Latest Posts

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI INDONESIA | PADANG

Ramai yang keliru antara Bukit Tinggi dan Padang. Kalau korang google Padang, memanglah takde benda sangat kat sana melainkan Pulau Mentawai dan pulau-pulau lain. Tapi Padang famous di kalangan mat salleh khususnya kaki surfing. Tapi kalau korang google Sumatera Barat, maka berjela-jelalah info yang keluar. Banyak tau tempat menarik kat Sumatera Barat ni. Kena rajin google.

Padang adalah ibu kota Sumatera Barat. (eh ke ibu negeri? tak kisahlah). Kira dalam Sumatera Barat ni, pusat dia adalah Padang. Manakala BukitTinggi or Bukit Tinggi pula adalah antara negeri di Sumatera Barat. Dia ada banyak negeri tapi paling famous Bukit Tinggilah. Bila korang touch down di Bandara Minangkabau Padang, tu masih jauh lagi perjalanan ke Bukit Tinggi.

Meskipun dah acapkali pulang ke Bukit Tinggi, tapi aku belum habis cover semua tempat kat sekitar kampung aku ni. Mana taknya, balik bila ada majlis kenduri kendara. Tambah pula, pulang secara beramai-ramai. Sudah tentulah leceh kena ikut kata sepakat nak pergi mana. Sudahnya, bila trip sebegitu more kepada trip makan-makan je. Haha. 

Kiranya kali pertamalah aku berjalan-jalan sakan kat kampung aku ni. Teruk nau bunyinya kan? Haha. Tapi itulah hakikatnya. Kalau balik kampung sebelum ni memang tak sempat nak pergi mana-mana. 

So, tadaaaaa .. nahhh aku ceritakan pengalaman ke Bukit Tinggi Sumatera. Itinerary trip ni? Kenalah baca sampai habis entry. 

First sekali bila touch down, kita sapedek dulu. Perjalanan ke Bukit Tinggi masih jauh. Nanti menyesal pula bila lapar. 


Singgah kat Rumah Makan Lamun Ombak ni macam WAJIB je bila sampai Padang. Dah pergi beberapa kali pun, inilah tempat pertama kami singgah. RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK. Rumah makan ni ada kat Padang dan ada juga on the way ke Bukit Tinggi. Femes juga di kalangan rakyat Malaysia. Tapi price so-so lah. Ingat!! Bila makan nasi padang, sila ambil apa yang korang makan je. Jangan rambang mata pergi sentuh semua lauk. Tak pepasal kena bayar nanti. Hahaha.

Tak sabar nak makan ye bang? Tunggu baru hari pertama. Haha.

Kalau korang tanya aku apa yang best kat Rumah Makan Lamun Ombak ni, aku suka Tunjang masak Kalio, Ayam Pop Goreng, Jus Alpukat, Ayam Masak Kalio, Sambal Lado Dendeng, Kerupuk Jangek dan lain-lain. Jus Jeruk dia pun sedap. 

Dari Rumah Makan Lamun Ombak ke Bukit Tinggi ni, perjalanan dia susah nak dijangkakan. Boleh jadi cepat. Boleh jadi lambat. Depend pada traffic. Sebab nanti korang akan menyusuri jalan yang berliku-liku di sekitar Tanah Datar (Lembah Anai). The worst part, kat sini pernah jam 10 jam wei. Gila kan? Haha. Lagi sakit hati kalau ada lori rosak atau accident kat sekitar situ. Allahu. Memang menguji kesabaran betul. Haha.

Singgah di Lembah Anai, Sumatera Barat

Alang-alang lalu di Lembah Anai, singgahlah kejap untuk ambil gambar. Please kat entry aku pasal Bukit Tinggi ni, aku tak dapat nak jawab berapa harga tiket yang perlu dibayar semua. Sebab aku dah lupe .. Samalah macam Lembah Anai ni, aku memang dah lupa berapa harga tiket yang kitorang bayar. Ampun! 

Tapi for first timer, singgahlah ambil gambar kat Lembah Anai ni. Rugi pula kalau sekadar lalu je. Haha.

Next, kami singgah di Minangkabau Village. Bagi yang follow aku kat Instagram, last year balik pun aku singgah. This year pun aku singgah juga. Kat Minangkabau Village ni ada banyak info pasal adat-adat minangkabau dan juga boleh sewa baju minang kat sini. Termakbul salah satu impian aku nak pakai baju minang dengan laki aku ni. Haha.


