Latest Posts

Halloooo.... setelah setahun trip ke South Korea tahun lepas, tahun ni aku kembali balik. Alhamdulillah. 

Jika tahun lepas aku ke Seoul, tahun ini aku ke Busan pula. Lebih tepat ke Gyeongbuk (Korea's Largest Coastal Province). Trip kali ni sangat-sangat bermakna sebab ianya jatuh pada hari lahir aku. Yeay!!!

So malam 5 April tu kami dah berkumpul di KLIA 2 jam 9 malam dan fly ke sana 6 April jam 1 pagi. Excitednya aku.. 


Tapi hari ni, aku nak update pasal itinerary ke Busan. Manalah tahu kot-kot korang pun tengah merancang percutian ke sana, bolehlah sikit sebanyak entry ni membantu korang. Trust me, kat belah-belah bawah South Korea ni terlalu banyak benda menarik.

TAK RUGI PERGI !!! 

Day 1 ( Kuala Lumpur - Gimhae - Daegu)

01.00 am : Berlepas ke Busan. Penerbangan mengambil masa kira-kira 7 jam. Sampai di Gimhae  Airport dalam jam 0820 pagi.
09.30 am : Bertolak ke Daegu. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 40 minit dan sejauh 98 km.
11.30 am : Supposedly kami singgah di Mount Paigongsan. Tetapi disebabkan masa dah lewat, kami terpaksa skip dan terus lunch.
02.30 pm : Cherry Blossom moment di Suseon Lake. 
03.40 pm : Shopping time di Seomun Market .. Trust me kat sini paling murah! Lagi murah dari Busan dan Seoul. Tapi diorang tak fasih sangat berbahasa Inggeris.
05.00 pm : E-World Theme Park!! Gosh, kena revisit lagi. Tak puas. The best moment datang sini time spring and banyak bunga. Wangi je theme park ni. Buka sampai malam!
07.00 pm : Dinner
08.30 pm : Check-in di Hotel Interbulgo Daegu.

DAY 2 (Daegu - Munyeong - Andong)

09.00 am : Breakfast di hotel 
09.30 am : Belajar buat mask di Skylake 
10.30 am : Bertolak ke Munyeong. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah dan sejauh 110 km.
12.00 pm : Lunch
01.20 pm : Melawat Coal Museum (best gila muzium ni)
02.30 pm : Melawat Mungyeongsaejae Drama Set Arena dengan electric car
03.30 pm : Melawat Muzium Seramik dan mempelajari cara buat seramik
04.30 pm : Bertolak ke Andong dan perjalanan mengambil masa 2 jam.
06.30 pm : Dinner di Andong
07.40 pm : Jalan-jalan malam di Jambatan Weolyeong 
08.30 pm : Check-in di Andong Grand Hotel

DAY 3 (Andong - Yeongju - Buncheong - Gyeongju)
07.30 am : Breakfast di hotel
08.30 am : Bertolak ke Yeongju.
08.50 am : Menaiki V-Train di Yeongju Station dan berlepas ke Cheoram Station. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.
11.30 am : Tiba di Cheoram Station
12.10 pm : Naik semula V-Train dan berlepas ke Bucheon Station.
01.20 pm : Lunch
02.20 pm : Berlepas ke Gyeongju dengan bas. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam 45 minit dan sejauh 185 km. Sepanjang perjalanan ada 1 perhentian yang awesome berlatarbelakangkan laut yang cantik dan jernih. Jangan miss this okay! Rugi.
06.10 pm : Check-in di Gyeongju Hyundai Hotel
07.30 pm : Menonton teater BaSilla (non-verbal theater)
09.00 pm : Kembali ke Hotel

