Latest Posts

Amacam entry lepas? Rasa mual-mual tak lepas tengok daging buaya/ular?
Hahaha. 😂

Itulah orang kata, lain negara lain seleranya. Tapi apa-apapun daging buaya dan ular tu takdela busuk pun. Masih boleh berdiri dekat kalau nak tengok. Hah, jangan lepaskan peluang tau nak tengok dekat.

Selepas membawa korang melihat makanan exotic, hari ni kita berdansa pula di Lotus Farm, Siem Reap. Yang ni gerenti korang takkan rasa mual-mual,  loya-loya nak muntah. 

Peminat bunga Teratai? Nah!!

Biasanya kita lihat bunga teratai ni menghiasi kolam-kolam ikan kat rumah orang kan? Tapi kat Siem Reap ni, Lotus Farm ni luas yang teramat luas. Kira kalau korang nak menari, bergolek ke ape ke kat sana silakan. Kalau kena marah jangan salahkan aku. Haha.


Lotus Farm Siem Reap ni terletak kat tepi jalan, on the way ke Tonle Sap dan 15 minit perjalanan dari bandar Siem Reap. Sepanjang jalan, kiri kanan dipenuhi dengan bunga-bunga teratai yang sangat banyak. Dibuka seawal jam 8 pagi, bayaran kalau minum kat sini FREE. Kalau bayar pun dalam $1 untuk dua orang dan letak sendiri dalam box yang diorang sediakan di pintu masuk.


Kat sini ada dua ladang. Satu di sebelah kanan satu lagi di sebelah kiri. Tapi Sofian bawa kami ke belah kanan sebab katanya kat situ lebih banyak bunga berbanding di sebelah kiri. 


Bunga-bunga lotus atau teratai ini dijaga rapi untuk tujuan sembahyang penganut agama Buddha di Cambodia dan juga katanya dikomersialkan menjadi fabrik tekstil untuk pakaian. Disebabkan ladang ini besar, maka diorang semaikan benih secara berperingkat. Sekejap di sana, sekejap di sini. Sebab tu korang tengok tak semua tempat berbunga pada masa yang sama.


Tak payah bimbanglah, kot-kot korang risau kasut kotor ke apa kalau berjalan kat Lotus Farm ni. Memang benda tu sangat mustahil sekali. InshaAllah takkan kotor kalau tak hujan. Lagipun sesetengah jalan, diorang dah letak kayu bagi memudahkan korang berjalan kat Lotus Farm ni.


Kalau korang mempunyai masa yang lama, bolehlah lepak santai kat pondok-pondok yang ada di Lotus Farm ni. Sambil bersantai menikmati angin-angin sepoi bahasa. Huiii, masyuk!


Tengah sibuk bergambar, tiba-tiba supir tuk-tuk kami, Sofian hilang!
"Eh mana dia ni? Tadi ada".


Seorang supir tuk-tuk yang gigih

Rupa-rupanya dia mencari pucuk bunga teratai yang belum terbuka dan buat 'magic show' kat kami. Haha. Siap ajar kami cara-cara nak buat 'magic show' ni juga. Pusing-pusing tangan korang kat batang dia ... dan dengan geseran yang dihasilkan ... tadaaa .. kembanglah bunga teratai ni.

Kemain excited Sofian buat magic show. Haha
Jalina Radiha dan bunga teratainya

Masa kami pergi tu pula ada pasangan couple buat pre-wedding photoshoot kat tengah-tengah Lotus Farm ni. Hebat diorang ni. Kata Sofian, pasangan tu dari Phnom Penh dan segalanya disediakan kalau nak buat pre-wedding kat Siem Reap ni. Kos pre-wedding ni dianggarkan bernilai $2000 termasuk penginapan, pengangkutan, make up artist, tukang kipas dan photographer. Hew, hew. Mahalnya!! Memang sah diorang ni orang kaya. Speaking pun ala-ala American.

Aku memerhati dari jauh
Pre-wedding photoshoot in Lotus Farm Siem Reap

Yang dua ni pula tukang menyibuk .. Haha


Selain dari bergambar, korang juga boleh melihat sendiri cara-cara diorang menghasilkan fabrik dari bunga-bunga teratai ni dan juga penghasilan beg mengkuang yang tengah viral sekarang tu. Yang tu, sorry aku sesat tatau kat mana sebab ladang ni terlampau luas dan selain itu juga terdapat aktiviti lain seperti bike zipline. Yang ni pun aku tak jumpa kat mana. Lol! Haha.



