Latest Posts

 F1 Hotel Manila's Review | Saje aku simpan entri ni lama-lama kat draft. Tapi kesian pula kat mereka yang asyik-asyik tanya.. "Hotel apa yang best kat Manila??". Okaylah, aku buka cerita. Tak sampai hati pulak nak simpan seorang. Lagipun hotel ni best dan selesa. Ngeee.

Ini trip kedua ke Manila. Kalau compare hotel sebelum ni dengan yang sekarang, best lagi yang sekarang ni. F1 Hotel Manila ni terletak di kedudukan yang best. Dekat dengan restoran halal, dekat dengan shopping mall dan lain-lain lagi. 

Makan, makan, makan .. Janji dekat dengan restoran halal!

Me & F1 Hotel Manila

F1 Hotel Manila ni dulu dikenali sebagai Best Western Premier F1 Hotel. Tapi aku lagi suka nama sekarang. Pendek dan senang nak ingat. Hotel ni takdelah jauh mana dengan airport. Lebih kurang 6.3 km je. Tapi aku ingatkan korang. Manila ni jam dia boleh tahan persis Jakarta. So, janganla take sweet time bila nak ke airport. Takut nanti terlepas flight.


Lobi hotel ni terletak di tingkat atas. Pelikkan? Apa-apa sajalah, asalkan selesa. Hotel ni juga menyediakan free shuttle untuk kemudahan pengunjung yang menginap di sini.

Free Shuttle Service

Memang aku tatau langsung jenis bilik, rupa bilik, keadaan bilik. Sebab trip ke Manila ni semuanya Airasia yang tanggung. Aku pula lupa nak survey. Pasrah je la dapat bilik macamanapun. Tapi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, mata aku terpukau. Homai...!!! Cantik gila.

Jenis Bilik : City Suite


Lepas je dapat bilik, terus aku keluar merayap sekitar hotel. Excited punya pasal. Haha. Hotel F1 Manila ni memang tak mengecewakan. Dari segi bilik, kemudahan sampailah ke lokasi. Aku suka semuanya. Hahaha.

Swimming Pool Sampai 3 .. Hahaha. 
TropicalVibe Bar
Spa
Gym

Cepat-cepatlah book hotel ni! Have fun in Manila. :)


Malam tadi, sumpah tak boleh tidur. Berperang dengan lipas terbang entah dari mana datang. Cis!!! Asamdol betul. Buat kacau je time tengah mamai-mamai nak tidur. Tak pasal-pasal kena tunggu bau Ridsect reda.

Ehhhh, hello kengkawan!!! 

Tu cerita malam tadi. Sampai sekarang mamai-mamai lagi. Eyebag? Jangan cakaplah. Dah nama tidur 4-5 jam je. Tapi bila tengok harga tiket yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni, terus mata jadi segar bugar. Alahai ... siyes ke ni?? Rasa tak percaya pun ada juga. Oh, man...!!!

MALAYSIA AIRLINES BUAT PROMOSI KE NI??? Murahnya!!

Harga Tiket Promo Malaysia Airlines .. Total RM2500

Selalunya kalau nak murah, either balik ikut Paris atau Amsterdam. Sebab airport tax Heathrow ni memang well-known mahal tahap gila. Tapi kali ni harga tiket dari Paris lagi mahal dari London. Aha, camana tu?? Cepatlah beli!!! Siyes murah.

Apa-apapun, rindunya London. Jom!!!

Nak info atau entri pasal London, bolehlah klik sini :

Meow, meow, meow, meow ...

Motifff?? Hahaha. Tetiba terkenangkan zaman kanak-kanak. Dulu tak macam sekarang. Dulu cuma ada kartun Hello Kitty, sekarang ada Sanrio Hello Kitty. Ish, ini yang jeles ni. Hahaha.

Hello Kitty atau nama sebenarnya Kitty White ni berasal dari Jepun. Aku rasa orang Jepun memang suka gile kat kucing. Doraemon la, Hello Kitty la.. Haa, orang Malaysia suka binatang apa pula? Haha. Apa-apapun, Hello Kitty ni satu kartun yang sangat comel. Girlish sangat!

Sanrio Hello Kitty Town Johor Bahru

Memandangkan kartun ni mendapat sambutan hangat kat Jepun, maka wujudnya taman pertama Hello Kitty di Johor Bahru. Dengar cerita ia menelan belanja sebanyak RM115 untuk kos pembinaannya. Fuh, berpeluh dengar! 

Sanrio Hello Kitty Town Johor tak jauh mana dengan Legoland. Kot-kot dah boring dengan Legoland, bolehlah singgah ke sini pula. But don't worry. Kat area Puteri Harbour ni ada macam-macam selain dari Hello Kitty. Pasti korang tak bosanlah.


Harga tiket masuk ke Sanrio Hello Kitty Town ni boleh tahan juga harganya. Tapi kalau korang amek pakej combo, rasanya lebih jimat. Oh ya, jangan lupa bawah mykad. Kalau sayang duit bawalah, kalau banyak duit tak bawa pun takpe. Muahaha.

Harga Tiket Hello Kitty Town

Red Bow Cafe
Eiiii, Tak Sabar Nak Masuk
Tea Cup's Ride
Amboi Mengalahkan Bebudak.. Haha
Rasa Macam Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak
Dream Photo Garden
Purrfect Stafe - Siap Ada Persembahan Lagi
Wishful Studio

Wishful Studio ni best sebab kat sini boleh tonjolkan kreativiti korang dengan mewarna, costume dress up dan lagi-lain lagi. Yang ni mesti bebudak perempuan suka. Orang dewasa pun boleh try skill mewarna dan lain-lain.

Gerai Jual Makanan
Heartful Forest
Cinnamonroll Cafe
Friendship Land

Paling menarik perhatian aku adalah Hello Kitty House. Ya Allah, cantiknya. Rasa seolah-olah Hello Kitty ni hidup. Lengkap !! Ada dapur, bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi dan lain-lain lagi. Nak jeles boleh tak??  T_T



Haaa, tak mencabar sangat? Rasa wasting money? Lek, lek. Jom uji minda korang kat Hello Kitty Black Wonder. Kat sini korang perlu cekap dan pantas demi menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel yang telah diculik. Korang hanya diberi lampu dan harus menyelesaikan beberapa masalah. Kalau rasa diri tu power gila, trylah. Ehhhh, good luck tau! Hahaha.

Bergambar Kenangan


Amacam?? Teruja tak?? Kaum hawa mesti teruja lebih. Legend kot Hello Kitty ni.
Muahaaha.


So, kalau nak datang, nak tahu info lanjut ... layari :

Waktu Operasi :
10 pagi - 6 pm

Have Fun!!!

American Airliner Plane