*kami patut ke Anapji Pond tetapi cancel last minute*

DAY 4 (Gyeongju - Busan)
07.00 am : Breakfast di hotel dan check-out
07.30 am : Menyaksikan Gyeongju Cherry Blossom Marathon
09.30 am : Bersiar-siar di Shilla Millenium Park dan memakai costume Korea. Opss, bukan Hanbok ye. Baju lain.. Lebih tepat lagi, Shilla Royal Costume.
11.00 am : Aktiviti memanah di Shilla Millenium Park.
12.30 pm : Lunch 
01.30 pm : Visit Tumuli Park, Flying Horse Tomb dan Cheomseongdae.
03.30 pm : Bertolak ke Busan. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 50 minit dan sejauh 105 km.
06.00 pm : Dinner di Jagalchi Market
07.10 pm : Shopping time di area BIFF Plaza 
10.00 pm : Check-in di Homers Hotel

DAY 5 (Busan)
08.10 am : Breakfast di hotel
09.10 am : Nakdong River Canola Flower Festival
11.00 am : Singgah di Oncheoncheon Stream
12.10 am : Melawat Masjid Dusil dan lunch di sana.
01.30 pm : Shopping di area Busan National University
04.30 pm : Bertolak ke Geumjeongsan Fortress dengan cable car
06.30 pm : Dinner di Huendae-gu
09.00 pm : Kembali ke hotel
(malam terakhir free and easy.. sempat lari kejap ke Hard Rock Cafe Busan).

Day 6 (Busan - Kuala Lumpur)
07.20 am : Check-out dari Hotel Homers Busan
10.35 am : Berlepas ke Kuala Lumpur 

Bas ni la yang bawa kami jalan-jalan sepanjang kat sana 

Penginapan :
Hotel Interbulgo Daegu
Andong Grand Hotel
Gyeongju Hyundai Hotel
Hotel Homers Busan (day 1  tidur bilik hadap city)
Hotel Homers Busan (day 2 tidur bilik menghadap laut)

Airlines :
Airasia X, satu-satunya airlines yang terbang dari Kuala Lumpur ke Busan
AAX D7518 (Kuala Lumpur-Busan)
AAX D7519 (Busan-Kuala Lumpur)


Baru ... sesuatu yang baru . Masih panas dari flight hangar!

Tempat duduk A330 BUSINESS MALAYSIA AIRLINES kini berwajah baru.

Excited?? Of course I am. Sesuatu yang baru. I keep waiting for this long time ago. Yang lama ni pun dah selesa apatah lagi yang baru. Kan?

Benda ni dah diumumkan sejak November tahun lepas tetapi baru kini dilancarkan. Tapi tak semua flight A330 tau. One by one. Diorang jangka by September tahun ni barulah kesemua 15 kapal terbang A330 Malaysia Airlines berwajah baru di kelas perniagaan (business class seat).

Bukan itu je, sekarang A330 Malaysia Airlines ada premium economy seat. Tempat duduknya, aku rasa lebih kurang sama saiz macam tempat duduk ekonomi biasa. Cuma ada ruang khas dan lebih privasi. Yang ni aku review laterlah. Kita fokus dengan tempat duduk business class dulu.. Heee :)

Me at A330 Business Class Launch

Kalau korang nak tau rupa business class seat A330 yang lama, boleh baca kat entry yang dulu ni :


Majlis pelancaran ni berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada hari Selasa yang lepas. Meletop habis!! Semua excited nak tahu apa yang best kat seat Business Class yang baru ni termasuklah aku. Teruja!! Heee ...

Emcee, Deborah Henry

And first flight adalah ke Sydney pada 23 Mac lepas. Ada sesiapa yang dah merasa tempat duduk Business Class yang baru ni? Kot-kot ada yang menjadi passenger pertama yang terbang ke Sydney. If yes, I just wanna say ... U ARE SO LUCKY! *mood jealous*

 Syafinaz menyanyikan lagu Opera .. sempena first flight ke Sydney

Tapi aku excitedlah nak cuba seat yang terbaru ni. Mahu taknya. Dengan lebar 20 inci dan katil empuk sepanjang 76 inci siap dengan sistem hiburan touch screen selebar 16 inci .. Fuh, hebat!! Sesungguhnya tempat duduk yang baru ni lebih flexible dan privasi berbanding yang lepas.