Aku enjoy sangat jalan-jalan sambil bergambar kat Lotus Farm ni. InshaAllah kalau aku pergi lagi ke Siem Reap, aku tak teragak-agak untuk datang ke sini lagi. Pemandangan yang sangat indah. Subhanallah. Banyak benda aku belajar kat sini.


Sofian menunjukkan cara-cara nak guna paip DIY ni .. Haha

Sebelum meneruskan perjalanan ke Tonle Sap, kami sempat singgah di gerai jual biji teratai atau lotus seeds. Mula-mula ingat nak singgah ambil gambar je, tapi Sofian paksa kami try rasa biji teratai ni bulat-bulat macam tu je. Aku idokla nak try. Si Nana je try. Haha. Kata Nana, biji dia ni sedap dan rasa macam kacang dan fresh.

Budak-budak kecil je yang jual biji teratai ni

Alhamdulillah .. trip yang sangat awesome. Dapatlah hilangkan stress kejap di Lotus Farm ni. Haha. Tak rugi singgah sini kejap sebelum memulakan perjalanan ke Tonle Sap. Hihihi.

Bunga Teratai dan anak biji bunga teratai

DAGING BUAYA UNTUK DI MAKAN?
Errrrr, DAGING BUAYA?

Ya, bersepah daging buaya dijual merata tempat di Siem Reap. Siap ada jual crocodile burger lagi kat Pub Street Siem Reap. Camana rasanya? Entahlah .. aku hanya mampu melihat, tak mampu nak telan. Haha. Tapi kalau korang nak cuba, marilah pergi Siem Reap. 

Daging Buaya and daging ular untuk dimakan .. nak try?

Sepanjang aku kat Siem Reap, memang banyak daging-daging exotic seperti daging ular, daging buaya dan serangga-serangga dijual kat tepi jalan. Sampaikan aku jarang sangat nampak daging khinzir. Atau mungkin aku tak nampak kerana terlalu teruja melihat makanan-makanan exotic ni? Haha. Tapi sungguhlah, bersepah sana sini orang jual makanan exotic ni.


Jadi, hari ni aku nak share pengalaman aku ke Tasik Tonle Sap. Sap ni dalam bahasa Khmer yang bermaksud tasik. Yang uniknya tasik ni, kalau musim hujan antara bulan Jun sehingga November, Sungai Mekong yang menghubungkan beberapa negara seperti Vietnam, Cambodia, Thailand, Laos, Myanmar dan China tu akan mengalirkan air ke tasik ini dan menyebabkan tasik ini menjadi besar dan lebar menjadi 6-7 kali lebih besar dari saiznya yang normal. Seolah-olah sungai yang sangat luas.

Tapi kalau musim kemarau tiba, Allahuakbar .... kering kontang tasik Tonle Sap ni.. Bot nak lalu pun susah. Silap haribulan memang tak boleh nak lalu langsung. Sila avoid datang ke sini pada musim panas. Cuaca pun teruk berdebu time tu.


Bayaran yang dikenakan sebanyak $15 untuk seorang dan kita dibawa melihat floating house, floating school dan banyak lagi. Tapi waktu yang paling ramai orang pergi adalah waktu matahari terbenam. Supir tuk-tuk aku tunjuk gambar matahari terbenam memang cantik dan terpegun aku melihat keindahannya.


Aktiviti ke Tasik Tonle Sap ni adalah aktiviti hari ketiga kami di Siem Reap Cambodia. Alhamdulillah masa kami pergi tu bukanlah time kemuncak orang pergi. Jadi bolehlah bergambar sakan kat luar bot buat aksi Titanic semua. Haha.


Penduduk kat sini memang hidup di atas air. Kadang-kadang korang boleh nampak diorang menjala ikan, kadang-kadang nampak diorang main-main air bermandi manda, dan banyak lagi. Tapi kalau musim kering kontang, diorang akan sibuk perbaiki segala kerosakan rumah mereka.