Kalau tak silap aku, sewa costume ni dalam 25 ribu rupiah. Kalau tak silaplah dan dia ada photographer yang boleh tolong ambilkan gambar. Tapi kena beli gambar dia. Kalau nak mudah, suruh je supir korang tolong ambilkan gambar. Senang takyah pening kepala. Ambil lah bebanyak untuk dijadikan kenangan. Hahaha.


Kalau taknak sewa baju pun takpe. Boleh ambil gambar di sekitar Minangkabau Village ni. Cuma tiket nak masuk pun kena bayar juga selain dari sewa baju. Hat tu aku lupe berapa ribu. Rasa tak sampai 10 ribu rupiah per person. Tapi rugilah kalau dah sampai dan tak melaram dengan baju minangkabau (baju suntiang minang) ni.


Oh ya, kalau korang lapar lagi, boleh singgah makan di Sate Mak Syukur di kawasan Padang Panjang ni. Sate ni femes tau. Paling sedap di Bukit Tinggi katanya. Nyumss nyumsss .. Sate minang dengan sate kajang lain. Sate minang dia berkuah dan sedap. (untuk tekak akulah.. hahaha).Tapi andainya supir korang cakap, "Nak singgah tengok perusahaan kulit tak buk?". Haa ni terpulang. Tapi aku selalu skip. Sebab tak best pun. Lainlah kalau korang suka barang-barang kulit. Tapi memang tak best.. takyah pergi!! Hahaha.

Habis pusing di Minangkabau Village, kitorang terus menuju ke kampung. Kampung aku terletak di Kubang Putih Bukit Tinggi. Ini belah nenek (mummy) ya. Dan kalau korang tanya aku suku apa, aku adalah suku Koto. Tapi sedara mara aku sekarang ni berada di merata tempat. Ada yang menetap di Jakarta, Jambi, Pekan Baru, Lampung dan lain-lain lagi. Tapi semestinya bila ada kenduri kendara kami akan berkumpul di Kubang Putih. WAJIBBBBBB!! Haha.

 Makan Bersilo di Rumah Mak Tuo

Sengaja aku tak bagitau mak tuo pasal kepulangan aku ke kampung dan ternyata surprised yang menjadi. Haha. Ini jugalah reason kenapa kami balik. Sebab nak visit Mak Tuo ... Tapi adat di rumah mak tuo ni kalau family datang dari Malaysia mesti makan bersilo beramai-ramai. So anak-anak mak tuo akan bawa potluck dan makan beramai-ramai. Semua kena makan sekali dalam satu bulatan. Hahaha. Aku pun masak juga petang tu. Haha.

Tak cukup korum ni. Ramai takde kat kampung

Dari Lurah, singgah pula di rumah sedara lain di Lukok. Dua-dua ni terletak di Kubang Putih. Yang ni agak lewat malam jugalah sampai. Sebab terlama pula di rumah mak tuo. Mana taknya, berborak, makan, bergambar dan kena tahan sebab mak tuo suruh tidur kat rumah dia malam tu. Hehehe.

Sedara Mara di Lukok

Singgah kat Lukok ni, tak sahlah kalau tak pekena teh telur or orang sana panggil teh talua. Teh Talua ni unik sikit sebab dia menggunakan telur ayam kampung. Rasa dia macam lemak-lemak sikit. Ada juga yang buat Kopi Telur. Telur ni pengganti kepada susu. Sebab tu orang-orang kat Bukit Tinggi ni sihat-sihat banyak tenaga. Hahaha. Fyi, actually diorang jarang minum manis. Masa wedding pun diorang hidang air suam walaupun majlis tu gilang gemilang berhari-hari sampai dua minggu lebih. Hidup sihat gittew!! 

Selain dari menggunakan telur ayam kampung, ada juga menggunakan telur bebek atau telur itik. Can u imagine rasa dia macamana? Alah, alah, alah. Takyah euwww, euwww sangat. Sekali cuba pasti nak lagi. Creamy and yummy gitu! Sila try, lepas tu bagitau rasa dia camana kat komen bawah ni. Hahaha.

Teh Talua atau Teh Telur Padang.


 Cukup hari pertama? Nanti kita sambung lagi di entry seterusnya.

