Tebu pun kami redah. hahaha.
Gula Merah Halia and Kacang
Majoriti penduduk Bukit Tinggi Bergantung Hidup Pada Kerbau

After beli gula merah dan kacang, kami terus ke Puncak Lawang. Dari kedai jual gula merah dan kacang tu takdela jauh mana pun nak ke Puncak Lawang. Semuanya sehala.

Puncak Lawang WAJIB pergi kalau korang ke Bukit Tinggi. View dia memang awesome. Terdapat banyak pit stop kat atas puncak ni. Ada kena bayar dan ada yang free. Tapi aku stop ni FREE. 😂 Dekorasi tempat ambil gambar dia macam ala-ala kat Bali tu. Bolehlah berswafoto or ootd kat atas ni. 


Tak puas rasanya menatap pemandangan danau maninjau dari Puncak Lawang ni. Ikutkan hati nak duduk lama-lama sambil minum tebu ke apa .. Tapi hati pula tak tenteram selagi tak habis bawa husband pusing kampung.

Sempat pula dia tapau tebu 

Kemudian, kami ke Kelok 44. Kelok 44 ni pun famous dan wajib pergi alang-alang dah sampai sini. Kenapa nama dia kelok? Kelok adalah selekoh, so sepanjang jalan menuruni bukit ni ada 44 selekoh yang kena lalu. Tapi jangan bimbang, dia takdelah memeningkan kepala sangat pun. Tenang-tenang and enjoy the view.


Jenuh jugakla nak habis semua kelok ni. Hahaha. Tapi yang aku pelik, turun rasa lama. Bila naik rasa kejap je. Mungkin masa turun asyik dok amek video dan gambar. Sekali sekala berhenti di persimpangan kelok. Hmmm..

Rumah famous di Danau Maninjau
Kelok 44 (di selekoh 21)
Next, semestinya ke Danau Maninjau. Ramai yang tak turun habis. Hanya sekadar di kelok sahaja. Tapi aku paksa supir singgah mana-mana kedai untuk bergambar sambil berlatarbelakangkan Danau Maninjau. Di Danau Maninjau ni bukan macam Danau Singkarak. Sebab di Danau Maninjau ni diorang sangat menjaga kualiti airnya kerana di sini diorang membuat perusahaan ikan. 


Dari atas Puncak Lawang dah cantik, bila turun lagi cantik. Allahu .. sangat memukau pemandangan Danau Maninjau ni. Air dia pun jernih .. Cuma biasalah kadang-kadang terbau ikan sikit. Tapi jangan judge pada bau .. Ada sesetengah bau wangi tapi tempat kotor yakmat. Danau Maninjau ni memang air dia clear. Ngerti??

Diorang jaga gila sampai guna sampan je pergi ke sangkar ikan tu

Lama jugalah kami lepak kat sekitar Danau Maninjau ni. Dari nak datang ambil gambar, terus melepak minum kopi. Tapi kitorang tak lunch kat sini. Lunch masa on the way balik ke Kota Bukit Tinggi. Aku pun lupe ape nama rumah makan yang kitorang pergi tu .. 😅

 Singgah jap ambil gambar
And singgah solat Asar kat masjid ni .. dekat area Danau Maninjau jugak

Next, kami ke Ngarai Sianok. Nak juga singgah sini kan? Hahaha. Tapi bagi aku kalau korang first time datang Bukit Tinggi wajib datang sini. Lokasi dia kat kota Bukit Tinggi tu je. Jalan kaki je dari Novotel yang kitorang stay tu. Tapi beza sangat 10 tahun lepas dengan sekarang. Sekarang diorang dah upgrade sikit. Nak masuk pun kena guna kad ala-ala touch and go. So kena beli satu kad, then topup. Tu belum campur kena ambil guide untuk masuk Lobang Jepang lagi. Haih!


Kalau dulu boleh ambil gambar kat area-area yang cantik sambil berlatar belakangkan Ngarai Sianok ni, tapi sekarang, spot yang best untuk ambil gambar tu diorang dah dikomersialkan untuk tempat berbayar pula. Nak masuk kena bayar, kat dalam pun kena bayar untuk bergambar. Potong stim betul. 

 Spot yang aku rasa okaylah view dia ... hmm

Dah ada kat sini, kenalah masuk ke dalam Lobang Jepang. Ini kali kedua aku masuk ke Lobang Jepang ni. Dulu lagi creepy dan seram-seram sejuk. Guide yang bawa kitorang tu pun cakap benda sama. Maybe sebab diorang dah buat Lobang Jepang ni nampak lagi cantik dengan lampu-lampu di sekeliling. 

Lobang Jepang

Lobang Jepang ni ada tempat yang paling creepy iaitu di penjara dia. Dulu masa diorang baru explore tempat ni, banyak gila jumpa rangka kat situ dan masih ada juga yang diorang tak jumpa lagi sampai sekarang. Dulu, kalau pergi adalah bau-bau hanyir kat area-area penjara dia. Tu yang aku seram tu. 😪 Tempat ni sangat menarik untuk korang hayati kebijaksanaan tentera Jepun pada zaman dahulu. Sampai aku salute lah, camana diorang boleh ada idea camni. 

Kata guide-guide yang bawa aku dulu and sekarang, masa diorang buat Lobang Jepang ni, penduduk-penduduk sekitar tak perasan pun. Takde langsung terhidu pergerakan tentera Jepun ni. Buruh-buruh yang dipaksa bekerja pun bukan dari rakyat Padang mahupun Bukit Tinggi. Diorang main sistem silang. Yang mana dari Bukit Tinggi diorang hantar ke Jawa, dari Jawa diorang hantar ke sini. Haaa, selebihnya korang datanglah sini and lihat sendiri.

 Lobang Jepang sekarang

Dalam sehari bermacam-macam tempat kami pergi. Terima kasihlah supir sebab ikut je mana kami nak pergi. Hahaha. Sedar-sedar hari semakin gelap. Ikutkan hati nak singgah ke kampung kejap. Tapi badan dah lembik .. padah berjalan ke sana ke sini ...


~ Bersambung.



____________________________________________

CERITA PASAL BUKIT TINGGI PADANG
PERCUTIAN DI BUKIT TINGGI PADANG
BLOG PASAL BUKIT TINGGI PADANG
APA YANG BEST DI BUKIT TINGGI
American Airliner Plane