Tasik ni memang betul-betul kering kontang pada musim panas sehinggakan kereta pun boleh lalu di celah-celah rumah. Haha. Tak percaya? Tryla google. Memang jauh beza musim panas dan musim hujan kat Tonle Sap ni.

Cuba teka budak-budak tu tengah main apa?
Ini restoran eksklusif .. tapi non halal. Kena tempah dulu sebelum pergi.
Jalina and me
Rumah-rumah penduduk Tonle Sap

Kawasan kubur

Kata supir tuk-tuk aku, diorang ni makan, mandi, berak semua atas air ni. Memang bergantung habislah kat Tonle Sap ni. (tasik ni juga antara sumber ikan untuk penduduk di Siem Reap ni). Uniknya bila ada kematian, mereka akan letak kat semak-semak hutan dulu. Bila tiba musim kemarau kering, barulah mereka tanam di kawasan kubur seperti gambar di atas. Tapi kena tunggu air tu kering dulu. Supir aku cakaplah. Kalau salah, korang salahkan dia. Haha.

Freshwater Fish Exibition Restaurant Tonle Sap

Seterusnya, kami dibawa ke restoran atas air yang terletak kat tasik ni. Kalau ikut tour Tasik Tonle Sap ni takdelah merangkumi keseluruhan tasik ni. Sekejap sangat dan kecik je skop jalan yang diorang bawa tu. Tapi diorang nak tunjuk kehidupan masyarakat yang hidup atas air kat kawasan ni. 

Kat restoran atas air ni korang boleh beli cenderahati, tengok kolam ikan, tengok kolam buaya, makan buaya, makan ular dan lain-lain lagi. Haha. Tapi semuanya non-halal. Terlupa pula aku tanya berapa usd seketul daging ular dan daging buaya tu. Haha.

Daging ular 
  
Daging buaya dan kolam buaya

Kolam buaya dia kecil je. Buaya dia pun masih anak-anak lagi. Tapi dalam pada anak-anak tu adalah berpuluh ekor buaya dalam tu. Kalau terjatuh, boleh mati jugalah aku dikerjakan kat dalam tu. Haha.

Aku ada juga tanya .. mana bapak dan mak buaya ni semua? Kata orang kat sana, diorang ni tak tinggal pun kat tasik tu. Ye la kot. Kalau tak, takkan budak-budak kecil tu boleh mandi dengan penuh keriangan kat tasik ni. Kan? Kan?

Bila supir tuk-tuk kami menjadi guide .. haha
Peta Cambodia
Buaya yang telah diawetkan

Selain dari makan daging buaya, korang juga boleh membeli belah barang-barang yang diperbuat dari kulit buaya seperti beg duit, beg tangan, keychain, tali pinggang atau nak beli buaya yang telah diawetkan pun boleh. Harga aku tengok macam murah je kat sini kalau compare kat luar. Cuma takde brand la macam Hermes Birkin tu. 


Tak nak buaya? Souvenir lain pun ada dijual kat sini ..


Jom naik sampai atas ...


Kat bahagian atas restoran ni macam lookout point lah. Tapi disebabkan cuaca panas, maka aku dengan supir je naik sampai atas dan Nana tunggu kat bawah. Pemandangan sekitar dari atas ni memang cantik. Kalau tak kerana cuaca panas tengahari terik, aku mungkin akan lepak lama sikit kat atas ni untuk menikmati keindahan pemandangan Tasik Tonle Sap ni.


Korang nak tahu ke apa budak-budak tu buat kat dalam baldi tu? Diorang tengah main ular!! Yes, ular hidup. Adehhh!!! Korang masa baya tu main barbie ke? Main digimon? Main tenteng? Diorang main ular hidup. Celup-celup dalam air dan kiss. Haha. 

Kalau nak pegang ular dia kena bayar $1 .. pandai cari duit .. haha

Dan akhir sekali, sampai di jeti kami disambut dengan pemuzik-pemuzik jalanan yang memainkan muzik tradisional Khmer. 



Oh ya, kawasan Tonle Sap ni agak daif sikit berbanding di bandar. Jadi ramailah kanak-kanak yang datang hampir dan minta derma. Korang kalau bermurah hati, bawalah wang lebih dan bagilah mereka. Bagi makanan pun diorang accept juga. Kesian.


Kanak-kanak Tonle Sap
American Airliner Plane