_______________________




PENGALAMAN BERCUTI DI BUKIT TINGGI
TRIP KE BUKIT TINGGI SUMATERA
APA YANG BEST DI BUKIT TINGGI SUMATERA
JALAN-JALAN DI BUKIT TINGGI PADANG



Huk, huk, huk ... berhabuk blog aku ni kan? Kejap update, kejap tak. Kalau ikutkan ... aku macam nak pencen dari dunia blogging. Hahaha. Tapi ... entahlah. Hewhewhew.

Memandangkan ramai yang tanya pasal Bukit Tinggi Indonesia ... meh aku ceritakan PENGALAMAN BERCUTI KE BUKIT TINGGI INDONESIA .. Eh, silap ... balik kampunglah .. ! Hahaha. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu tu, belah my mom 100% dari Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia. My datuk and my nenek berasal dari sana kemudian berhijrah ke Malaysia masa muda-muda. So, I still have relatives kat sana. Tapi my mom dilahirkan di Malaysia. Cuma datuk dan nenek yang lahir kat sana.

Kalau ikutkan memang setiap tahun aku nak balik, tapi ... sangatlah mustahil. Lagi-lagi laki busy dengan kerja dan susah nak cuti. Itupun hari tu dia ada cuti, terus kami booked flight a day before berlepas. Memang tergesa-gesalah nak balik. And ni kali pertama dia pulang ke kampung. Next, inshaAllah nak bawa dia ke kampung my dad pula. Jauh-jauh kampung moyang den.

Boleh pulak hari tu flight cousin aku yang bawa. haha

Dari Malaysia ke Bukit Tinggi Indonesia semestinya kami terbang bersama Airasia dan waktu perjalanan sangatlah pendek. About 2 hours camtu. So masa kami pergi tu, boleh pula naik flight yang cousin aku bawa. Haha. Aku pun memula tak sedar. Tapi telinga laki aku ni tajam. Dia yang dengar dan cam suara cousin aku. Nak kepastian lagi, terus tanya cabin crew, siapa yang bawa kapal terbang hari tu and cabin crew tu pula ex-cabin crew MAS. Haha. Kecikkan dunia? Ewah!

Kami pergi ke Bukit Tinggi Indonesia tak lama pun. 5 hari 4 malam dan itu pun tak puas. Ingat kalau ada cuti lagi nak balik kampung. Husband pun macam dah ketagih. Haaa baru tahu kampung kita best. 😛

Okaylah, nanti aku cerita lagi pasal kampung aku. Ni kira teaser je dulu. Tetiba rajin pulak nak update blog. Buang tabiat agaknya. Hahaha. Doakan aku rajin yaaa.. nanti aku cerita panjang lebar pasal kampung aku tu. InshaAllah.


PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Final day.

Penat tak uol baca entri sebelum ni? Penatkan? Haha. Betapa padatnya hari ketiga kami di Pulau Belitung Indonesia. Berbaloilah kalau korang ambil pakej tour dari MTN Getaways ni. Senang, jimat dan memudahkan. 

Tugu Batam Satam (mercu tanda pekan Tanjung Pandan)

Kalau tak kerana ada orang recommend kopi Kong Djie ni mungkin kami takkan lalu pekan ni. Semua gara-gara malam tadi di kedai Souvenir Klapa, aku tanya orang tu. "Kopi mana yang bagus kak?" .. Terus dia jawab, "Kopi yang paling enak di Pulau Belitung ni adalah Kong Djie Coffee."

Memang silaplah dia recommend kopi ni. Dari malam sampai ke pagi, aku asyik remind Encik Drebar untuk singgah jap kedai kopi ni untuk beli ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia. Nasiblah diorang ni layan karenah aku. Haha.



Walaupun Pulau Belitung ni taklah jauh mana dari kampung aku di Bukit Tinggi Sumatera, tetapi aku rasa terdapat kelainan pada gaya hidup masyarakat di sini. Nak kata seperti orang Sumatera bukan, nak kata gaya seperti orang jawa pun bukan. Mereka ni lain. Entahlah .. susah aku nak describe. Korang datanglah sini sendiri.