Cumanya dulu tempat duduk business di A330 Malaysia Airlines lagi banyak berbanding sekarang. Yang terbaru ni susunan tempat duduknya 1-2-1 dan 1-2-2 berbanding yang dulu 2-2-2.


Business Class Seat A330 Malaysia Airlines

 
Wah selesanya .. 

Alhamdulillah. Lega bila ada sesuatu yang baru di Malaysia Airlines. Biasanya yang baru inilah yang akan memberikan semangat kepada kaki jalan untuk terus terus mengembara di bumi ini. Lebih-lebih lagi bila naik Malaysia Airlines, aku selalu rasa seperti di rumah sendiri.

Rasa penat tu hilang bila cabin crew layan dengan penuh berhemah seperti kawan sendiri. So, jom terbang bersama Malaysia Airlines. :)


TERUJA ATAU TIDAK ??? Tempahlah tiket korang sekarang.. 


P/s : Harap-harap next month dapatlah merasa Business Class yang baru ni. Hiks!
Please H, pleaseeee.. bawalah isterimu ni pergi bercuti 😝
Argh, sakit !!! 

Sakit hati betul bila terdelete gambar dari kamera. Dahla terdelete, terformat pulak tu. Sakit!!! Luckily some of the pictures sempat diupload ke Facebook. Syukur!! If not, satu benda pun takde. And lagi sakit bila gambar Bosnia pulak tu. Isk!!

Korang pernah merasa pengalaman sebegini? Me? Dua kali! Dulu gambar ke Venice, now gambar ke Bosnia. Hopefully lepas ni alert sikit. Tangan jangan dok gatal delete gambar. Hahaha.

 Istanbul to Sarajevo via Turkish Airlines

Memandangkan gambar banyak dah takde, aku compilekan semua sekali dalam entry ni. Nak cerita satu persatu tak boleh. By the way, Bosnia sangat-sangat best!! One of my favourite country.

Kalau ke negara europe lain, korang susah sangat nak dengar azan. Tetapi Bosnia tak! And kat sini banyak makanan halal. No need to worry. Berbeza dengan Dubrovnik & Kotor yang langsung takde restoran Halal.

Tempat-tempat kat Bosnia ni cantiknya semulajadi yang diciptakan oleh Allah. Bukannya bangunan atau ciptaan manusia. Terlalu indah. Sungainya yang jernih, tasiknya yang kehijauan dan orangnya pun cantik. The best feeling ever!! Tenang... I'm so in love with Bosnia.

Yes, Swiss and NZ cantik, but I prefer Bosnia more! Hahaha. =P

For this trip, I cover Sarajevo, Mostar & Blagaj. So enjoy the pictures kat bawah ni.

SARAJEVO

Paling senang nak dapat makanan halal. I love Sarajevo. Meskipun masih dalam proses nak bangun dari 'sejarah hitam 1993', Sarajevo best sebab i feel safe in here. Nak view cantik? Silalah ke Zuta Tabija.. Lebih-lebih lagi time sunset. View sangat ohseemmmm!! Heee :)


MOSTAR & BLAGAJ

The best view untuk tengok Mostar adalah dari menara Masjid. But u have to paylah. Its not FREE. Tapi berbaloi sangat. Hehehe. And Blagaj during summer sangat gempak! Kat Blagaj ada restoran Halal. Kat sinilah Muslim Monastery suatu ketika dulu.


Trip 2 hari 1 malam : Sarajevo
Trip 3 hari 2 malam : Mostar + Blagaj

I recommend korang stay di Villa For You (Mostar). Something like B&B. Owner dia Adna, sangat-sangat friendly and willing to help you anytime! Just email her. Trip ke Blagaj, dialah yang bawa. Drive from Mostar. Thank you Adna sebab jaga kita sepanjang kat sana. Hehehe. 
American Airliner Plane