Latest Posts

Melancong tu memang best. Menikmati pemandangan indah, menghirup udara segar, merakam momen-momen manis dan macam-macam lagi. Pendek kata, semuanya manis. 

Tapi, kadang-kadang... Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dalam pada kita tengah berseronok, swimming, menyelam atau berehat. Tiba-tiba bencana melanda. Tanpa warning awal, tanpa membuat persediaan dan out of sudden je. Menakutkan bukan?

Tapi dah banyak berlaku. Seperti Tsunami 2014, banjir besar di Pantai Timur dan lain-lain lagi. Jadi camana kita as a tourist ni? Apa perlu kita buat? Menjerit? Melolong? Atau pasrah je.. apa nak jadi, jadilah. Hey, mana boleh macam tu. Jangan give up!

Throwback 2012 : Low Season Di Pulau Boracay (Ngeri Gila)

First sekali, korang akan rasa betapa pentingnya amek travel insurance ketika ini. Siyes, aku tak pernah amek port pasal ni dulu. Aku memang selalu ignore especially naik flight Airasia. Nak jimat. Tapi sejak kes MH370, aku sedar betapa pentingnya benda ini dan lagi penting kalau pergi travel. Sekiranya tetiba korang kena samun atau sebagainya, benda inilah yang akan membantu korang sepanjang di luar negara.

Second, seharusnya sebelum travel, kita kenalah contact embassy negara kita kat tempat mana kita nak pergi tu. Supaya anything berlaku, diorang tahu kewujudan kita. Kalau korang perasan, setiap kali bencana, mesti pemberita tu call embassy. Embassy akan cakap, sekian sekian jumlah orang Malaysia kat sana. Haa, tu pentingnya diorang tahu kewujudan kita kat sana.

Tapi biasalah ... aku ni pemalas. So, kalau malas macam aku ni, korang salin dan simpan nombor embassy tu kat tempat selamat pun dah cukup. Sekiranya apa-apa berlaku, terus contact mereka dengan cepat.

Alert dengan persekitaran. Peka dan sentiasa mendengar apa yang berlaku di sekeliling korang. Aku pasti bila korang pergi ke sesuatu tempat, pasti dah tahu serba sedikit mengenai tempat tu. Jadi, apa korang kena buat peka. Contohnya, bunyi siren kecemasan Tsunami. Jangan pula korang lenggang kangkung mak minah sayang buat-buat tak dengar. Memang alamatnya, hai-hai, bye-byelah jawabnya.

Selamatkan benda-benda penting dulu seperti dokumen (passport, ic dan lain-lain). Ini sekiranya sempatlah dan ada masa. Kalau benda tu tetiba berlaku on the spot seperti Tsunami, redha jelah. Yang penting, keselamatan diri. Jangan membahayakan nyawa korang untuk mengambil barang-barang tu.

Last sekali, paling penting adalah doa. Doa orang musafir ni antara doa-doa yang mustajab. Seperti HR Tarmizi, Bukhari, dan Abu Daud, Rasulllah SAW bersabda,

"Tiga doa yang dimakbulkan oleh Allah - doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa anak untuk kedua ibu bapanya".


Jadi berdoalah korang ketika dilanda bencana. Insyallah dimakbulkan dengan kuasaNYA. Apa-apapun, berhati-hati walau dimana jua korang berada. Ingatlah setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya. Setiap kesedihan dan kedukaan itu pasti berakhir dengan kegembiraan. Cepat atau lambat, itu terpulang padaNYA. Jangan sesekali merungut. :)

Memang kadang-kadang sakit kepala bila balik dari travel, duit syiling melambak-lambak. Nak tukar, kebanyakan money changer tak nak terima. Akhirnya, lesap macam tu je sebab misplaced. (aku ler tu suatu ketika dulu.. hahaha). 

http://www.kisahtatie.com

Nak letak dalam wallet, entah bila lagi nak travel? Kan??? Jadi, hari ni aku nak tunjukkan cara bagaimana aku simpan lebihan syiling hasil dari pergi melancong. Memang kengkadang rasa macam annoying sangat balik bawa syiling lebih ni. Buat berat wallet je. Huh!

Tapi siapa tahu, 2-3 tahun lagi ada rezeki ke sana lagi, bolehlah menyimpan untuk kegunaan masa akan datang. Cuma aku nasihatkan, jika menyimpan duit lebihan ni, ada pros n cons. Korang kena alert dengan currency exchange. Bukan setakat syiling, tapi duit kertas juga. Contohnya, duit rupiah 100ribu yang bakal ditamatkan tahun depan. Kelebihan dia pula, kalau ringgit jatuh teruk, duit ni akan naik melambung. Macam pound, dulu £1  bersamaan RM7.

Tapi aku percaya, ramai yang buat cara sama macam aku ni. Cuma mungkin tabung korang lagi cantik. Sebab tempat simpanan aku ni murah je. Beli kat Daiso, RM5 je.. Kehkehkeh. 