Kong Djie Coffee Since 1943
Kopi dimasak dengan menggunakan dapur kayu arang. Patutlah sedap!
Kedai Dia Biasa-Biasa Je

Berbalik pada Kong Djie Coffee ni, dengarnya dah ada distributor di Malaysia. Kalau betul, bolehlah korang try. Kopi ni dah dijual di merata tempat di Indonesia. Tetapi asalnya dari Belitung. Masa kat sini sempatlah aku minta sikit kat tauke kedai ni. Nak rasa dulu sebelum beli. Haha. Surprisingly, memang sedap gila. Especially air coklat dia. Nyumsss!! Dari nak beli sepaket terus beli 7 paket campur-campur antara coklat dan kopi. 

Sementara kami kat sini pekena kopi, group lain dah habis makan kat Mie Belitung. Adoi...!! Haha.

Ampunnnn mbakkkk!!

Mie Belitung atau Mie Rebus Belitung ni antara makanan yang popular di Pulau Belitung. Rasanya ada manis-manis, berlemak dan lain-lain lagi. Tapi bagi aku, aku kurang gemar mie Belitung ni. Mungkin tak kena pada selera aku sebab dia ada manis-manis.

Mie Rebus Belitung @ Mie Belitung

Hari keempat ni actually quite rushing. Yelah takut terleka nanti termiss flight pula. Ahhh sudah. Tambahan lagi cuaca tak best pada hari terakhir kami di Pulau Belitung ni. Awan gelap, nak hujan!!

Seperti di Sumatera, Pulau Belitung juga mempunyai Rumat Adat Belitung. Rumah adat yang berbentuk seperti rumah panggung ni dibuat dari kayu dan menjadi kebanggaan penduduk di pulau ini.


Lokasi Rumah Adat Belitung ini adalah di Jalan Ahmad Yani dan wajib singgah kalau ke Belitung. Rumah adat ini juga mempunyai lima bahagian dan fungsi yang berbeza-beza. Yang pastinya bila berkunjung ke sini, korang akan faham gaya hidup masyarakat di Pulau Belitung ini.


Tempat wisata terakhir yang kami kunjungi adalah Danau Kaolin. Sumpah hat ni paling aku nak repeat. Aduh, tak sampai 10 minit kat sini, hujan turun bagai takde simpati. Rasa nak menangis-nangis aku sebab tak puas hati dengan kualiti gambar. 😓

Danau Kaolin

Padah datang hujung tahun ni kan, hujan tak menentu. Aku bersyukur datang bulan 11. Dengarnya kalau bulan 12 lagi hebat hujan di Pulau Belitung. Haaaa... Adui.

Danau Kaolin ni terbentuk dari kerja-kerja korek bahan Kaolin ni. Kaolin  adalah bahan mineral yang kaya dengan pelbagai manfaat yang banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik, seramik, kertas dan macam-macam lagi. Waktu best datang ke sini adalah waktu tengahari ketika matahari mencanak naik. Haa, time tu air di Danau Kaolin nampak kebiruan.


Dari sini ke airport takdelah jauh mana. Lebih kurang 70 km dari airport. On the way ke airport ni memang dah hujan lebat. Aku dah cuak dah tengok awan. Minta-mintalah selamat balik ke Malaysia. 


Kesimpulannya, Pulau Belitung Indonesia ni sangatlah cantik dari segi pantai dan air lautnya. Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Belitung ni yang tak sempat aku nak explore. Hopefully next time, bolehlah aku dive kat sini. InshaAllah. Heiii, pergi ambil lesen diving tu dulu ... usah beranganlah tipah oi. Kahkah.

Pulau Belitung ni juga mempunyai tempat-tempat dive yang cantik. Yang ni korang kena google. Lepas google tunggu aku tau. Kita pergi sesama. 

Thank You Faizun sebab belanja ni. Sedap sangat!!

Alhamdulillah. Selamat tiba di Changi Airport. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Dari Terminal 3 ni aku bergegas ambil beg dan terus ke Terminal 2 untuk catch up flight ke Malaysia. Tak sempat nak lepak dengan diorang yang lain. Takpela, nanti ada umur panjang kita ketemu lagi. 


Terima kasih MTN Getaways kerana sponsor trip ke Pulau Belitung ni. Oh ya, tak lupa juga, member aku Athir yang kerja di Utusan Malaysia. Dialah yang recommend aku kat MTN ni. Dan aku pula heret si Sis Lin untuk join sekali trip ni. Haha. 

Group Foto Di Hadapan Green Tropical Village

Kalau korang tanya aku apa yang best di 
PULAU BELITUNG
1) Tempat penginapan kami - Green Tropical Village
2) Aktiviti yang menarik sepanjang 4 hari 3 malam
3) Pantai dan pulau yang OMGGG cantik gila
4) Orang localnya yang peramah
5) Air coklat Kong Djie
6) Suasana SD Laskar Pelangi yang diserikan dengan lagu
7) Garuda Indonesia Bombardier CRJ-1000
8) Breakfast di GTV Resort
9) Kedai souvenir Klapa
10) ITINERARY YANG SMOOTH DAN PERFECT

Haaa, semestinya lagi best bila ambil pakej dengan MTN Getaways.
Follow FB dan Instagram mereka sekarang!

____________________________________________

PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Subhanallah .... Indahnya Pulau Belitung!! 

Menjelang hari ketiga barulah aku nampak keindahan sebenar Pulau Belitung yang selama ini menjadi buah mulut mereka yang pernah ke sana. Terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. Jernih kebiruan air lautnya, pasirnya putih mulus mempersona. Tak perlu ke pulau, di tepi Pantai Tanjung Tinggi pun dah memukau apatah lagi jika pergi ke tengah. Phew, phew!


Pemandangan Salah Satu Pulau Yang Kami Pergi Dari Drone Zarin

Kalau korang beli pakej Pulau Belitung MTN Getaways ni, everything telah disediakan. Cuma bawa duit je kot-kot nak beli ole-ole atau snack tambahan nak kudap-kudap kat sana. Selebihnya dah diaturkan oleh MTN Getaways. Dan hari ketiga ni adalah 'hari pulau'.

Hari tu sepatutnya kami berangkat awal ke Pantai Tanjung Tinggi. Tapi mereka kata ada kematian, Eh ke 'pembersihan pantai' something like that, yang buat kami gerak lambat dari resort. Tapi takpelah at least boleh breakfast kenyang-kenyang kat resort dulu.

Tengok Langit Dah Gelap Nak Hujan

On the way pergi tu, aku dah resah. Mana taknya langit gelap nak hujan. Dalam hati, "Confirm cancel Island Hopping hari ni". Mana taknya pergi bulan November. Sana sini hujan kat Asia Tenggara ni.

Tapi sangkaan aku meleset. Bagai sebuah magik. Kat area pantai dan pulau takde langsung hujan. Malah takde langsung tanda-tanda nak hujan. Helok je awan tu biru. Something yang mustahil. Tapi kata Encik Drebar, bomoh kat area tu power bab tolak hujan. Beberapa hari lepas dia ke sana pun macam tu juga. Keliling hujan lebat, tapi area tu sahaja yang tak hujan. Gila tak? Haha. Dengan dia sekali geleng-geleng kepala tak percaya benda ni berlaku. Haha.

PANTAI TANJONG TINGGI

Lokasi Pantai Tanjong Tinggi, Pulau Belitung ni terletak kira-kira 31 km dari Tanjung Pandan. Tapi memandangkan jalan ke sini melalui kampung-kampung dan juga pekan-pekan kecil, maka terasa lama la sikit. Mata dok pandang kiri kanan entah bila nak sampai .. Hahaha. Oh ya, Pantai Tanjong Tinggi  atau lebih femes dikenali sebagai Pantai Laskar Pelangi ni terletak di Desa Tanjong Tinggi. Korang google lah sendiri kat mana lokasi dia. Hiks.

Pantai Tanjong Tinggi Belitung

Dekat-dekat nak sampai kat Pantai Tanjong Tinggi ni dengan selamba aku minta Encik Drebar perlahankan van untuk ambil video dan gambar. Jakun jap tengok air laut dia. Rasa time tu juga nak melompat dari van tu dan pergi berenang. Punyalah tak sabar! Haha.

Pantai Tanjung Tinggi @ Pantai Tanjong Tinggi Belitung

Kat Pantai Tanjung Tinggi Belitung ni, kami tak mandi pun. Singgah untuk bergambar dan relax. Tapi boleh je kalau korang nak cepur-cepur air bak kata Sis Lin. Haha. Masa diberikan kat sini lamalah juga. Kalau rajin pergilah explore area sini. Kalau malas dan tak tahan panas, duduk saja kat gerai bawah pokok macam si Pejun tu.