CARA-CARA MENYIMPAN DUIT SYILING
(P/s : Boleh digunakan untuk simpan syiling negara juga)

First sekali, ambil sehelai kertas dan labelkan ikut negara yang korang dah pergi. Kalau satu negara pun takpe. Jangan susah hati. Entah, bulan depan pergi negara lain pula. Keep smile and think positive.

Labelkan Negara Pada Kertas

Seterusnya, beli bekas ni kat Daiso. Masuk Daiso je, mesti rambang mata kan? Banyak bekas yang menarik. Actually ni tempat letak ubat. Tapi aku jadikan sebagai tempat simpanan duit syiling. Asal boleh.. Bila dah beli, korang asingkan duit syiling tu  ikut negara. Contoh macam kat bawah ni, 15 tempat = 15 negara. Yang sikit-sikit aku letak kat bahagian kecik. Yang mana rasa-rasa selalu pergi, letak kat bahagian yang lagi luas.

Asingkan Duit Syiling

Akhir sekali, tampal label-label negara tu, ikut mata wang diorang. Mudah, murah dan menyenangkan. Nanti nak guna takdelah pening kepala. Ambil je kat tempat simpanan ni. Dulu sebelum ada benda ni, aku campurkan semua sekali dalam satu bekas. Bila nak pakai, mulalah pening kepala. Especially duit Taiwan dan duit China. Pening bila tercampur sebab dua-dua tulisan cina. Hahaha.

Tampal Label Tadi Mengikut Syiling

Mungkin korang boleh gunakan cara macam ni juga. Jom ke Daiso sekarang. Eh?? Fyi, ni bukan sponsored post promote Daiso. Hahaha. Semoga tips ni berguna untuk korang semua. =)

Selamat Melancong. Ingat kapal terbang, ingat Kisah Tatie ~

Nak buat visa memang leceh. Kadang-kadang kena tunggu 2-3 hari, tapi ada je yang mudah macam visa ke Australia yang mengambil masa singkat untuk approve. Terus terang aku katakan, aku ni memang malas nak buat visa. Nak menghadap jalan, nak cari parking, nak beratur. Nasiblah ada yang menggunakan visa elektronik. Just apply online sahaja.

Tapi kan, korang tau ke negara mana yang perlu visa dan negara mana yang tak perlu visa? Apa syarat-syarat utama nak kena buat visa? Dokumen apa yang kena bawa? Haa, ini semua penting bagi melancarkan proses buat visa. 

Okaylah, melalui website KLN, diorang senaraikan negara-negara yang perlu visa untuk passport Malaysia dan negara-negara yang tidak memerlukan visa. Bagi memudahkan korang, aku print screen satu-persatu. Tugas korang pula, klik la gambar-gambar kat bawah untuk tumbesaran. Kihkih.

Negara-negara yang perlu visa dan negara-negara yang tidak memerlukan visa bagi passport Malaysia. Check it out! ~


Pembetulan, negara Jepun tidak memerlukan visa sekarang untuk pemegang passport baru kaler hitam putih. Mudah!! Tak lama lagi dengar cerita pergi US pun tidak perlu visa. Yahooo!!! Sebarang perubahan tertakluk pada berita semasa. 

Untuk info lanjut, layari website

[ SELAMAT MELANCONG ]

Makin lama, aku makin malas nak keluar. Serious!! Especially hujung-hujung tahun ni. Dengan hujanlah, dengan banjir kilat yang tetiba berlaku lah, haish.. tu semua merumitkan perjalananku untuk ke shopping mall nak hadap traffic jam sana sini. Eh, tapi kenapa kena pergi mall?? Sebab nak makanlah. Laparudin bin Kebuluran. Hahaha.

Kadang-kadang, bila perut dan tekak berlaga nak makan sesuatu yang lazat dan istimewa, mesti rasa berkobar-kobar tapi bila tengok waze, sesak sana sini.. terus mati kutu sarung baju tidur balik. Haih. Aku memang sangat bencikan kesesakan lalu lintas.

Luckily, I found this apps, FOODPANDA yang sangat membantu. Mudah, just download kat handphone dan seterusnya buatlah tempahan makanan. Lagi best, lebih banyak restoran, lebih banyak pilihan. Semuanya di hujung jari je. Tak payahlah nak fikir minyak, fikir parking, fikir jam.. Senangnya hidup. Ewah!

Foodpanda

Foodpanda ni sebuah applikasi yang korang boleh download di Appstore, Google Play dan Window Phone Store. Ia sangat membantu bila time-time korang mengidam sesuatu makanan. Lebih 600++ restoran yang terlibat, korang boleh order makanan kegemaran korang di applikasi ini.