Air kat celah-celah batu pun dah cantik. Camano?
 Tengok Langit Kat Sana Tu .. Gelap Nak Hujan!!

Pantai Tanjung Tinggi ni juga femes sebagai lokasi penggambaran Pre-Wedding. So sesiapa berhajat nak 'mendirikan masjid', bolehlah consider tempat ni sebagai tempat Pre-Wedding Photoshoot korang. Masa kitorang kat sana pun ada pengantin ambil gambar kat celah-celah batu granit yang banyak terdampar kat pantai ni. Ahhhh, sweet gittew!! 👫

Boleh Pekena Air Kelapa atau Pop Mie Kat Sini
OOTD lah kejap. Sepanjang Trip Ni Kain Hijau Tu Akan Digunakan Dalam Pelbagai Gaya

PANTAI BATU BANYAK

Next kita ke Pantai Batu Banyak yang terletak di Desa Keciput, Sijuk. Okay yang ni aku konpius sikit. Nama je 'Batu Banyak', tapi takde batu pun. Yang tadi tu lagi banyak batu dari ni. Haha. Ahhhh pening! 

Group Photo Dulu
Eiii Tak Sabar Nak Naik Boat

Maka di sinilah bermulanya island hopping kami untuk hari ketiga di Pulau Belitung. Sebagai seorang yang gila snorkeling, aku memang dah siap-siap dengan set snorkeling yang dibawa dari rumah. Dari set snorkeling, beach shoes (aku recommend korang beli and pakai - the whole day aku pakai) dan juga GoPro. Haa, ni memang wajib di bawa ke pulau.

Masa Untuk Ambil Life Jacket

Berhampiran Pantai Batu Banyak ni juga terdapat beberapa rumah penginapan dan chalet yang murah. Kot-kotlah nak merasa angin pantai, bolehlah duduk sini. Pantai ni juga menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk datang berpicnic di hujung minggu.

1, 2, 3 ... get set GOOOOOOOO!!!

Weeee, excitedddddd!!

PULAU BATU GARUDA

Kalau di Terengganu femes dengan ikon Penyu, di Pulau Belitung pula mereka mempunyai pulau yang mempunyai bentuk seakan-akan kepala burung Garuda. Pulau Batu Garuda yang terletak di Belitung Barat ni adalah batu-batu granit yang tersusun cantik. 

Pulau Batu Garuda

PULAU LENGKUAS (THE LIGHT HOUSE)

Pada mulanya aku ingat pulau ni hanya mempunyai rumah api atau light house semata-mata. Rupa-rupanya lebih dari tu. Light house atau dalam bahasa Indonesia, MERCUSUAR ini dibina oleh penjajah Belanda pada tahun 1882 dan masih digunakan sehingga kini.

Lokasi Pulau Lengkuas ni terletak di utara Pantai Tanjung Kelayang iaitu di daerah Sijuk. Kata Pak Dadi, kat sekitar pulau ni la best untuk snorkeling. Untuk explore pulau ni, korang kenalah guna kasut yang bagus. Sebab tu aku sarankan pakai beach shoes. Sebabnya, kat sini sama je dengan Pantai Tanjong Tinggi, mempunyai batu-batu besar granit. So, bermulalah sesi lompat melompat. 

Bergambar satu kat sini bukti dah pernah sampai
Janganlah berkaki ayam.. sebab salah seorang geng dah luka di kaki

Pulau Lengkuas ni dahulunya adalah tempat persinggahan pedagang-pedagang laut seperti di Selat Melaka dan the best view nak tengok pulau ni adalah dari tingkat atas lighthouse. Tetapi kini lighthouse ini ditutup dan tak boleh masuk selepas konflik yang berlaku kat sana.

PULAU GEDE KEPAYANG

Tak lengkaplah island hopping tanpa makan tengahari. Maka, singgahlah kami ke Pulau Gede Kepayang untuk makan tengahari. Disini letaknya sebuah restoran yang menyajikan hidangan favourite aku seperti ketam sambal, sotong celup tepung dan lain-lain lagi. Kalau nak order minuman kat sini mahal. Make sure korang check duit korang dan tengok menu betul-betul masa buat payment just in case kalau nak order minuman lain selain teh o suam yang MTN Getaways sediakan.

 Pulau Gede Kepayang (by Zarin's drone)
Makan Tengahari
 I'm having fun in here
Pemandangan dari restoran

Tibalah masa untuk SNORKELINGGGGGGGG

Carilah aku kalau jumpa .. Haha.
Sampai kebelakang tudung snorkeling kat sini .. Haha

Aku adalah orang kedua yang terjun ke laut kat boat kami. Begitu bersemangatnya aku nak teroka apa yang ada kat laut Belitung ni. 

Banyak benda yang menarik kat laut Belitung ni. Air laut yang clear, ikannya pula pelbagai jenis dan paling best, batu karang dia masih cantik lagi. Jangan lupa bawa Go-Pro tau! Paling penting, jangan dok bertenggek kat tangga macam Sis Lin tu. RUGI!! Ehhh. Haha.


 PULAU KELAYANG

Antara semua pulau yang kami pergi, aku paling suka yang Pulau Kelayang. Sebab dia ada GUA. Benda ni secara tidak sengaja bila kitorang tetiba terjoin group dari boat lain meneroka gua ni. Selamba je kan? Haha.


Kelayang adalah sejenis burung yang hidup di Pulau Belitung. Kat sini ada juga pusat penternakan penyu. Tapi paling menarik gua tu la. Itupun ramai dari kami yang join trip ni tak sampai ke sana. Make sure kalau korang pergi sini, jangan lepaskan peluang untuk ke gua ni tau. Kalau tak rugi!!


Gua Kelayang ni adalah kolam air masin (air laut) yang tersembunyi di sebalik celah-celah batu yang terdapat di Pulau Kelayang ni. Lokasi gua ni tak jauh dari bibir pantai. Tetapi perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit dan melalui jalan-jalan yang licin dan penuh cabaran. Nampak je senang, tapi hakikatnya kaki diorang ni digigit ikan. Nasiblah aku pakai beach shoes. Haha.


Bukan itu je, kat gua ni juga korang boleh tengok bekas-bekas sarang kelawar yang dah lama ditinggalkan. Suatu ketika dulu, gua kelayang ini menjadi tempat tinggal kelawar. Tetapi sekarang seekor pun aku tak nampak. 

Boleh juga makan pisang goreng kat sini
Pandang boleh, sentuh jangan

 Ku sangkakan dapatlah menatap matahari terbenam di Pulau Belitung ni. Malang sekali sepanjang 3 hari di sini, takde satu sunset pun yang dapat aku tengok. Hanya dapat lihat sipi-sipi je masa on the way balik ke Tanjung Pandan. Sedihnya. Sobss!

Next kami ke Oleh-Oleh Belitung Kelapa. Kedai yang menjual pelbagai jenis souvenir dari kerupuk-kerupuk, kopi-kopi femes Belitung, perhiasan rumah, t-shirt, batik Belitung sampailah ke beg mengkuang yang tengah 'HOT" tu.

Jangan lupa beli kopi Belitung


Rambang Mata Pilih Souvenir
Batik Belitung & Batik Jawa

 Wei, gila kejap aku kat kedai souvenir Belitung ni. Masakan tidak, everything is cheap and nice. Rasa nak beli semua. Tapi fikir next destination aku ke Bali, maka aku simpan dulu hasrat. Kot-kot nanti datang Belitung balik, barulah aku beli. Ada yang tanya ada Batik lepas ke tak .. Jawapannya idok!! Batik-batik yang ada seperti kat gambar atas ni. 

Sebelum pulang ke Green Tropical Village Belitung, kami dibawa ke Restoran Dynasti Soeng untuk makan malam. Haa, ini pun best sebab ada ketam. Ngeh, ngeh, ngeh!! Hantu ketam betul kau ni Tatie. Haha.

 Restoran Dynasti Soeng HALAL ya uols

Penat ke tak penat seharian memanjat, melompat, snorkeling dan membeli belah ... sampai hotel minta Sis Lin urut. Tak sangka aku blogger sorang ni hebat mengurut! Aku nak iklankan pakej mengurut dia, dia memalu kucing pulak. Haha. Thank you Sis Lin sebab tolong betulkan urat-urat yang dah terbelit ni. Haha.

~ Bersambung ..

Percutian ke Pulau Belitung
Pengalaman Bercuti di Pulau Belitung
Apa Yang Best Di Pulau Belitung
Blog Percutian di Pulau Belitung
Lokasi Pulau Belitung



American Airliner Plane