Then, samada nak pick up atau delivery. Suka hati koranglah asalkan perut kenyang. Ye dop? Kot-kot kat opis, malas nak keluar makan tengahari, just order je makanan dengan Foodpanda.

CAMANA NAK ORDER MAKANAN DENGAN FOODPANDA
1) Register terlebih dahulu di apps atau website Foodpanda 

Website :

2) Bila dah register kat Foodpanda, cepat-cepat find location. Kini Foodpanda makin berkembang sampai ke Ipoh, Melaka, Selangor, Penang dan Johor Bahru. Insyallah akan sampai ke negeri-negeri lain selepas ini. Negeri Sembilan pleaseeee!!! Pleaseee!!

Kuala Lumpur, Melaka, Penang, JB, Ipoh, Selangor, soon??

3) Dah pilih lokasi, dia akan keluar restoran yang terdekat. Tidak semua restoran ada di tempat korang. Tak bolehlah duduk Ipoh tapi nak order Nasi Ayam Linda Onn. Tak logik namanya kan? So, orderlah mana yang ada. Macam aku, aku order dari Taman Cempaka Kuala Lumpur. Tetiba hari tu teringin nak makan Italiannies. Nasib Pavilion dekat je. Hehehehe.


Done with order?? Tunggu sehingga delivery Foodpanda sampai. Delivery biasanya ambil masa sedikit dan bergantung pada keadaan traffic. Kadang-kadang lambat, kadang-kadang cepat. Ikut nasib. 

Mengenai caj tambahan, of courselah ada. Diorang ni bukan free delivery. Jika total order aku, RM82.50, ada caj-caj lain seperi service fee, vat dan delivery fee. Hiks!

Masa berlalu dengan cepat, aku terima call dari abang delivery untuk confirmkan location. Tup-tup dah sampai depan rumah. Agak cepat berbanding biasa. Dengan T-shirt Foodpanda dan motor biasa, abang ni pun sampai dengan senyuman menawan. Haha.


Foodpanda Man

"Ini Makanan Yang Diorder"
"Aha, masih panas.. That's good"
"Kejap, ambil duit ..Tunggu ye"

Dah habis membayar, sekarang masa untuk makan tengahari. Yahooo!!! Makan time panaslah best sambil chit chat dengan my bestfriend, Fazreen Ramli. Seronok tak terhingga. Lebih banyak masa boleh dihabiskan sambil tengok cerita kat televisyen berbanding keluar rumah, cari parking, tersekat dengan kesesakan jalan raya.. blablabla.. Tu semua bakal mengundang perasaan negatif dan mengganggu emosi. 


Makanan Yang Diorder dari Foodpanda

Senangkan?? Banyak lagi restoran-restoran yang best selain Italiannies ni. Korang boleh order snacks dari 7 Eleven, coffee dari Starbucks, Milk Tea dari Chatime, Sushi dari Sushi King dan
Tetiba aku rindu pula dengan Menara Kuala Lumpur. Sebelum wujudnya Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur menjadi mercu tanda Malaysia. Aku pasti ramai di antara pembaca pernah menjejakkan kaki ke sini kan? 


Tak kisahlah korang pernah datang ke tak pernah ke .. Persoalannya, apa yang best kat Menara Kuala Lumpur ni? Or nama glamour, KL Tower.

Menara ni adalah menara telekomunikasi setinggi 421 meter. Kat sini macam-macam ada. Tapi yang famousnya restoran berputarlah. Selain tu, aktiviti bungee jumping dan lain-lain lagi. Untuk ke sini, korang perlu ke Bukit Nanas. Nak park kat atas boleh, nak park kat bawah pun boleh. Suke hatilah.


Nak masuk tak free uol... Kenalah beli tiket masuk dulu. Samada nak beli tiket ke Observation deck je ke atau Open Deck itu pun suka hati korang. Tapi kalau Open deck view lagi cantik tapi untuk 13 tahun ke atas je. Kalau Observation Deck, kat bahagian tertutup.. Eh memana jelah ...


Tiket dah dapat, apa lagi .. pergilah beratur. Nasiblah aku join trip Tourism Malaysia. Kalau pergi sendiri, jenuh nak beratur. Que panjang sangat!! Hahaha.


Cak ..!! Dalam Lift ...

Observation Deck

Kat Observation Deck ni macam-macam hado. Ada watch gallery, kedai coklat dan teropong. Kedai souvenir pun ada. Aku ni pantang ada kedai, mesti nak masuk. Huhu. 


Watch Gallery

Hehehe



Bilalah nak try aktiviti ni pulak.. Hish

Seterusnya ke Open Deck.

Aku ni gayat sikit bab ketinggian. Ketaq lutut jugalah bila sampai di Open Deck ni. Camanalah diorang boleh melompat kan? Kalau aku lompat pasti jantung tertinggal kat atas. Haha.


Best, best .. berbaloi naik atas ni .. weee :)

American Airliner Plane